Anda di halaman 1dari 6

BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

1.0 DRAMA

Drama berasal daripada perkataan “Dran” (bahasa Greek Kuno) yang bermaksud “to
act” atau melakonkan/ melakukan aksi . Teater pula berasal daripada perkataan
“teatheron” iaitu tempat di mana sesebuah drama dipersembahkan. Shakespeare
mengistilahkan drama sebagai kehidupan manusia itu sendiri. Baginya dunia ini
adalah pentas, manakala manusia adalah pelakonnya. Hubungan drama dengan
pendidikan bahasa adalah amat rapat.Pada kebiasaannya kanak-kanak mempelajari
bahasa melalui peniruan dan pengetahuan yang diperolehi daripada persekitaran
mereka. Drama juga suatu peniruan daripada kejadian sebenar yang berlaku dan
dialami dalam hidup manusia sehari-hari lalu dipentaskan untuk ditonton. Drama
menuntut seseorang berkomunikasi dengan berkesan secara bersuara atau tanpa
suara yang juga melibatkan pertuturan, aksi dan ekspresi yang tepat bagi
menyampaikan mesej kepada pendengar atau penonton. Ini pastinya memerlukan
kecekapan berbahasa yang tinggi.Oleh itu dengan melakukan aktiviti drama di bilik
darjah, murid bukan sahaja dilatih menggunakan bahasa secara autentik, malahan
mereka dilatih supaya lebih yakin bertutur dengan baik di hadapan khalayak.

1.1 Tujuan drama dalam pengajaran Bahasa Melayu


 menghubungkaitkan pembelajaran dengan situasi sebenar di luar bilik darjah
 pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan
 melatih pelajar berkomunikasi secara berkesan mengikut situasi
 membina sikap bekerjasama dan bertoleransi
 membentuk disiplin diri dan amalan hidup bermasyarakat
 meningkatkan keyakinan diri berhadapan dengan khalayak
 meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif
 memupuk semangat cinta akan budaya bangsa sendiri
 menggalakkan aktiviti aktif dan pembelajaran secara kolaboratif dankoperatif
yang berpusatkan pelajar
 mempelbagaikan teknik pengajaran dan menggalakkan pembelajaranyang
lebih ceria serta menyeronokkan pelajar
 membimbing murid dengan pembelajaran kendiri dan penilaian kendiri
 menanamkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni

1
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

1.2 Model Pengajaran Bahasa Melayu Melalui Drama


Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sistematis,
enam komponen penting serta alasan-alasan memasukkannya perlu diambil kira.
Model ini digunakan oleh unit drama Institut Bahasa setelah dicubakan selama 7
tahun. Model Drama IB ini diubahsuai berdasarkan model Wessels (l987), iaitu;

1.2.1 Kemahiran Bahasa Melalui Drama


Aktiviti drama boleh melatih murid dalam pelbagai kemahiran. Murid dapat dilatih
bertutur dengan sebutan yang jelas, lancar ,intonasi dan nada yang sesuai serta
berkesan. Komunikasi bukan sahaja melibatkan pertuturan (verbal) malahan aspek
bukan verbal seperti ekspresi,mimik dan gerak tubuh atau ‘gesture’ juga amat penting
dalam menentukan makna. Ini bertepatan dengan objektif utama kemahiran lisan
dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) iaitu;

“mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat di dalam kehidupan
sehari-hari sama ada di dalam atau di luar sekolah, bertutur dan mengeluarkan buah
fikiran dengan menggunakan berbagai-bagai keadaan perhubungan seperti
perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis
bahas, syarahan dan lain-lain”

Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah;

1.2.2 Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)


 latihan mendengar untuk menyediakan murid belajar bunyi bahasa seperti
bunyi yang biasa dengan persekitaran murid dan bunyi yang mencetuskan
imaginasi
 latihan mendengar secara berbisik, laungan ,jeritan dan mendengar mengikut
suasana
 kesediaan mendengar melalui latihan mental dan fizikal (hening diri) serta
penggunaan indera
 latihan pemilihan bahasa dan alat dengan aktiviti menggunakan rentak, gerak,
nada dan irama

2
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

 aktiviti menyebut perkataan-perkataan dengan latihan penyebutan, kelancaran,


nada, jeda, pemintal lidah, projeksi suara, latihan pernafasan, latihan
menyebut mengikut kesesuaian situasi dan laras bahasa.
 aktiviti-aktiviti memos (aksi tanpa suara) yang melibatkan latihan
ekspresi/mimik, gesture(gerak tubuh) , isyarat dan fungsi indera
Aktiviti-aktiviti ini boleh dilaksanakan dengan mewujudkan beberapa situasi yang
sesuai dan latihan lisan melalui ;

 dialog
 telefon
 temu bual/wawancara
 jual beli
 bercerita
 mesyuarat
 forum
Contoh : lihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran

1.2.3 Kemahiran Membaca


Aktiviti drama juga dapat melatih kemahiran membaca secara mekanis
dan mentalis.Ini dapat dilakukan dengan latihan membaca teks atau skrip melalui;
 Teater Pembaca
 Teater Bercerita
 Dialog drama radio, televisyen dan teater
Aktiviti drama juga dapat melatih pelajar membaca dan menjana idea daripada bahan
yang dibaca serta meningkatkan kamahiran KBKK . Aktiviti drama yang sesuai
deigunakan ialah;

 improvisasi
 permainan drama
 pantomim
Bahan bacaan yang sesuai untuk digunakan sebaiknya bahan yang

 mempunyai unsur dramatik


 ada cerita yang boleh diaksikan
 ada penyepaduan ilmu dan penyerapan nilai murni

3
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

 dapat menarik minat murid


 mencabar minda/pemikiran
 bersesuaian dengan aras atau tahap keupayaan/ kebolehanmurid
contoh: lihat aktiviti pengajaran dan pembelajaran

1.2.4 Kemahiran Menulis


Kemahiran menulis memerlukan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran
tatabahasa . Namun, tanpa pemikiran yang kritis dan kreatif, murid tidak dapat
menghasilkan penulisan yang baik. Penulisan yang baik bukan sahaja ditentukan
dengan tatabahasa yang betul, tetapi isi atau idea yang disampaikan juga tidak kurang
pentingnya. Aktiviti drama dapat membimbing murid berfikir secara kritis dan kreatif
dalam menjana idea dan mencetuskan daya imaginasi yang tinggi dalam
menghasilkan karangan.

Latihan menulis yang boleh dijalankan melalui aktiviti drama ialah;

 menulis berdasarkan aktiviti improvisasi,


 main peranan dan simulasi bagi menjana minda serta
menyusun isi cerita

 permainan drama bagi merangsang imaginasi


Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sebaiknya;

 dapat merangsang idea dan indera


 mempunyai kesinambungan isi
 sesuai dengan aras dan tahap kebolehan murid
 dapat mengintergrasikan ilmu, kemahiran dan penyerapan nilai
 merangsang pemikiran kritis dan kreatif
 dipelbagaikan dan menepati kehendak objektif
 mencabar
Contoh : lihat aktiviti pengajaaran dan pembelajaran

1.3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu melalui drama;

4
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

1.3.1 Main Peranan dan Simulasi


Aktiviti yang melibatkan pelajar/murid memainkan peranan atau melakonkan watak
mengikut ciri-ciri dan senario yang digambarkan.Simulasi pula adalah suatu aktiviti
yang berasaskan situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar.
Pemain peranan perlu berinteraksi bedasarkan peranan masing-masing bagi
membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu atau tugasan tertentu.

Main Peranan dapat meningkatkan kemahiran;

 menjana minda
 membuat keputusan/ menyelesaikan masalah
 menganalisis, membuat sentesis dan menilai maklumat
 berkomunikasi mengikut kesesuaian perwatakan atau peribadi
watak/peranan yang digambarkan serta serasi dengan situasi yang dihadapi

 melatih pelajar/murid supaya lebih berpandangan terbuka, objektif serta


melihat sesuatu dari pelbagai perspektif
 mengenal diri sendiri lebih dekat dan bersikap lebih toleransi Peranan Guru
dalam mengendalikan aktiviti Main Peranan dan Simulasi
 guru sebagai penggerak, pengarah, perancang, pentadbir,penunjuk cara dan
fasilitator
 guru dapat merancang masa dan boleh mengubah suai aktivitimengikut
keperluan
 seharusnya dapat memberikan perhatian dan menarik tumpuanmurid terhadap
pelajaran
 dapat menguruskan bilik darjah dengan baik dan mewujudkansuasana kelas
yang kondusif
 dapat membimbing murid dengan pembelajaran secara individu,berpasangan
dan berkumpulan dan berpusatkan murid
 menguasai teknik penyoalan dengan terancang dan dapat menjana idea murid

1.3.2 Improvisasi
Improvisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh
mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi.
Pelajar berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan
5
BMMB3083 DRAMA DALAM PENDIDIKAN

mengikut atahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti
mereka sendiri. Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan
daya imaginatif dan kreatif pelajar dalam menggunakan bahasa yang baik dan
berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih pelajar sentiasa bersedia memberikan tindak
balas spontan apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya
penghayatan pelajar agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang
ditentukan.

Beberapa jenis/ aktiviti improvisasi

1. Improvisasi berdasarkan situasi


-teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan
walaupun situasi yang sama

contoh 1 : situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan
(patung orang, anjing, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.

Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?

contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas anda.
Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana anda
semua melayaninya?

1. Improvisasi berdasarkan objek


-teknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan
melakukan sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai