Anda di halaman 1dari 23

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (HONS) ISLAMIC BANKING

CTU552
PHILOSOPHY AND CURRENT ISSUES

GROUP ASSIGNMENT
TAJUK : PERISTIWA 13 MEI DAN KESANNYA KEPADA PEMBANGUNAN
EKONOMI DAN POLITIK MALAYSIA

SUBMISSION DATE :
19 NOVEMBER 2022

PREPARED BY :
GROUP : BA2491A
NO NAME STUDENT ID PHONE NUMBER
1 INTAN MUSTIKA MURNI BINTI 2022646254 0196783839
MUHAMMAD ZAINI
2 NURUL AIN BINTI KAMSANI 2022608036 01161750145
3 ADILAH BINTI ABU KASIM 2022616572 0183618451

PREPARED FOR :
ENCIK AHMAD NAWAWI BIN HAJI YAAKOB
13 MEI MELAKAR SEJARAH HITAM KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI
DAN POLITIK MALAYSIA
Nurul Ain binti Kamsani, Intan Mustika Murni binti Mohammad Zaini,
Adilah binti Abu Kasim.

ABSTRAK

13 Mei 1969 merupakan satu lakaran sejarah,konflik perkauman dan pergaduhan atara kaum
melayu dan cina yang berkait rapat dengan Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969. Peristiwa 13
Mei ialah hari di mana satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap
politik,ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Pertumpahan darah dan kacau bilau yang
dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara.Peristiwa ini
sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab
yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab tau peristiwa yang
telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakans alah satu
faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan
penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan
diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara
kaum di Tanah Melayu.Dari sudut ekonomi, peristiwa 13 Mei banyak meninggalkan kesan
yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya.
Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.
Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi
baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk
mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

Kata kunci: 13 Mei 1969 , Ekonomi, Politik

1
METODOLOGI

Metodologi dapat didefinisikan sebagai kaedah atau teknik dalam mengumpul dan
menganalisis maklumat atau data. Metodologi penting untuk menghasilkan bukti yang dapat
menyokong sesuatu kajian. Dalam tugas kali ini , kami menggunakan kaedah mencari
maklumat secara atas talian. Kita semua sedia maklum , kemudahan teknologi pada hari ini
semakin berkembang dan banyak memberi kemudahan kepada masyarakat. Kami berusaha
untuk mencari sumber-sumber yang boleh dipercayai dan sahih. Oleh itu, kami tidak
melepaskan peluang menggunakan kaedah ini yang banyak membantu sepanjang tugas kami
dilaksanakan.

2
PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah,bersyukur ke atas ilahi atas limpahan nikmat kesihatan dan masa
yang dianugerahkan kepada kami sekumpulan.Kami amat bersyukur kerana dapat menyiapkan
tugasan bagi subjek Falsafah dan Isu Semasa (CTU552) dengan jayanya. Dalam kesempatan
ini, kami dengan berbesar hati ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Encik Ahmad
Nawawi Bin Haji Yaakob kerana telah meletakkan kepercayaan kepada kami bagi
melaksanakan tugas ini. Kami juga ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu kami sepanjang tugas ini dijalankan teruatama kepada pensyarah kami
yang tidak pernah mengabaikan sebarang persoalan daripada kami dan telah memberi tunjuk
ajar yang sangat berguna kepada kami. Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan
seperjuangan saya kerana memberikan kerjasama yang sangat baik, sentiasa berkongsi idea dan
saling membantu antara satu sama lain.Saya sangat berbangga kerana dapat menjadi
sebahagian daripada insan-insan yang hebat seperti mereka.

Sekian Terima Kasih.

3
PENGENALAN PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya


Umum pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan telah menang besar di
kawasan Batu, Selangor. Beliau meminta kebenaran polis untuk berarak bagi meraikan
kemenangan parti tersebut yang menyaksikan keputusan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut
menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan sehingga Jalan
Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru yang
diduduki oleh lebih 30 000 orang Melayu yang dijadikan kubu UMNO, berasa terancam
dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini terletaknya rumah Menteri Besar Selangor
ketika itu, Dato’ Harun Idris. Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan
mengikat penyapu kepada kenderaanmereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu
bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Penadapat lain pula,menyatakan penyapu tersebut
sebagai lambang mereka akan menyapu atau ’menyingkir’ orang Melayu ke laut. Dalam
masyarakat Melayu, penyapu membawa maksud yang negatif. Ada yang mencaci dan meludah
dari atas lori ke arah orang Melayu yang berada di tepi jalan.

Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-
ahlinya supaya datang dan berkumpuldi rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris
untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar
kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan. Menurut laporan seorang
pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu melalui
Setapak telah diserang oleh orang Cina. Adasebahagian daripada mereka yang terlepas
daripada serangan itu telah pergi ke rumah MenteriBesar dan menyampaikan berita itu lalu
dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan
balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969.
Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah lain yang menyatakan peristiwa sebenar
berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu.
Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-
pemuda Cina terhadap pejuang komunis.

Pasukan FRU (Pasukan Simpanan Persekutuan) dikeluarkan dari Kampung Baru


dan askar dari Rejimen Renjer mengambil alih. Malangnya, pasukan ini terdiri daripada orang

4
Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang Melayu dan ini
menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua
pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina. Pemuda Melayu yang mempertahankan
Kampung Baru mengamuk kerana merasakan diri mereka tersepit antara orang Cina dan askar
Rejimen Renjer. Beberapa das tembakan turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar
Selangor. Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih
terbakar. Pentadbiran diambil alih oleh Askar Melayu. Malangnya, beberapa orang Askar
Melayu turut masuk ke kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata
askar tersebut berpakaian preman. Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam
lombong bijih timah. Kononnya ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap dan
dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang
sahih mengenai rakaman ini.

Pemuda Cina dari kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di
Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Kesan daripada itu, pemuda-
pemuda Cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan
menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton
di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan ini termasuklah 2
orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211
kenderaan musnah. Tetapi ramai telah menganggar ramai lagi yang dibunuh. Namun rusuhan
kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta
Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-
apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Manakala berlaku tembakan di Betong oleh PKM.
Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan “politik” dan
bukannya pergaduhan perkauman. Pergaduhan tidak berlaku di negeri lain. Jika ia merupakan
isu perkauman, sudah tentu pada hari itu orang Cina dan Melayu akan berbunuhan sesama
sendiri di negeri-negeri tersebut seperti di selatan Thai.

Darurat diisytiharkan pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan MAGERAN
(Majlis Gerakan Negara) telah dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen
dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh

5
orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Orang Melayu mempunyai pandangan
yang negatif terhadap kaum Cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf
kerakyatan yang diberikan pada mereka pascakemerdekaan. Persepsi negatif masyarakat
Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina merupakan majoriti menganggotai
pasukan Bintang Tiga yang ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis yang
berpaksikan negara komunis China. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.
Buku “Dilema Melayu” (”The Malay Dilemma”) oleh TunDr Mahathir telah diharamkan.
Dikatakan gandingan Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim memburukkan Tunku Abdul
Rahman. Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari
jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara,
Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.

Ternyata langkah Tunku Abdul Rahman menyingkirkan Singapura dari Malaysia


tidak menyelesaikan masalah perkauman. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak
kemarahan orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri. Tahun 1969,
pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang
memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi
mengurangkan pengundi Cina dalam DUN Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap
berbahaya telah ditahan atas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan
raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya
dan agihan ekonomi (hak-hak keistimewaan bumiputera) mendapat tafsiran semula.

6
PUNCA PERISTIWA 13 MEI 1969

Punca yang membawa kepada Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum
yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara orang Melayu dan orang Cina.
Perbincangan ini bukan untuk melihat ketegangan yang berlaku dalam peristiwa berkenaan
tetapi tujuannya lebih menjurus untuk memperkatakan rentetan sebab musabab mengapa ianya
terjadi seterusnya dapat menjadi pedoman kepada semua.

Punca yang pertama ialah layanan berat sebelah oleh tentera jepun Pada zaman
pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza.Masyarakat
Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan
orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan.
Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang Melayu dan Cina.

Seterusnya, dasar pecah dan perintah penjajah inggeris. Hasil daripada kajian,
kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang
mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep
pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya
jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasikaum. Umpamanya, orang
Cina tinggal di bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasankawasan lombong sebagai
pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil.
Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada
hakikatnya kegiatan ekonomi orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah
dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosioekonomi mereka tidak seimbang. Dasar ini
dilakukan oleh British untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri
akan mengancam kedudukan mereka. Masyarakat Melayu terdiri dari petani dan nelayan
dikampung, masyarakat Cina pula telah mewarisi perniagaan secara turun temurun dan tinggal
di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini
telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan
kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Kesannya, interaksi antara

7
kaum hanya terbatas di pejabat dan pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara
kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969. Suasana yang seperti
ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi
penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta
mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun
negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosioekonomi yang tidak seimbang itu
semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi
tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosioekonomi dalam masyarakat Malaysia.
Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 Mei1969. Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak
puas hati yang berlaku antarakaum tidak seharusnya dibiarkan. Berikutan ini lahirnya Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan
keadaan.

Di samping itu, latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai
punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran
mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini
mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis,
membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum
sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah bukubuku
teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari negara China dan India. Keadaan ini
telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris
pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar sahaja.
Sebelum Malaysia memiliki sistem pendidikan nasional, wujud empat aliran Pendidikan yang
mengambil silibus pembelajaran berbeza yang menyebabkan ketidak seragaman bahasa,
identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang memberi impak
buruk dalam pembentukan kaum di Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan kerajaan cuba
memperkenalkan dasar-dasar pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan namun proses
perpaduan ini sukar dilakukan. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan
Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu

. Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan Bahasa Melayu,
namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan
perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidakmenubuhkan

8
sekolah menengah dan universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan
beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr.
Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO
ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan
Universiti Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah
mendapat sokongan UMNO dan Kerajaan Perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 Mei
1970. Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang
menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan
untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka
pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti
Merdeka maka ramai pengundi Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu
kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA
menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan
telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar
Pelajaran Kebangsaan. KTAR sebenarnya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantarnya. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi
menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

Punca yang seterusnya ialah, pertelingkahan antara parti politik. Dalam pilihan raya
1964 Parti Tindakan Rakyat (PETIR) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya.
Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP
yang tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP
telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun, setelah Tunku membuat
perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam Perikatan, maka
PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan
menyerang UMNO dan orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa
orangMelayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan
tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang Melayu. Sedangkan segalanya telah
dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan
Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan

Parti Rakyat Bersatu Sarawak.KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia
hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu
atau bumiputera dihapuskan . Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah

9
bercanggah sama sekali dengan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak
istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu
menyertai Malaysia pada 16 September 1963.Perikatan sememangnya menerima persamaan
hak tetapi perkara ini perlu diselesaikan secara berperingkat . Peringkat awal perlu
dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan
bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang. Keputusan pilihan raya pada 10 Mei
1969 telah menunjukkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini
sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti
pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka
boleh dikatakan berjaya dalam menerapkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan
Melayu. Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan,
sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS. Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti
Selangor dan Perak, Perikatan hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan
majoritinya yang sangat sedikit. Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah
menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang Cina merasakan yang mereka
sudah menang dan dapat menewaskan orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh
lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang Melayu.

Lain daripada itu, perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu.
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai
hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain
telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Namun hakikat
sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah lebih rendah berbanding dengan
kaum Cina.Pendeknya apa yang didakwa oleh orang- orang Cina yang mereka terjejas oleh
peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka
berlindung disebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang
pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini,
Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9
Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib
orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi
mengambil alih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik
(DAP). Menjelangnya pilihan raya 1969 parti DAP dan parti pembangkang lain telah
menggunakan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidak
adilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan dalam kalangan rakyat menjadi

10
bertambah. Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti politik ini bertujuan untuk
mendapatkan kemenangan dalam pilihan raya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen
antara kaum yang boleh membahayakan itu.

Perbezaan agama dan budaya juga dapat menjadi punca berlakunya peristiwa 13
Mei 1969. Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam. Kaum Cina beragama Buddha,
Lao-Tzu,Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama hindu. Di samping itu terdapat
juga yang beragama Kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri.
Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil
terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah
menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa
13Mei 1969.

Akhir sekali, Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan


berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara
tidak sihat. Ketidak seimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui antara satu
sama lain. Orang Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang Cina manakala orang
Cina dan India mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan
dalam sektor pentadbiran.

11
IMPLIKASI PERISTIWA 13 MEI 1969

 Pengisytiharan darurat

Rusuhan yang berlaku pada 13 mei telah menyebabkan pengisytiharan darurat


oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah ordinan No.2. Pengisyitiharan yang dilaksanakan
menyebabkan perlembagaan persekutuan telah digantung. Negara diletakkan dibawah
pemerintahan penuh YDPA yang merupakan turus Angkatan tentera. Ketenteraman negara
pada masa itu dikawal oleh pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta pasukan
wataniah. Kota Kuala Lumpur umpama kota gelap kerana kehilangan nyawa yang tidak terkira
pada satu masa yang sama.

 Penubuhan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN)

Kerajaan pada masa itu juga telah membuat keputusan untuk menubuhkan
Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) dengan diketuai oleh Tun Abdul Razak yang merupakan
Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Pemimpin-pemimpin lain yang mengganggotai
MAGERAN ialah Tun Dr.Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’Hamzah Bin Abu
samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd
Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa.

12
Semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan di bawah MAGERAN. Kerajaan
berparlimen dipulihkan semula pada 23 Februari 1971 bagi mengatasi isu-isu perpaduan
masyarakat. Rukun Negara telah dirangka Oleh MAGERAN sebagai ideologi kebangsaan
malaysia.Rukun Negara dirangka pada 31 Ogos 1970 setahun selepas peristiwa 13 mei berlaku.

13
Objektif Mageran :

 Menstabilkan undang-undang dan keamanan negara

 Menetapkan pentadiran yang bersih dan sempurna

 Mengembalikan kepercayaan dan keharmonian antara kaum di Malaysia

 Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan

Dasar ekonomi baru diwujudkan pada tahun 1971 yang dibentuk oleh
MAGERAN. DEB dibentuk dengan tujuan merapatkan kembali jurang ekonomi antara kaum
yang menetap di Malaysia dan membina semula keharmonian masyarakat Malaysia yang
terdiri daripada pelbagai kaum. Bukan itu sahaja, DEB juga dibentuk untuk mengurangkan
perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan lain-lain. DEB juga tidak
mengabaikan golongan-golongan kecil seperti pekebun, penghuni estet, nelayan dan pesawah.

Antara perancangan yang dilaksanakan DEB :

 Penyediaan infrastruktur parit dan taliair

 Pemberian subsidi dan kredit kepada pesawah

 Skim penanaman semula disediakan bagi menggalakkan benih


berkualiti digunakan, pemberian kredit dan subsidi sara hidup, bantuan
pembiakan ikan

 Skim pemilikan bot dan subsidi nelayan

 Pelaksaan rancangan pembukaan tanah baru untuk kegiatan pertanian


moden seperti Skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara
(FELCRA)

 Penyediaan kemudahan sosial (klinik, hospital, sekolah, bekalan air dan


elektrik) dan peluang pekerjaan serta merendahkan kos rumah.

14
 Barisan Nasional ditubuhkan

Barisan Nasional telah menggabungkan pelbagai kaum di malaysia. Kesedaran


parti-parti politik sedar bahasa dengan penyatuan pelbagai bangsa dapat memulihkan kembali
keharmonian negara. Antara parti yang menggangotai Barisan Nasional adalah Pertubuhan
kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam SeMalaysia (PAS), Kongres India Malaysia
(MIC), dan Persatuan Cina Malaysia(MCA). Barisan Nasional ditubuhkan untuk
mengurangkan perpecahan politik yang berlaku.

 Dasar pembangunan Nasional Diumumkan

Pada 17 jun 1991, Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad telah


mengumumkan dasar pembangunan nasional. DPN dilaksanakan untuk menggantikan Dasar
Ekonomi Baru (DEB) dan telah terkandung dalam Rangka Rncangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP2). Tujuan dan matlamat DEB masih dikekalkan bagi mencapai pembangunan yang
seimbang dan melahirkan perpaduan kaum.

15
(DPN 1991)

16
SEJARAH PENUBUHAN RUKUN NEGARA

Rukun Negara ditubuhkan setahun selepas berlakunya tragedi kejadian 13


Mei,untuk mengelakkan tragedi yang telah meninggalkan trauma kepada ramai pihak,kerajaan
telah mencari satu insentif supaya perbalahan anatara kaum tidak berulang kembali iaitu
memperkenalkan Rukun Negara.

Rukun Negara pertama kali diisytiharkan oleh D.Y.M.M Seri Paduka


Baginda Yang di-Pertuan Agong,Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal
Abidin pada tahun 1970 dalam upacara bersempena dengan sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara ke-13.

Rundingan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) berjaya menghasilkan Rukun


Negara berjaya dirangka. Rukun Negara mengandungi lima prinsip penting yang menjadi kunci
perpaduan dan perdamaian antara kaum.Rukun Negara dirangka dengan tujuan untuk
mencapai kemajuan bangsa.

Rukun Negara juga diperkenalkan untuk menjadi pengikat dalam kalangan


masyarakat dan pada masa yang saam berfungsi untuk meningkatkan semangat cintakan tanah
air di kalangan rakyat.

17
OBJEKTIF RUKUN NEGARA

 Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat

 Memelihara satu cara hidup Demokratik

 Mencipta satu masyarakat yang adil yang dapat menjamin kemakmuran dan
kesejahteraan Negara

 Membentuk sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan mempunyai
corak yang pelbagai

 Membina sebuah masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden

18
 Mencapai Perpaduan erat dalam kalangan masyarakat

Rakyat malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India,
Baba dan Nyonya, kadazandusun dan iban.Oleh itu,bagi membentuk satu bangsa yang bersatu-
padu bukanlah perkara yang mudah.Tambahan pula,setiap kaum memiliki budaya dan
kepercayaan yang tersendiri,ini menyebabkan keadaan bertambah rumit.Namun
begitu,kewujudan Rukun Negara mampu membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
tanpa mengira kaum malah dapat meningkatkan lagi rasa cinta terhadap negara.

 Memelihara cara hidup Demokratik

Demokratik dapat didefinisikan sebagai sebuah negara atau kerajaan yang


mengamalkan sistem demokrasi.Demokrasi pula merupakan satu sistem kerajaan di mana
semua individu akan terlibat dalam membuat keputusan untuk memilih wakil-wakil yang akan
memimpin Negara.Dengan adanya perlembagaan negara,kebebasan hak asasi
terjamin.Kepentingan negara mestilah menjadi keutamaan agar kestabilan dan keselamatan
negara tidak terjejas.

 Mencipta satu masyarakat yang adil

Masyarakat yang adil dapat dibentuk jika mereka diberi peluang yang sama
rata untuk menikmati hasil negara.Untuk memastikan hal ini berlaku,kerajaan perlulah
membantu pihak-pihak yang lemah supaya mereka dapat bersaing secara sihat dengan pihak
yang sudah maju ke hadapan.Pihak yang lemah tidak seharusnya diabaikan dan ditindas tetapi
mereka perlulah diberi keadilan yang sewajarnya.Kerajaan boleh membuka lebih banyak
peluang pekerjaan dengan menambah projek-projek pembangunan.Oleh itu,hasil negara juga
akan bertambah dan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat meningkat.

19
 Membentuk sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan

Liberal dapat ditafsirkan sebagai berpandangan terbuka dan tidak tertutup


kepada satu pemikiran,begitu juga dengan masyarakat di negara ini yang bebas untuk
mengamalkan agama dan adat tersendiri.Perbezaan kepercayaan dan budaya masyarakat di
negara ini mampu menjadi sumber kekuatan dan memberi kelebihan kepada negara
malaysia.kebudayaan yang pelbagai ini perlulah dijadikan satu kebanggaan kerana tidak semua
negara mampu membentuk rakyat yang memiliki perpaduan yang kukuh.

 Membina sebuah masyarakat yang progresif

Bagi melahirkan masyarakat yang progresif dalam mencapai kemajuan di


bidang sains dan teknologi seiring dengan kemodenan dunia sekarang memerlukan usaha yang
tinggi.Perubahan dalam dunia pada zaman kini berlaku dengan pantas terutama dalam bidang
pendidikan, sains dan tekonologi.Masyarakat progresif perlulah mempunyai integriti dan nilai-
nilai murni dalam diri mereka.Masyarakat yang progresif bijak menggunakan hujah, dalil dan
fakta malah mereka mempunyai nilai tabayyun serta mahir dalam mencari maklumat.

20
RUMUSAN

Sejarah bukanlah sekadar untuk tatapan dan dihafal garis masa perjalanan dengan
peristiwa, tokoh-tokoh, asal muasal sesuatu peristiwa. Paling penting bagaimana untuk
mengambil ibrah dan mengelakkan sesuatu yang buruk daripada berulang dan terus
mengulangi kesilapan silam. Hari yang suram ini kini genap 53 tahun berlakunya Peristiwa 13
Mei pada tahun 1969 yang merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia, simbol
rapuhnya perpaduan kaum serta tipisnya tahap kesabaran jika provokasi isu kaum berterusan.

13 Mei 1969 telah membuka mata masyarakat mengenai peri pentingnya menjaga
hubungan kaum dalam Malaysia. Sikap hormat-menghormati, bertolak-ansur, bertoleransi dan
menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki, beriri hati dan menanam sifat curiga di
antara kaum sangat penting di kalangan rakyat. Dengan terdapat pelbagai jenis kaum, agama,
budaya dan pegangan agama di Malaysia maka peristiwa 13 Mei 1969 ini berkemungkinan
berulang sekiranya tiada kesedaran terhadap isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan
istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini.

Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu,
menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara
di persada antarabangsa. kejadian ini turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial
(kini Perlembagaan Persekutuan) tentang agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan
istimewa kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu.
Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu
muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak
berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik.

Oleh itu, politik yang diamalkan mana-mana pihak di negara ini sebaliknya perlu
memberi perhatian utama kepada soal perpaduan kaum yang harus dipertingkatkan di
Semenanjung Malaysia dan integrasi wilayah yang lebih baik antara Semenanjung, Sabah dan
Sarawak. Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dan segera jika terdapat pihak yang
membangkitkan sentimen perkauman dan menghina agama bagi mengekang rusuhan kaum
kembali berulang .Selain itu , Kerajaan perlu terus meningkatkan usaha memperkasa orang
Melayu dan bumiputera terutama golongan berpendapatan rendah dalam pelbagai bidang, serta
merapatkan jurang ekonomi antara kaum kerana antara punca berlakunya peristiwa 13 Mei
adalah kerana orang Melayu berasa mereka tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi,
lalu diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.

21
RUJUKAN

1. @Komunikasi. (2019, May 16). Sarawakvoice. Retrieved from


https://sarawakvoice.com/2019/05/16/000tragedi-13-mei-dap-mahu-bersihkan-diri/
2. Abdullah, M. (2022, May 13). FMT. Retrieved from
https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2022/05/13/53-tahun-
berlalunya-peristiwa-berdarah-13-mei/
3. Abrar. (2020, May 14). 1Media.my. Retrieved from
https://www.1media.my/2020/05/peristiwa-13-mei-1969-belajar-daripada.html
4. Ashameera, A. (2015, March 1). Blogspot. Retrieved from
http://amyliashameera.blogspot.com/2015/03/peristiwa-13-mei.html
5. BERNAMA. (2022, November 19). Sinar Harian. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/27800/berita/nasional/peristiwa-13-mei-
pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu
6. Blogspot. (2019, March 20). Retrieved from
https://kisah13mei1969.blogspot.com/2019/03/tragedi-13-mei-1969.html
7.ecentral. (2022, september 19). ecentral . Retrieved from Rukun negara malaysia : 5
prinsip,tekas & sejarah pembentukan : https://ecentral.my/rukun-negara-malaysia/
8.faziey, s. (2019, May 10). Prezi. Retrieved from
https://prezi.com/p/6aeacankyn6s/pengajaran-peristiwa-13-mei-1969/
9.PDRM. (2016). Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia. Retrieved from
https://www.rmp.gov.my/infor-korporate/polis-diraja-malaysia/sejarah/peristiwa-13-
mei
10.PEKHABAR. (2015 , ogos 31). peKhabar . Retrieved from https://pekhabar.com/h-i-d-s-
rukun-negara-diisytihar/
11.SukaHati.net. (n.d.). Retrieved from https://www.sukahati.net/2011/11/peristiwa-13-mei-
parang-terbang.html
12.Zanas. (n.d.). Zanas Word Press. Retrieved from
https://zanas.wordpress.com/artikal/peristiwa-13-mei/

22

Anda mungkin juga menyukai