Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan aliran pemikiran moral beserta contoh- contoh yang sesuai

Naturalis
Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang
sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan
berfikiran naturalis.
Contoh: Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan
percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan
itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.

Emotivis
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan
ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.
Contoh: Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Intuisionis
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan. Aliran ini ada
kaitannya dengan bisikan hati. Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang
lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh
dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba
dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.
Contoh : Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka
menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang
tersurat.

Rasionalis
Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab. Segala tingkah laku
moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan
asas pemikiran rasional yang waras dan logik.
Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal
fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah,
merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan
keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

Anda mungkin juga menyukai