Anda di halaman 1dari 13

Pemikiran Naturalis

• Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan


sesuatu dalam keadaannya yang sebenar.
• tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami
cara bagaimana mereka harus hidup.
• manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi
berbanding dengan haiwan yang lain.
• Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia
mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara
rasional dengan menggunakan akal.
• Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-
batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.
• Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan
mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan
pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli
yang lain.
• Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain
memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna
mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai
hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan
seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.

• Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang


sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana
dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita
seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi
nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah
berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.
• sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan
sesuatu situasi sahaja.
• contoh
• Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan
peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut
mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia
bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak
berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat
markah yang rendah.

• Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki


secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin
walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.

• Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan


penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu
tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain
mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya
usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan
berakhir.
Pemikiran Emotivis

• Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan
atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama
ada perasaan gembira mahupun sedih.

• Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan.
Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut
pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut
emosi, sikap atau perasaan.

• Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan
perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan
yang sama di kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu.
Dengan kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran
moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya
merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat
pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.
• Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan
perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi
perasaan itu.

• Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan
tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh
mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan
dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja
berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan
emotivis cuba menganalisis “apa yang salah” dari segi emosi, sikap atau
perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep “tidak dipersetujui”
mengandaikan terlebih dahulu penanggapan “salah”. Pentafsiran-
pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah
bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep
“emosi” yang lengkap.

• Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas
emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan
dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.
• Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

• Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli
Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

• Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya,
menyiksa atau membunuhnya.

• Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut

• Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

• Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

• Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga.

• Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara
kumpulan lelaki tersebut.

• Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah oleh pensyarahnya. Mengenai
markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata , “Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti
tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak. Pemalas!”
• Pemikiran Intuitionis

• Definisi dan ciri-ciri :

• Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru
pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka
tahu perkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi.
Perkataan ‘intuisi’ berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna
‘saya memandang tepat kepada sesuatu’. Ia merupakan satu proses ‘melihat’
atau ‘memahami’ secara intelek. Menurut pandangan intuisionis,
pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.

• Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara
spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan
seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang
dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001
pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau
isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata
pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina’.
• Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang
lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran
pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal.
Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan
tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran
ini. Maka berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa
indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya bentara’.

• Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah
intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh
lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’ lantaran pengalaman hidupnya yang
masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-
janji manis lelaki hidung belang.


• Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau
masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

• Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama
berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran
faktor usia.

• Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’
lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah
diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

• Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan
berkata sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja
kursusnya, ‘Cis! Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah
markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.’
• Pemikiran Rasionalis

• Definisi dan ciri-ciri :

• Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’ atau sebab.
Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam
sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan
logik.

• Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan
bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan
manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat
sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

• Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor
utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai
pendangan bahawa kita mengetahui
• sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya
menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Mengikut pandangan ini,
pengetahuan diperoleh dengan cara membandingkan idea dengan idea-
idea lain. Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera
dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang
sah. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita
seperti penglihatan, pendengaranm sentuhan, bau dan rasa hanya
merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-pengalaman
yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk
satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi
golongan rasionalis, pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep,
prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.

• Menurut golongan rasionalis lagi, manusia mempunyai keupayaan untuk
mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi
yang tidak dapat diberikan oleh pacaindera semata-mata.
• Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang
berfikiran sedemikian ialah:

• Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui,
maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui.

• Dua tambah dua bersamaan dengan empat.

• Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180° atau dua sudut tepat.

• Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang
dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang
menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, ‘Apakah sebab-
sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah gambar-gambar yang saya
gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya tidak
mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.’

Anda mungkin juga menyukai