Anda di halaman 1dari 27

Perkataan tasawwur berasal daripada perkataan

bahasa Arab yang bermula dengan kata dasar


sawwara.
Tasawwur bererti:
1. Memberikan suatu tanggapan kepada rupa yang
dapat dikhayalkan.
2. Memberikan gambaran sebenar ke atas apa yang
disampaikan kepada akal fikiran dan seterusnya
menjadi sebati dalam diri untuk difahami.

Semenjak kedatangan Islam, kehidupan
baru manusia Alam Melayu atau Nusantara
dalam keserumpunan itu bertukar daripada
kepercayaan tahyul kepada suatu
keyakinan yang berpaksikan aqidah yang
didasari intelektualisme dan rasionalisme
Tasawur
pendidikan
Bahasa dan
persuratan
kebudayaan
kesenian
Perkembangan ilmu telah membawa kesan
yang cukup besar terhadap perubahan
sosio-budaya umat Melayu sesudah
kedatangan Islam.
Sistem awal yang diperkenalkan, mungkin
pada mulanya dengan menadah kitab di
surau, masjid atau di kalangan istana,
sehingga kemudiannya terdirinya pondok
dan pesantren di serata wilayah dan
daerah kepulauan Melayu.
Dari pusat-pusat inilah terpancar keluarnya
pengaruh kebudayaan Islam di Alam Melayu dari
Semenanjung sehingga ke kepulauan Indonesia,
bukan sahaja melalui pengajian pondok atau
kegiatan dakwah seperti yang dinyatakan, tetapi
juga pengaruh perdagangan dan perluasan wilayah
geopolitik baharu seperti Aceh-Pasai dan Johor-Riau
itu.
Antara ilmu-ilmu yang membahaskan tentang ketuhanan
dan tasawwur (world view) Islam, iaitu ilmu yang
menghuraikan dasar-dasar aqidah Islam.
Dalam bidang karya tulis, tradisi yang sangat penting ini
yang boleh disebut pada abad ke 16 dan 17, dengan
tokoh-tokoh di Acheh seperti Hamzah Fansuri, Syeikh
Abdul Rauf Singkel, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan
Shamsuddin al-Sumatrani, berlanjut di Banjar dengan
tokoh-tokoh seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari
dan Muhammad Nafis al-Banjari.
Perkembangan-perkembangan mutakhir
dalam bidang pendidikan di rantau ini
telah membuka kemungkinan-
kemungkinan baru.
Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa
dan ISTAC (Institut Pemikiran dan Tamadun
Islam Antarabangsa) di Malaysia
umpamanya telah menjadikan rantau ini
sebagai salah satu pusat tumpuan para
ilmuwan dunia.
Sekarang ini semakin ramai para pelajar
dari pelbagai rantau dunia termasuk Dunia
Arab yang datang untuk belajar di kampus-
kampus kita.
Salah satu karya intelektual Islam tertua
yang dihasilkan di Pasai ialah Hikayat Raja-
raja Pasai. Kitab ini ditulis setelah kerajaan
ini ditaklukkan oleh Majapahit pada
tahun 1365 (Ibrahim Alfian 1999:52).
Dilihat dari sudut corak bahasa Melayu dan
aksara yang digunakan, karya ini dihasilkan
pada waktu bahasa Melayu telah benar-
benar mengalami proses islamisasi dan
aksara Jawi, iaitu aksara Arab yang
dimelayukan, telah mulai mantap dan luas
digunakan.
Karya-karya intelektual Muslim awal yang
dilahirkan di lingkungan kerajaan Samudra
Pasai ialah saduran beberapa hikayat Parsi,
seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiya,
Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Bayan
Budiman dan lain-lain.
Zaman sebelum Islam menggunakan kebudayaan Hindu-
Budhha.
Selepas kedatangan Islam, Islam memperkenalkan
hukum-hukum dan peraturan berlandaskan Al-Quran dan
Al-Hadith.
Islam mewujudkan satu budaya yang harmoni dalam
perhubungan antara individu dan masyarakat.
Masyarakat menjadi lebih teratur dan Islam berjaya
mewujudkan kemesraan, dan semangat bantu-
membantu dalam sesuatu masyarakat
Pada zaman tamadun Melayu, pengukir-pengukir
kaligrafi Melayu menggunakan ayat-ayat Al-Quran
dan motif tumbuh-tumbuhan pada sarung dan bilah
keris kelewang, parang dan lembing.

Kaligrafi juga digunakan pada mata wang rasmi
pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Syah(Melaka). Sultan Abdul Jalil Shah (Johor) juga
menggunakan seni kaligrafi Islam pada
matawang emas.

Ayat-ayat Al
Quran yang bermotifkan kaligrafi telah diukir pada di
nding-dinding masjid sebagai hiasan. Contohnya di
dinding Masjid Tengkera, Melaka
Azan yang menyeru melakukan solat
adalah sebahagian seni suara.
Perkataannya amat tinggi seninya yang
mengandungi kalimah suci mengagungkan
Allah s.w.t, menyeru melakukan perintah
Allah s.w.t dan mengajak kebaikan untuk
kejayaan semua.
Seni suara turut digunakan untuk melaguka
n ayat-ayat Al-Quran iaitu taranum.
Malah perkembangan seni ini semakin berk
embang
apabila ia digunakan dalam menyampaika
n dakwah melalui nasyid
Kajian tentang etnosains atau etnomatematik
mempunyai kaitan dengan budaya pemikiran
sesuatu kaum yang melibatkan agama, bahasa,
pandangan kosmologi,sosiobudaya, adat resam
serta perkara yang berkaitan.

Kosmologi ialah satu bidang ilmu tentang alam
semesta (cosmos).

Setiap masyarakat mempunyai tafsiran berkaitan
hubungan Tuhan dengan alam semesta
termasuklah masyarakt Melayu.
Orang Melayu Asli

-menganut kepercayaan animisme yang
mempercayai kuasa ghaib atau semangat
yang mengawasi tempat-tempat tertentu
seperti sungai, bukit, pokok dan
sebagainya

-percaya kepada semangat baik dan jahat



Percaya dunia mempunyai tiga lapisan :

Tanah Julang (atas langit)
Tanah Kelam (bumi)
Tanah Lirang (bawah bumi)
Namun tamadun Melayu yang pernah berada di
bawah pelbagai pengaruh budaya sebelum Islam
seperti budaya :

Animisme
Hindu
Buddha

Mereka memuja semangat, dan penunggu;
mereka membaca mentera yang menyebut asal
kejadian alam dan makhluknya.

Mereka memohon perlindungan daripada
penunggu pokok dan gua.

Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan
dalam perubatan dan sihir.

Mempunyai banyak mitos tentang mitos kayangan
seperti peranan yang dimainkan oleh Sri Rama,
Siti Dewi, Raja Muda Laksmana, Hanuman Kera
Putih dalam plot ceritanya yang jelas
menunjukkan terdapat unsur kehinduan di dalam
persembahan itu.

Wayang kulit yang merupakan warisan budaya
silam menjadikan watak tersebut sebagai
latar belakang persembahannya.



Orang Melayu tradisional menghayati satu
cara hidup yang dianggap unggul dari segi
kaca mata pandangan moden semasa.

Antara manifestasi keunggulan tersebut ialah
apa yang terkandung dalam pandangan alam
dan budaya alam bangsa Melayu.

Bagi orang Melayu tradisional, mereka
melihat alam tabii ini sebagai penuh dengan
makna, simbolisme, gurindam dan syair.

Tidak terhad kepada alam sahaja, malah
melibatkan sains dan teknologi.


Dapat dilihat secara praktis dalam kehidupan
seharian dan kemasyarakatan mereka.

Menyerap pelbagai unsur yang datang dari luar
ruang budaya Melayu asli. (Barat dan Timur)


Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan
pengaruh yang memberi kesan kepada
pembentukan semiotik dan kosmologi Melayu.

Kandungan kosmologi Melayu masih terpelihara.

Konsep "alam Melayu," haiwan, tumbuh-
tumbuhan dan batu-batan mampu
berinteraksi dengan manusia.

Manusia di alam Melayu (khasnya syaman,
pawang, bomoh, sufi dan wali Allah)
berinteraksi dengan haiwan, tumbuhan dan
batu-batan pada tahap yang sukar diterima
dan untuk dibayangkan oleh manusia biasa.
Kemampuan bertinterkasi tersebut juga
merupakan landasan yang membuka jalan bagi
manusia Melayu mampu hidup berharmoni
dengan alam tabii.

Manusia moden, khususnya dari barat,
bercakap dengan mahluk lain selain sesama
manusia hanyalah dalam cerita dogeng.

Kosmologi Melayu moden kini dipengaruhi
kosmologi Islam.

Anda mungkin juga menyukai