Anda di halaman 1dari 24

GMGA 1013 1

ASAS PENTADBIRAN AWAM

2.0 PENGERTIAN KONSEP PENGURUSAN

Di dalam Kamus Oxford, ‘pengurusan’ membawa erti yang sangat meluas iaitu ‘the

process of dealing with or controlling things or people’ (sebuah proses kawalan terhadap

kebendaan dan manusia). Dari definisi tersebut ‘pengurusan’ tidak hanya terhad kepada

organisasi kerajaan atau korporat sahaja tetapi ia meliputi kehidupan seharian manusia.

Jika melihat melalui konsep organisasi, secara umumnya, ‘pengurusan’ boleh

ditakrifkan secara ringkasnya sebagai suatu proses penyatuan sumber-sumber dan

menggunakannya di dalam proses perancangan, pengorganisasian, penstafan, pengarahan

serta kawalan, pengeluaran, dan perancangan belanjawan secara efektif bagi mencapai

sesuatu objektif yang dijayakan oleh individu mahupun sekumpulan individu yang

mempunyai satu matlamat yang sama. Sumber yang dimaksudkan bagi merealisasikan

matlamat pengurusan ialah sumber manusia, kewangan, sumber alam dan teknologi.

Secara teorinya pula, ‘pengurusan’ adalah proses manipulasi ke atas sumber terutama

sekali sumber manusia dalam sesebuah organisasi demi mencapai mencapai matlamat

organisasi tersebut seperti yang dinyatakan oleh Follet (1941), ‘Management is the art of

getting things done through people’ (Pengurusan adalah sebuah seni yang menghasilkan

sesuatu melalui orang lain). Oleh itu, proses ‘pengurusan’ haruslah mengandungi elemen-

elemen seperti modal insan, komunikasi yang berkesan dan perancangan secara positif bagi

memastikan keberkesanan sesebuah pengurusan.

Walaubagaimanapun, Koontz memperbaiki tanggapan di atas dengan mencadangkan

bahawa:

‘Management is the art of getting things done through and with

people in formally organized groups. It is the art of creating the

S 224525
GMGA 1013 2
ASAS PENTADBIRAN AWAM

environment in which people can perform as individuals and yet

cooperate towards attainment of group’s goals. It is the art of

removing blocks to such performance, a way of optimising

efficiency in reaching goals.’

(Pengurusan adalah seni, menghasilkan sesuatu - melalui dan bersama dengan kumpulan

yang teratur. Ia adalah kebolehan untuk mewujudkan sebuah suasana di mana pekerja bukan

hanya mampu untuk berkerja secara individu, bahkan boleh bekerjasama untuk menjayakan

matlamat kumpulan. ‘Pengurusan’ juga merupakan sebuah kemahiran dalam mengenepikan

halangan terhadap keupayaan sebagai kaedah untuk mencapai prestasi yang optimum bagi

mencapai matlamat), yang bermaksud ‘pengurusan’ tidak akan berlaku secara individu, tetapi

ianya adalah sesuatu yang memerlukan sebuah organisasi yang jelas matlamat dan

hierarkinya1.

Hal ini diperakui benar melihat kepada organisasi korporat dan awam. Untuk melihat

konsep ‘pengurusan’ dalam organisasi awam dan korporat, definisi yang dikemukakan oleh

Koontz dan Weihrich (2008) adalah lebih tepat digunakan bagi menggambarkan situasi

tersebut. ‘Management is the process of designing and maintaining an environment in which

individuals, working together in groups, efficiently accomplish selected aims.’ (Pengurusan

adalah proses perancangan dan kawalan terhadap persekitaran di mana kesemua individu

bergerak secara berkumpulan bagi mencapai matlamat secara efisien). Ini bermakna seorang

pengurus harus berupaya untuk menyediakan sebuah persekitaran tempat kerja yang kondusif

dan mampu untuk menyelaraskan aktiviti bagi memudahkan para pekerja menjalankan urusan

tugas untuk mencapai matlamat organisasi.

1
‘Pengurusan’ dalam erti kata lain adalah menguruskan sekumpulan individu yang menjalankan tugas secara
individu (mikro) supaya bergerak seiringan dalam satu kumpulan, yang mana akan bergabung menghasilkan
sebuah organisasi yang berjaya dalam mancapai objektif (peringkat makro)

S 224525
GMGA 1013 3
ASAS PENTADBIRAN AWAM

Apa yang menariknya, Fayol (1949) mengemukakan idea tentang ‘pengurusan’ dari

perspektif seorang pengurus. Menurutnya tugas seorang pengurus atau pentadbir ialah, ‘to

manage is to forecast and to plan, to organise, to command, to coordinate, and to control’

(kepengurusan adalah meramal dan merancang, penyusunan, arahan koordinasi dan

mengawal), maka seseorang pengurus haruslah berkeupayaan untuk mengaplikasikan idea-

idea tersebut bagi memastikan semua seumber digunakan secara optimum bagi memnuhi

objektif organisasi yang diketuainya.

Dalam dunia globalisasi hari ini, konsep ‘pengurusan’ sangat kritikal bagi mencapai

matlamat organisasi. Hal ini kerana dalam sesebuah organisasi, seorang pentadbir atau

pengurus harus mengambilkira faktor keberkesanan dan kecekapan dalam segala urusan di

tempat kerja. Di sini, kecekapan merujuk kepada kebolehan untuk melaksanakan tugas

dengan hanya menggunakan tenaga manusia secara minimum, dan menggunakan sumber

kewangan secara terhad bagi mengelakkan pembaziran. Manakala keberkesanan pula

bermaksud kebolehan organisasi tersebut untuk melaksanakan tugas yang mampu memenuhi

objektif organisasi berdasarkan parameter yang telah ditetapkan.

3.0 PERBEZAAN ANTARA PENGURUSAN SEKTOR AWAM


DENGAN SEKTOR SWASTA

Pengurusan di sektor awam dan sektor swasta mempunyai banyak perbezaan yang

ketara kerana pada dasarnya kedua-dua sektor ini mempunyai orientasi dan matlamat yang

berbeza. Bahkan dari segi organisasi dan pangkat yang digunakan juga turut menampilkan

ciri-ciri yang tidak sama antara satu sama lain. Dalam bab ini, kita akan membincangkan

mengenai perbezaan-perbezaan tersebut.

S 224525
GMGA 1013 4
ASAS PENTADBIRAN AWAM

3.1 Fungsi Utama Organisasi

Asasnya, tujuan sesebuah jabatan kerajaan ditubuhkan adalah untuk menjalankan

dasar kerajaan demi kepentingan rakyat. Secara umumnya, sektor awam hanyalah menjadi

penyedia dan pembiaya perkhidmatan mengikut dasar-dasar pembangunan kerajaan. Sektor

awam tidak akan menjadi pengeluar bagi produk perkhidmatan bagi menjimatkan kos

pengeluaran. Oleh itu wujud sektor swasta yang akan menjadi pelaksana dan pembekal

kepada kemudahan yang dimaksudkan. Mengambil contoh mudah, kerajaan Malaysia dalam

Bajet 2011 telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang akan dilaksanakan melalui

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)2 bagi memberi peluang kepada golongan muda

yang berpendatan kecil dan sederhana untuk memliki rumah sendiri.

Projek ini akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya, dan kerajaan

tempatan. Kontraktor yang berjaya dalam memenangi tender kontrak akan bertindak sebagai

pemaju dan dasar perumahan kerajaan ini akan direalisasikan melalui penglibatan pihak bank

yang memberikan pinjaman perumahan sebanyak 100% melalui jaminan kerajaan. Hasilnya,

wujud persaingan sihat di kalangan sektor swasta dalam penawaran perkhidmatan yang

berkualiti selain menjimatkan kos pengeluaran.

3.2 Kebertanggungjawaban

Salah satu perbezaan yang paling ketara antara pengurusan awam dengan pengrurusan

sektor swasta ialah faktor tanggungjawab yang dipikul oleh organisasi. Jika kita meneliti

pengurusan sektor awam, setiap jabatan-jabatan mempunyai tanggungjawab terhadap satu

sama lain. Jabatan-jabatan ini saling bergantung terhadap satu dengan lain lebih-lebih lagi

2
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah anak syarikat Kementerian Kewangan yang telah
‘Diperbadankan’ (Ministry of Finance Incorporated). SPNB ditubuhkan pada tahun 1997 bagi melaksanakan
dasar berkaitan dengan perumahan di Malaysia

S 224525
GMGA 1013 5
ASAS PENTADBIRAN AWAM

jika mereka mempunyai objektif yang sama. Berbeza sekali dengan sektor swasta, sesebuah

jabatan hanya mempunyai tanggungjawab ke atas organisasi masing-masing. Misalnya,

Jabatan Pelajaran Tinggi Kementerian Pelajaran dipertanggungjawabkan untuk memajukan

pendidikan tinggi negara dengan menyediakan kemudahan melalui penubuhan Institut

Pengajian Tinggi (IPT). Fungsi mereka disokong oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional (PTPTN) yang bertindak sebagai pembiaya kepada pelajar-pelajar yang

memerlukan bantuan kewangan. Maka, kedua-dua agensi kerajaan ini bertanggungjawab

terhadap satu sama lain dalam mendukung aspirasi kerajaan untuk melahirkan lebih ramai

golongan berpendidikan tinggi. Oleh yang demikian, banyak perkongsian akan berlaku

seperti perkongsian maklumat, dan objektif yang sama.

Hal ini pasti jarang berlaku dalam sektor swasta kerana dalam organisasi swasta

hanya mementingkan kejayaan organisasi individu daripada kejayaan keseluruhan organisasi.

Selain itu, pengurusan sektor swasta sangat menitikberatkan keberkesanan faktor

tanggungjawab mereka. Disebabkan itu, mereka menikmati lebih autonomi dan kuasa tanpa

gangguan dari orang awam melainkan undang-undang. Tidak seperti sektor awam, tujuan

utama sektor awam adalah untuk memenuhi kehendak pembangunan rakyat maka sesebuah

jabatan kerajaan sangat terdedah kepada konsep ‘check and balance’ dari orang ramai

kumpulan berkepentingan3 selain sangat terikat dengan peraturan jabatan.

Sesebuah organisasi swasta ditubuhkan dengan tujuan untuk menjana keuntungan

berbeza dengan sektor awam yang mana objektif utamanya adalah untuk berkhidmat demi

kesejahteraan rakyat. Dengan itu, sektor awam sangat dituntut untuk menjadi serba boleh

dalam usaha memenuhi kehendak rakyat, maka banyak birokrasi yang ditubuhkan dengan

3
Maka, wujud konsep ‘transparency’ dan ‘accountablity’ dalam semua urusan kerajaan terutamanya yang
melibatkan keselamatan nasional, perbelanjaan dana awam, dan pembentukan dasar awam. Dalam sistem
demokrasi, konsep ini sangat dititkberatkan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan undang-undang, dan
korupsi supaya pengurusan sektor awam sentiasa relevan

S 224525
GMGA 1013 6
ASAS PENTADBIRAN AWAM

tujuan yang sangat spesifik. Tidak seperti sektor swasta yang biasanya bermotifkan

perniagaan berasaskan satu atau dua produk sahaja. Sekiranya organisasi swasta tersebut

tidak dapat menghasilkan variasi produk yang diinginkan oleh pelanggan, maka pelanggan

tersebut boleh sahaja memilih untuk mendapatkannya dari pengeluar lain. Hal ini tidak

berlaku dalam sektor awam, kerana sektor awam mempunyai tanggungjawab besar dalam

memenuhi kehendak rakyat.

3.3 Perbelanjaan Organisasi

Faktor paling penting dalam membezakan pengurusan sektor awam dengan sektor

swasta ialah faktor perbelanjaan organisasi. Dalam sektor awam, segala kos dan perbelanjaan

akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Emolumen4 kerajaan akan dibahagikan kepada

semua jabatan dan agensi berbeza-beza jumlah mengikut bidang tumpuan pada masa tersebut.

Sumber kewangan kerajaan kebanyakannya datang dari kutipan pelbagai jenis cukai seperti

cukai (perdagangan/perniagaan, cukai pendapatan), duti eksais (import/eksport) dan kutipan-

kutipan lain.

Perbelanjaan tahunan kerajaan disebut sebagai Rang Undang-undang Perbekalan5.

Sebagai sebuah rang undang-undang, ianya mesti dibentangkan terlebih dahulu oleh pihak

kerajaan melalui Menteri Kewangan di Parlimen, yang kemudiannya akan dibahaskan secara

teperinci oleh Ahli-Ahli Parlimen sebelum mendapat sokongan majoriti ahli dan diluluskan.

Hal ini sangat berbeza dengan pengurusan sektor swasta di mana sumber kewangan

utama mereka adalah dari keuntungan hasil jualan produk mahupun perkhidmatan dan tidak

4
Emolumen adalah suatu bentuk pemberian oleh kerajaan pusat kepada jabatan-jabatan awam dan kerajaan
negeri pada setiap tahun. Ia adalah sebahagian daripada Bajet tahunan negara.
5
Rang Undang-undang Perbekalan juga dikenali sebagai Bajet

S 224525
GMGA 1013 7
ASAS PENTADBIRAN AWAM

mendapat bantuan kewangan secara langsung dari pihak kerajaan seperti yang dinikmati oleh

sektor awam dan oleh sebab itulah, sektor swasta sangat mementingkan keuntungan (profit-

oriented).

Memandangkan sektor swasta mempunyai kebebasan dari segi autonomi, maka

perancangan belanjawan mereka adalah bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak

bagi tujuan kelulusan. Pada kebiasaannya, belanjawan sesebuah pengurusan swasta akan

ditentukan oleh pengurusan paling tinggi seperti lembaga pengarah setelah meneliti

pandangan dari ketua pengawai kewangan.

Dari segi pembahagian belanjawan pula, sektor swasta biasanya akan memperuntukan

lebih banyak wang untuk pembangunn dan penyelidikan produk, pengembangan syarikat

melalui pengambilan lebih ramai pekerja serta membuka cawangan baru. Selain itu, sektor

swasta akan membelanjakan peruntukan untuk tujuan menaikkan imej syarikat seperti

pengiklanan, dan program komuniti melalui ‘Corporate-Social Responsibiliy’ (CSR).

3.4 Kuasa untuk mengawal

Ciri perbezaan yang paling ketara sekali antara kedua-dua sektor ialah kuasa untuk

mengawal organisasi. Jika kita melihat kepada organisasi awam, konsep birokrasi lebih

ketara berbanding dengan sektor swasta. Hal ini terjadi kerana penerapan prinsip ‘pemusatan

kuasa’ yang sangat jelas di mana ketua jabatan akan mengawal semua kuasa dalam proses

membuat keputusan. Oleh itu, dalam organisasi awam, sebarang keputusan akan mengambil

masa yang lama untuk diputuskan dan dalam sesebuah jabatan, hanya beberapa individu

sahaja yang berhak dan berkuasa penuh untuk membuat segala keputusan dalam organisasi

tersebut.

Tambahan pula wujud susunan dan hierarki yang sangat jelas dalam sesebuah jabatan

S 224525
GMGA 1013 8
ASAS PENTADBIRAN AWAM

kerajaan. Misalnya, di peringkat atasan, ketua jabatan akan membuat segala keputusan dan

membuat polisi, manakala pegawai-pegawai kanan pula akan menjadi pemantau kepada

pelaksanaan. Segala keputusan dan dasar yang telah dibuat akan dilaksanakan pelaksana dan

mendapat bantuan dari kumpulan sokongan.

Bagi mengelakkan berlakunya pertindihan kuasa, pengurusan sektor awam juga

sangat mementingkan hierarki organisasi berdasarkan kepada kekananan individu dan

jawatan. Ini bertujuan untuk menjelaskan lagi bidang kuasa dan tugas masing-masing.

Contoh paling mudah adalah apabila wujudnya jawatan-jawatan seperti Penolong Pengarah,

Ketua Penolong Pengarah, Timbalan Ketua Penolong Pengarah dan sebagainya. Sedangkan,

kesemua jawatan-jawatan tersebut mempunyai tugas dan matlamat yang hampir sama, tetapi

sistem hierarki telah menyebabkan mereka kekurangan autonomi untuk membuat keputusan

penting.

Bagi pengurusan swasta yang bermotifkan keuntungan dan perniagaan, masa adalah

sangat penting, jadi apa-apa keputusan penting yang memerlukan kelulusan segera tidak akan

di bentangkan kepada pengurusan atasan. Kerana ia hanya akan melambatkan lagi proses

kelulusan kerana mereka tidak mempunyai kelebihan dari segi masa yang ada seperti sektor

awam. Oleh itu, pengurusan sektor swasta adalah lebih ringkas dari segi susun lapis dan

jawatan yang ada mempunyai lebih autonomi untuk membuat sebarang bentuk keputusan

mustahak. Contohnya, seseorang Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer - COO)

bertanggungjawab terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer - CEO) tetapi,

segala urusan berkaitan dengan operasi syarikat akan dikawal oleh beliau dan hanya perlu

melapor kepada CEO. Tetapi, sekiranya seorang COO memerlukan dana kewangan bagi

kelancaran operasi syarikat, beliau perlu mengemukakan permohonan kepada CEO yang

S 224525
GMGA 1013 9
ASAS PENTADBIRAN AWAM

akan mengarahkan Ketua Pegawai Kewangan (Cheif Financial Officer - CFO) bagi

pemberian dana tersebut.

Berbeza dengan jabatan kerajaan, organisasi swasta adalah lebih jelas dari segi

pembahagian kuasa dan kadang-kala seseorang pegawai kanan syarikat mempunyai bidang

kuasa yang lebih luas dan tidak spesifik kepada satu-satu aspek. Walaupun pada dasarnya

akan berlaku pertindihan kuasa, kaedah ini dilihat lebih kepada cara untuk menjimatkan kos

menggaji pekerja bagi tugas yang hampir sama. Jika di sektor awam pihak kerajaan

mempunyai sumber kewangan yang tidak terbatas untuk menggaji lebih ramai penjawat

awam, hal sebaliknya pula berlaku di sektor swasta. Sekiranya sesebuah syarikat mengupah

pekerja bagi menguruskan perkara yang hampir segi skop tugas, maka ia dilihat sebagai suatu

bentuk pembaziran.

Contoh paling mudah ialah jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) yang bertindak

sebagai akauntan kanan syarikat, yang dalam masa sama menjadi juruaudit dalaman selain

bertanggungjawab dalam urusan perolehan syarikat serta mengawal perbelanjaan syarikat.

Kesemua tugas yang dinyatakan di atas terangkum dalam skop kerja yang sama iaitu

kewangan. Maka, syarikat tersebut tidak perlu membayar juruaudit luar untuk membuat audit

tahunan, mengupah akauntan untuk menguruskan keuntungan syarikat serta tidak perlu

seorang pegawai kewangan yang lain untuk membuat taksiran dan kelulusan perbelanjaan

syarikat.

Dari segi saiz pula, sektor swasta mempunyai struktur yang lebih kecil berbanding

dengan sektor awam yang lebih besar saiz dan operasinya. Ini adalah untuk memudahkan

kawalan kerana di sektor swasta, kawalan penih terhadap organisasi adalah penting dalam

memastikan kelancaran urusan seharian. Dalam sektor awam, banyak undang-undang dan

peraturan diadakan dan dikuatkuasakan bagi mengawal selia operasi untuk memastikan

S 224525
GMGA 1013 10
ASAS PENTADBIRAN AWAM

kelancaran dan bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan. Maka, wujudnya organisasi

kecil seperti lembaga disiplin dan tatatertib yang dikira berkesan sebagai sebuah alat untuk

mengawal kelakuan organisasi selain peraturan dan undang-undang.

Hal ini tidak berlaku dalam sektor swasta. Kawalan penuh adalah sangat perlu oleh

yang demikian salah satu kaedah paling berkesan dalam memastikan kawalan penuh adalah

dengan mengawal saiz organisasi. Disebabkan itulah jika kita melihat dengan lebih terperinci,

sesebuah organisasi swasta mempunyai unit-unit yang lebih kecil dengan hanya dianggotai

beberapa orang sahaja kakitangan sahaja. Sesebuah unit kecil hanya bertanggungjawab

terhadap tugas yang telah diamanahkan kepada mereka sahaja dan tidak terikat dengan tugas-

tugas lain yang bukan bidang kerja mereka.

3.5 Bentuk dan dasar kepimpinan

Dalam sektor awam, jawatan-jawatan utama dalam jabatan kerajaan kerap mengalami

pertukaran pucuk pimpinan. Berlakunya hal ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya

ialah seseorang pegawai tersebut telah mencapai umur persaraan, atau dipinjamkan kejabatan

lain untuk sementara waktu, berpindah tempat tinggal atau mendapat tawaran jawatan dan

gaji yang lebih tinggi. Bertukarnya pemimpin sesebuah organisasi pasti akan memperlihatkan

perubahan dalam bentuk pengurusan dan kepimpinan sesebuah organisasi tersebut. Hal ini

dapat dilihat terutamanya dalam penggubalan dasar jabatan dan gaya pengurusan.

Sering kedengaran dari kalangan kakitangan awam apabila seseorang pengurus baru

mengambil alih jabatan, maka akan berlaku perubahan terhadap gaya pengurusan seperti

pengurusan perbelanjaan jabatan yang lebih ketat, prosedur yang lebih rigid dan sebagainya.

Perubahan mikro seperti ini pasti akan mendatangkan masalah kepada para pekerja dalam

jangka masa pendek kerana perlu menyesuaikan diri dalam persekitaran baru. Ini pasti akan

S 224525
GMGA 1013 11
ASAS PENTADBIRAN AWAM

mengakibatkan berlakunya gangguan terhadap tugas yang sedikit sebanyak akan menhalang

perjalanan urusan jabatan.

Situasi yang sangat berbeza dalam sektor swasta apabila jawatan-jawatan utama

seperti Pengarah Urusan, Pengerusi dan sebagainya akan dipegang oleh pemilik atau rakan

kongsi syarikat berkenaan. Dalam amalan biasa jawatan-jawatan ini akan dipegang seumur

hidup atau selagi khidmat mereka masih relevan dan diperlukan. Terdapat juga jawatan kanan

yang dilantik mengikut terma kontrak untuk beberapa tahun6. Wujud juga situasi apabila

seseorang pengarah syarikat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, beliau akan

menamakan waris (sama ada anak, adik-beradik ataupun saudara-mara) sebagai pengganti.

Dalam dunia korporat, hal ini tidak menjadi kesalahan walaupun ianya dikira sebagai

‘nepotisme’7 kerana sebagai pemilik syarikat, individu terbabit mempunyai kuasa mutlak ke

atas perjalanan urusan syarikat.

Akan tetapi, pekerja sektor swasta adalah lebih kompetitif berbanding dengan sektor

awam kerana pasaran kerja di sektor swasta adalah lebih kompetitif dan lebih terarah kepada

konsep meritokrasi. Disebabkan itulah sektor swasta melahirkan lebih ramai golongan

pekerja berkemahiran tinggi berpotensi dan berkualiti. Ditambah pula kepada konsep ‘multi-

tasking’ di mana seseorang pekerja diperlukan untuk menguasai beberapa kebolehan seperti

6
Contohnya dalam dunia korporat, jawatan seperti Ketua Pegawai Kewangan (CFO) bukanlah sebuah jawatan
tetap bagi sesebuah syarikat. Jawatan ini diwujudkan bagi memantapkan lagi kewangan sesebuah syarikat itu
(untuk menigkatkan perolehan dan mengoptimumkan perbelanjaan). CFO adalah jawatan berbentuk kepakaran
dan memerlukan calon yang benar-benar layak untuk memegang jawatan ini maka sekiranya khidmat beliau
masih diperlukan maka selagi itulah beliau akan berkhidmat di dalam syarikat tersebut.

7
Menurut Malan & Smit (2001), ‘Nepotism is favouritism to relatives…’ (Nepotisme adalah pilih kasih terhadap
ahli keluarga). Manakala definisi nepotisme menurut kamus Oxford pula adalah ‘the practice among those with
power or influence of favouring relatives or friends, especially by giving them jobs’ (Amalan di kalangan orang-
orang berkuasa dan berpengaruh yang lebih memilih ahli keluarga dan kenalan, dalam hal pemberian
pekerjaan).

S 224525
GMGA 1013 12
ASAS PENTADBIRAN AWAM

kemahiran berbahasa asing, dan mengaplikasikan beberapa skil dalam mencapai matlamat

pekerjaan.

3.6 Pengolahan dan pengembangan organisasi

Bagi menilai tahap kemajuan sesebuah jabatan di sektor awam, kita akan membuat

penilaian dari segi tahap pemodenan sesebuah jabatan itu, aktivit penswastaan oleh kerajaan,

penjenamaan semula jabatan, pengkorporatan dengan penerapan nilai serta etika, dan budaya

kerja korporat, dan kejayaan sesebuah jabatan berkenaan dalam mencapai matlamat agensi

dan dasar kerajaan. Bagi kerajaan tempatan yang bertanggungjawab terhadap sesuatu

kawasan, kejayaan mereka dapat diukur pula melalui jumlah dan bentuk kemudahan awam

yang mereka sediakan. Mengambil contoh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam aspek penyediaan kemudahan awam di

kawasan masing-masing. Jika melihat kepada bentuk fasiliti awam yang ada di bandaraya

Kuala Lumpur, jelas sekali DBKU masih ketinggalan jauh di belakang dalam aspek

berkenaan. Akan tetapi, kita harus meneliti dengan lebih terperinci mengapa wujudnya jurang

perbezaan yang ketara ini dan ini tidak bermakna Dewan Bandaraya Kuching Utara gagal

dalam merealisasikan matlamat pembangunan tempatan.8

Bagi sesebuah jabatan awam, pengolahan dan perkembangan organisasi adalah

mengikut kepada Dasar Pembangunan Negara yang direncanakan oleh Kerajaan Persekutuan

pada setiap tahun. Perkembangan sesebuah organisasi awam pada kebiasaannya bergantung

8
Dalam hal ini, ternyata sekali bandaraya Kuala Lumpur lebih maju berbanding dengan bandaraya Kuching
kerana dipengaruhi oleh faktor kebanjiran penduduk yang kian bertambah, selain kehadiran pelaburan asing,
kedudukannya sebagai sebuah pusat perdagangan dalam negara dan status Kuala Lumpur itu sendiri sebagai
pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ini berbeza sekali dengan fungsi bandaray Kuching yang memegang
sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak semata-mata. Maka, kedua-dua kerajaan tempatan (DBKL
dan DBKU), mempunyai spektrum aspirasi yang berbeza.

S 224525
GMGA 1013 13
ASAS PENTADBIRAN AWAM

kepada keadaan semasa, dan akan dijalankan kajian secara terperinci terlebih dahulu.

Sekiranya kerajaan bercadang untuk memperkembangkan sesebuah pentadbiran awam

seperti menambah kapasiti, maka ia akan diumumkan oleh pihak kerajaan. Selain itu, pelan

tersebut akan mendapat tempat dalam pembentangan belanjawan tahunan negara dan jika ia

amat diperlukan, kerajaan akan meluluskan perbelanjaan tambahan dalam kadar yang segera.

Misalannya baru-baru ini, berlaku pencerobohan oleh pengganas bersenjata Sulu di

Lahad Datu, Sabah yang berhasrat untuk menuntut supaya negeri Sabah dikembalikan kepada

Sultan Sulu. Pencerobohan ini telah membuka mata ramai pihak tentang betapa kritikalnya

isu keselamatan perairan negara yang hampir dengan sempadan negara jiran, dan betapa

mudahnya pihak luar menceroboh kedaulatan negara walaupun inisiatif keselamatan yang

telah dilaksanakan. Sebagai iktibar dari kejadian tersebut, kerajaan telah mengumumkan

penubuhan Zon Keselamatan Timur Sabah (Eastern Sabah Safety Zone - ESSZONE) yang

menelan belanja RM200 juta9. Salah satu inisiatif yang dilaksanakan di bawah pelan

ini adalah penambahan bilangan anggota keselamatan di kalangan pasukan tentera dan polis.

Pengolahan perkembangan sektor sangat bergantung sepenuhnya kepada kedudukan

kewangan semasa kerajaan. Hal ini kerana kos pentadbiran sektor awam ditanggung

sepenuhnya melalui dana awam, hasil daripada kutipan cukai, duti dan lain-lain emolumen.

Penyediaan aset untuk kemudahan sesebuah jabatan kerajaan seperti pembelian komputer,

kenderaan jabatan, bangunan baru, dan urusan perlantikan kakitangan serta gaji

mencerminkan peruntukan yang disalur oleh kerajaan kepada jabatan tersebut. Sekiranya

peruntukan tidak mencukupi, maka jabatan berkenaan akan menghadapi kekangan dari segi

9
Utusan Malaysia, 28 Mac 2013
Menurut Menteri Pertahanan pada waktu itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, peruntukan tersebut akan
digunakan untuk membeli bot laju bagi tujuan pemintasan, bot serangan B90 yang akan digunakan oleh TLDM
selain menaiktaraf helikopter dan pesawat sedia ada sebagai pesawat rondaan maritim (Maritime Patrol Aircraft
– MPA)

S 224525
GMGA 1013 14
ASAS PENTADBIRAN AWAM

pembelian aset jabatan, dan perbelanjaan mengurus. Kadang-kala kita dapat melihat dengan

jelas perbezaan sesebuah jabatan dengan jabatan kerajaan yang lain dari segi kemampuan

untuk berbelanja. Terdapat sesetengah jabatan yang hanya mendapat peruntukan kewangan

yang sedikit berbanding dengan jabatan lain.

Berbeza dengan sektor swasta, perkembangan organisasi bergantung sepenuhnya

kepada kemampuan kewangan organisasi tersebut. Sumber kewangan biasanya terhasil dari

keuntungan jualan produk mahupun perkhidmatan yang ditawarkan. Keuntungan besar yang

dinikmati oleh sesebuah syarikat bermakna mereka akan menikmati kebebasan dalam

merancang pembangunan dan perkembangan syarikat tanpa wujud campurtangan luar. Jika,

produk atau perkhidmatan mereka mendapat permintaan dari tempat-tempat lain, maka

mereka mungkin akan membuka cawangan baru bagi memudahkan pemasaran jenama dan

memaksimukan keuntungan syarikat.

Mengambil contoh kejayaan Air Asia sebagai sebuah jenama serantau, syarikat

tersebut dalam 10 tahun pertama selepas penubuhannya telah berjaya mengaut keuntungan

sebanyak RM125.4 juta10. Kelebihan ini telah memberi ruang yang lebih luas kepada syarikat

berkenaan untuk meluaskan operasi syarikat melangkaui lebih 10 buah negara rantau Asia

Pasifik. Dengan keuntungan hasil dari sambutan terhadap produk yang ditawarkan, syarikat

milik anak tempatan tersebut telah berjaya menempatkan dirinya sebagai sebuah syarikat

multinasioanl yang mempunyai beribu-ribu kakitangan dan aset yang bernilai jutaan ringgit

sehingga pada satu ketika pernah menggemparkan negara apabila sanggup membuat tawaran

bernilai RM1 billion tunai kepada kerajaan (melalui syarikat pemaju hartanah milik kerajaan

– Sime Darby) untuk membina sendiri sebuah hub tambang murah di Labu, Negeri

10
Utusan Malaysia, 27 Ogos 2005
Air Asia telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM125.4 juta bagi tahun kewangan berakhir
30 Jun 2005 dengan keuntungan bersih sebanyak RM111.6 juta melalui perolehan berjumlah RM666.2 juta

S 224525
GMGA 1013 15
ASAS PENTADBIRAN AWAM

Sembilan11. Ini membuktikan betapa bebasnya sesebuah organisasi swasta dalam menentukan

sendiri perkembangan organisasi.

Perkembangan sesebuah pengurusan swasta bergantung sepenuhnya kepada

keupayaan modal dan sumber manusia organisasi tersebut. Kedua-dua faktor ini saling

berkait-rapat antara satu sama lain. Dalam hal keupayaan modal mempengaruhi sumber

manusia, jika sesebuah syarikat hendak membuka cawangan baru, maka tenaga manusia akan

diperlukan dengan mengambil pekerja baharu atau dengan menghantar pekerja sedia ada

untuk bertugas di cawangan baru. Dan sebaliknya pula jika syarikat tersebut mempunyai

jumlah pekerja yang ramai bertugas di sebuah cawangan, untuk mengelakkan pertindihan

tugas syarikat tersebut terpaksa mengeluarkan modal untuk membuka sebuah cawangan lain.

Dapat disimpulkan bahawa saiz organisasi sektor swasta memainkan peranan yang

penting dalam mengukur kejayaan organisasi sleain daripada keuntungan jualan produk.

3.7 Aktiviti organisasi

Jika kita membincangkan perbezaan antara pengurusan sektor awam dengan sektor

swasta, kita tidak akan lari dari isu ‘birokrasi’ yang diaktikan dengan pengurusan sesebuah

agensi kerajaan. Birokrasi atau ‘bureaucracy’ berasal dari dari isitilah Perancis

‘bureaucratie’ yang popular pada awal kurun ke-19. ‘Bureaucracy’ bermaksud sebuah

11
Demi memastikan kelancaran operasi mereka dan untuk mengelakkan kerugian akibat daripada kos operasi di
KLIA yang terlalu tinggi, Air Asia telah menawarkan kepada pemaju hartanah milik kerajaan, Sime Darby Bhd.
sebanyak RM1 bilion secara tunai bagi membina sebuah lapangan terbang tambang murah di Labu, Negeri
Sembilan yang akan dikenali sebagai ‘KLIA East @ Labu’. Projek ini bagaimanapun telah mendapat tentangan
daripada kerajaan kerana ia akan menimbulkan banyak masalah seperti: 1) kedudukan lapangan terbang baru
tersebut yang hampir dengan KLIA akan mngakibatkan gangguan terhadap aliran trafik udara; 2) sebagai
sebuah syarikat-berkaitan-kerajaan (GLC), Sime Darby yang disenaraikan di Bursa Malaysia sebagai sebuah
syarikat awam, dengan menerima tawaran tersebut akan mengakibatkan kerugian terhadap pemilik saham dari
kalangan bumiputera; 3) jumlah penumpang yang menggunakan KLIA akan merosot, dan merugikan operator
lapangan terbang berkenaan iaitu Malaysia Ariport Holdings Berhad (MAHB)-sebuah lagi GLC. Untuk
menangani masalah ini, kerajaan telah memutuskan untuk membina sebuah bangunan terminal baru – KLIA2,
yang dikhususkan untuk operasi syarikat penerbangan tambang murah sebagai sebahagian daripada pelan
pembangunan jangka panjang KLIA.

S 224525
GMGA 1013 16
ASAS PENTADBIRAN AWAM

‘sistem kerajaan di mana keputusan-keputusan penting dibuat oleh pegawai kerajaan dan

bukan dibuat oleh wakil-wakil rakyat yang telah dipilih’ (a system of government in which

most of the important decisions are taken by state officials rather than by elected

representatives)12. Satu lagi pengertian ‘bureaucracy’ yang agak menarik dan tepat bagi

menggambarkan keadaan pengurusan jabatan kerajaan ialah ‘prosedur pentadbiran yang

sangat merumitkan’ (excessively complicated administrative procedure)13.

Kenapa istilah berkenaan sering dikaitkan dengan pentadbiran kerajaan? Ini kerana

agensi-agensi kerajaan sangat terikat dengan undang-undang negara, peraturan jabatan,

tatacara kerja, prosedur tugas, etika penjawat awam dan sebagainya. Kesemua kakitangan

kerajaan perlu mematuhi semua yang telah dinyatakan di atas dengan terutamanya yang

berkaitan dengan pekerjaan yang hendak dilaksanakan. Ini adalah untuk memastikan tidak

wujud penyelewengan, pembaziran sumber, pertindihan tugas dan mengkoordinasikan tugas

semua kakitangan. Blau (1965) menjelaskan birokrasi ‘as a type of organization designed to

accomplish large scale administrative tasks by systematically coordinating the work of many

individuals’ (suatu bentuk organisasi yang direka untuk melaksanakan tugas pentadbiran

berskala besar dengan menyelaraskan tugas-tugas individu).

Bagi kebanyakan orang terutamanya orang awam, bentuk pengurusan sesebuah

jabatan kerajaan adalah sangat rigid, sukar difahami dan dianggap sering berubah-ubah

mengikut keadaan. Bagi kakitangan yang baru memulakan tugas, mereka akan mengambil

masa yang lama untuk memahami prosedur kerja yang pelbagai selain perlu menghafal

peraturan jabatan. Bagi orang awam, kepelbagaian prosedur kerja ini dilabel sebagai ‘kerenah

birokrasi’ terutamanya bagi jabatan yang berasakan khidmat awam. Orang awam sering

12
Kamus Oxford
13
Ibid.

S 224525
GMGA 1013 17
ASAS PENTADBIRAN AWAM

sahaja mengadu ‘ditendang ke sana ke mari seperti bola’ apabila berurusan di jabatan

kerajaan.

Hal ini disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah ketidakseragaman prosedur

dan tatacara kerja antara jabatan kerajaan. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana setiap

jabatan mempunyai tugas dan kaedah pelaksaan yang berbeza-beza. Akan tetapi, perlu

diwujudkan sebuah garis panduan umum mengenai prosedur tugas supaya setiap jabatan yang

berlainan dapat menyesuaikan prosedur dalaman mengikut garis panduan yang telah

ditetapkan.

Sebagai contoh mudah, Jabatan A bertindak memberi lesen perniagaan kepada penjaja

kecil manakala Jabatan B pula menyediakan pinjaman kepada penjaja kecil yang memerlukan

bantuan kewangan. Seorang Penjaja C menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pinjaman

kewangan daripada Jabatan B kerana jabatan tersebut mensyaratkan semua penjaja yang

hendak membuat pinjaman mempunyai lesen perniagaan yang sah. Apabila Penjaja C cuba

untuk memohon lesen dari Jabatan A, Penjaja C diminta untuk mengemukakan penyata

akaun yang menunjukkan beliau mempunyai modal untuk memulakan perniagaan sebelum

diberikan lesen. Akhirnya Penjaja C tidak dapat memulakan perniagaan akibat daripada

keadaan di atas keranan tidak mempunyai modal yang dimaksudkan.

Keadaan seperti inilah yang selalu berlaku di dalam urusan jabatan kerajaan. Sebuah

pihak menyalahkan pihak yang lain atas kegagalan yang berlaku. Justeru, bagi mengelakkan

masalah seperti di atas, sebuah garis panduan harus diperkenalkan supaya prosedur yang

berbeza-beza di antara jabatan kerajaan dapat diolah semula mengikut kesesuaian. Bagi

menyelesaikan situasi di atas, sebuah garis panduan baru yang menetapkan bahawa penjaja

yang hendak memohon lesen tidak perlu mengemukakan penyata akaun bagi proses

mendapatkan lesen tetapi perlu mengemukakannya apabila hendak memperbaharui lesen

S 224525
GMGA 1013 18
ASAS PENTADBIRAN AWAM

perniagaan. Penjaja C tersebut boleh memohon pinjaman dari Jabatan B setelah memperoleh

lesen dari Jabatan A.

Tidak dinafikan bahawa prosedur kerja yang rigid di jabatan kerajaan adalah demi

memastikan tugas dapat dilaksanakan dengan berkesan dan tertib. Ini juga untuk mewujudkan

sebuah persekitaran kerja yang sistematik dan moden selain menjamin kerja yang

dilaksanakan dengan lebih teliti selain hasil kerja yang berkualiti. Walaubagaimanapun, dasar

pengkorporatan jabatan kerajaan yang sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat

bakal menyaksikan perubahan terhadap prosedur kerja di jabatan kerajaan. Dasar

pengkorporatan jabatan kerajaan akan mencontohi kaedah kerja sektor swasta bagi

mempercepatkan perlaksanaan tugas.

Di dalam sektor swasta, pengurusannya menikmati kebebasan dalam membuat

peraturan sendiri selagi ianya tidak melanggar undang-undang negara dan bercanggah dengan

prinsip moral. Ini untuk memastikan sesautu proses kerja itu tidak terganggu dengan prosedur

yang tidak perlu selain mencerminkan prinsip keterbukaan dalam pengurusan organisasi

tersebut. Prosedur yang ringkas yang diamalkan di sektor swasta selain menjimatkan masa, ia

juga dapat menjimatkan kos operasi dan tidak perlu membazirkan banyak tenaga lebih-lebih

lagi dalam proses membuat keputusan.

Contoh paling mudah dapat digambarkan ialah dalam urusan pembelian keperluan

pejabat. Jika di jabatan kerajaan, prosedur menetapkan bahawa proses pembelian keperluan

pejabat memerlukan jabatan tersebut mengiklankan terlebih dahulu perkhidmatan yang

diperlukan. Kemudian pembekal akan menghantar tender mengikut harga yang ditawarkan

yang akan dinilai oleh pegawai kanan jabatan memilih dan membuat syor kepada ketua

jabatan berdasarkan tawaran terbaik dari harga dan kualiti serta perkhidmatan tambahan jika

ada. Pembekal yang berjaya akan menghantar bekalan berserta dengan sebut harga. Setelah

S 224525
GMGA 1013 19
ASAS PENTADBIRAN AWAM

itu, akauntan jabatan akan mengeluarkan cek bayaran yang perlu ditandatangani oleh ketua

serta pegawai kanan jabatan kemudian barulah pembayaran boleh dibuat. Keseluruhan proses

ini pasti akan memakan masa yang lama selain membazir tenaga manusia.

Manakala di sektor swasta pula, jika sesebuah unit memerlukan keperluan pejabat

dengan kadar yang segera, mereka hanya perlu menghubungi pembekal pilhan dan membuat

pesanan barang yang diperlukan. Sesudah tempahan dibuat, pembekal akan menghantar

bekalan keperluan pejabat bersama-sama dengan sebut harga. Ketua unit hanya perlu

mengemukakan sebut harga tersebut kepada akauntan syarikat yang akan mengeluarkan cek

bayaran setelah ditandatangani oleh pengarah syarikat atau wakilnya.

Kedua-dua situasi di atas memberi gambaran berbeza tentang keadaan aktiviti

pengurusan sektor awam dengan sektor swasta yang dikawal oleh peraturan dan prosedur

kerja yang berbeza. Memang tidak dinafikan, prosedur ketat di jabatan awam adalah untuk

memastikan kelancaran dan kawalan ke atas organisasi, tetapi bagi urusan remeh, tidak

perlulah menggunakan prosedur kerja yang terlalu rigid apatah lagi apabila berurusan dengan

orang awam. Dasar pengkorporatan yang sedang dilaksanakan dalam sektor awam tidak

semata-mata bermaksud memodenkan pengurusan dan aset, tetapi seharusnya merangkumi

peraturan dan prosedur bagi urusan-urusan seperti di atas. Kerana apalah gunanya

mempunyai identiti korporat yang gah dengan bangunan cantik serta aset bernilai jutaan

ringgit, tetapi semua urusan kerja mengambil masa yang terlalu lama untuk dilaksanakan

kerana kononnya perlu mengikut prosedur.

3.8 Produk akhir

Kedua-dua sektor awam dan swasta mempunyai matlamat organisasi masing-masing

yang hendak dicapai. Kejayaan dalam mencapai matlamat organisasi dikira sebagai suatu

S 224525
GMGA 1013 20
ASAS PENTADBIRAN AWAM

bentuk keuntungan. Akan tetapi, istilah keuntungan mempunyai maksud yang berbeza

mengikut sektor pengurusan. Dalam sektor awam, keuntungan adalah tidak nyata dan ianya

tercapai apabila sesebuah jabatan berjaya mencapai objektif pembangunan negara manakala

bagi sektor swasta, sudah pasti keuntungan merujuk kepada pulangan kewangan bagi

pelaburan yang telah dibuat.

Bagi sektor awam, keuntungan tidak datang dalam bentuk fizikal dan material tetapi

lebih kepada keuntungan dan faedah jangka panjang yang dinikmati oleh rakyat. Kejayaan

sesebuah pengurusan awam adalah tertakluk kepada kejayaan mereka merealisasikan

matlamat pembangunan negara dari sudut sosioekonomi dan politik. Antara matlamat

pembangunan negara ialah menyediakan antuan kepada golongan yang memerlukan (orang

kurang upaya, golongan berpendapatan rendah dan miskin, pelajar dan sebagainya), dan

penyediaan perkhidmatan secara percuma kepada rakyat14. Apabila sesebuah jabatan berjaya

dalam memenuhi kehendak rakyat, maka ia akan dianggap sebagai berjaya dan hasil dari

kejayaan tersebut akan memberi faedah dan keuntungan kepada rakyat dalam jangka masa

panjang. Oleh itu, hampir kesemua jabatan kerajaan menjadikan kepuasaan rakyat sebagai

piagam utama organisasi. Tambahan pula kesemua projek pembangunan yang dijalankan

oleh pihak kerajaan adalah untuk mendatangkan faedah kepada rakyat seperti pembukaan

kawasan industri, pembinaan pusat komersil, pembinaan jalan, sekolah dan lain-lain lagi.

Dalam menentukan arah tuju pembangunan negara, keputusan bagi menentukan dasar

pembangunan akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi negara selepas mengambil kira

14
Dewasa ini, perkhidmatan percuma yang diusahakan oleh kerajaan kepada rakyat adalah seperti perkhidmatan
kesihatan yang berkualiti, subsidi bagi barangan kegunaan harian, bantuan kewangan bagi melanjutkan
pelajaran, pelajaran percuma di peringkat rendah meliputi semua golongan, dan lain-lain kemudahan

S 224525
GMGA 1013 21
ASAS PENTADBIRAN AWAM

pandangan semua pihak. Dalam bidang politik, hal ini disebut sebagai proses perancangan

dasar (policy or decision making process)15. Dasar yang telah diwartakan akan dilaksanakan

oleh birokrasi di sektor awam. Kecekapan perlaksanaan dasar kerajaan bergantung

sepenuhnya kepada komitmen birokrasi. Perjalanan setiap birokrasi awam pula bergantung

kepada dasar dan matlamat politik kerajaan yang memerintah dan oleh sebab itu, terdapat

segelintir wakil rakyat yang dimanahkan untuk mengetuai jabatan kerajaan.

Nilai produk akhir sektor swasta lebih terarah kepada keuntungan yang datang dalam

bentuk kewangan dan material. Bagi organisasi swasta, modal yang telah dilaburkan mesti

mendatangkan pulangan yang berlipat kali ganda dari nilai pelaburan asal. Ini adalah tujuan

utama pengurusan sektor swasta. Oleh yang demikian, segala perancangan polisi dan

carakerja sektor swasta lebih tertumpu kepada memaksimumkan keuntungan jualan produk

dan mempelbagaikan hasil keluaran. Sebarang keputusan yang hendak dibuat oleh pemilik

syarikat adalah muktamad tanpa terikat dengan mana-mana pihak, tidak perlu dibentang atau

dibahaskan terlebih dahulu.

3.9 Perhatian umum / media massa

Pihak kerajaan sentiasa mendapat perhatian meluas daripada media massa baik dalam

dan luar negara. Publisiti seperti ini menyediakan ruang kepada pihak kerajaan supaya

menjadi lebih telus dan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk keputusan yang akan

dibuat. Disebabkan hal yang berkenaan, seseorang penjawat awam harus berhati-hati dalam

memberi maklumat kepada pihak media kerana mungkin terdapat unsur-unsur sensitif dalam

15
Decision-making process bermula dari peringkat paling bawah iaitu input daripada kumpulan pelaksana
terdiri daripada penjawat awam . Mereka memperoleh input daripada orang ramai dan kupulan berkepentingan
(seperti kumpulan aktivis, persatuan peniaga dan sebagainya). Kumpulan pelaksana ini akan memanjangkan
input yang telah diperoleh kepada peringkat atasan iaitu ketua-ketua jabatan untuk dinilai oleh Kabinet. Kabinet
pula akan membentangkan di Parlimen sebarang usul bagi pelan pembangunan untuk dibahas oleh wakil-wakil
rakyat yang mewakili pandangan rakyat. Seterusnya, pelan yang telah dibahas akan bejadikan dasar oleh pihak
kerajaan.

S 224525
GMGA 1013 22
ASAS PENTADBIRAN AWAM

maklumat-maklumat tersebut apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan rahsia negara.

Ketelusan dan publisiti meluas seperti ini menjadikan kerajaan yang memerintah lebih

terbuka kepada kritikan dan penilaian orang ramai. Sebagai sebuah kerajaan yang

bertanggungjawab kepada rakyat, rakyat berhak untuk mengetahui segala tindakan dan

keputusan yang dibuat demi mendapat sokongan penuh dari segenap lapis masyarakat.

Perhatian tumpuan terhadap sektor swasta jarang sekali kedengaran di kalangan media

massa dan khalayak umum. Perhatian lebih menjurus kepada perkara yang berkaitan dengan

tindakan organisasi swasta yang mungkin akan mempengaruhi keadaan semasa seperti

penjualan syarikat senaraian awam kepada pihak luar yang boleh menjejaskan kepentingan

orang ramai. Selain itu, media akan lebih menumpukan kepada organisasi korporat yang

bertaraf multinasional dan yang berskala besar kerana organisasi seperti ini lebih mendapat

tempat di hati umum.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat perbezaan bentuk pengurusan yang ketara di antara sektor

awam dengan sektor swasta. Perbezaan-perbezaan seprti yang telah dibincangkan di atas

lebih tertumpu kepada bentuk organisasi merangkumi aspek kepimpinan, kuasa untuk

mengawal organisasi, dan perancangan dalam pembangunan sesebuah organisasi

berkenaan. Dari sudut operasi pula, sektor awam dan sektor swasta mencerminkan perbezaan

yang ketara dalam elemen perbelanjaan organisasi, fungsi organisasi terbabit, dan aktiviti-

aktiviti yang dijalankan dalam berdasarkan kepada matlamat masing-masing. Perbezaan lain

ialah faktor kebertanggungjawaban organisasi dalam sektor awam dan sektor swasta yang

sedikit berbeza antara satu dengan yang lain, dan nilai produk akhir yang dihasilkan oleh

S 224525
GMGA 1013 23
ASAS PENTADBIRAN AWAM

kedua-dua sektor berkenaan. Perhatian dan tumpuan dari media massa walaupun berbeza

natara keduanya, ia tidak membawa faktor yang signifikan dalam mementukan perbezaan

bentuk pengurusan kedua-dua sektor yang telah dibincangkan.

Secara amnya, sektor awam iaitu pihak kerajaan bertindak sebagai penggubal dan

pelaksana dasar pembangunan negara melalui penyediaan dana dan platform untuk

pembangunan manakala sektor swasta pula yang akan menjadi penyedia perkhidmatan.

Sektor swasta terbentuk atas usaha individu dan inisiatif yang diambil adalah menjurus ke

arah penjanaan keuntungan secara fizikal iaitu kewangan dan material. Pengurusan sektor

awam pula dibentuk daripada elemen perundangan dan eksekutif yang menjadikan

pembangunan negara sebagai teras utama kewujudannya.

Walaupun wujud perbezaan-perbezaan seperti yang telah dibincangkan di atas, kedua-

dua sektor awam dan swasta memerlukan satu sama lain demi memastikan kelangsungan

negara terus terjamin.

S 224525
GMGA 1013 24
ASAS PENTADBIRAN AWAM

RUJUKAN

Blau, P. M. (1965). Bureaucracy in modern society. New York: Random House.

Fayol, H. (1949). General and industrial management. London: Pitman.

Follet, M. P. (1941). Henry C. Metcalf & L. Urwick (Eds.). Dynamic Administration:The

collected papers of Mary Parker Follet (vol. 3). Bath: Management Publications Trust.

Koontz, H. (1980). The management theory jungle revisited. The Academy of Management

Review (vol. 5, no. 2). April 1980, pp. 175-187

Koontz, H. & Weihrich, H. (2008). Essentials of management:An international perspective

(7th Ed.). New Delhi: Tata-MacGraw Hill.

Malan, F. & Smit, B. (2001). Ethics and leadership in business and politics. Western Cape:

The Rustica Press.

S 224525

Anda mungkin juga menyukai