Anda di halaman 1dari 8

Disediakan oleh: Alexander Ngu Huong Hang Muhamad Hafizuddin bin Mat Zuki

TEKNIK DRAMA
Perkataan drama ini berasal dari bahasa Greek iaitu dramoi yang bermaksud bertindak atau beraksi di atas pentas. Sir John Pollock (1958) pula mendefinisikan drama sebagai sebuah pertunjukan yang berlaku dengan melibatkan penyatuan watak-watak. Teknik drama merupakan salah satu daripada teknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran bahasa yang mana meliputi pelbagai bentuk seperti arca, pentomin, mimos, improvisasi dan sebagainya. antara lakonan dan pengucapan atau

persembahan gerak laku, serta melakonkan atau meniru

Cook (1975) menyatakan bahawa lakon merupakan satu cara yang sebenar untuk belajar.

Teknik

drama

ini

digunakan

untuk

melatih

pelajar

menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik seperti jeda dan intonasi serta unsur bukan linguistik seperti mimik muka, gerak tangan, kepala dan sebagainya dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penerapan teknik drama dalam pengajaran bahasa mnurid akan untuk mewujudkan terlibat aktif suasana dan pembelajaran diberi ruang yang untuk menyeronokkan untuk murid kerana mereka dibenarkan mengekspresikan perasaan mereka.

ARCA

Berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere iaitu proses mengukir, melarik, mencungkil dan menguris, arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi yang mana permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Selain itu, arca juga dimaksudkan sebagai patung yang menyerupai seseorang atau bayang yang terlihat di dalam cermin atau melalui kanta kamera mahupun bayang-bayang yang terlihat ketika seseorang itu berkhayal. Disamping itu, arca juga boleh dirujuk sebagai gambaran dalam fikiran

atau pertalian fikiran yang dihasilkan dalam karya sastera.

Ciri-ciri aktiviti yang dijalankan: Seorang murid berperanan sebagai pencerita. Rakan yang lain akan menggerakan badan dan muka berdasarkan cerita yang disampaikan. Namun, pelakon tidak boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain (pelakon berada statik sepanjang persembahan) Aktiviti drama arca ini boleh dijalankan secara berkumpulan dan bilangan murid adalah tidak terhad dan bergantung kepada watak dalam cerita yang disampaikan. Pada kebiasaannya suatu persembahan drama arca akan melibatkan tiga atau empat orang termasuk pencerita.

Anda mungkin juga menyukai