Anda di halaman 1dari 3

HASIL TUTORIAL 11

BMMB3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

TARIKH : 24 Februari 2021


HARI : Rabu
KUMPULAN : PISMP C1
SEMESTER/TAHUN : 2 / 4
TAJUK TUTORIAL : Pembudayaan sosial di Malaysia

Jelaskan 3 aspek yang berpengaruh untuk proses pembudayaan masyarakat.


Terdapat 3 aspek yang berpengaruh dalam proses pembudayaan masyarakat.
Aspek pertama ialah aspek pembudayaan nilai. Nilai ialah sesuatu yang dihargai dan amat
signifikan dalam masyarakat. Selain itu, nilai juga berfungsi sebagai motivasi dalaman yang
menggerakkan tindakan dan tingkah laku seseorang. Nilai mutlak ialah nilai yang bersifat
sejagat dan diterima secara umum oleh sedunia manakala nilai relatif ialah nilai yang
bersifat setempat dan diterima berdasarkan norma sesebuah masyarakat (Abdullah Zhidi et
al, 2016; Bucciarelli, 2008). Nilai-nilai yang dijunjung oleh masyarakat Melayu adalah seperti
nilai ilmu, nilai ekonomi, nilai moral, dan sebagainya adalah nilai-nilai yang bersumberkan
dari ajaran Islam. Sebagai contoh, masyarakat Melayu beragama Islam sering memperingati
Allah S.W.T dengan mengadakan Majlis Maulidur Rasul yang merupakan suatu wahana
pembudayaan dan pemasyarakatan nilai-nilai nabawi yang unggul. Dalam pengamalan
agama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia, terdapat beberapa nilai sejagat seperti
kemanusiaan, kebenaran, kesopanan, kearifan, saling mempercayai dan perdamaian yang
dikongsi bersama antara agama Islam dengan agama-agama lain (Abdul Halim, 2019).
Kesemua nilai tersebut menjadi pegangan dalam kalangan masyarakat majmuk tanpa
mengira bangsa dan agama. Nilai sejagat ini membentuk perspektif semesta yang dikongsi,
dipersetujui dan dipraktikkan bersama sehingga berupaya menyatupadukan semua rakyat
dan sekali gus menjamin kesejahteraan negara.

Aspek kedua yang mempengaruhi proses pembudayaan ialah proses pembudayaan


akhlak. Pembudayaan akhlak dapat laksanakan jika semua faktor pembudayaan seperti ibu
bapa, masyarakat, sekolah, media massa dan juga kerajaan mencapai satu misi, iaitu
mencapai kesepakatan dalam menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik dalam kehidupan. Ibu
bapa perlu menerapkan nilai-nilai terpuji kepada anak-anak dalam cara tidak formal dalam
memainkan peranan penting mendidik anak-anak..Tidak ketinggalan ,guru-guru perlu
menjadi contoh terbaik bagi menggalakkan pelajar mengamalkan nilai-nilai murni.
Seterusnya, media massa boleh menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik dalam iklan atau
paparan di media massa.Di samping itu, kerajaan pula perlulah memantau dan sentiasa
memberikan pengukuhan melalui badan-badan berwajib terhadap semua faktor ini dan
memandu arah dalam membudayakan akhlak dalam setiap kehidupan rakyat.

Aspek ketiga yang mempengaruhi proses pembudayaan ialah pembudayaan


bahasa. Keupayaan sesuatu bahasa menjadi bahasa komunikasi apabila semua
masyarakatnya menuturkan dan menggunakan bahasa ibundanya dalam sebarang situasi
dan membuktikan mereka mencintai bahasanya. Pembudayaan bahasa amat perlu
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
supaya pelajar dapat menguasai kecekapan berbahasa, malah turut melibatkan aspek
luarannya. Aspek ini perlu mengambil kira konsep pembelajaran bahasa kedua dan keadaan
ini tidak hairan dalam konteks kemajmukan masyarakat Malaysia.

Berikan 3 contoh bagaimana aspek pembudayaan sosial berlaku dalam masyarakat


Melayu-Cina-India

Pembudayaan sosial yang berlaku dalam masyarakat Melayu-Cina-India merangkumi


beberapa perkara. Perkara pertama ialah dari segi perayaan yang melihat kepada
sambutan perayaan Hari Raya,Tahun Baru Cina dan Deepavali yang disambut pada setiap
tahun. Pada musim perayaan ini setiap kaum akan mengadakan majlis rumah terbuka bagi
mengeratkan hubungan silaturahim antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sebagai
contoh, majlis rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri memberikan peluang kepada
masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India termasuk etnik bumiputera Sabah dan
Sarawak telah mula mempelajari budaya etnik Melayu khususnya dari segi pakaian dan
makanan. Hal ini secara tidak langsung membudayakan konsep rumah terbuka dalam
kalangan masyarakat lain sempena sambutan perayaan kaum masing-masing.

Perkara kedua ialah pembudayaan sosial berlaku dari segi bahasa. Pembelajaran bahasa
yang pelbagai amat penting pada zaman kini.Dunia yang berkembang pesat memerlukan
setiap manusia untuk keluar dari zon selesa mereka dan mempelajari bahasa selain
daripada bahasa ibunda mereka.Sebagai contoh,masyarakat Melayu disarankan
mempelajari bahasa Tamil dan bahasa Mandarin selain menguasai bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris itu sendiri. Pada masa kini kita dapat melihat kepentingan bahasa Mandarin
dalam mendapatkan kerja kerana nilai ekonomi bahasa tersebut yang semakin meningkat
sejajar dengan penguasaan ekonomi negara China. Dengan ini berlakunya proses akulturasi
dalam kalangan pelajar Melayu dan India apabila mereka mula mempelajari bahasa Cina ini.
Peminjaman kosa kata juga merupakan salah satu proses pembudayaan bahasa. Roksana
(2015) menerangkan bahawa proses peminjaman kata berlaku atas pertembungan dan
penyerapan budaya untuk memenuhi jurang leksikal atau kekurangan kosa kata apabila
menghadap sesuatu budaya baharu. Aktiviti perdagangan, penyebaran agama, pendidikan,
hubngan diplomatik, penghijrahan dan penjajahan telah menyebabkan proses pinjam-
meminjam berlaku antara kosa kata bahasa Melayu dengan bahasa Sanskrit, Arab,
Portugis, Hindi, Cina, Belanda dan Parsi (Krishnasamy & Shahrimah, 2018). Menurut Soo
(2014), kata pinjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu merangkumi kosa kata Mandarin
dan dialek-dialek Cina. Antara contohnya termasuklah perkataan ‘dimsum’ dari dialek
Kantonis, ‘kongsi’ dari dialek Hokkien, ‘banci’ dari bahasa Mandarin dan seumpamanya.
Untuk kata pinjaman bahasa Tamil, contoh yang sesuai ialah ‘kapal’ (kappal), ‘pitam’
(pittam), ‘mutu; (muttu) dan sebagainya (Krishnasamy & Shahrimah, 2018). Peminjaman
kosa kata membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah dinamik, hidup dan sentiasa
menyerap budaya lain untuk memperkasa saiz leksikal bahasa ini.

Perkara ketiga ialah pembudayaan sosial berlaku dari segi makanan. Pelbagai jenis
makanan yang terdapat di negara ini menggambarkan kepelbagaian budaya dan etnik
masyarakat yang terdapat di dalamnya. Jenis-jenis makanan dan masakan itu dimonopoli
oleh tiga kaum utama yang terdapat di negara ini iaitu Melayu,Cina dan India.Setiap kaum
ini mempunyai corak dan rasa masakan yang berbeza yang menonjolkan kebudayaankaum
itu.Misalnya restoran makanan Cina menyediakan hidangan masakan ala Melayu dengan
memasukkan budaya mereka dalam makanan Melayu seperti memasukkan daging itik
dalam juadah nasi lemak.Begitu juga masyarakat Melayu yang makan tosai iaitu makanan
tradisional orang India.Perkara ini menunjukkan pembudayaan sosial yang berlaku antara 3
etnik utama negara Malaysia dari segi makanan.

Anda mungkin juga menyukai