Anda di halaman 1dari 13

Kaedah Linguistik

kaedah mengajar bahasa moden


secara saintifik iaitu dengan
membandingkan antara dua bahasa
Pengetahuan bahasa murid-murid itu
harus tertumpu kepada bentuk dan
fungsi bahasa itu disamping aspek-
aspek lain seperti bunyi, susuk ayat,
makna, dan lain-lain.
Kaedah ini lebih mendahului bentuk
daripada makna.
Pemilihan bunyi-bunyi pula dilakukan
terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam
kedua-dua bahasa.
Dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat,
pengajaran haruslah berdasarkan
kepada bahasa-bahasa yang terdapat
dalam bahasa ibunda mereka dahulu.
Kemudian, barulah dipilih bentuk-bentuk
ayat yang berlainan atau tiada dalam
bahasa ibunda mereka.

Tujuan :
Membolehkan murid menggunakan
bahasa yang telah diketahuinya untuk
mempelajari bahasa baru dari segi
bunyi.

Murid didedahkan dengan bahan-
bahan nahu berdasarkan perbandingan
di antara tatabahasa yang dipelajari
dengan bahasa yang telah diketahui
i. Bercerita
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan untuk membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata
dan tatabahasa dapat disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan
pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar
ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan
cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia
harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak
menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita
ialah :
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan
minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi
pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan
murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum
menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek
sebenar atau lain-lain BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-
ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang
hendak disampaikan.


ii. Teknik Permainan Bahasa
Permainan bahasa adalah salah satu cara
dalam mempelajari bahasa melalui teknik
permainan.
Penglibatan dalam permainan telah
memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihan intensif, pembelajaran
bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan
menggunakan pelbagai kemahiran
berbahasa pelajar antaranya kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju
yang bertepatan dengan kemahuan dalam
sistem pendidikan negara amnya dan
Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala
tuju ini diinterapetasikan melalui objektif
tersirat dalam permainan bahasa tersebut
iaitu :
merangsang interaksi verbal pelajar
menambah kefasihan dan keyakinan
menyediakan konteks pembelajaran
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis
rasa bosan
bertindak sebagai alat pemulihan,
pengukuhan dan penggayaan

Contoh Permainan Bahasa

Nama Permainan : Salah atau Betul

Kemahiran : Mendengar dan memahami arahan
Objektif : (i) Mendengar ayat-ayat penyata yang
diujarkan
(ii) Memahami arahan mudah yang
didengar
Kandungan : Ayat Penyata
Jenis Aktiviti : Kelas



Prosedur Permainan :
o Teriakkan beberapa ayat penyata dengan
jelas
Misalnya:
Sekarang hujan lebat.
Hari ini hari Selasa.
Guru kelas ini seorang wanita.
Dua orang pelajar tidak hadir hari ini.
o (Jika ayat yang disebut itu betul pelajar
akan duduk di kerusi. Sebaliknya,
jika ayat yang disebut itu salah pelajar
akan berdiri)

o Markah akan diberi bagi setiap aksi
yang betul
o Guru boleh mengulang aktiviti ini
dengan mengemukakan ayat-ayat
yang
seterusnya.
o Kumpulan yang ahlinya banyak
melakukan aksi yang betul dikira
menang


iii. Teknik Perbahasan
Bahas ialah pengucapan sama ada
menyokong atau membangkang sesuatu
pendirian dengan alasan yang logik dan
idea yang tersusun.
Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk
semua peringkat pelajar di sekolah
menengah.
Antara manfaat teknik ini ialah :
Memperkembangkan kecekapan
berkomunikasi dengan berkesan
Melatih berfikir dengan pantas dan
melahirkan buah fikiran dengan tepat dan
teratur


Menguasai kemahiran berbahasa dengan
menggunakan struktur ayat yang betul dan
laras bahasa yang sesuai.
Mengemukakan hujah secara rasional, kritis
dan kreatif.
Melatih kemahiran mendengar, menaakul,
berhujah dan membidas.
Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk
memupuk kebolehan berbahas di kalangan
pelajar.
Perkembangan kebolehan berbahas
dengan sendirinya akan membawa kepada
perkembangan kemahiran berbahasa,
perkembangan mental yang positif,
peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat
kepimpinan.

Anda mungkin juga menyukai