Anda di halaman 1dari 27

1.0 1.

KONSEP DEMOKRASI DEFINISI DEMOKRASI Istilah demokrasi berasal dari dua perkataan yang berlainan yang berasal dari

bahasa yunani Greek iaitu perkataan (Demos dan Kratos). Perkataan

(Demos) membawa maksud rakyat manakala perkataan (Kratos)


membawa maksud memerintah, dengan kata hubung , keseluruhan perkataan memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat".[1] Terma ini kadangkala digunakan untuk mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak rakyat). Definisi-definisi demokrasi dapat dibahagi kepada dua kategori. Yang pertama ialah kebanyakan elemen teori demokrasi bercorak tradisional. Misalnya kerajaan berperwakilan atau wakil kerajaan adalah sekumpulan orang seorang wakil yang dipilih dari pilihanraya demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam masa yang tertentu berdasarkan kepada kehendak rakyat. Kedua, kebanyakan elemen memaparkan corakcorak yang sebenarnya tentang proses demokrasi. Demokrasi adalah sistem politik di mana rakyat mmepunyai pilihan ke atas persaingan diantara pertubuhan-pertubuhan dan pemimpin-pemimpin politik. Rakyat tidak boleh dan tidak dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri, tetapi mereka boleh mengawal kerajaan. Dalam sistem demokrasi yang dijalankan, rakyat

menentukan perkembangan sistem politik. Menurut pengkajian yang dijalankan, konsep demokrasi telah diasaskan sekitar abad ke-4 masehi oleh kerajaan Greek Purba. Konsep demokrasi ini telah dikembang secara meluasnya melalui karya-karya ilmiah oleh beberapa ahli falsafah tamadun yunani kuno seperti Socrates, Aristotles, Plato dan Pericles.
[1]

Demokrasi, Dilayari pada 14 September 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi

Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat berikut :

Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan, samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.

Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara bebas dan adil Rakyat diberi hak mengundi Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya) Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain Kebebasan persatuan Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undangundang. Salah satu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan UndangUndang Rule of Law

Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan tanggungjawab sivik

1.2

SYARAT-SYARAT DEMOKRASI

Dalam menjalankan pemerintahan demokrasi, terdapat beberapa syarat yang dianggap perlu untuk dipatuhi. Terdapat dua syarat utama iaitu persamaan politik dan kebebasan politik.
Persamaan Politik Kebebasan Politik Perlembagaan Demokrasi Pelajaran

Syarat-Syarat Demokrasi

Penglibatan Dalam Politik Masyarakat Yang Setara Persatuan Politik Pengagihan Harta Benda Sikap Tolak Ansur
1.1 Gambarajah Syarat-syarat Demokrasi

1.2.1 Persamaan Politik Persamaan politik bermaksud memberi persamaan peluang kepada setiap individu untuk penglibatan yang sama dalam kerajaan tanpa mengira keadaan individu sama ada kaya mahupun miskin. Penglibatan orang ramai dalam sistem pemerintahan demokrasi adalah merupakan hak semula jadi mereka dalam hubungan dengan orang ramai.namun kebanyakan sistem pentadbiran demokrasi banyak dikuasai oleh golongan minoriti iaitu golongan bangsawan dan kelas atasan sebagai pemimpin kelas atasan.

Persamaan politik juga bermaksud tanggungjawab. Jadi demokrasi bertujuan untuk menjadikan individu mempunyai sikap mengawal diri. Rasa tanggungjawab amat penting kerana dapat mengawal individu dari menyalahguna kuasa yang diberikan oleh rakyat. 1.2.2 Kebebasan Politik Ahli falsafah terkenal, Plato mengatakan bahawa memilih apa yang disukai adalah menarik tetapi ia akan berakhir. Manusia dalah bebas dan berbeza antara satu sama lain, dan mereka patut diberi fungsi mengikut kecenderungan mereka. Kebebasan merupakan sesuatu elemen penting dalam demokrasi namun tidak bermaksud mereka boleh menggunakan sewenang-wenangnya kebebasan yang diberikan. Dalam demokrasi terdapat dua konsep pertimbangan iaitu. Pertama, individu adalah bebas dari pengadilan pemerintahan. kedua, individu mempunyai hak menyuarakan dan mengawal kerajaannya sendiri. Rakyat berhak mengkritik sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin dalam kerajannya di negaranya. Dalam sesebuah negara demokrasi kebebasan yang diberi boleh dirumuskan kepada empat jenis, iaitu kebebasan bercakap dan berakhbar, kebebasan berhimpun, kebebasan persatuan, kebebasan pembebasan, menangkap dan memenjara. 1.2.3 Perlembagaan Demokrasi Perhatian sepatutnya direka untuk menyediakan satu media berkesan di mana cita-cita dan kehendak rakyat boleh diambil perhatian. Rakyat mempunyai kehendak dan keupayaan untuk menjayakan demokrasi, perlembagaan yang lemah masih dapat dikuatkan dengan pembaharuan dan ditingkatkan kelengkapannya. Perlembagaan sesebuah negara haruslah mengubah sistem demokrasi yang menyediakan keperluankeperluan sebagai sebuah perlembagaan demokrasi. Kebebasan mengundi dan bersuara Dalam demokrasi, setiap rakyat yang mencapai umur yang ditetapkan diberikan hak untuk mengundi. Rakyat berhak memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin dengan pemikiran dan pertimbangan yang waras. Namun tidak diperlukan sebarang

peperiksaan dan ujian untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin di dalam strukur pentadbiran negara. Badan Perundangan Badan perundangan dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat oleh kebanyakan negara-negara demokrasi moden zaman sekarang. Ia sangat perlu untuk

menggerakkan jentera-jentera kerajaan. Badan perundangan amat penting kerana ia mengawal kebijaksanaan wakil-wakil yang dilantik oleh rakyat. Melalui badan perundangan inilah segala keperluan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat diketengahkan dan dibincangkan dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat. Eksekutif Badan eksekutif ialah badan yang menjalankan undang-undang dan dasar-dasar yang telah ditetapkan. Jesteru, ahliahli eksekutif perlulah mempunyai sifat

bertanggungjawab untuk melaksanakan demi rakyat.ketua eksekutif mempunyai bidang kuasa dan autoriti yang luas dan harus melaksanakan tugas tersebut dengan terbaik dan demi rakyat. Kehakiman Bebas Strukur kehakiman yang bebas perlu ada dalam sesebuah negara demokrasi iaitu bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Mahkamah penghakiman bebas mempunyai tiga fungsi iaitu menghasilkan keputusan kehakiman dengan baik dan adil. Kedua penerangan mengenai undang-undang tersebut yang menjadikan undang-undang tersebut untuk kerajaan dan bukan untuk rakyat yang suka berdolakdalik. 1.2.4 Pelajaran Pada kebiasaannya demokrasi lebih cepat berkembang dengan pemikiran masyarakat yang berpendidikan tinggi dan dapt mengawal emosi dengan lebih elok. Jika pelajaran hanya sekadar kenyataan dan kelayakan yang perlu untuk mendapatkan kerajaan maka ini akan gagal memajukan kebebasan dan pemikiran yang kritikal

mengenai soal-soal awam, yakni dia tidak dapat menghasilkan semangat kesedaran dan semangat yang perlu untuk menjayakan demokrasi. Pelajaran yang diberikan kepada rakyat perlulah menyelitkan semangat terhadap kebangsaan dan perlu diselitkan sesuai dengan permintaan demokrasi. Adalah penting untuk pihak kerajaan mengadakan perbincangan umum dan memberi kelonggaran kepada semua pihak untuk mengadakan perhimpunan, parti, persatuan dan sebagainya. 1.2.5 Penglibatan Dalam Politik Semenjak zaman kerajaan Athen dulu, rakyat memang terlibat dengan pentadbiran dengan memilih kerajaan yang akan diangkat menjadi pentadbir. Hak mengundi semakin berkembang dengan pesat selepas abad ke-19 dan ke-20 namun masih ada segelintir yang merasakan bahawa mengundi tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ini menyebabkan peratusan pengundian semakin berkurang dan jumlah undi yang diterima hanyalah sedikit dari rakyat dan memudahkan untuk suatu pihak mengeksploitasikan minda pengundi. Namun masih terdapat kes di sesetengah negara maju demokratik yang tidak membenarkan sesetengah kumpulan rakyat untuk tidak mengundi seperti kumpulan kanak-kanak di bawah umur, orang-orang asing, penjenayah yang dijatuhkan hukuman, dan orang-orang yang tidak waras. Namun terdapat juga syarat yang paling minimum untuk seseorang individu itu dapat mengundi seperti berumur 21 tahun ke atas, warganegara, telah mendaftar untuk mengundi dan juga telah bermastautin di daerah ataupun negeri di dalam negara yang dipilih untuk menjadi pengundi. Pada sewaktu dahulu, golongan wanita tidak dibenarkan mengundi. New Zealand merupakan negar pertama yang membenarkan wanita turun membuang undi iaitu pada tahun 1893 dan ini semakin berkembang dan menjadikan kini terdapat lebih 80 buah negara di serata dunia yang membenarkan wanita turun membuang undi di hari pengundian.

1.2.6 Masyarakat Yang Setara Sistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun terdiri dari pelbagai latarbelakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem demokrasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar seandainya terdapat perselisihan dalam masyarakat yang majmuk ini dan tentunya akan lahir golongan yang akan suka menimbulkan masalah dan berhasrat untuk meruntuhkan sistem demokrasi dalam negara. Jesteru menjadi suatu kepentingan kepada sesebuah kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian seandainya terdapat perselisihan faham diantara golongan yang berbeza demi menjayakan sistem demokrasi di sesebuah negara. 1.2.7 Persatuan Politik Jika terdapat perbezaan dari segi agama, bangsa dan nilai-nilai yang diterima umum maka wujudlah faktor-faktor pemaksaan dan pemerasan. Persetujuan asas perlu ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan. Rakyat berhak menentang kerajaan seandainya kerajaan telah menyeleweng dari dasar kepada rakyat dan tidak dapat memenuhi tuntutan rakyat. Seandainya pemerintahan itu tidak mempunyai tahap kecekapan yang diperlukan, maka rakyat berhak menolak kerajaan tersebut dari tampuk pemerintahan negara dengan menggunakan saluran yang betul iaitu pilihanraya yang akan diadakan pada masa yang akan datang. Dengan itu corak pemerintahan kerajaan sentiasa menjadi berwibawa untuk melaksanakan agenda untuk rakyat. 1.2.8 Pengagihan Harta Benda Demokrasi akan lebih berjaya seandainya pengagihan harta dan kekayaan itu meliputi keseluruhan masyarakat. Ini bermakna dalam sesebuah negara itu, tidak akan ada situasi di mana orang yang kaya akan terus kaya manakala orang yang miskin tetap akan terus miskin tanpa sebarang pembelaan. Demokrasi juga tidak akan berjaya diamalkan dengan lancar seandainya kebebasan untuk memiliki harta persendirian disekat. John Locke ada mengatakan :

the great and chief end of mens uniting into common wealths and putting themselves under government in the preservation of their property [2] Menurut teori ini, kerajaan haruslah membenarkan dan memberi hak kepada semua rakyat untuk menyimpan dan mengumpul kekayaan. Jesteru, ini dapat memberi gambaran sebenar berkenaan sifat individu tersebut melalui cara mereka menggunakan kekayaan dan mengumpul kekayaan. Mempunyai harta kekayaan bukanlah hanya bertujuan untuk ekonomi semata-mata tetapi banyak lagi faedah-faedah psikologi yang lain. Untuk tujuan ini, kerajaan haruslah mengawal hak rakyat untuk mempunyai harta benda dan kekayaan. 1.2.9 Sikap Bertolak Ansur Sikap bertoleransi haruslah ada dalam masyarakat yang mengamalkan demokrasi agar banyak cadangan-cadangan dapat diutarakan untuk kebaikan negara dan rakyat. Antara cara yang paling baik untuk mengutarakan pendapat adalah melalui perbincangan diantara dua buah pihak dan ini adalah cara yang lebih baik dari melalui sistem paksaan dan tekanan. Sikap memberi dan menerima juga haruslah ada di dalam perbentukan masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi iaitu melibatkan konsep peraturan oleh kelompok majoriti dan kelompokn minoriti haruslah menerima keputusan dan peraturan itu dengan hati yang terbuka demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang menggugat suasana demokrasi tersebut.

[2]

K. Ramanathan Kalimuthu, 1987, Asas Sains Politik, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2.0 2.1

DEMOKRASI BERPARLIMEN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen semenjak dari

permulaan kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Negara ini mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih berdasarkan sistem giliran daripada sembilan sultan negeri melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Selain itu Yang Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan, ketenteraan, agama islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya. Peruntukan ini terkandung di dalam perlembagaan negara Malaysia sejak mula-mula ia diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British. Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster.[8][9] Ini kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat dan memimpin kumpulan majoriti ahli dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

[8] [9]

Politik Malaysia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysia Westminster adalah kawasan di tengah kota London. Ia terletak di tebing utara Sungai Thames, barat daya kota London, 800 meter di barat daya Charing Cross. Ia menyimpan banyak sejarah tentang kota London dan juga menjadi tarikan utama pelancong, termasuk Istana Buckingham dan Westminster Abbey

2.2

CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN

KETUA NEGARA

PERLEMBAGAAN
CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN

PARLIMEN

PILIHAN RAYA

2.2 Gambarajah Ciri-Ciri Demokrasi Berparlimen

2.2.1 Ketua Negara Yang Dipertuan agong merupakan ketua negara dan persekutuan Malaysia, baginda juga merupakan puncak kekuasaan kepada ketiga-tiga badan utama dalam negara iaitu eksekutif, judisiari dan legislatif. Selain itu baginda juga menjadi lambang kepada negara dan upacara-upacara rasmi yang dilangsungkan dalam negara dan baginda akan menjadi lambang perpaduan seluruh negara. Jawatan Yang Dipertuan Agong ini mula diperkenalkan pada 31 Ogos 1957 mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan ini merupakan sesuatu yang unik kerana menjadi satu-satunya jawatan seumpama itu di dalam dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang jawatan secara dipilih dan bukan dilantik berasaskan sistem warisan turun-temurun seperti negara-negara lain. Perkara 32 (1) menyebut bahawa Yang Dipertuan Agong mendahului keutamaan segala orang di dalam persekutuan. Baginda juga tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana mahkamah kecuali mahkamah khas.mahkamah khas ini diketuai oleh Ketua Hakim

Negara sebagai pengerusi, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang hakim lain yang memegang jawatan atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis RajaRaja.[10] Mahkamah Khas mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang Dipertuan Agong atau raja sesuatu negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang Dipertuan Agong atau raja-raja di negeri-negeri lain. Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja dalam kalangan Sembilan orang raja-raja melayu mengikut kedudukan yang terkanan berdasarkan tarikh naik takhta. Kaedah ini memberi peluang kepada raja-raja melayu untuk dipilih menjadi raja melainkan mereka tidak cukup umur, tidak mahu dipilih atau Majlis Raja-raja memutuskan dengan undi sulit bahawa baginda tidak sesuai untuk dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong. Ada sesetengah pandangan mengatakan bahawa Yang Dipertuan Agong dipilih secara demokrasi, namun sebenarnya tidak begitu. Ini kerana calon kerana corak pemilihannya hanya terbatas kepada 9 orang calon sahaja yang terdiri dari 9 orang raja-raja melayu dari sembilan buah negeri melayu sahaja dengan setiap negeri mempunyai giliran masing-masing. Buat masa kini, proses pemilihan Yang Dipertuan Agong telah memasuki pusingan kedua iaitu raja dari Negeri Sembilan, Selangor dan Perlis telah dipilih buat kali kedua bagi jawatan tersebut. Bagi jawatan Yang Dipertuan Agong, baginda boleh memegang jawatan selama 5 tahun sahaja, tetapi baginda boleh meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatannya dan boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja Melayu.

[10]

Yang Dipertuan Agong, Dilayari pada 5 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_diPertuan_Agong

Pemecatan yang dilakukan adalah untuk jawatan Yang Dipertuan Agong sahaja dan bukan melibatkan jawatan di peringkat negeri masing-masing. [11] Yang Dipertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia dan merupakan ketua agama bagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak serta di negeri baginda sendiri. Namun sebelum tahun 1976, peranan baginda sebagai ketua agama hanya terhad kepada negeri Melaka, Pulau Pinang dan negeri baginda sahaja. Setelah berlakunya pindaan terhadap perlembagaan persekutuan, akhirnya Yang Dipertuan Agong ditugaskan untuk menjadi ketua agama di beberapa wilayah lagi. Walaubagaimanapun, kuasa mengampun bagi kesalahan di negeri-negeri lain masih terletak di bawah bidang kuasa raja ataupun sultan negeri masing-masing. Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua Negara dan menjadi punca asas kepada segala kuasa di Malaysia, sama ada kuasa untuk membuat undang-undang, kuasa pemerintahan dan kuasa kehakiman. Baginda merupakan salah satu unsur parlimen iaitu yang terdiri dari Yang Dipertuan Agong dan 2 buah dewan. Dewan yang dimaksudkan adalah Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Baginda berkuasa penuh untuk memanggil sidang parlimen untuk bersidang dan juga menangguh ataupun membubarkan Dewan Parlimen. [12] Selain dari Yang Dipertuan Agong sebagai simbol parlimen, ketua negara, ketua agama islam bagi beberapa negeri Yang Dipertuan Agong juga mempunyai kuasa budi bicara yang istimewa di dalam sudut memilih perdana menteri. Namun begitu baginda tidak sepenuhnya bebas dalam melantik dan memecat seorang perdana menteri. Ini kerana perdana menteri adalah seorang ahli dewan rakyat yang dipilih dan diberi kepercayaan sebahagian besar ahli dewan untuk menjawat jawatan itu.

[11]

Ruslan Zainuddin, 2006, Sejarah Malaysia edisi kedua, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Selangor [12] Parlimen Malaysia, Dilayari pada 5 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/ Parlimen_Malaysia

Jesteru, Yang Dipertuan Agong harus memperkenankan perlantikan yang diadakan secara demokrasi itu. Kuasa budi bicara hanya akan dapat dilaksanakan seandainya tiada sesiapa yang dicalonkan untuk menjadi perdana menteri oleh ahli majoriti sesebuah parti yang banyak terdapat di dalam sidang parlimen tersebut. Namun tindakan yang lebih sesuai untuk dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong adalah menunggu keputusan pucuk pimpinan parti yang mempunyai majoriti besar di dalam dewan parlimen untuk mengetengahkan calon bagi jawatan perdana menteri Malaysia dan diperkenan oleh baginda. Perkara 3 (3) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan seorang timbalan ketua negara yang digelar Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara sekiranya Yang Dipertuan Agong sedang gering atau keluar negara dalam masa sekurang-kurangnya 15 hari. Timbalan Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk tempoh selama 5 tahun. Jika baginda dipilih semasa tempoh perlantikan Yang Dipertuan Agong maka tempoh perkhidmatannya akan tamat sebaik sahaja tempoh perkhidmatan Yang Dipertuan Agong tamat. Namun sekiranya baginda ingin meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatan maka baginda haruslah menghantar surat perletakan jawatan kepada Majlis Raja-Raja Melayu. 2.2.2 Perlembagaan 2.2.2.1 Pengenalan Perlembagaan Perlembagaan bermaksud prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan. Menurut A.S Hornby dalam Kamus Oxford Advanced Learners Dictionary of Current English, perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut adalah berpandukan

bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.

Patrick J. Dalton dan Robina S. Dexter dalam bukunya yang berjudul Constitutional Law pula mentafsirkan bahawa perlembagaan sebagai satu kompoisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip-prinsip bahagian tertenu sesebuah negara di mana ia mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat. Robert A. Dahl dalam bukunya Modern Political Analysis pula menyatakan bahawa sistem politik sesebuah negara itu kompleks dan seimbang, peranan politik dengan sendiri terbentuk. Peranan ini ditadbir oleh koleksi-koleksi pentadbiran dalam satu sistem politik akan memberi perlembagaan kepada kerajaan untuk menggunakan sistem ini. Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasardasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diistiharkan, sama ada dibentuk dalam undang-undang adat kebudayaan atau Majlis Piagam Perjanjian. Demikian pandangan yang dinyatakan oleh C.A Leeds dalam bukunya bertajuk, Politics. 2.2.2.2 Perlembagaan Malaysia Perlembagaan Malaysia, yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian tahun Persekutuan 1957. Tanah Melayu ini 1948 dan

Perlembagaan

Kemerdekaan

Perlembagaan

telah

dirangka

berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu Ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga dewan (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-kedua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun sejak kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650 kali. Beliau menjelaskan bahawa semangat dokumen sebenar telah dicairkan. Sidang parlimen dan sidang dun juga berada di bawah daripada ketinggian perlembagaan itu sendiri.
[13]

Ini bermakna dewan parlimen dan dewan rakyat tidak boleh membuat undangundang mengenai sesuatu kes yang mungkin bertentangan dengan perlembagaan Malaysia. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan. Bahagian 1 Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan Bahagian 2 Kebebasan asasi Bahagian 3 Kewarganegaraan Bahagian 4 Persekutuan Bahagian 5 Negeri-negeri Bahagian 6 Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri Bahagian 7 Peruntukan-peruntukan kewangan Bahagian 8 Pilihanraya Bahagian 9 Kehakiman Bahagian 10 Perkhidmatan awam Bahagian 11 Kuasa-kuasa khas yang menentang kuasa subversif dan darurat
[13]

Perlembagaan Malaysia, Dilayari pada 5 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/ Perlembagaan_Malaysia

Bahagian 12 Am dan pelbagai Bahagian 13 Peruntukan Melaka Bahagian 14 Pengecualian dari kedaulatan raja-raja dan sebagainya. Bahagian 15 Prosiding terhadap Yang Dipertuan Agong dan raja-raja 2.2.2.3 Artikel Artikel 11 Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa islam merupakan agam rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya sendiri Artikel 152 Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa melayu. Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin

kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuantujuan rasmi. Tujua-tujuan rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, sama ada negara atau semua prosiding mehkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan dalam bahasa melayu. Tulisan rasmi bahasa melayu juga dinyatakan di dalam artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan jawi tidak dilarang. Artikel 153 Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang Dipertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang melayu dan bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.

Artikel 160 Artikel 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai sebagai yang digunakan di dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada islam di Malaysia dan orang melayu disebabkan definisi seorang melayu pada klausa 2. 2.2.2.4 Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Pemerintahan Beraja Sebelum kedatangan penjajah ke tanah melayu, di kawasan tanah melayu telah adanya sistem kerajaan beraja yang dijalankan. Sultan ataupun raja di tanah melayu diberi sepenuhnya taat setia dan dianggap golongan yang mulia. Namun setelah kedatangan dan campurtangan British di dalam sistem pentadbiran di tanah melayu, raja ataupun sultan bagi negeri-negeri tanah melayu hanya dijadikan boneka pihak British sahaja. Raja dan sultan hanya berperanan di dalam aspek adat istiadat dan agama islam sahaja dan tidak lebih dari hal-hal ini. Walaupun terdapat beberapa perjanjian yang ditandatangani yang kelihatan menguntungkan kerajaan tanah melayu namun pada hakikat sebenarnya sultan ataupun raja terikat dengan perjanjian dan harus mendengar nasihat dari penasihat ataupun residen inggeris. Selepas peperangan dunia kedua yang menyaksikan kerajaan Jepun mengalami kekalahan, kerajaan British telah berusaha untuk melaksanakan pemerintahan secara berpusat iaitu kesemua kerajaan melayu disatukan di bawah satu kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union pada tahun 1946. Namun disebabkan penubuhan persekutuan itu kelihatan sebagai usaha berterusan pihak British untuk menguasai tanah melayu, rakyat tanah melayu yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa telah bersatu untuk membantah keputusan penubuhan persekutuan tersebut. Dan setelah 2 tahun dilancarkan, persekutuan Malayan Union ini telah dimansuhkan dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan ini sedikit sebanyak telah mengembalikan semula kuasa raja-raja Melayu kepada kedudukan asal mereka.

Setelah mendapat kemerdekaan, institusi beraja telah mendapat kuasa yang sepatutnya namun masih terbatas dengan perlembagaan yang dipersetujui secara bersama. Sewaktu zaman penjajahan British, raja ataupun sultan harus menerima nasihat dari residen ataupun penasihat British. Berbeza dengan zaman sekarang, sultan atau raja harus menerima nasihat dari menteri besar ataupun perdana menteri mengenai sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan. Di peringkat persekutuan, Yang Dipertuan Agong harus menerima nasihat dari jemaah menteri dan perdana menteri Malaysia. Institusi beraja kini menjadi satu daripada unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan dengan raja diberi beberapa peranan penting yang perlu dilaksanakan dalam bentuk dan struktur kerajaan yang ada. Terdapat tiga asa institusi raja sebagai raja berperlembagaan iaitu : 1. Sistem beraja diwujudkan oleh perlembagaan dan cara bagaimana seseorang raja bagi sesuatu negeri dipilih telah diperuntukkan dengan jelas dalam perlembagaan. 2. Dalam perlaksanaannya di dalam fungsi di bawah Perlembagaan Persekutuan atau sebarang undang-undang Persekutuan, Yang Dipertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah kabinet atau sebarang menteri yang diberi kuasa olej Jemaah Kabinet. Yang Dipertuan Agong hanya boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam hal perlantikan Perdana Menteri dan pembubaran Parlimen. 3. Yang Dipertuan Agong bersama-sama dengan dua Majlis Parlimen menjadi badan perundangan Persekutuan. Agama Islam Agama islam merupakan satu unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan sejarah konsep pemerintahan beraja. Sehinggakan takrif melayu mempunyai kaitan rapat dengan islam. Perkara 160 (2), Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang yang ditakrifkan

sebagai melayu ialah seorang yang beragama islam, lazimnya bertutur dalam bahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu dan 1. Lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, is adalah berdomisil [14] di Persekutuan atau di Singapura ; atau 2. Dia adalah keturunan seorang yang tersebut Agama islam telah menjadi agama anutan orang melayu semenjak 500 tahun dahulu. Walaupun pernah dijajah oleh 3 buah kuasa besar bukan beragama islam, masyarakat melayu masih mengekalkan dan berpegang teguh kepada ajaran islam. Ini kerana dari sudut hal ehwal islam dan adat istiadat melayu telah berada di bawah pemerintahan dan bidang kuasa raja ataupun sultan. Selepas kemerdekaan, agama islam masih terpelihara. Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas islam adalah agama bagi persekutuan. Namun undang-undang ini tidak menyekat kebebasan rakyat

persekutuan yang bukan beragama islam untuk mengamalkan kepercayaan masingmasing. Bahasa Melayu Bahasa melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantara di gugusan kepulauan melayu sejak berabad lamanya. Bahasa melayu telah digunakan oleh kerajaan Srivijaya sejak abad ke-7 sebagai bahasa kebangsaan dan empayar kerajaan Srivijaya telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi empayar terbesar pertama di serantau nusantara. Sebelum perang dunia kedua, bahasa melayu telah digunakan secara meluas di dalam segala urusan pentadbiran dan surat menyurat kerajaan sehinggakan pegawai inggeris yang ingin berkhidmat di sini haruslah pandai bertutur bahasa melayu.

[14]

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, perkataan domisil membawa erti tempat menginap atau tempat tinggal seseorang itu (terutamanya yang rasmi)

Namun selepas perang dunia kedua, dasar penggunaan bahasa melayu di dalam urusan pentadbiran semakin dilupuskan dan digantikan dengan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantara urusan rasmi. Namun masih terdapat di sesetengah perkara yang masih menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi contohnya berkaitan dengan urusan istana, maka bahasa melayu boleh digunakan sebagai menghormati raja dan sultan melayu sebagai ketua adat istiadat melayu. Namun setelah pemansuhan Malayan Union dan digantikan dengan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa melayu kembali mendapat mandat yang sebenarnya dan dijadikan bahasa kebangsaan tanah melayu dan seterusnya Malaysia. Di bawah perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut : Bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan Undang-undang oleh Parlimen Pemberian taraf kebangsaan kepada bahasa melayu memberi impak yang besar kepada bahasa melayu dan secara automatik manjadi bahasa perantara kepada segala urusan yang melibatkan urusan rasmi kerajaan. Perkara 153 (6) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan takrif maksud rasmi sebagai apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Matlamat ini ditekankan di dalam Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1961) dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1970. Keistimewaan Orang Melayu Kedudukan istimewa orang melayu merupakan tradisi keempat di dalam Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Perkara 153, Yang Dipertuan Agong dipertanggungjawabkan untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Pada permulaannya, pihak British tidak mencampuri urusan negeri-negeri melayu, namun setelah beberapa perjanjian ditandatangani pihak British telah memaksa raja dan sultan untuk menerima nasihat mereka di dalam segenap urusan pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama

islam dan adat istiadat melayu. Ini terpaksa dilakukan oleh pihak British untuk mengekalkan kekuasaan mereka di Tanah Melayu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan perlaksanaan dasar pintu terbuka oleh kerajaan British yang menggalakkan kehadiran buruh asing dari China dan India untuk menampung keperluan buruh dari berbagai sektor. Orang China dibenarkan membuka lombong dan bekerja di lombong manakala orang India pula dibenarkan bekerja di estet getah. Sedangkan orang melayu masih di takuk lama dengan bekerja di bidang pertanian. Selepas perang dunia kedua, British berasa bertanggungjawab untuk memberi kebajikan kepada buruh-buruh yang berkhidmat. Setelah itu kerajaan British telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan satu dasar pemerintahan yang baru iaitu Malayan Union yang diketuai oleh seorang gabenor, Sir Edward Gent. Dasar ini mendapat tentangan yang amat hebat dari segenap masyarakat bumiputera kerana telah meminggirkan sepenuhnya keperluan dan keistimewaan masyarakat bumiputera disamping kuasa sultan dan raja semakin dikurangkan. Malayan Union telah mengiktirafkan kewarganegaraan bagi kesemua pendatang-pendatang yang terdiri dari kaum China dan India. 2.2.3 Parlimen 2.2.3.1 Definisi Parlimen Parlimen merupakan majlis pembuat undang-undang (legislatif). Terdapat 2 jenis parlimen iaitu unikameral (satu dewan) atau bikameral (dwidewan). Parlimen bikameral terdiir daripada satu dewan bawah (dimana ahlinya dipilih dalam pilihanraya) dan dewan tinggi (biasanya ahli dilantik). Walaupun sistem lain, trikameral wujud, sistem ini amat jarang diamalkan dalam dunia. [15] [16]
[15]

Tricameral Parliament, Dilayari pada 7 Oktober 2009 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/ Tricameral_Parliament [16] Di dalam kamus bahasa inggeris maya di URL http://www.yourdictionary.com/cameral, Cameral membawa maksud chamber of a judge, legislature, negara yang mengamalkan sistem ini ialah negara Afrika Selatan.

Parlimen juga boleh dirujuk tempat atau bangunan dimana penggubal undangundang bersidang dan ia merupkan satu terma yang biasanya digunakan dalam negara-negara komanwel. Nama parlimen berasal dari perkataan Perancis, parlement, di mana parter, bermaksud bercakap : maka parlement merupakan tempat untuk bercakap atau berbincang, suatu perhimpunan atau perjumpaan di mana ahlinya berbincang mengenai isu-isu semasa. Parlimen yang paling terkenal ialah Parlimen United Kingdom, yang kadang-kalanya digelar ibu parlimen-parlimen kerana banyak negara Komanwel
[17]

mengasaskan mereka pada sistem Westminster, yang

berdasarkan parlimen. 2.2.3.2 Ciri-Ciri Parlimen Perjumpaan parlimen biasanya dikerusikan oleh seorang speaker atau Yang Dipertua. Di sesetengah negara, antaranya United Kingdom, prinsip ketuanan parlimen (Parliamentary Supremacy) dipraktikkan. Di negara-negara ini, mahkamah tidak boleh menyatakan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh parlimen adalah ultra vires iaitu melebihi kuasa parlimen. Kebanyakan negara dengan parlimen juga ada kekebalan parlimen untuk anggota-anggota mereka. Ini memastikan seseorang ahli parlimen tidak boleh didakwa untuk sesuatu pernyataan yang dibuat di dalam dewan parlimen. Biasanya perundangan dicadangkan di dewan bawah parlimen, yang

mempunyai lebih ramai ahli di negara-negara tertentu, dewan bawah mungkin mempunyai beratus-ratus anggota. Walaupun perundangan biasanya perlu diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen, dalam sistem Westminster dewan tinggi biasanya tidak boleh menolak perundangan yang berkait dengan hal ehwal kewangan. Selepas sesuatu undang-undang telah diluluskan oleh parlimen, ia perlu ditandatangani oleh Raja atau Ketua Negara.

[17]

Negara komanwel membawa maksud negara yang pernah dijajah oleh kerajaan British. Terdapat 53 buah negara di dalam pertubuhan ini termasuklah negara Mozambique (dijajah oleh Portugis). Kebanyakan negara ahli terdiri dari negara republik kecuali segelintir yang merupakan negara mempunyai sistem beraja seperti Malaysia, Brunei dan sebagainya. Pertubuhan ini lahir sewaktu Persidangan Imperial pada 1920-an.

Biasanya dalam negara dengan parlimen, ketua negara dan ketua kerajaan bukan orang yang sama. Dalam sistem Westminster yang mempraktikkan Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy), ketua negara hanya bermain peranan simbolik, dengan kuasa sebenar dalam tangan ketua kerajaan. Walaupun

perlembagaan negara-negara tertentu seperti Malaysia menyatakan ketua negara bertindak hanya dengan nasihat ketua kerajaan, sebenarnya nasihat ini hampir selalu diikuti. Ketua kerajaan di negara dengan parlimen biasanya dipanggil Perdana Menteri (PM). Seorang Perdana Menteri mesti mempunyai keyakinan majoriti ahli-ahli dewan bawah parlimen untuk memimpin kerajaan. Jika sesuatu undi tiada keyakian (noconfidence vote) diluluskan oleh dewan bawah, Perdana Menteri mesti melatakkan jawatan. Biasanya, Perdana Menteri dilantik oleh ketua kerajaan, tetapi calon yang dipilih hampir selalu pemimpin parti politik yang menang pilihanraya terakhir. Di sesetengah negara, Perdana Menteri boleh dilantik daripada ahli dewan tinggi, tetapi ianya amat jarang berlaku. 2.2.3.3 Parlimen di Komanwel Hampir semua parlimen di negara-negara komanwel diasaskan Parlimen United Kingdom
[18][19]

yang telah menjajah atau mentadbir negara-negara komanwel pada

zaman kolonisme. Bagaimanapun, setiap parlimen diubahsuai untuk ciri-ciri tempatan. Contohnya, walaupun Parlimen United Kingdom bikameral dengan House of Lords (dewan tinggi) dan House of Commons (dewan bawah), Parlimen Singapura adalah unikameral. Selain itu, cara ahli parlimen dipilih diubah ; contohnya, Singapura mempunyai group representative constituencies ataupun kawasan perwakilan

kumpulan, di mana beberapa kawasan digabungkan dalam pilihanraya, walaupun dalam parlimen mereka diwakili oleh beberapa ahli parlimen.
[18]

United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (Kerajaan Bersatu Britain Besar dan Ireland Utara) ialah sebuah negara di Eropah Barat yang biasanya dikenali sebagai United Kingdom (singkatan: UK). United Kingdom terbentuk hasil beberapa Akta Kesatuan yang menyatukan England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atau Britain merujuk kepada gabungan England, Wales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara. [19] United Kingdom, Dilayari pada 7 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdom

Satu contoh lagi adalah Parlimen Australia, yang bikameral. Di situ, ahli senat (dewan tinggi) dipilih dalam pilihanraya, dan bukan dilantik, manakala anggota House of Lords United Kingdom dilantik oleh Raja dengan nasihat Perdana Menteri. Proses pilihanraya di Australia juga berlainan daripada proses di England. Di England, pemenang suatu pilihanraya adalah calon dengan jumlah undi terbanyak (ini digelar sistem first-past-to-post) manakala di Australia, pemenang ditentukan melalui sistem single transferable vote (STV) ataupun undi boleh alih sekali. 2.2.3.4 Parlimen Bukan Negara Komanwel Walaupun United Kingdom dan tanah jajahannya merupakan pengguna parlimen yang paling terkenal, beberapa negara bukan Komanwel juga menggunakan parlimen, sistem Westminster, atau kedua-duanya. Contohnya, Jepun mempunyai sebuah parlimen yang dipanggil Diet sistem Westminster. 2.2.3.5 Parlimen Malaysia Parlimen merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat) Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli parlimen, manakala ahli Dewan Negara dikenali dengan gelaran Senator. Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakilwakil ke Dewan Rakyat : manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Sidang parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di Bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini merupakan kali ke-12, dirasmikan di Bangunan Parlimen Malaysia pada 28 April 2008. Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikan Ramli Ngah Talib.
[20]

[20][21]

. Proses perundangan di Jepun juga diasaskan oleh

Diet Kebangsaan Jepun () merupakan badan perundangan dwidewan Jepun. Ia terdiri dari dewan rendah, dipanggil Dewan Perwakilan, dan dewan tinggi, dipanggil Dewan Undangan. Kedua-dua dewan diet ini dilantik terus melalui sistem pengundian selari. Ahlinya seramai 722 perwakilan. [21] Diet Jepun, Dilayari pada 7 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Diet_Jepun

Secara mendalamnya, parlimen Malaysia terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat berfungsi membincangkan, membahas dan menggubal rang undang-undang. Dewan Negara berperanan sebagai pembahas dan meluluskan rang undang-undang yang telah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas diluluskan. Undang-undang tersebut dibahaskan sekali lagi sekiranya YDPA tidak memperkenankannya. Meskipun demikian, undang-undang tersebut telah menjadi sah setelah diluluskan oleh kedua-dua dewan buat kali kedua walaupun tanpa perkenan YDPA. Selain dari merangka undang-undang, parlimen juga berfungsi sebagai : 1. Mengawal kewangan negara dan meluluskan peruntukan belanjawan untuk sesebuah kemeterian 2. Meminda perlembagaan mengikut keperluan negara 3. Mengawasi pemerintahan dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan 4. Mendengar rayuan orang ramai yang menyentuh tentang kepentingan rakyat 2.3 STRUKTUR PEMERINTAHAN DI MALAYSIA Struktur pemerintahan di Malaysia telah ditentukan menerusi Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara. Iaitu badan perundangan (legislative), badan eksekutif (executive) dan badan pentadbiran (judicial). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan negara disebut sebagai doktrin pengasingan kuasa. Doktrin ini mula diperkenalkan oleh seorang berbangsa Perancis bernama Montesquieu negara Perancis diperintah oleh Louis XIV
[27][28] [25][26]

pada abad ke-18 ketika

yang mempunyai kuasa mutlak dalam

pemerintahan. Mostesquieu berusaha merangka satu doktrin supaya rakyat dapat hidup lebih terjamin daripada kezaliman pemerintah.

BADAN KEHAKIMAN BADAN PERUNDANGAN

BADAN EKSEKUTIF

2.4 Teori Pengasingan Kuasa

Nama penuhnya adalah Charles-Louis de Secondat, baron de La Brde et de Montesquieu , dilahirkan pada 18 Januari 1689 di Bordeaux, Perancis dan meninggal dunia pada 10 Februari 1755 di Paris, Perancis. Beliau merupakan seorang pemikir politik terkenal dan bertanggungjawab membangunkan konsep feudalisme dan kerajaan Byzantium [26] Charles de Secondat, baron de Montesquieu, Dilayari pada 8 Oktober 2009 di URL http://en. wikipedia.org/wiki/Montesquieu [27] Raja Perancis dan Navarre pada 14 Mei 1643 sehingga 1 September 1715. Nama sebenar baginda ialah Louis-Dieudonn dan dilahirkan pada 5 September 1638 dan mangkat pada 1 September 1715. Louis XIV turut dikenali dengan nama Raja Matahari, Louis Agung dan Raja agung. [28] Louis XIV dari Perancis, Dilayari pada 8 oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org /wiki/ Louis_XIV_dari_Perancis

[25]

Doktrin pengasingan kuasa bermaksud badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenarkan menjalankan kuasa negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman yang hanya dibenarkan melaksanakan kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan. Pengasingan kuasa ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya sebarrang permuafakatan atau komplot antara badan pemerintah dengan badan-badan lain bagi menjaminkan kebebasan rakyat dan menghindar mereka daripada sebarang bentuk kezaliman. Selain itu, pengasingan antara ketiga-tiga badan ini amat perlu supaya tidak perlu supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan itu, di samping dapat memainkan peranan sebagai check and balance negara.
[29][30][31]

dalam pemerintahan

Struktur pemerintahan di Malaysia mengandungi ketiga-tiga badan yang disebut di atas dalam sistem pemerintahan, iaitu badan perundangan, badan pemerintah dan badan kehakiman. Badan Perundangan berperanan hanya untuk membuat undangundang dan tidak boleh menyerah kuasa ini kepada sesiapapun serta tidak boleh mempunyai kuasa lain. Badan Eksekutif berfungsi untuk menjalankan kuasa-kuasa pemerintahan dan menguatkuasakan undang-undang. Badan ini tidak boleh membuat undang-undang dan menjatuhkan penghakiman. Sementara badan kehakiman ditugaskan untuk menjalankan penghakiman dan mentafsirkan undang-undang. Badan Kehakiman tidak dibenarkan menjalankan kuasa eksekutif atau membuat undangundang.
[29]

Check and Balance ataupun di dalam bahasa melayu disebut Sistem Semak dan Seimbang bermaksud setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan cabang kerajaan yang lain. Secara teorinya, tiada cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah negara. Setiap cabang berkuasa untuk menyemak cabang-cabang yang lain untuk memastikan kuasa diagihkan secara seimbang dan sama rata diantara ketiga-tiga cabang iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. [30] Pembahagian Kuasa, Dilayari pada 8 oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org /wiki/ Pembahagian_kuasa [31] Separation of Power, Dilayari pada 8 oktober 2009 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/ Checks_and_balances

Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak kepada Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara. Hubungan antara Yang Dipertuan Agong dengan ketigatiga badan dalam sistem pemerintahan di Malaysia digambarkan dalam rajah 2.5.

Yang Dipertuan Agong

PERUNDANGAN

EKSEKUTIF

KEHAKIMAN

PARLIMEN

KABINET 2.5 Struktur Pemerintahan Malaysia

MAHKAMAH

Anda mungkin juga menyukai