Anda di halaman 1dari 45

Budaya dan Kepelbagaian

Kelompok di Malaysia
Pembelajaran dalam bilik darjah pula
mendedahkan murid kepada pola hubungan
kepelbagaian kaum.
Pendedahan kepada pelbagai latar belakang
masyarakat memerlukan para pendidik
mengetahui konsep budaya di Malaysia serta
kepelbagaian kelompok tersebut untuk
membentuk 1Malaysia seperti yang
disarankan oleh Pemimpin negara.
Pengertian dan Konsep Budaya
Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan
masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan
agama penganutnya.
Perkataan budaya berasal daripada cantuman
perkataan Sanskrit dan Melayu yang
membawa pergertian: Kecergasan Fikiran dan
Akal.
Budaya memberi maksud seseorang individu itu
menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga
dan pengaruh semula jadi bagi membantu
menjana pemikiran mereka.
Budaya merupakan kebolehan seseorang individu
menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran
ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran bagi
menangani sesuatu permasalahan.
Penyelesaian yang boleh diterima oleh semua
anggota masyarakat akan menjadi amalan
bersama.
Amalan yang diterima ini seterusnya dijadikan
Budaya dalam kehidupan mereka.
Kebudayaan juga ditakrifkan sebagai
keseluruhan cara hidup masyarakat yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan
berfikir.
Kebudayaan dapat dibahagikan kepada 2
benda iaitu:
i. Kebendaan
ii. Bukan Kebendaan
Kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke
masyarakat yang lain.
Namun begitu, terdapat juga beberapa
persamaan yang wujud dalam masyarakat dari
segi bahasa, objek kebendaan, amalan agama,
sistem kekeluargaan, nilai kesenian dan lain-
lain. Persamaan ini dikenali sebagai Pola
Kebudayaan Sejagat.
Terdapat 2 peranan utama bagi pembentukan
kebudayaan baru yang boleh diterima oleh
komuniti setempat.
Tujuan utamanya adalah untuk membina imej
negara ke arah mewujudkan keperibadian serta
identiti.
Budaya juga merupakan sesuatu yang diwarisi
dari satu generasi ke generasi yang lain.
Namun begitu, Budaya sering berubah mengikut
peredaran masa yang dapat diterima secara
kolektif oleh masyarakat.
Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim, Budaya
adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
yang menggerakkan jiwa.
Hasrat serta nilai yang diingini itu pula
seharusnya tidak bercanggah dengan
kehendak masyarakat secara umumnya dan
diterima serta dipersetujui untuk diamalkan
bersama. Nilai tersebut akan membentuk
Norma dalam masyarakat.
Menurut Kamus Dewan (2005), Budaya
ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal
budi, cara berfikir, kelakuan, dll.
Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara
hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu
dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi
ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat
resam, sikap dan nilai.

Sementara itu, dalam Dictionary of Philosophy
(1996), turut dijelaskan maksud Budaya sebagai:
The way of Philosophy (1996), The way of life of
people, including their attitudes, values, beliefs,
arts, sciences, modes of perception and habits of
thought and activity.
. Amalan yang dibentuk ini akan menentukan hala
tuju bersama dalam masyarakat berkenaan.

Prof. Mohd Taib Osman (1988) memperlihatkan
budaya sebagai satu himpunan kelengkapan
intelektual dan kebendaan yang mampu
memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan
serta menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.
Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi
(1984), bersepakat bahawa Budaya merupakan
alat penghasilan karya seni, rasa serta penciptaan
dalam sesebuah masyarakat.
Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan
keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-
undang, adat serta amalan kebiasaan yang lain.
Ini merujuk kepada perkataan Bourdieu yang
membawa maksud satu proses sosial yang
membolehkan Budaya dan struktur sosial saling
berinteraksi.
Nilai dalam masyarakat adalah terlalu kompleks.
Proses Sosialisasi akan turut membantu
memperkembang Budaya yang terdiri daripada Latar
Bangsa dan Agama.
L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya
merupakan satu pola tingkah laku, objek, alat, idea,
sentimen, yang bergantung kepada simbol-simbol.
Tindakan dan Tingkah Laku tersebut akan menunjukkan
nilai yang diterima secara bersama oleh setiap individu
yang terdapat dalam masyarakat.
Kroeber & Kluckohn (1954), berpendapat bahawa
Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang mengandungi
pola Implisit serta Eksplisit tentang tingkah laku yang
diperoleh dan diwariskan melalui Simbol serta
berbentuk Material.
Malinowsky (1965), dalam bukunya A
Scientific Theory of Culture, mengkelaskan
Budaya sebagai suatu tindak balas terhadap
keperluan manusia.
Budaya merupakan keseluruhan aspek
kemanusiaan dari segi sejarah, kesusteraan,
institusi politik, muzik, lukisan, falsafah, dll.
Budaya secara umumnya adalah cara atau
gaya hidup sesebuah masyarakat atau bangsa.
Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang
diamalkan oleh kebanyakan orang termasuk
pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan
tabiat berfikir seseorang dalam menghadapi
sesuatu situasi.
Budaya juga boleh dikaitkan dengan pengalaman
interaksi sosial individu dengan masyarakat
sekelilingnya.
Budaya adalah hak masyarakat yang akan
menentukan bentuk tingkah laku mereka.
Dalam konteks pendidikan semasa, Budaya di
sekolah merupakan sebahagian daripada
Budaya masyarakat.
Murid-murid akan dididik untuk berbudaya
sebagaimana yang dikehendaki oleh
masyarakat.
Budaya dalam masyarakat juga akan
mempengaruhi Budaya di sesebuah sekolah.
Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menerapkan
nilai-nilai pendidikan yang mempunyai Nilai Material dan
Bukan Material.
Guru seharusnya merealisasikan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang bakal
memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat
tanpa menyalahi Budaya yang diterima bersama.
Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, Budaya
meliputi aspek lokasi, pekerjaan ibu bapa, pendidikan,
status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa,
bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan
melibatkan keseluruhan aspek yang
mengandungi unsur Budaya Rakyat Asal.
Terdapat Unsur Budaya Asing dari kaum lain
yang sesuai dan yang tidak bercanggah,
diterima dalam Budaya masyarakat di
Malaysia.
Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama
yang dikongsi oleh semua rakyat.
Budaya yang terdapat dalam sesuatu kelompok
mempunyai ciri-ciri berikut:
i. boleh dipelajari
ii. boleh dikongsi
iii. bersifat sejagat
iv. boleh diwarisi
v. sentiasa berubah
vi. mempunyai unsur simbolik
vii. mempunyai pandangan semesta
Pemupukan Kesedaran Kebangsaan dan Kenegaraan
dalam kalangan murid berasaskan ciri-ciri kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental.
Guru perlu menerapkan nilai murni dalam masyarakat
supaya mereka kelak dapat menyesuaikan diri dengan
Budaya masyarakat.
Kita perlu menyatukan penduduk berbilang etnik yang
mempunyai Budaya berlainan di bawah satu bentuk
Identiti Nasional yang khusus tetapi dapat diterima
oleh hampir semua golongan etnik di negara ini.
Pengalaman penjajahan telah meninggalkan
pelbagai kesan terhadap masyarakat kita.
Ilmu Kolonial telah mencipta himpunan
maklumat dan analisis mengenai Etnisiti iaitu
Etnik.
Masalah Perhubungan yang timbul di
kalangan Etnik adalah berpunca daripada
Interaksi Sosial yang tidak mesra serta
kebudayaan yang berbeza-beza.
Jenis dan Demografi Kelompok
Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua
individu atau lebih, yang berinteraksi, saling
bergantung dan saling bergabung untuk
mencapai sasaran tertentu.
Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal
Kelompok Formal merujuk kepada kelompok
yang ditentukan oleh Struktur Organisasi
serta Pengkhususan Tugas (Division of
Labour) untuk mencapai objektif Organisasi.
Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat dapat
diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan:
i. Kelompok Tugas:
Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas.
ii. Kelompok Kepentingan:
Individu bekerjasama untuk mencapai
sasaran khusus.
iii. Kelompok Persahabatan:
Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama
kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama.
Alasan orang untuk saling bergantung dan
bergabung dalam kelompok adalah seperti
berikut:
i. Keamanan
ii. Status
iii. Harga Diri
iv. Afiliasi: (Dapat memenuhi keperluan Sosial).
v. Kekuatan
vi. Pencapaian Tujuan
Pengelasan Kelompok Ras dalam masyarakat
pula boleh dilihat kepada beberapa bahagian
seperti:-
i. Caucasoid- (Orang-Orang Eropah)
ii. Negroid- (Orang-Orang Kulit Hitam)
iii. Mongoloid- (Orang-Orang Asia)
iv. American Indian-(Orang Asli Amerika)
v. Austroloid-(Orang Asli Australia)
Antara permasalahan yang dikenalpasti telah
diringkas seperti berikut:-
i. Perbezaan Pencapaian
ii. Jurang Sosial
iii. Monopoli
iv. Budaya
iv. Pengekalan Identiti
v. Prasangka
vi. Ethnocentrisme
vii. Stereotaip
Pengelompokan masyarakat ini juga boleh
dibincangkan secara bersama dengan Demografi.
Achille Guillard (1885), pertama menggunakan istillah
Demografi ini dalam karyanya yang berjudul
Elements of Human Statistics or Comparative
Demography.
Kata Demografi berasal dari bahasa Yunani demos
bermaksud penduduk di sesuatu kawasan.
Grafein pula bermaksud menulis tentang sesuatu
perkara.
Demografi Kelompok merupakan analisa
statistik terhadap jumlah dan komposisi
penduduk di sesuatu kawasan.
Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi soal
Fertiliti (kelahiran), Mortaliti (Kematian),
Perkahwinan serta Imigrasi dan bagaimana
komponen ini berubah mengikut masa serta
mempengaruhi saiz dan taburan penduduk
manusia.

Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri
daripada pelbagai bangsa dan agama.
Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum etnik
di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak.
Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan
kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu
Melayu (54%), Cina (25%), India (7%), Suku
kaum etnik di Sabah dan Sarawak ialah
sebanyak (14%).
Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan
Masyarakat Majmuk.
Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu, Cina,
India, Orang Asli dan Suku Kaum di Sabah dan Sarawak.
Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam Melayu
ini telah membina asas peradaban yang mantap sebelum
bertembung dan melalui Proses Difusi Budaya.(Menerima
Budaya orang lain ke dalam Budaya sendiri).
Peradaban Islam serta Peradaban India amat
mempengaruhi pembangunan peradaban Melayu di Asia
Tenggara.
Di Sabah, terdapat kira-kira 23 suku kaum
etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira
17 suku kaum etnik yang menetap di sini.
Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum etnik yang
terdapat di Malaysia.
Pada tahun2006, terdapat jumlah orang Asli
seramai 141, 230 orang. Ekonomi orang Asli
masih lagi berasaskan pertanian dan sara diri.
Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai
matlamat akhirnya.
Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah
terbentuknya satu Bangsa Malaysia yang terdiri
daripada satu masyarakat berbilang etnik yang bersatu
padu, sejahtera dan mempunyai identiti nasional
tersendiri.
Proses perpaduan negara dalam kalangan negara yang
berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik masing-
masing.
Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan
orientasi pemikiran masing-masing.
Perbezaan inilah dikatakan sebagai
penghalang kepada masalah dalam proses
penyatuan, perpaduan dan pembinaan bangsa
Malaysia.
Teori Hubungan Kaum merupakan teori yang
terdapat dalam menyatupadukan masyarakat
Malaysia dan membentuk hubungan atau
kepelbagaian kaum.
Peringkat proses seterusnya dinamakan: Sergresi.
Hubungan yang bersifat Pemisahan antara etnik
dalam sebuah negara seperti pemisahan kawasan
tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.
Akomodasi adalah satu keadaan yang mana
kelompok yang berkonflik bersetuju untuk
menghentikan konflik apabila adanya interaksi
secara aman.
Masyarakat Majmuk hidup berdekatan, saling
bekerjasama tetapi tidak bersatu padu. Mereka
hidup secara harmoni dan menghormati antara
satu sama lain. (Furnival, 1949).
Proses ini berlaku apabila etnik-etnik menyedari
tentang kepentingan norma dan nilai mereka
antara satu sama lain, namun mereka tetap
mempertahankan Budaya hidup masing-masing.

Institusi-Institusi tertentu seperti ekonomi dan
pendidikan saling bergantungan antara satu
sama lain. Contohnya, negara Switzerland.
Negara Switzerland mempunyai hubungan
etnik bersifat Akomodasi, di mana etnik-etnik
di dalamnya seperti Etnik Jerman, Peranchis
dan Itali saling membuat penyesuaian antara
satu sama lain dan hidup dalam keadaan
aman.

Akulturasi pula merupakan satu proses yang kadang
kala dikenali sebagai Asimilasi Budaya yang terjadi
apabila manusia dalam Kumpulan Minoriti menerima
norma, nilai dan pola-pola tingkah-laku dan Budaya
dari Golongan Majoriti.
Proses ini merupakan proses meminjam dan menerima
unsur-unsur Budaya golongan Majoriti, tanpa
mengubah unsur-unsur Budaya Asal.
Asimilasi adalah Proses Percantuman dan Penyatuan
antara kelompok dan individu yang berlainan
kebudayaan dan identiti supaya wujud satu kelompok
yang mempunyai identiti yang sama.
Amalgamasi Budaya merupakan satu proses yang
terjadi apabila Budaya dan Ras bercampur untuk
membentuk jenis-jenis Budaya dan Ras yang
baru.
Cara utama untuk menentukan Proses
Amalgamasi terjadi ialah Perkahwinan Campur
antara Etnik dan Ras.
Perbezaan Sosio-Ekonomi, Budaya, Segregasi,
Pemisahan Fizikal, Agama, Dasar Kerajaan,dll
turut menjadi faktor penghalang ketara.
Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut diadakan
oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan
Budaya ini.
Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan turut diadakan
oleh kerajaan bagi mencapai matlamat pembentukan
Budaya ini.
Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan
Nasional.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan telah diakui dan
diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan
hubungan antara etnik.
Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai
tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang.
Kementerian Pelajaran perlu
bertanggungjawab memupuk semangat
perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi.
Murid perlu diberikan kesedaran tentang
kepentingan memahami hubungan Etnik.
. Antara usaha yang telah dijalankan ke arah
memupuk Perpaduan Nasional yang telah
dijalankan oleh kerajaan adalah:
i. Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
ii. Rukun Negara
iii. Dasar Ekonomi Baru
iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan
v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
vi. Gabungan Parti-Parti Politik.
vii. Integrasi antara Wilayah.
viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan
Sabah/Sarawak.
Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja tidak
memadai tetapi mesti digenapkan dengan usaha
yang berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama
dan sumbangan daripada sektor swasta, sektor
komuniti dan semua parti politik.
Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial yang
berbeza seperti Kelas Atasan, Kelas
Menengah serta Kelas Bawahan perlu
ditingkatkan.
Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting
yang mencorakkan Sistem Sosial di Malaysia.
Walaupun tahap Perpaduan Nasional di
negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya
mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.
Abdul Rahman Embong (2001), menjelaskan
bahawa bangsa yang terdiri daripada semua
kaum di Malaysia yang terbentuk dalam
sejarah dan mempunyai perasaan sebangsa
dengan nama Kolektif (Bangsa Malaysia) yang
sama serta berkongsi wilayah, ekonomi,
Budaya dan nasib masa depan dengan rupa
bangsa yang sepunya.
Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)
melibatkan satu proses yang panjang dan
merupakan satu keperluan bagi Malaysia.
. Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)
memerlukan penyertaan menyeluruh setiap
anggota masyarakat dan penglibatan sepenuhnya
jentera kerajaan.
. Satu Nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan
dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai