Anda di halaman 1dari 11

KRISIS KEHAKIMAN DI MALAYSIA 1988: REFLEKSI ANAK MUDA

IDZUAFI HADI KAMILAN

Di negara-negara Barat mahkamah adalah dianggap sebagai satu


benteng untuk melindungi kedudukan rakyat daripada perbuatan-
perbuatan yang tidak diingini oleh pihak berkuasa atau pihak-pihak
lain juga. Dan para hakim dianggap sebagai SINGA DI BAWAH
TAKHTA KERAJAAN. Dia bukannya sebagai alat pemerintah bahkan
sebagai pengawal supaya pihak pemerintah tidak menyalahgunakan
kuasa yang ada padanya1

PENDAHULUAN

Sistem pemerintahan negara Malaysia terdiri daripada tiga cabang kerajaan yang
terdiri daripada badan legislatif, eksekutif dan kehakiman. Ketiga-tiga cabang kerajaan
ini penting di dalam mengemudi pemerintahan negara dan saling bertindak sebagai
sistem ‘semak dan imbang’ dengan mempunyai peranan tertentu bagi memastikan
ianya tidak mempengaruhi antara salah satu cabang.

Kewujudan fungsi tertentu badan-badan ini seperti badan eksekutif yang


menguatkuasakan urusan pentadbiran dan pemerintahan dengan nama Yang Di
Pertuan Agong, badan legislatif (perundangan) pula yang berfungsi menggubal
undang-undang di dalam Parlimen manakala badan kehakiman berperanan untuk
melindungi dan mempertahankan Perlembagaan dengan menegakkan keadilannya
berlandaskan undang-undang.2

Namun menariknya dalam sistem Westminster yang dicedok ini, kehadiran badan
kehakiman yang bebas bukan sahaja penting tanpa pengaruh mana-mana pihak
malahan signifikan dengan fungsinya sendiri mempertahankan dan melindungi
perlembagaan serta menyelesaikan pertikaian di antara pihak-pihak yang
bertelingkah seperti individu, syarikat mahu pun sesama kerajaan (Persekutuan dan
negeri) sendiri. Malahan juga, kewujudan badan kehakiman tanpa mendapat
kepercayaan rakyat juga tidak akan bermaksud apa-apa di dalam sistem kerajaan
moden pada hari ini.3

Buktinya krisis kehakiman yang berlaku pada tahun 1988 ini di tandai dengan pelbagai
keputusan kes-kes perundangan yang kontroversi sehingga membawa kepada
klimaks mengheret badan kehakiman dengan perlucutan jawatan Ketua Hakim
Negara, Tun Mohamed Salleh Abas dan dua hakim kanan yang lain. Malahan, kes
sekitar tahun 1986 hinggalah 1988 sebelum itu pun telah dapat memperlihatkan sikap
Mahkamah membuat banyak keputusan yang bertentangan dengan kehendak
kerajaan.4

1 Tun Salleh Abas, 1989, ‘Kebebasan Kehak iman Singa Di Bawah Tak hta dijerat’, Penerbitan Pena
Sdn Bhd, muka surat 2.
2 Tun Mohamed Suffian, 1987, ‘The Role of The Judiciary’ ucapan di makan tengahari di Malaysian

Institute of Management, Kuala Lumpur, muka surat 51.


3 Visu Sinnadurai, 2004, dalam The Judiciary : The Role of Judges A Selection of Speeches dalam

buku Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good of Governance Selected Essays and Speeches
4 JP Berthelsen v Director General of Immigration [1987]1 MLJ 134, Mamat bin Daud v Public

Prosecutor [1988]1 MLJ 119, Dato Yap Peng v Public Prosecutor [1988]1 MLJ 119, Government of
Malaysia v Lim Kit Siang [1988]2 MLJ 12, Tun Datuk Haji Mohamed Adnan Robert v Tun Datu Haji
Terdapat pandangan beberapa sarjana yang menukilkan faktor yang menyumbang
kepada krisis kehakiman 1988 itu. Faktor-faktor ini bolehlah dikategorikan faktor luar
dan dalam badan kehakiman sendiri termasuklah apabila berlakunya pindaan
perlembagaan pada tahun 1985 yang membawa kepada negara berhenti daripada
merujuk kepada Jawatankuasa Rayuan Privy Council di United Kingdom malahan
Mahkamah Agung ketika itu telah mempunyai tanggungjawab besar di dalam
membuat keputusan sebagai Mahkamah Rayuan terakhir di Malaysia. Pada 1 Januari
1985, segala kes rayuan dari Malaysia tidak lagi di rujuk ke Jawatankuasa Kehakiman
Privy Council yang telah dibubarkan. Dengan cara ini, Mahkamah Agung telah
menjadi Mahkamah Apex di Malaysia.

Kedudukan badan kehakiman sebagai badan rayuan kehakiman terakhir telah


memberikan satu tanggungjawab penting kepada mereka untuk meneliti kes-kes
bersifat kepentingan awam dengan penuh teliti dan tertib. Maka Mahkamah menjadi
lebih cakna, berhati-hati mendengar kesemua penghujahan dengan mengambil kira
latar belakang negara sebelum mengambil keputusan menginterpretasikan undang -
undang sebagai kuasa rayuan terakhir.5 Malahan Salleh Abbas (1988)
mengungkapkan hakim sekarang merupakan tuan di ‘rumah’nya sendiri, dan
merasakan mereka mempunyai tanggungjawab untuk membawa hala tuju baru
terhadap badan kehakiman ketika itu.6

FAKTA KRISIS BADAN KEHAKIMAN 1988

Krisis badan kehakiman yang berlaku pada tahun 1988 bukan sahaja mendapat
liputan dari dalam dan luar negara 7 malahan jauh lebih penting ia merupakan
pemecatan seorang Ketua Hakim Negara, peristiwa yang jarang-jarang berlaku di
dalam mana-mana negara yang mengamalkan sebuah sistem pemerintahan
demokratik khususnya negara yang mengamalkan sistem Common Law.8 Reputasi
besar badan kehakiman Malaysia ketika itu yang terkenal bebas daripada kuasa
badan Eksekutif dengan sekelip mata punah.9

Antara faktor yang dikemukakan para sarjana adalah pada tahun 1988 juga terdapat
banyak kes perundangan di Mahkamah yang melibatkan kerajaan dan parti yang
membentuk kerajaan tidak memihak kepada mereka malahan akhirnya menjadi
serangan kepada badan kehakiman.10

Mustapha bin Datu Harun [1987]1 MLJ 471, Theresa Lim Chin Chin v Minister of Home Affairs [1988]1
MLJ 294, Superintendent of Pudu Prison v Sim Kie Chon [1986]1 MLJ 494, Lim Kit Siang v Datuk Seri
Dr Mahathir Mohamad [1988]3 MLJ 82, Mohamed Noor bin Othman v Mohamed Yusoff Jaafar [1988]3
MLJ 82, dan Minister of Home Affairs v Karpal Singh [1988]3 MLJ 29
5 Andrew Harding, 2012, ‘The Constitution of Malaysia A Contextual Analysis’ Hart Publishing, muka

surat 208.
6 Tun Salleh Abas, Kuliah Peringatan John Galway Foster, University College London, 4 November

1988. Tun Salleh Abas, ‘Independence of The Judiciary’ [1987] 1 MLJ xi.
7 A.J. Harding, 1990, The 1988 Constitutional Crisis in Malaysia, ICLQ muka surat 57
8 F. A Trindade and Owen Dixon, The Removal of the Malaysian Judges, The Law Quarterly Review,

January 1990.
9 Andrew Harding, 2012, ‘The Constitution of Malaysia A Contextual Analysis’ Hart Publishing, muka

surat 208.
10 Michael Kirby, Malaysia – The Judiciary and The Rule of Law, Jurnal INSAF, muka surat 49.
Tun Salleh Abas dan dua hakim Mahkamah Agung (Tan Sri Wan Suleiman bin Pawan
dan Datuk George Seah) telah dilucutkan jawatannya. Manakala tiga hakim
Mahkamah Agung yang lain, Tan Sri Mohd Azmi bin Dato Kamaruddin, Tan Sri Dato
Seri Eusoffe Abdoolcader dan Tan Sri Wan Hamzah bin Mohd Salleh, turut di gantung
perkhidmatannya dengan ditubuhkan jawatankuasa pendengaran.

Ini disebabkan tindakan beliau pada 26 Mac 1988 menulsi surat kepada Sultan
Iskandar yang juga merupakan Yang DiPertuan Agong ke 6 dan juga salinannya
ditujukan kepada Sultan-sultan Melayu yang lain.11 Kandungan surat itu menyembah
maklum kepada Yang DiPertuan Agong berhubung pekembangan terkini hubungan di
antara badan Eksekutif dan Kehakiman.

Antara kandungan surat tersebut adalah memaklumkan berhubung serangan


Perdana Menteri terhadap badan kehakiman khususnya di dalam Dewan Rakyat.
Justeru itulah sebelum surat tersebut dihantar, Tun Salleh Abas memanggil mesyuarat
tergempar dengan kehadiran 20 hakim di Kuala Lumpur pada 23 Mac 1988 dengan
sebulat suara bersetuju (kecuali seorang hakim Mahkamah Agung tidak bersetuju).

Selepas pemecatan Tun Salleh Abas, terdapat hakim yang hadir mesyuarat dan
menukar pendiriannya termasuklah Tun Hamid Omar (Pemangku Ketua Hakim) dan
Hakim Yeop Sani (Pemangku Hakim Besar). Hari pertama Tun Hamid Omar
memangku jawatan Ketua Hakim Negara adalah menangguhkan pendengaran kes
rayuan UMNO 11.12

Pertuduhan itu bermula apabila Tun Salleh Abas cuba mempertahankan badan
kehakiman daripada serangan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
yang membawa kepada penggantungan jawatan pada 29 Mei 1988. Satu kenyataan
daripada Jabatan Perdana Menteri pada 31 Mei 1988 menyatakan dengan satu
kesalahan: bahawa Tun Salleh Abas telah melakukan kesalahan berkelakuan tidak
senonoh dengan tindakan awalnya menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong dan
Raja-raja Melayu ketika itu. Kita harus melihat bahawa perlucutan jawatan hakim-
hakim kanan termasuklah Ketua Hakim Negara ketika itu bukanlah disebabkan rasuah
mahupun keadaan kesihatan namun dikaitkan dengan ‘tingkah laku yang tidak baik’.13

Hanya pada 14 Jun 1988, Tun Salleh Abas menerima pertuduhan secara bertulis
daripada Peguam Negara yang melibatkan 5 pertuduhan penting. Perbicaraan
berhubung pertuduhan beliau bermula pada 29 Jun 1988.14

i) Ketua Hakim Negara telah membuat satu ucapan di mana dia menuduh
pegawai kerajaan telah tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak
melaksanakan tugasnya dengan baik, malahan telah wujud gangguan oleh kerajaan
berhubung dengan kebebasan badan kehakiman;

11 Laporan Tribunal Pertama, Volume 1


12 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive
Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat 330
13 Mark Gillen dan Ted L. Mcdorman, 1991, ‘The Removal of Three Judges of The Supreme Court of

Malaysia’, British Columbia Law Review, muka surat 171.


14 Tribunal Report on the Dismissal of Tun Salleh Abas [1988]3 MLJ xxxiii
(ii) Ketua Hakim Negara telah membuat satu lagi ucapan di mana beliau telah
menuduh kerajaan menjejaskan kebebasan badan kehakiman, mendakwa bahawa
kerajaan telah mengabaikan kepentingan peranan badan kehakiman, mencadangkan
bahawa kerajaan tidak percaya hakim dan menganjurkan penerimaan undang-
undang Islam sistem dalam penafsiran Undang-Undang Sivil Malaysia dan aplikasi
umum;

(iii) Ketua Hakim Negara telah ditangguhkan sine mati kes yang melibatkan isu pilihan
kanak-kanak itu dari agama;

(iv) Ketua Hakim Negara, dalam surat kepada Raja, membuat kenyataan palsu
bertujuan untuk mempengaruhi Raja dan Raja-Raja Melayu untuk mengambil
tindakan terhadap Perdana Menteri yang mungkin kesan negatif menjejaskan
hubungan baik antara Raja-raja Melayu dan kerajaan, dan mengakui bahawa
kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri telah meninggalkan dia tidak lagi mampu
menunaikan dengan baik nya fungsi sebagai Ketua Hakim Negara; dan

(v) Ketua Hakim Negara membuat pelbagai kenyataan kepada media selepas beli au
penggantungan yang berisi kebohongan dan dihitung untuk mendiskreditkan lagi
kerajaan dan mempolitikkan isu-isu antara kerajaan dan dirinya sendiri.15

Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas telah dilucutkan daripada jawatannya pada 8
Ogos 1988 selepas 6 ahli-ahli Tribunal yang dilantik Yang DiPertuan Agong mendapati
beliau bersalah atas lima pertuduhan yang berhubungkait dengan tingkah laku buruk.

Setelah itu,beberapa peguam kanan yang telah menawarkan diri mereka untuk
mewakili setiap lima Hakim Mahkamah Agung telah menolak berhujah sebagai tanda
protes, untuk hadir di hadapan Tun Hamid ketika dia sedang duduk di bangku
simpanan. Pada tahun 1994 Tun Hamid memainkan peranan penting dalam
memuktamadkan penubuhan Mahkamah Rayuan baru, gelanggang perantara antara
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah yang besar.16 Selain itu, amalan melantik
pesuruhjaya kehakiman pada kontrak dua tahun menjadi prosedur standard untuk
pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi di zaman beliau juga.

KONSEP KEBEBASAN KEHAKIMAN

Tema kebebasan kehakiman adalah sama pentingnya dengan beberapa tema-tema


undang-undang Inggeris lain di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti pemisahan
kuasa, demokrasi berparlimen, dan raja berperlembagaan. Malahan konsep
kebebasan kehakiman ini juga menunjukkan kepentingan kedudukan badan
kehakiman dengan badan eksekutif dan legislatif dalam sistem pemerintahan yang
demokratik yang diamalkan di dalam negara ini.

15 Report of The Tribunal Established under Article 125(3) and (4) of the Federal Constitution Re: YAA
Tun Dato’ Haji Mohamed Salleh Abas’, [1988]3 MLJ xxxiii, muka surat
16 Visu Sinnadurai, ‘The 1988 Judiciary Crisis and its Aftermath’ in Constitutional Landmark s in Malaysia

The First 50 years 1957-2007’, Lexis Nexis Malaysia, muka surat 187.
Sekiranya kita meneliti apa yang berlaku di dalam krisis kehakiman 1988 ini maka kita
akan menyedari bahawa kebebasan badan kehakiman sebenarnya adalah satu
konsep yang terbatas dan rapuh dalam sistem di mana meresapi kuasa eksekutif dan
kawalan semua cabang kerajaan.17 Oleh itu apabila wujudnya tindakan menyerang
oleh badan Eksekutif dan badan perundangan (legislatif) terhadap badan kehakiman
maka secara automatiknya keyakinan terhadap institusi kehakiman ini akan terhakis
bersama-sama konsep kebebasan kehakiman menjadi luntur.18

Keupayaan mahkamah dan hakim untuk menjalankan tugas dan tanggungjawabnya


secara bebas tanpa mana-mana pengaruh atau tekanan oleh pihak-pihak yang
berkepentingan.19

Mahkamah bukan sahaja mempunyai kuasa dan tanggungjawab sebagai hakim untuk
memutuskan pertelingkahan di antara warganegara dan beberapa pihak di dalam
negara, malahan menyelesaikan pertelingkahan antara Persekutuan dan negeri atau
sesama negeri malahan mempunyai kuasa untuk menyemak undang-undang itu
bertepatan dengan perlembagaan atau tidak dan keabsahan tindakan eksekutif
mahupun mahkamah sendiri.20

Reputasi badan kehakiman dinilai berdasarkan sejauh mana kebebasannya,


tingkahlaku hakim-hakimnya dan statusnya sebagai badan bebas di bawah
kerajaan.21

Perlantikan hakim yang dicadangkan diperingkat awal di dalam Suruhanjaya


Perlembagaan Reid adalah bertujuan untuk mengasingkan pengaruh politik di dalam
sistem pemilihan seseorang hakim. Suruhanjaya Reid mencadangkan agar kuasa
melantik Ketua Hakim hanya digunakan kepada Yang Dipertuan Besar sahaja
manakala Yang Di Pertuan Besar boleh melantik mana-mana hakim Mahkamah
Agung selepas perbincangan dengan Ketua Hakim Negara.22

Pada masa itu Suruhanjaya Reid membantah penglibatan Suruhanjaya Perkhidmatan


Perundangan dan Kehakiman di dalam melantik hakim-hakim Mahkamah Agung
memandangkan badan ini tidak sesuai melantiknya disebabkan pada masa yang
sama ia melantik hakim diperingkat mahkamah rendah, dan pada masa yang sama
untuk melantik hakim Mahkamah atasan.

Suruhanjaya Perlembagaan Reid juga mengesyorkan agar seseorang hakim tidak


boleh dipecat daripada jawatan, kecuali dengan perintah YDPA dengan memerlukan

17 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive
Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat
305.
18 Yeong Sien Seu, 1992,’ Clarity or Controversy – The Meaning of Judicial Independence in Singapore

and Malaysia’ The Singapore Law Review, muka surat 89.


19 David S. Law, 2010,’ Judicial Independence’, University in St. Louis, Washington di dalam Bertrand

Badie, International Encyclopedia of Political Science, Volume 5, muka surat 1369.


20 Andrew Harding, 1995,’ Law, Government and the Constitution in Malaysia’ Malayan Law Journal,

muka surat 129.


21 Visu Sinnadurai, 2007,’Constitutional Landmark s in Malaysia: The First 50 years’, Lexis Nexis

Malaysia, muka surat 173.


22 Perkara 114(2) Part IX, Deraf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu di dalam Laporan

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1957 (Laporan Suruhanjaya Reid).


kelulusan daripada majoriti dua pertiga daripada setiap Majlis Parlimen. Sebelum notis
usul itu, harus ada bukti salah laku atau kelemahan akal atau tubuh. 23 Namun begitu,
Jawatankuasa kerja telah mencadangkan di dalam kertas putih kepada kerajaan agar
perbicaraan oleh ahli-ahli sesama badan kehakiman adalah perlindungan terbaik bagi
kebebasan kehakiman. 24

Justeru itulah frasa kebebasan kehakiman ini tidak muncul di dalam mana-mana
peruntukan di dalam Perlembagaan malahan ia diperkukuh dengan beberapa
peruntukan lain antaranya

1. Apabila seseorang hakim itu dilantik adalah hampir mustahil kedudukan hakim
itu dilucutkan daripada jawatannya, apabila tiada hakim boleh dilucutka n
jawatannya atau dieknakan tindakan disiplin (melalui Yang DiPertuan Agong)
sebelum usianya mencapai umur persaraan wajib 65 tahun kecuali dengan
cadangan daripada jawatankuasa yang terdiri daripada lima hakim atau hakim
bersara.
2. Gaji dan elaun perkhidmatan hakim mesti disediakan Akta Parlimen dan di
bayar daripada Dana Wang yang Disatukan. Gaji mereka tidak boleh diubah
termasuk pencen mereka.
3. Hakim layak untuk menerima pencennya.
4. Hakim tidak boleh dipindahkan oleh sesiapa sahaja kecuali dengan kebenaran
Ketua Hakim Negara.
5. Tingkah laku hakim tidak boleh dibincangkan di dalam Parlimen kecuali dengan
usul substantif dengan sokongan satu perempat ahli parlimen.
6. Hakim menikmati keistimewaan secara langsung dalam Mahkamahnya dan
tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan saman dan sebagainya.25

KUASA KEHAKIMAN

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama dan mengatasi mana-


mana undang-undang lain bahkan ini di sebut di dalam Perkara 4 (1). Kedudukan
Perlembagaan sebagai undang-undang utama ini juga menyebabkan badan-badan
eksekutif, legislatif dan kehakiman mendapat punca kuasanya melalui Perlembagaan.
Peruntukan Perkara 39 menyebut kuasa Eksekutif Persekutuan pada Yang Di Pertuan
Agong tetapi dijalankan kuasanya itu oleh Jemaah Menteri manakala kuasa
perundangan di jalankan Parlimen dan di sebut di dalam Perkara 66(1). Namun begitu,
kuasa kehakiman selepas tahun 1988 seolah-olah dipadamkan dengan pindaan
perlembagaan besar yang dilakukan pada tahun itu.26

Pada 17 Mac 1988, kerajaan telah mengemukakan pindaan terhadap Perlembagaan


Persekutuan. Terdapat empat pindaan besar yang dilakukan kerajaan merangkumi
dalam Perkara 5, Perkara 85, Perkara 121 dan Perkara 145 dengan melebar luaskan

23 Para Laporan Suruhanjaya Reid. Deraf peruntukan yang dicadangkan Suruhanjaya Perlembagaan
Reid di dalam Perkara 116.
24 Perkara 125, Kertas Putih Kerajaan
25 Tun Mohamed Suffian, 1987, ‘The Role of The Judiciary’ ucapan makan tengahari di Malaysian

Institute of Management, Kuala Lumpur, muka surat 51.


26 Penyata Rasmi Dewan Rakyat bertarikh 17 Mac 1988.
kuasa eksekutif di dalam pelbagai aspek dan pada masa yang sama mengurangi
kuasa badan kehakiman.27

Salah satu implikasi penting pindaan perlembagaan yang dilakukan adalah berhubung
kait dengan badan kehakiman di dalam Perkara 121. Dua aspek penting yang menjadi
perhatian adalah membuang frasa kuasa kehakiman Persekutuan daripada
Mahkamah Tinggi dan menafikan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di dalam apa-apa
perkara yang di dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.28

Dengan kewujudan cadangan kepada pindaan kepada perlembagaan ini maka


perkataan-perkataan “kuasa-kuasa Kehakiman Persekutuan”29 adalah dipotong dan
digantikan dengan frasa lain yang membawa maksud kewujudan Mahkamah Tinggi
yang mempunyai bidang kuasa dan kuasa tertentu.30 Tujuan cadangan supaya
Perkara 121 ini dipinda secara terang dan jelas adalah untuk menghapuskan
peruntukan tentang meletakhak kuasa-kuasa kehakiman pada mahkamah-
mahkamah dan dengan maksud meletakkan frasa Mahkamah Tinggi. Dengan
kewujudan peruntukan baru, maka Mahkamah tidak lagi akan memberi penekanan
pada meletakhak kuasa kehakiman Persekutuan pada mahkamah-mahkamah tetapi
akan hanya memperkatakan tentang jenis-jenis mahkamah dan bidang kuasa serta
kuasa-kuasanya.

Hal ini timbul apabila ketidakpuashatian kerajaan31 terhadap satu keputusan


Mahkamah di dalam kes Dato’ Yap Peng vs Public Prosecutor32 yang bermaksud
kuasa kehakiman itu adalah kuasa bagi setiap kerajaan yang berdaulat perlukan untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan hal kontroversi diantara subjek atau diantara
subjek-subjeknya sama ada hak berkaitan dengan kehidupan, kebebasan atau
harta.33 Dengan pembuangan makna kuasa badan kehakiman ini maka kerajaan
berhasrat agar mahkamah hanya membuat keputusan berdasarkan undang-undang
Persekutuan yang digubal di Parlimen dari masa ke semasa dengan tidak merujuk
perundangan negara-negara Komanwel lain.34

Kehilangan kuasa kehakiman secara nyata di dalam Perlembagaan ini mungkin


nampak remeh namun mempunyai kesan yang berat dan berpanjangan. Mahkamah
kehilangan kuasa yang seharusnya ada pada bidang kuasa badan itu dengan
kuasanya sekarang hanya boleh diambil dari undang-undang Persekutuan yang

27 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive
Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat
114.
28 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive

Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat
116.
29 Sebelum tahun 1988, peruntukan Perkara 121 berbunyi ‘… the judicial power of the Federation shall

be vested in two High Courts… and in such inferior courts as may be provided by federal law…’
30 Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat 1353
31 Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat 1354
32 [1987]2 MLJ 311
33 Pencerahan terhadap maksud kuasa kehakiman di atas juga dicedok daripada kes di Australia di

dalam kes Hardad, Park er & Co. Proprietary Ltd. Vs Morehead. Griffif.
34 Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat

1356-1357
diluluskan di Parlimen.35 Hujah ini juga disokong oleh International Commission of
Jurists yang menyatakan bahawa dengan meletakkan bidang kuasa dan kuasa
Mahkamah Tinggi bergantung kepada undang-undang Persekutuan ini bermakna ia
menghilangkan fungsi asal bidang kuasanya disisi Perlembagaan.36

Pandangan Dr. Mahathir ketika itu kuasa kehakiman adalah terbatas dengan undang -
undang yang di gubal dengan niat kerajaan sahaja di Parlimen. Justeru itulah
sebarang idea berhubung keadilan asasi (natural justice), common law dan sistem
perundangan Inggeris ditolak dan elemen yang berkehendakkan kebebasan tidak
akan dikompromi.37

Pendakwa raya telah menukarkan kes pecah amanah ini dari Mahkamah Rendah ke
Mahkamah Tinggi. Tindakan Pendakwaraya juga dirujuk sebagai salah disisi
Perlembagaan walaupun Pendakwa Raya dibenarkan di bawah kuasa seksyen 418A
Kanun Prosedur Jenayah.

Cadangan kerajaan untuk meminda peruntukan Perkara 121 ini bukan sahaja telah
dibantah di dalam Dewan Rakyat memandangkan ia akan merosakkan nadi serta
struktur asas sistem kerajaan di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan.38

KRISIS UMNO 1987

Rais Yatim (1994) di dalam memperkatakan krisis badan kehakiman tidak menafikan
malah bersetuju keputusan kontroversi penghakiman yang berlaku sekitar tempoh tiga
tahun di antara tahun 1986 hingga 1988 tidak seharusnya menjadi kayu ukur kepada
krisis pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua hakim kanan yang lain namun
perkembangan di luar Mahkamah juga memainkan faktor penting seperti krisis
kepimpinan UMNO pada tahun 1987.39

Buat pertama kalinya di dalam pemilihan Parti UMNO bagi jawatan Presiden UMNO
di cabar pada tahun 1987 sedangkan menjadi budaya UMNO sebelum itu proses
transisi kepimpinan di serahkan secara tertib dari Presiden kepada Timbalan
Presiden. Pemilihan pada April 1987 itu merupakan pertembungan di antara Pasukan
A diketuai Dr Mahathir manakala pasukan B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah
apabila Dr Mahathir menang dengan hanya majoriti 43 undi.

Pasukan B tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan dengan mendakwa


terdapat ketidakteraturan mengikut peraturan pemilihan yang ada. Maka mereka telah

35 Sultan Azlan Shah, ‘The Role of Constitutional Rulers and the Judiciary Revisited’ di dalam Visu
Sinnadurai es, 2004, ‘Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance’ Professional Law
Books’, di muka surat 385.
36 Kevin Yl Tan dan Thio Li Ann, 2010, Constitutional Law in Malaysia and Singapore’, Lexis Nexis

Singapore, muka surat 507


37 Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat

1356-1357
38 Penyata Rasmi Dewan Rakyat Parlimen Ketujuh Penggal Kedua pada 17 Mac 1988 muka surat 1376
39 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive

Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat
306. Ia disokong juga oleh A.J Harding, 1995, ‘Law, Government and the Constitution of Malaysia’,
Malayan Law Journal, muka surat 129. Andrew Harding, 2012, ‘The Constitution of Malaysia A
Contextual Analysis’ Hart Publishing, muka surat 211.
membawa kes ini ke Mahkamah pada 3 Februari 1988 dan didengar di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur. Kes Mohd Noor bin Othman & Ors v. Mohd Yusof Jaafar 40 yang
juga dikenali sebagai kes UMNO 11melibatkan isu pertikaian sama ada ahli-ahli
UMNO daripada Bahagian UMNO yang tidak didaftarkan ini boleh terlibat dengan di
pemilihan UMNO di peringkat Mesyuarat Bahagian pada April 1987.

Ini kerana di bawah seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966 sebuah pertubuhan yang
menubuhkan cawangan tanpa didaftarkan atau tanpa mendapat kelulusan terlebih
dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan maka cawangan itu dianggap tidak sah disisi
undang-undang.

Namun begitu Harun Hashim (Hakim) memutuskan bahawa UMNO merupakan


sebuah parti politik yang tidak sah berdasarkan fakta sebanyak 30 Bahagian UMNO
di beberapa buah negeri tidak mendaftar yang secara terang dan jelas melanggar
peruntukan seksyen 12(3) Akta Pertubuhan 1966.41 Keputusan ini telah
mengemparkan negara malahan bukan hasrat pempetisyen untuk mengharamkan
parti UMNO. Pempetisyen hanya memohon agar pemilihan pada tahun 1987
diisytiharkan sebagai tidak sah agar memberi laluan kepada satu pemilihan baru untuk
diadakan semula.

Sebelas pempetisyen ini mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung. Tun


Salleh Abas menetapkan pendengaran kes ini pada 13 Jun 1988 dengan sembilan
panel hakim Mahkamah Agung untuk memutuskan rayuan tersebut. Kes ini juga
menjadi satu kes penting pertembungan antara eksekutif dan badan kehakiman yang
juga membabitkan kedudukan Presiden parti UMNO (Perdana Menteri) di masa
hadapan.42

ANALISIS KRISIS KEBEBASAN KEHAKIMAN 1988: PANDANGAN ANAK MUDA

Berdasarkan sorotan peristiwa dan kepelbagaian keputusan penghakiman yang


dilakukan badan kehakiman, dapatlah disimpulkan bahawa pra 1988 badan
kehakiman tidak menghadapi kritikan secara keterlaluan bahkan mendapat pujian dan
dipandang tinggi. Ini dapat dilihat daripada perlantikan dan penerimaan beberapa
hakim Malaysia menduduki kerusi hakim di dalam Jawatankuasa Rayuan Privy
Council.

Namun begitu pasca kes pemecatan Tun Salleh Abas, Presiden Mahkamah Agung
(ketika itu) dan dua hakim kanan Mahkamah Agung Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk
George Seah pada tahun 1988 peristiwa ini bukan sahaja menjadi tragedi hitam dalam
badan kehakiman negara malahan ramai generasi muda pasca 90 an gagal
mengetahui secara lengkap perjalanan penting kes ini.

40 [1988]2 SCR 219; [1988]2 MLJ 129


41 Section 12 (3) of the Societies Act 1966 stipulates: “Where a registered society establishes a branch
without the prior approval of the Registrar the branch so established shall be an unlawful society.” Under
section 70 of the Act, however, the Minister of Home Affairs has the power to “exempt any society
registered under this Act from all or any of the provisions of this Act.”
42 Rais Yatim, 1994, ‘The Rule of Law and Executive Power in Malaysia: A Study of Executive

Supremacy’, Tesis PhD yang dikemukakan kepada King College, University of London, muka surat
320.
Kegagalan anak muda secara keseluruhannya memahami sorotan apa yang terjadi
terhadap pada badan kehakiman lebih ketara terhadap graduan muda undang -
undang yang hanya mengetahui secara permukaan sahaja bukannya secara
mendalam hubung kait peristiwa 1988 dengan prinsip kebebasan kehakiman.

Menariknya, bagi anak-anak muda yang cenderung mengetahui dan mengikuti


perjalanan politik tanah air, krisis 1988 dianggap klimaks terhadap campur tangan
Eksekutif ke dalam badan Kehakiman. Justeru, kelompok anak-anak muda ini bukan
sahaja bersifat kritikal malahan mempunyai pandangan dan sisi negatif terhadap
pemerintahan badan Eksekutif ketika itu.

Krisis yang berlaku terhadap badan kehakiman ini adalah satu peristiwa dalam lipatan
sejarah negara yang tidak mungkin akan dipulihkan kembali. Walau pun, Pak Lah
telah mencuba menebus kesilapan peristiwa ini dengan gratuiti yang diberikan kepada
mantan hakim-hakim namun ia luka yang sangat dalam.

Malahan selepas 26 tahun peristiwa ini, Generasi Y atau pun generasi yang lahir
sekitar tahun 1980 an mungkin tidak mengingati malahan tidak mengetahui satu
peristiwa hitam ini namun kesannya menimbulkan ‘luka’ yang sangat dalam sehingga
hari ini. Kegagalan memahami tragedi hitam ini dalam lipatan sejarah bukanlah
semata-mata boleh diletakkan di atas pundak masyarakat mahu pun generasi muda
malahan mahasiswa undang-undang yang mempelajari peristiwa ini di dalam subjek
undang-undang perlembagaan pun belum pasti dapat menekuni keseluruhan
perjalanan kes yang terjadi kepada Tun Salleh Abas selaku mantan ketua hakim
negara.

PENUTUP

Justeru dua ucapan mantan Ketua Hakim Negara ini akan menyedarkan kita selepas
krisis pada tahun 1988 terhadap badan kehakiman di Malaysia

Adalah menjadi satu harapan yang bersungguh-sungguh agar badan


kehakiman Malaysia akan meraih semula keyakinan orang awam,
sepertimana harganya yang sama seperti dulu pernah dicapai. Sistem
badan kehakiman yang bebas membawa kebanggaan kepada negara-
negara yang mengamalkan pemerintahan demokratik. Anggota badan
eksekutif dan legislatif datang dan pergi, tetapi badan kehakiman yang
bebas harus tetap teguh selama-lamanya, memenuhi aspirasi dan cita-cita
rakyat. Dalam badan kehakiman, orang meletakkan kepercayaan dan
harapan mereka ke atasnya.43

Dan ucapan Tun Mohamed Suffian

Saya berkeyakinan bahawa hakim (di Malaysia) akan berterusan menjadi


Penjaga kepada Perlembagaan dan undang-undang, mengangkat
kedaulatan undang-undang dan tidak akan menjadi alat kepada ahli politik

43HRH Sultan Azlan Shah, ‘The Role of Constitutional Rulers and The Judiciary Revisited’, in
Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance, muka surat 401.
dan kerajaan; berdiri teguh di antara yang berkuasa dengan yang lemah, di
antara kaya dan miskin, di antara kuku besi dan rakyatnya serta menyebar
luas keadilan dengan seadil-adil dan saksama tanpa takut dan gundah
gulana.44

Apakah kini badan kehakiman menjadi teras kepercayaan anak muda selepas
dua cabang kerajaan; badan Eksekutif dan badan kehakiman sudah mula hilang
taringnya di mata anak muda. Saya lontarkan soalan ini kepada diri anak muda
untuk menjawabnya kembali.

44 Tun Mohamed Suffian, 1987, ‘The Role of The Judiciary’ ucapan di makan tengahari di Malaysian
Institute of Management, Kuala Lumpur, muka surat 58.

Anda mungkin juga menyukai