Anda di halaman 1dari 31

KESUSASTERAAN MELAYU

BMMB3033

CERITA LAGENDA
DIBENTANGKAN OLEH,
JESSIKA DENIS
JILLIAN JANE ANAK NAVAJO
PENGENALAN
Berbeza dengan mitos, lagenda adalah cerita prosa rakyat yang
ditokohi manusia yang ada kalanya memiliki sifat-sifat luar biasa
dan dibantu oleh kuasa atau makhluk ajaib.

Menurut Danandjaja (1986:66), lagenda bersifat keduniawian,


terjadi pada masa yang belum begitu lama dan bertempat di dunia.
Lagenda ialah cerita
tentang watak
Lagenda merupakan manusia yang pernah Perwatakan tokoh-
subgenre bagi Naratif hidup atau dipercayai tokoh dalam cerita ini
Lisan Bahasa Melayu. pernah hidup dan ada dilebih-lebihkan.
hubungan dengan
sejarah.

Genre ini dianggap


Lagenda dianggap
benar kerana ada
sebagai sejarah
tanda-tanda di muka
rakyat kerana lagenda
bumi alam yang
mempunyai latar
menyamai cerita yang
belakang sejarah.
disampaikan.
CIRI-CIRI CERITA LAGENDA

Lagenda merupakan
huraian atau komunikasi Latar masa atau sejarah
lisan yang biasanya ciri penting tetapi tidak
bercorak cerita atau mutlak
naratif.

Benar atau tidaknya isi Tokoh-tokoh lagenda boleh


sesebuah cerita tidak mempunyai sifat-sifat yang
luar biasa atau biasa sahaja
menjadi persoalan bagi
tetapi mungkin amal dan
masyarakat tempatan yang akhlak mereka serta
mewarisinya lebih-lebih lagi sumbangan mereka yang
jika wujud tanda-tanda di menjadikan mereka itu
muka alam mengenainya. istimewa daripada insan lain.
JENIS-
JENIS
LAGENDA

LAGENDA
LAGENDA
TOKOH
PENDOSA
TERNAMA
LAGEND LAGENDA
A
MEMORA
TEMPAT T
Lagenda Mengisahkan tentang tokoh agama dan tokoh sejarah.
Tokoh sejarah terbahagi kepada dua iaitu tokoh sejarah
tokoh setempat (Hang Tuah) dan tokoh sejarah menjelajah
ternama (Iskandar Zulkarnain).

Lagenda Mengisahkan asal usul sesuatu tempat.


tempat
Lagenda Mengisahkan tentang hantu, makhluk halus.
memorat Contohnya, pontianak, toyol dan hantu raya .

Lagenda Menceritakan anak yang derhaka kepada


pendosa ibu bapa.
CONTOH KARYA
CERITA LAGENDA
Lagenda
Lagenda Lagenda Lagenda
tokoh
tempat memorat pendosa
ternama
Lagenda Lagenda Lagenda Lagenda
Hang Tuah Puteri Huminodun Malim
Lagenda Santubong Kundang /
Iskandar Puteri Lagenda
Zulkarnain Sejinjang Nakhoda
Lagenda Lagenda Tanggang
Badang Puteri Lagenda
Lagenda Sakdung/ Mahsuri
Abang Puteri Lagenda
Bundut dan Saadong/ Sang Kuriang
Dayang Isah Puteri Seri
Tandang Sari Kelantan
Lagenda Lagenda
Raja Batu
Bersiung berantai
SINOPSIS
LAGENDA PUTERI SAKDUNG

Plot cerita ini berbentuk kronologi. Pada peringkat


permulaan, diceritakan bahawa negeri Kelantan terbahagi
dua. Gunung Cinta Wangsa diperintahkan oleh seorang raja
perempuan bernama Cik Siti Wan Kembang. Jambal
diperintah oleh Raja Sakti. Cerita dikembangkan dengan
peristiwa Raja Sakti mendapat seorang cahaya mata
perempuan lalu diberikan kepada Cik Siti Wan Kembang
sebagai anak angkat dan dinamakan Puteri Sakdung. Puteri
itu membesar menjadi seorang gadis yang jelita.
Konflik berlaku apabila Raja Siam terpikat dan hendak
memperisterikannya. Untuk mengelakkan hal itu berlaku, Puteri
Sakdung dinikahkan dengan Raja Abdullah. Mereka bersumpah
setia untuk tidak menodai cinta masing-masing. Konflik berterusan
apabila Raja Siam memaksa Puteri Sakdung diserahkan
kepadanya. Kehendak itu dituruti. Dengan takdir Allah, Raja Siam
menghidap penyakit kulit. Hanya Puteri Sakdung yang dapat
mengubatinya. Puteri Sakdung mengubati raja itu dengan syarat dia
dikembalikan ke Kelantan setelah sembuh
Raja Siam sembuh dan Puteri Sakdung kembali ke Kelantan.
Konflik muncul lagi. Raja Abdullah telah bernikah dengan
perempuan lain. Pengeseran berlaku. Raja Abdullah mengatakan
bahawa jika darah isternya putih bermakna dia masih suci dan dia
sanggup ditikam hingga mati. Keadaan menjadi suspens apabila
Puteri Sakdung menyerahkan lehernya untuk dihiris. Konflik selesai.
Cerita dileraikan dengan Puteri Sakdung menikam suaminya hingga
mati, melepaskan takhtanya dan tinggal di gunung di Hulu Kelantan
lalu hilang tiada khabar berita lagi.
LAGENDA PUTERI SANTUBONG

Jika dilihat dan diteliti Gunung Santubong kelihatan seperti seorang


Jika dilihat dan diteliti Gunung Santubong kelihatan seperti seorang
wanita sedang berbaring. Gunung Santubong merupakan gunung
wanita sedang berbaring. Gunung Santubong merupakan gunung
legenda yang terletak 35km di utara bandar Kuching, Sarawak. Ia
legenda yang terletak 35km di utara bandar Kuching, Sarawak. Ia
setinggi 810 meter, 2658 kaki persegi dari paras laut berada
setinggi 810 meter, 2658 kaki persegi dari paras laut berada
dikedudukan sebuah semenanjung di Buntal. Jika dilihat dari
dikedudukan sebuah semenanjung di Buntal. Jika dilihat dari
kejauhan ia amat mendamaikan dengan keadaan sekelilingnya
kejauhan ia amat mendamaikan dengan keadaan sekelilingnya
sentiasa diselubungi awan dan kabus.
sentiasa diselubungi awan dan kabus.
Berikut adalah dua versi legenda mengenai puteri santubong buat
Berikut adalah dua versi legenda mengenai puteri santubong buat
tatapan dan pengkisahan maklumat sejarah kita.
tatapan dan pengkisahan maklumat sejarah kita.
Versi 1
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang adalah dua puteri Sultan Brunei yang telah
melarikan diri bersama tujuh orang saudara lelaki mereka selepas ayahanda mereka,
Sultan Brunei dibunuh di dalam satu komplot rampasan kuasa. Memandangkan tujuh
putera ini ingin melarikan diri ke Tanah Melayu, mereka perlu menyeberangi Laut China
Selatan maka mereka telah bersepakat meninggalkan kedua-dua saudara mereka di
Bukit Santubong.
Penduduk kampung berasa hairan dengan kehadiran kedua-dua puteri tersebut kerana
mereka tidak pernah melihat kedua-duanya ditambah pula dengan kecantikan mereka
yang luar biasa. Mereka dianggap sebagai puteri yang turun dari kayangan. Penduduk
kampung dan puteri-puteri ini hidup aman damai sehinggalah kedua-dua mereka
bergaduh dan berbunuh kerana menganggap seorang lebih cantik dari seorang lagi.
Oleh itu, timbullah legenda Gunung Santubong dan Gunung Sejinjang.
Kembali kepada tujuh bersaudara itu pula, mereka telah meneruskan
pelayaran mereka sehinggalah mereka sampai di Pulau Pinang menaiki
burung bayan. Setelah mendarat mereka mencari tempat tinggal. Semasa
di Pulau Pinang burung bayan yang ditunggang telah terlepas maka dari
situlah Bayan Lepas di Pulau Pinang mendapat namanya. Difahamkan
carta organisasi salasilah keturunan ini masih wujud di sana.
PUTERI SANTUBONG PUTERI SEJINJANG
Versi 2
Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang asalnya dari kayangan merupakan
dua orang puteri sepupu. Ayahanda mereka Dewata Mulia Raja Kayangan
telah menitahkan agar mereka turun ke bumi untuk menyelesaikan
pertelingkahan dua kampung. Sebelum turun ke bumi, kedua-dua puteri
telah dipesan agar jangan berlaku pergaduhan antara mereka yang mana
kesannya mereka akan terkena sumpahan dan kekallah mereka di bumi.
Ketika kedua-dua puteri tiba ke bumi, penduduk kedua-dua Kampung
Pantai Biru dan Pasir Kuning sungguh hairan melihat cahaya terang
laksana mentari menyusuri kampung mereka. Kejelitaan dan sifat
kewanitaan amat terserlah pada kedua-dua puteri ini.
Puteri Santubong telah menetap di kampung Pantai Biru dan menurunkan
kemahiran menenun kain kepada orang-orang kampung di situ manakala
Puteri Sejinjang pula mengajar mengasingkan sekam padi dengan aluk
kepada orang-orang kampung Pasir Kuning. Dengan tunjuk ajar kedua-dua
puteri ini, pertelingkahan pertukaran barang-barang yang berlaku selama ini
telah terhapus dan orang-orang kampung hidup aman dan damai. Kain
tenunan Puteri Santubong begitu unik dan dijual dengan harga tinggi
manakala tanaman padi Puteri Sejinjang begitu subur dan menjadi.
Malangnya, kemakmuran yang dikecapi ini tidak berkekalan.
Kehadiran Putera Serapi dari Matang untuk melihat kehebatan kedua-dua kampung
serta kecantikan dan kejelitaan kedua-dua puteri telah menimbulkan perasaan iri hati
dan cemburu di hati kedua-dua puteri. Ini adalah kerana kedua-dua mereka telah jatuh
hati dengan ketampanan, kewibawaan dan keperkasaan Putera Serapi yang mana
telah jatuh hati kepada kejelitaan dan keayuan kedua-dua puteri juga.
Sementara itu, Panglima Putih berasa amat kecewa kerana pinangannya ditolak Puteri
Sejinjang. Kampung Pasir Putih dibakar oleh Sang Bualang menyebabkan Puteri
Sejinjang melarikan diri ke istana Puteri Santubong.
Mereka sering berjumpa dan memadu kasih. Putera Serapi telah menyatakan hasrat
untuk memperisterikan kedua-dua puteri tetapi kedua-duanya tidak bersetuju kerana
beranggapan masing-masing lebih jelita dan pandai. Perasaan benci,dendam dan iri
hati makin menebal di dalam hati kedua-dua puteri demi untuk menawan hati Putera
Serapi.
Mereka menggunakan kuasa kesaktian yang ada dan telah bergaduh
berhari-hari lamanya untuk mempertahankan kejelitaan dan kemahiran
masing-masing. Dalam kemarahan, Puteri Sejinjang telah mencapai aluk
lalu dihayun dan terkena pipi Puteri Santubong. Jika diteliti lekukan ini
dapat dilihat di Gunung Santubong sehingga kini. Melalui kudrat dan
kekuatan yang terakhir, Puteri Santubong telah menikam belida di kepala
Puteri Sejinjang menyebabkan otaknya bersepai lalu tersungkur kerana
kesakitan. Secara tiba-tiba kilat sabung-menyabung disertai guruh
berdentum. Cahaya terang dari langit kelihatan lalu mengangkat kedua-
dua puteri ke kayangan.
Sumpahan kayangan berkekalan menjadikan Puteri Santubong sebagai
gunung dan Puteri Sejinjang sebagai Pulau Kera . Putera Serapi yang
kecewa terus membawa diri ke Gunung Serapi.
Jika diteliti dan diamati, gunung santubong kelihatan seperti seorang wanita
sedang berbaring dengan rambut panjangnya yang terurai.Akibat pukulan
belida yang amat kuat otak Puteri Sejinjang telah bersepai dan
berselerakan menjadi Pulau Kera,Pulau Talang-talang,Pulau Satang,Pulau
Lakir dan beberapa pulau kecil yang berhampiran
Versi legenda ini lebih diterima sehingga memberikan ilham kepada Tuan
Haji Madeli Johari, bekas pengarah RTM Sarawak untuk mencipta lagu
Puteri Santubong seperti di bawah.
LAGENDA BADANG

Popular dalam masyarakat Melayu dan cerita ini terdapat dalam Sejarah
Melayu.
Sinopsis cerita terdapat dalam buku karangan Shamsuddin Ahmad.
Pada zaman dahulu ada seorang hamba yang tinggal di Seluang. Pada tiap-tiap
hari dia disuruh oleh tuannya menebas dan menebang rimba. Di samping itu, dia
membuat lukah untuk menangkap ikan. Malangnya dia tidak pernah mendapat
ikan di dalam lukahnya. Pada suatu hari dia menjaga lukahnya sambil
bersembunyi.
Tiba-tiba datanglah hantu memakan ikannya. Ditangkapnya hantu itu. Hantu itu
merayu supaya dia dilepaskan dengan janji untuk menunaikan sebarang
hajatnya. Badang bersetuju dengan permintaan hantu itu. Maka hantu itu pun
mengeluarkan muntahnya dan disuruh Badang memakannya.
Setelah itu, Badang menjadi seorang yang gagah sehingga dapat mencabut
pokok-pokok yang besar. Berita kegagahan badang tersebar luas sehingga ke
istana raja Singapura. Raja memerintahkan badang menghadapnya dan diberi
gelaran Radin.
Pada suatu hari orang ramai cuba handak menyorong perahu yang besar ke
dalam sungai tetapi gagal. Badang Berjaya melakukannya. Raja Keling
menghantar Nadi Bijaya Pikrama untuk beradu kekuatan dengan Badang.
Badang mengalahkannya.
Kemudian Raja Perlak menghantar Benderang untuk beradu kekuatan.
Benderang mengaku kalah kerana ketika menindih paha Badang, Badang
dapat mengangkatnya dengan senang, tetapi apabila pahanya ditindih dia
tidak dapat mengangkatnya. Tidak lama kemudian Badang pun meninggal
dunia. Semua penduduk Singapura bersedih kerana kehilangan pahlawan
yang mereka sayangi.
PEMIKIRAN DAN TEMA
Lagenda Menceritakan sifat luar biasa yang
tokoh dimiliki oleh tokoh dalam
kehidupannya.
ternama
Lagenda Menceritakan perkaitan nama tempat
dan sesuatu peristiwa tersebut.
tempat
Lagenda Menceritakan kejadian alam ghaib
yang dipercayai wujud oleh
memorat masyarakat setempat.

Lagenda Menceritakan seorang anak yang


menderhaka kepada ibu bapanya.
pendosa
FUNGSI-FUNGSI KARYA
KEPADA PEMBACA
Lagenda merupakan
alat yang
berperanan untuk
Lagenda juga
menguatkan
menjadi alat untuk
kepercayaan
membentuk jati diri
anggota-angota
sesuatu bangsa.
mesyarakat
terhadap sesuatu
peristiwa sejarah.

Naratifnya mengarah
kepada pembentukan
Lagenda juga masyarakat yang
menanamkan sifat lebih tersusun,
keperwiraan dalam teratur, terkawal dan
kalangan patuh kepada
masyarakat. peraturan
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai