Anda di halaman 1dari 3

HASIL TUTORIAL 8

BMMB3163 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

TARIKH : 10 Februari 2021


HARI : Khamis
KUMPULAN : PISMP C1
SEMESTER/TAHUN : 2 / 4
TAJUK TUTORIAL : Konsep Ilmu

Huraikan contoh perubahan konsep ilmu dari perspektif alamiah (tradisional) ke ilmu
sains (moden).

Ilmu daripada perspektif alamiah merupakan ilmu yang ditimba melalui pengalaman ataupun
melalui persekitaran kita (alam). Ilmu sedemikian bersifat tradisional dan diwarisi secara
turun temurun. Sebagai misalnya, unit ukuran pada zaman dahulu menggunakan jengka,
depa dan sebagainya. Ilmu alamiah semua insan terhadap sesuatu konsep mungkin
berbeza atas faktor perbezaan individu termasuklah pengalaman diri dan kepercayaan
masing-masing. Sebagai misalnya, ilmu sihir yang dipraktikkan dalam kalangan masyarakat
orang asli adalah berlainan kerana kepercayaan dan pegangan masing-masing tidak sama
dan mungkin bercanggah. Ilmu daripada perspektif alamiah lebih mementingkan
penggunaan daripada kebenaran. Ilmu alamirah juga merupakan hipotesis terhadap sesuatu
yang dilalui.

Jika dibandingkan, ilmu daripada perspektif sains ialah ilmu yang telah dikaji dan
bersifat tepat. Ilmu sedemikian bersifat moden dan terbukti melalui proses cuba uji dan uji
kaji yang berkesan sehingga suatu keputusan dibuat. Sebagai misalnya, unit ukuran sejagat
yang dipersetujui oleh semua warga dunia ialah gram, meter dan liter yang dapat diukur
secara eksplisit. Cara penghitungan melalui rumus-rumus matematikal juga merupkan ilmu
moden. Ilmu sedemikian adalah lebih kukuh kerana adanya sokongan kajian dan bukti
kebenaran. Ilmu sains akan kekal betul sehingga ada kajian lanjutan yang membuktikan
kesalahan ilmu tersebut. Sifat empirikal ilmu sains menjadikan ilmu tersebut sentiasa diuji
untuk membuktikan kesahihannya.
Bincangkan perkembangan ilmu persuratan Melayu puisi melayu di zaman tradisional
ke zaman moden.

Puisi pada mulanya lahir sebagai bentuk kesenian yang berpindah dari mulut ke
mulut. Pawang, bomoh, dan penglipur lara menghafaz mentera-mentera, doa, pantun dan
syair untuk dibaca dan dinyanyikan dalam istiadat perkahwinan, tolak bala, kelahiran,
kematian, memuja semangat padi, menyeru arwah-arwah penjaga laut dan istiadat lain yang
penting dalam kehidupan orang bermasyarakat. Bahasa digunakan untuk menyusun puisi
pada bentuk yang awal, mudah, berirama dan tepat.

Pada zaman Jepun, kelahiran sajak amat mudah dianggap menjadi alat propaganda.
Ini, pertamanya kerana sajak-sajak yang dihasilkan begitu banyak membawakan slogan
yang melambangkan semangat, kemegahan serta keagungan bangsa Jepun seperti
‘Cahaya Asia’, ‘Asia Raya’ dan ‘Matahari Timur’. Keduanya, sajak-sajak yang
mengambarkan kemiskinan dan kemelaratan hidup rakyat amat kecil jumlahnya. Kalau ada
pun, seperti sajak “Kepada Kaum Tani” (Semangat Asia, Julai 1943), lebih menyarankan
supaya rakyat bekerja kuat mendapatkan bahan makanan sendiri.

Setelah tamatnya zaman pemerintahan Jepun, matlamat gerakan orang-orang


Melayu dalam pertubuhan-pertubuhan politik menjadi lebih lantang dan tegas. PKMM
misalnya, mempunyai penerbitan sendiri untuk menyalurkan cita-cita perjuangannya.
Antaranya ialah akhbar Pelita Malaya, yang mendukung dasar “Menuju Kebenaran,
Pendamaian dan Kemerdekaan Bangsa”. Begitu juga majalah-majalah Suluh Malaya, yang
mengutamakan dasarnya sentiasa “Berterus Terang Dalam Segala Hal” dan Kris, dengan
dasarnya ke arah mencapai “Kedaulatan Bangsa”. Matlamat serta corak gerakan demikian
amat erat pula hubungannya denga kesedaran orang-orang Melayu di Tanah Melayu
terhadap kejayaan Indonesia mencapai kemerdekaan pada waktu itu.

Terdapat juga sejumlah besar sajak yang menyuarakan perjuangan seperti “Aliran
Hidup” ini ditujukan kepada golongan khusus dalam masyarakat Melayu. Antaranya kepada
golongan pemuda, kaum wanita dan anggota pasukan keselamatan, terutama pasukan
Askar Melayu. Dalam hubungan inilah terlihatnya suatu perkembangan yang menarik.
Sepanjang period 1946-1949 itu, telah muncul sebarisan penulis wanita menghasilkan sajak.
Nama-nama yang ditemui ialah Mariam Abdul Ghani, Hafsah, Siti Aishah, Kamariah Johor,
Wanita Kampung dan Normah Kamarudin. Sajak-sajak mereka tidak secara ghairah
membawakan kesepian serta kerinduan dunia wanita, tetapi menyarankan peranan kaum
wanita dalam perjuangan mencapai kemerdekaan.
Tahun Lima Puluhan membuka suatu sejarah baru dalam perkembangan
kesusateraan Melayu moden yang berpusat di Singapura. Ini berikutan dengan tertubuhnya
Angkata Sasterawan 50 atau kependekannya ASAS 50, yang membawa slogan “Seni Untuk
Masyarakat”. Dalam sajak-sajak yang dihasilkan olen penyair-penyair ASAS 50, seperti
Masuri S.N., Usman Awang dan Awam-il-Sarkam, terlihat kepatuhan mereka mengisi cita-
cita angkatannya. Sajak-sajak mereka, di samping terus membawakan teriakan
kemerdekaan, nasib rakyat golongan petani, nelayan dan buruh. Penyuaraannnya terasa
dengan lantang menuntut keadilan, menghapuskan penindasan dan membasmi kemiskinan.
Malah penyair-penyair lain yang baru muncul tetapi bergerak di luar ASAS 50, seperti
Suhaimi Haji Muhammad, Halim Anuar, Afrini Adhan dan Mokhtar Yassin, turut juga
menyuarakan persoalan yang sama.

Tahun Enam Puluhan ialah tahun-tahun selepas kemerdekaan. Tahun-tahun


tersebut membawa dua perubahan yang penting hubungannya dengan perkembangan puisi
Melayu moden. Pertama, meletakkan suatu asas yang kukuh kepada peningkatan bidang
pendidikan dan penggunaan bahasa kebangsaan. Kedua, perpindahan pusat kegiatan
kesusasteraan dari singapura ke Kuala Lumpur. Dengan ini, Kuala Lumpur mula
berkembang menjadi kota ilmu pengetahuan dan kebudayaan. Bermula dari awal Tahun
Enam Puluhan, kegiatan perciptaan puisi disertai oleh penyair-penyair muda dari maktab-
maktab perguruan dan pelajar-pelajar sekolah menengah. Antaranya yang amat produktif
dan agak penting sumbangannya ialah A. Wahab Ali, Dharmawijaya, Firdaus Abdullah,
Hadzrami A.R., Jihaty Abadi, Kemala, Rustam A. Sani dan Syamsudin Jaafar. Mereka ini
telah terlebih dahulu memerhati dan banyak belajar dari tradisi penulisan puisi yang dibentuk
oleh Masuri S.N. dan Usman Awang. Tetapi kemudian berkembang bersama pengalaman
dan bakat yang mereka punyai.

Sejak awal tahun 1970-an, arah perkembangan puisi Melayu moden mula
menjanjikan kematangan intelektual yang semakin meyakinkan. Sajak-sajak yang dihasilkan
mula menjurus secara terencana kepada pernyataan pemikiran yang lebih analitikal. Ini
keran penyair-penyair memperlihatkan kecenderungan menjadikan diri dasar segala
pengalaman, prinsip dan pandangan hidup. Kecenderungan ini dilakukan terutamanya oleh
A. Latiff Mohidin, Baha Zain dan Muhammad Haji Salleh.

Anda mungkin juga menyukai