Anda di halaman 1dari 21

1.

0 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sebagai profesion yang terlibat dalam membina nama baik seseorang, organisasi atau idea, imej
pengamal perhubungan awam mestilah bersih. Jika tidak, pengamal perhubungan awam akan
menghadapi berbagai – bagai rintangan untuk mewujudkan kepercayaan dan sokongan orang ramai,
sekaligus akan sentiasa dipandang serong oleh masyarakat. Pada masa kini, pandangan – pandangan
yang negative terhadap peranan dan fungsi perhubungan awam masih berleluasa, malahan kian
buruk apabila ada manusia yang tidak bertanggungjawab dan mengendalikan berbagai – bagai
kegiatan yang tidak diingini dan menggelarkan aktiviti – aktiviti itu sebagai perhubungan awam.

Perkara yang memburukkan imej perhubungan awam lagi ialah berbagai pekerjaan atau kegiatan,
sama ada positif atau negative telah mengakui sebagai profesion perhubungan awam contohnya
jurujual – jurujual, pegawai – pegawai akhbar sampailah teman – teman sosial. Perkara yang
menaikkan lagi nama baik profesion perhubungan awam ialah sesiapa saja boleh mengakui dirinya
sebagai pakar perhubungan awam. Ini tidaklah seperti profesion yang dilindungi oleh undang –
undang. Ini bermakna hanya yang lulus dalam peperiksaan yang diiktiraf boleh mengakui diri mereka
sebagai peguam, doktor dan sebagainya. Pertubuhan – pertubuhan professional perhubungan awam
telah mengadakan etika perhubungan awam untuk memastikan yang ahli – ahli mereka sentiasa
menjaga nama baik profesion mereka. Ini termasuklah Institut Perhubungan Raya Malaysia ( IPRM ).
Kod tingkah laku perhubungan awam IPRM adalah berasakan kepada kod etika Persatuan
Perhubungan Awam Antarabangsa ( IPRA ) yang dipanggil “ Code of Athens ”.

Dalam perlembagaannya sendiri telah disertakan kod tingkah laku bagi ahli – ahlinya. Ini
menunjukkan tahap kepentingan yang telah diberi oleh IPRM adalah untuk menjamin amalan
perhubungan awam yang sihat di Malaysia.

1.2 Definisi Perhubungan Awam.

Terdapat banyak definisi berkaitan dengan perhubungan awam (PR) . Antaranya satu definisi Public
Relations Handbook: "public relations is the use of information to influence public opinion" (Wells,
Burnett & Moriarty, 1989). Ia satu definisi yang menggunakan saluran informasi untuk
mempengaruhi pendapat umum.

"Both definitions treat public relations as management function that is practiced by companies,
government, trade and professional associations, nonprofit organizations, the travel and tourism
industry, the educational system, labor unions, politicians, organized sport, and media. Its audience
(public) may be external (customers, the new media, the investment community, the general public,
the government and also internal stockholders, employees"

(Wells, Burnett & Moriarty, 1989).

Menurut Hamdan (1988): ” Perhubungan Awam ialah satu reputasi. Ia merupakan satu kegiatan
yang sangat penting untuk manusia yang normal. Ramai pengamal perhubungan awam berpendapat
bahawa profesion mereka akan lebih mudah difahami jika istilahnya merujuk kepada "hubungan
dengan masyarakat awam".
Menurut Cutlip, Center & Broom,( 1994 ) ,perhubungan awam juga merupakan satu usaha yang
dirancang untuk mempengaruhi pendapat melalui perwatakan yang baik dan prestasi yang
bertanggungjawab, berdasarkan kepada komunikasi dua hala yang saling memuaskan antara kedua-
dua pihak".

Pengertian itu dengan jelas menunjukkan hubungan sesebuah organisasi, syarikat, perbadanan,
persatuan, universiti dan lain-lain yang mempunyai sasaran masyarakat awam yang pelbagai.
Masyarakat awam merujuk kepada setiap kumpulan atau individu yang mempunyai hubungan
dengan sesuatu organisasi ataupun individu samada majikan, pekerja pembekal, pengedar,
pelanggan, pengguna, kerajaan, firma dan sebagainya.

Dengan tafsiran yang diberikan di atas, maka konsep perhubungan awam digunakan untuk
menjelaskan hubungan antara individu, kumpulan atau organisasi dengan masyarakat awam
(Hamdan, 1988).

2.0 “ CODE OF ATHEN ”

Oleh kerana bidang perhubungan awam merangkumi berbagai kegiatan maka sesiapa saja boleh
menggelar dirinya sebagai pakar. Justeru, kemungkinan profesion ini mendapat bermacam – macam
tuduhan yang tidak diingini adalah besar. Jadi tidak hairanlah hampir setiap buku teks perhubungan
awam ada mengandungi satu bab tentang kod etika atau rukun tingkah laku Perhubungan awam.

“ Code of Athens ”, ini menekan “ hak asasi manusia ” dan tingkah laku baik pengamal Perhubungan
Awam. Ia telah diiktiaf oleh Perhubungan Bangsa – bangsa Bersatu sebagai piagam dunia untuk
sesiapa yang bekerja dalam bidang perhubungan awam. Kod ini mengandungi 13 fasal dalam tiga
bahagian :

Bahagian Satu.

Pengamal perhubungan awam digalakkan supaya mematuhi perkara – perkara berikut :

Fasal Satu : Menyumbang kepada pencapaian moral dan keadaan – keadaan kebudayaan yang
membolehkan manusia untuk mencapai dan menikmati hak – hak mereka seperti termaktub dalam “
Perisytiharan Universal Hak – Hak Manusia ”.

Fasal Dua : Mewujudkan corak dan saluran komunikasi di mana melalui pemupukan aliran bebas
maklumat – maklumat yang perlu, akan membuat setiap ahli masyarakatnya merasakan yang dia
mendapat penerangan yang mencukupi, dan juga menyedarkannya mengenai penglibatan dan
tanggungjawabnya, dan perpaduannya dengan ahli – ahli masyarakat yang lain.

Fasal Tiga : Mempertimbangkan bahawa kerana perhubungan profesionnya dengan publiknya,


tingkahlakunya – walaupun secara peribadi akan memberi kesan ke atas bagaimana profesionnya
akan dinilaikan secara menyeluruh.
Fasal Empat : Menghormati di dalam tugas – tugas profesionalnya, prinsip – prinsip moral dan
peraturan – peraturan Perisytiharan Universal Hak – Hak Manusia.

Fasal Lima : Memberi penghargaan dan menegakkan kemuliaan manusia dan mengiktirafkan hak
setiap manusia untuk membuat penilaian bagi dirinya sendiri.

Fasal Enam : Menggalak keadaan moral yakni secara psikologi dan intelek untuk mengadakan dialog
dalam erti kata sebenarnya dan mengiktirafkan hak golongan – golongan yang terlibat untuk
menyatakan kes dan menyuarakan pendapat – pendapat mereka.

Bahagian Kedua.

Pengamal perhubungan awam digalakkan supaya :

Fasal Tujuh : Sentiasa bertingkahlaku baik dan dalam semua keadaan dengan gaya yang menbawa
kepujian dan menyakinkan.

Fasal Lapan : Bertindak dalam semua keadaan dengan mempertimbangkan kepentingan kumpulan –
kumpulan yang terlibat, iaitu kepentingan majikannya serta publik – publik yang terlibat.

Fasal Sembilan: Mengendalikan tugas – tugasnya dengan ketulusan, mengelakkan bahasa yang
mungkin membawa kepada kekaburan atau salahfaham dan sentiasa taat kepada pelanggan atau
majikannya dulu atau sekarang.

Bahagian Ketiga

Pengamal perhubungan awam dikehendaki menghindar diri daripada :

Fasal sepuluh: Mengenepikan kebenaran daripda keperluan – keperluan lain.

Fasal sebelas: Menyebarkan maklumat – maklumat yang tidak berasaskan fakta – fakta yang telah
dipastikan dan ditetapkan.

Fasal dua belas: Mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan atau usaha yang tidak etika atau jujur
atau yang boleh mencacatkan kelulusan dan kemuliaan manusia.

Fasal tiga belas: Menggunakan sebarang kaedah atau teknik ‘ manipulasi ’ yang bertujuan
mewujudkan dorongan yang tidak disedari di mana individu tidak dapat mengawal dirinya sendiri
dan dengan itu tidak boleh dipertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil oleh dirinya.
2.1 KOD TINGKAHLAKU IPRA

Selain daripada Code of Athens, IPRA juga mempunyai kodnya sendiri yang meliputi lebih daripada “
hak – hak manusia ”, yakni menggunakan bahasa yang mudah difahami dalam pengamalan
antarabangsa. Kod ini tidak membuat sebarang rujukan politik dan diatur semula kepada empat
bahagian. Empat bahagian yang diliputi oleh kod IPRA ini ialah seperti berikut :

1. Ketulusan Peribadi Dan Profesional

2. Tingkahlaku Terhadap Pelangan Dan Majikan.

3. Tingkahlaku Terhadap Publik Dan Media

4. Tingkahlaku Terhadap Rakan Seprofesion

2.2 Kod Tingkahlaku Profesional IPRM

Kod etika tingkahlaku IPRM mengandungi 14 fasal dengan empat fasal menggariskan apa yang
sewajanya dilakukan oleh ahli, dan 10 fasal lagi merupakan panduan larangan tindakan dikalangan
ahli. Fasal – fasal kod etika IPRM berkenaan adalah sebagai berikut :

1. Seseorang ahli hendaklah mengendalikan aktiviti profesionalnya dengan menghormati


kepentingan publik.

2. Seseorang ahli hendaklah sentiasa bersikap adil dan jujur terhadap pelanggan atau majikannya
yang terdahulu dan sekarang, ahli – ahli IPRM dan dengan masyarakat umum.

3. Seseorang ahli tidak boleh dengan sengaja menyebarkan maklumat palsu atau yang mengelirukan,
dan mesti berusaha untuk mengelakkan perbuatan tersebut. Ahli mempunyai tanggujawab yang
positif untuk menegakkan kebenaran, ketetapan dan kesuciannya.

4. Seseorang ahli tidak boleh terlibat dalam sebarang amalan yang cenderung untuk mencemarkan
integriti saluran – saluran komunikasi publik.

5. Seseorang ahli tidak boleh membentuk atau menggunakan sebarang organisasi yang mengaku
menjalankan suatu petrkhidmatan yang baik tetapi sebenarnya menonjolkan kepentingan khusus
atau pesendirian seseorang ahli atau pelanggan atau majikannya secara berselindung.

6. Seseorang ahli hendaklah menjaga kepercayaan pelanggan atau majikannya yang terdahulu dan
sekarang. Ahli tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat sulit yang didapatinya semasa tugas
rasmi tanpa mendapat kebenaran daripada pelanggan dan majikan berkenaan kecuali dengan
perintah mahkamah.

7. Seseorang ahli tidak boleh mewakili kepentingan yang bertentangan atau bersaing tanpa
mendapat kebenaran daripada orang yang diwakili, iaitu setelah fakta lengkap dijelaskan kepada
mereka.

8. Seseorang ahli yang mengedalikan perkhidmatan kepada pelanggan atau majikan tidak boleh
menerima bayaran, komisyen atau sebarang pertimbangan berharga daripada sesiapa pun selain
daripada pelanggan atau majikannya kecuali amalan itu dipersetujui oleh pelanggan atau majikan
berkenaan.
9. Seseorang ahli tidak boleh menyebabkan atau membenarkan sebarang perkara dilakukan bagin
tujuan mengiklankan atau mendapat urusan perniagaan secara tidak adil.

10. Seseorang ahli tidak boleh mencadangkan kepada bakal pelanggan atau majikan bahawa bayaran
atau gantirugi lain yang diperolehinya adalah tertaklk kepada pencapaian hasil yang tertentu, serta
membuat persetujuan bayaran yang memberi kesan yang sama.

11. Seeorang ahli tidak boleh secara sengaja merosakkan reputasi atau amalan professional ahli lain,
tetapi jika ahli mempunyai bukti bahawa ahli lain bersalah atau tidak beretika, melakukan amalan
haram atau tidak adil, maka menjadi tanggungjawab ahli untk melaporkannya kepada institute
berdasarkan memorurandum dan fasal perlembagaan.

12. Seseorang ahli tidak boleh terlibat atau mempunyai sebarang kaitan dengan pekerjaan atau
urusan yang menurut pendapat Lembaga ( IPRM ) tidak selaras dengan keahlian institut.

13. Seseorang ahli tidak boleh mencari jalan untuk menggantikan ahli lain daripada majikan atau
pelangganya, serta mencampuri urusan pekerjaan professional ahli lain kecuali kedua – dua pihak
yakin bahawa konflik kepentingan tidak akan terlibat dan terus mendapat maklumat mengenai
perundingan yang belaku.

14. Seseorang ahli hendaklah bekerjasama dengan ahli lain dalam mempertahankan dan
menguatkusakan kod ini.

Walau apa pun nama kod etika kerja perhubungan awam itu, matlamat utama pengalamannya ialah
untuk memastikan supaya penyelewengan kerja PR secara professional tidak berlaku di kalangan
pengamal – pengamal perhubungan awam. Pengamalan kod etika kerja perhubungan awam akan
dapat memastikan pengamal – pengamal perhubungan awam meningkatkan tahap profesionalisme
mereka berdasarkan pelaksanaan kerja yang mempunyai ciri – ciri seperti amanah, menepati janji,
benar, ikhlas, adil, sabar, dihormati, bersimpati, yakin, dedikasi dan bermoral tinggi.

Kesemua ciri peribadi yang dikemukakan merupakan asas kepada pembentukan peribadi pengamal
perhubungan awam yang baik yang dapat menyakinkan pihak pengurusan dan pelanggan atau
pengguna terhadap organisasi dan profesion pengamal perhubungan awam berkenaan.

Strenski ( 1980 ) menyebut bahawa kemampuan pengamal perhubungan awam untuk menyakinkan
pihak pengurusan merupakan dasar kepada pengukuhan profesion yang dihormati dan disanjung
tinggi. Winner ( 1987 ) pula menyebut bahawa keupayaan seseorang pengamal perhubungan awam
yang mempunyai kepentingan dengan organisasi yang diwakili oleh pengamal perhubungan awam
berkenaan merupakan suatu imbangan terhadap keharmonian pengurusan organisasi. Keadaan ini
dapat menunjukkan bahawa pengamal – pengamal perhubungan awam yang menjalankan tugas
berpandukan kepada kod etika akan dapat meletakkan diri mereka pada tahap yang tinggi di dalam
struktur pengurusan organisasi, yang secara tidak langsung menunjukkan bahawa profesionalisme
pengamal perhubungan awam itu diperlukan oleh pengurusan tinggi organisasi.

3.0 PENUTUP
3.1 Kesimpulan

Dapatlah kita simpulkan di sini semakin tinggi kedudukan pengamal perhubungan awam dalam
organisasi, semakin berkesan amalan perhubungan awam dalam organisasi tersebut. Keberkesanan
amalan perhubungan awam dalm organisasi ini sebenarnya bergantung kepada sejauhmana
seseorang pengamal perhubungan awam mematuhi etika perhubungan awam. Justeru, pengamal
perhubungan awam perlu sentiasa menunjukkan tahap kemahiran dan kompetensi profesionalisme
yang tinggi dalam perlaksanaan tugas komunikasi dan mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran
dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi bagi membina keyakinan yang tinggi di kalangan
sasaran organisasi dan amalan perhubungan awam ini amat dituntut dan diperlukan semasa
seseorang sedang bertugas dan pengetahuan yang lebih meluas tentang perkembangan semasa
serta kaitannnya dengan dasar Jabatan atau organisasi yang dianggotai amat diperlukan semasa
menyelesaikan masalah pelanggan.

Amalan perhubungan awam boleh diklsifikasikan kepada bebarapa kategori :

Pertama, perhubungan awam dalaman merujuk kepada pegawai-pegawai khas yang dibayar oleh
sesebuah organisasi untuk mengendalikan kegiatan perhubungan awam.

Kedua, perhubungan awam perundingan atau perhubungan awam luaran yang juga dipanggil
agensi perhubungan awam, ianya merujuk kepada syarikat perhubungan awam luaran yang
memberikan khidmat rundingan atau nasihat perhubungan awam serta mengendalikan program
perhubungan awam bagi organisasi yang melanggan kepada mereka.

Ketiga ialah gabungan perhubungan awam dalaman dan perhubungan awam luaran.
.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah dan tujuan yang mengarah kepada
makna sesuatu tindakan.Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia
tetapi merupakan suatu falsafah moral yang mengambilkira tindakan atau tingkahlaku manusia.
Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral
dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Menurut Fletcher (1966), Banner (1968) dan Mabbott (1969) antara lain menyebutkan bahawa etika
adalah salah satu daripada falsafah yang membantu untuk membentuk dan menentukan ciri-ciri
perlakuan yang betul. Kamus Webster’s (1988) mendefinasikan etika sebagai disiplin yang
membezakan antara baik dan jahat, betul atau salah, atau tanggungjawab sosial dan obligasi.

Istilah etika yang berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’ yang
membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan. Etika boleh
dibahagikan kepada 2 iaitu Normatik yang merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan
dengan tingkahlaku yang baik dan jahat; manakala Metaethic pula dibahagikan kepada dua iaitu
Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik dan
jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.

Dengan lain perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral,
terkandung nilai untuk menjurus ke arah sesuatu matlamat.

Untuk membentuk etika yang baik,tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu perlu
ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya dalam setiap
tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan kepada etika yang ada maka konflik terhadap keinginan
boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial seseorang itu.

1.2 Objektif Kajian

Kertas kerja ini menghuraikan dengan lengkap tentang definisi perhubungan awam di Malaysia
berdasarkan 5 W / H.

1.3 Kaedah Kajian


Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini, saya menggunakan kaedah rujukan di perpustakaan,
pembacaan dari majalah ilmu, melayari laman web, perbincangan bersama tutor dan juga sesama
pelajar yang belajar mengikuti program ini.

1.4 Batasan Kajian

Kertas kerja ini membataskan kajian kepada definisi konsep etika perhubungan awam di Malaysia.
Kajian adalah mengikut pendekatan 5W/H iaitu : What, Why, When, Who dan Where serta How
dalam perhubungan awam di Malaysia.

1.5 Definisi Perhubungan Awam

Perhubungan Awam boleh didefinisikan sebagai suatu fungsi pengurusan yang bersifat berterusan
dan dirancang iaitu sesebuah organisasi akan mencari jalan untuk mendapat dan mengekalkan
persefahaman, simpati dan sokongan daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Ini dijalankan
dengan cara menilai pendapat awam terhadap organisasi mereka supaya dapat berhubung dan
menyampaikan dasar, polisi dan peraturan-peraturan mereka serta mencapainya melalui
perancangan dan penyelesaian yang lebih lengkap untuk kepentingan bersama.

Berdasarkan beberapa situasi jelas bahawa organisasi perlu berkomunikasi dengan persekitaran.
Bagaimana organisasi berkenaan boleh berkomunikasi? Bagi merealisasikan keadaan tersebut,
adalah menjadi tanggungjawab atau tugas pegawai - pegawai dan pengamal perhubungan awam
dalam menyediakan keperluan dan pengurusan komunikasi berkenaan.

2.0 WHAT ( Apa itu Etika Perhubungan Awam di Malaysia )

Mengikut Kamus Dewan (1984) etik/etika adalah, pertama, “……ilmu berkenaan dasar-dasar akhlak
atau moral… “; dan kedua, “…….suatu sistem dasar-dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu
kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll)….” Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991) memberikan tafsiran
ethic sebagai, pertama; “…system of moral principles or values, etika…..”; kedua, “…..science that
deals with morals, etika…”; dan ketiga, “…..moral rules or principles of behaviour, etika……”
Jelasnya etika adalah peraturan perlakuan atau prinsip moral yang memberikan panduan kepada
sesuatu tindakan boleh atau sesuai bagi sesuatu keadaan. Bourke (1966) mendefinisikan etika
sebagai daya intelek manusia yang membolehkan mereka menggunakan taakulan untuk
menentukan dan membezakan yang ‘baik’ daripada yang ‘buruk’ bagi perkara berkaitan dengan
kehidupan mereka.

2.1 Kod Etika Perhubungan Awam Kerajaan

2.1.1 Kemahiran Profesional

i ) Pegawai Perhubungan Awam haruslah menjadi seorang pengamal komunikasi secara berterusan.

ii ) Menunjukkan tahap kemahiran dan kompetensi profesionalisme yang tinggi dalam perlaksanaan
tugas komunikasi.

iii ) Mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi
bagi membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi.

iv ) Perlu sentiasa dinamik dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam
bidang perhubungan awam dan penguasaan dwibahasa serta s emua pengetahuan yang ada hubung
kait dengan Jabatan atau organisasi yang diwakili.

2.1.2 Penampilan Imej

i ) Menjaga keterampilan imej dan sahsiah rupa diri sebagai seorang perantara atau jurucakap
Jabatan/Kementerian.

ii ) Sentiasa mengamalkan nilai-nilai utama dalm konteks profesionalisme dalam Perhubungan


Awam.

2.1.3 Tanggungjawab

i ) Menjaga kepentingan organisasi dalam menentukan pihak- pihak yang terlibat tidak mengambil
sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej jabatan.
ii ) Sentiasa komited dalam menjalankan tugas-tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

2.1.4 Disiplin

i ) Mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas supaya profesion perhubungan sentiasa
mendapat perhatian dan sanjungan kumpulan sasar.

ii ) Membina keyakinan dan kepercayaan kumpulan-kumpulan sasar terhadap organisasi.

iii ) Mempunyai integriti yang tinggi supaya tidak mengambil kesempatan peribadi daripada
sebarang peluang yang boleh menjejaskan prestasi Jabatan dan profesion perhubungan awam.

2.1.5 Dedikasi

i ) Komitmen dan ketepatan dalam melaksanakan tugas.

ii ) Sentiasa menepati 'deadline' yang ditetapkan dalam penyampaian maklumat kepada kumpulan
sasar.

iii ) Membuat penilaian dan bertindak pantas ke atas sesuatu perkara yang mempunyai implikasi
terhadap Jabatan dan organisasi.

3.0 WHY ( Kenapa Etika Perhubungan Awam di wujudkan Di Malaysia )

Etika Perhubungan Awam di Negara ini adalah bermatlamat untuk memastikan imej baik. Setiap
organisasi sentiasa terpelihara dan dipertingkatkan melalui persefahaman, penerimaan,
kepercayaan, keyakinan dan kerjasama yang diperolehi berkaitan layanan dan perkhidmatan yang
berkualiti,yang cekap dan berkesan dalam hubungannya dengan orang ramai”. Tujuan asas etika
perhubungan awam adalah untuk mendapatkan sokongan masyarakat atau kumpulan-kumpulan
tertentu terhadap sesebuah organisasi atau sesebuah program.
Sokongan ini akan timbul sekiranya individu atau kumpulan yakin terhadap objektif
organisasi/program dan faedah yang boleh didapati, sama ada oleh individu/masyarakat/negara.
Menjadi tugas dan tanggungjawab individu-individu organisasi untuk memberitahu masyarakat
umum tentang aktiviti yang dijalankan oleh organisasi dan individu bagi membolehkan masyarakat
umum membulatkan pandangan dan sikap mereka terhadap organisasi. Dengan perkataan lain imej
organisasi perlu berada di peringkat yang terbaik dan tugas individu dalam organisasi adalah untuk
menjaga dan mengekalkan imej ini.

4.0 WHEN ( Bila Etika Perhubungan Awam Di Malaysia Bermula )

Perhubungan awam telah diamalkan di Malaysia semenjak berakhimya Perang Dunia Kedua. Amalan
awal perhubungan awam di Malaysia ialah dalam sektor kerajaan iaitu apabila Jabatan Publisiti dan
Percetakan ditubuhkan oleh British Military Administration pada tahun 1945. Pada Mac 1946,
Jabatan Perhubungan Raya telah ditubuhkan untuk menggantikan Jabatan Publisiti dan Percetakan.
Jabatan Perhubungan Raya dibentuk sejajar dengan matlamat kerajaan British Military
Administration (BMA) untuk menentang penyebaran fahaman komunis atau anti-British di kalangan
rakyat di Tanah Melayu.

Pada peringkat awal tugas penentangan yang dilakukan oleh Jabatan Perhubungan Raya ialah
dengan menerbitkan risalah-risalah dan poster-poster anti komunis serta mendedahkan segala
kekejaman komunis terhadap rakyat Tanah Melayu. Pada tahun 1950, Jabatan Perhubungan Raya
telah ditukar namanya menjadi Jabatan Penerangan yang kekal hingga hari ini. Jabatan Penerangan
telah menjalankan usaha perhubungan awam untuk menyatupadukan masyarakat majmuk yang ada
di negara ini disamping menjadi agen penyebar rancangan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

4.1 Sejarah kod Etika Perhubugan Awam Kerajaan

Garis Panduan etika perhubungan Awam dan Peningkatan Amalan Perhubungan Awam Kerajaan ini
telah diluluskan oleh Y.Bhg. Dato' Seri Dr. Arshad Hashim, Ketua Setiausaha Kementerian
Penerangan dalam mesyuarat Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam Bil.2/2004 pada 9 September
2004. Satu buku telah diterbitkan kerajaan sebagai panduan setiap organisasi kerajaan. Buku ini
mengandungi Jadual Tugas Pegawai Perhubungan Awam yang telah dibuat semakan dan pindaan
berdasarkan Jadual Tugas Pegawai Perhubungan Awam dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7
Tahun 1982. Buku ini turut menggariskan lima (5) Kod Etika Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan
yang terdiri daripada Kod Etika Khusus dan Kod Etika Umum. Selain itu, norma kerja Bahagian
Perhubungan Awam turut digariskan sebagai satu model dan rujukan untuk penstrukturan setiap
unit, cawangan dan bahagian perhubungan awam di setiap Kementerian/Jabatan.
5.0 WHO ( Siapa Yang Mewujudkan Etika Perhubungan Awam di Malaysia )

Etika perhubungan awam telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia menurut perlembagaan. Setiap
peraturan samada undang-undang dan etika akan diputuskan di Parlimen dan setelah diperkenankan
oleh yang diPertuan Agong. Begitu juga dengan etika perhubungan awam di Malaysia.

Tugas asas Jabatan Penerangan ialah untuk mewujudkan proses pertukaran maklumat dua hala
antara kerajaan dengan rakyat yang melibatkan teknik komunikasi massa dan komunikasi antara
perseorangan agar persefahaman antara dua pihak yang terlibat dapat diharmonikan. Kedua-dua
kaedah komunikasi tersebut diperlukan bagi memastikan tidak berlakunya salah faham dan
seterusnya dapat mengukuhkan kewibawaan sumber yang mewakili kerajaan sebagai sumber yang
bertanggungjawab.

Seterusnya perhubungan awam telah dijadikan sebagai satu konsep bagi mencapai objektif kerajaan
dalam memperkenalkan rancangan kerajaan kepada rakyat di Malaysia. Kejayaan usaha
perhubungan awam kerajaan melalui Jabatan Penerangan ini seterusnya telah dijadikan dasar untuk
dicontohi oleh organisasi swasta di Malaysia.

6.0 WHERE ( Di Mana Etika Perhubungan Awam diwujudkan )

Etika perhubungan awam telah digubal di Parlimen dan mengikut persetujuan semua ahli Parlimen
dalam kerajaan. Etika yang diputuskan di Parlimen akan diperkenankan oleh yang di Pertuan Agong.
Kod-kod etika ini akan dipamerkan kepada pelanggan di setiap premis dan organisasi,ini bertujuan
untuk para pelanggan mengetahui hak untuk menerima dan mendapat perhidmatan yang terbaik
dari organisasi tersebut.

Oleh itu, bolehlah dikatakan etika perhubungan awam adalah penting untuk sesebuah organisasi
menentukan kewujudannya. Fungsi pengamal perhubungan awam pula memestikan organisasi itu
bersifat dinamik dan bersedia untuk berubah mengikut situasi persekitarannya. Untuk memastikan
bahawa organisasi mendapat sokongan publiknya, aktiviti perhubungan awam perlu diwujud secara
berterusan. Sehubungan itu organisasi menjadikan etika perhubungan awam sebagai strategi
penyelesaian masalah.

7.0 HOW ( Bagaimana Etika Perhubungan Awam Dapat Membentuk


Sesebuah Organisasi Efisyen)

Setiap profesion mempunyai etika kerja masing-masing. Oleh kerana perhubungan awam
merupakan satu profesion, maka pelaksanaan kerja perhubungan awam tidak terlepas daripada
batasan-batasan etika. Matlamat utama setiap etika kerja diwujudkan bagi setiap profesion adalah
semata-mata untuk mengawal dan mempertahankan keunggulan profesion berkenaan. Dengan
adanya Kod etika perhubungan awam,maka perjalanan sesebuah syarikat dan organisasi akan lebih
bergaris panduan. Di Malaysia , kod etika tingkahlaku profesional perhubungan awam telah dirangka
oleh Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) pada tahun 1962, berdasarkan ”Code of Athens”.

Fungsinya adalah untuk mewujudkan iklim kerja yang lebih efisyen dan selesa. Selain itu fungsi Etika
Perhubungan Awam adalah untuk :

i ) Membantu pihak pengurusan dalam mendefinisikan objektif untuk kefahaman dan penerimaan
publik terhadap barangan, rancangan,polisi dan tenaga pekerja.

ii ) Melengkapkan objektif ini dengan kepentingan keperluan dan matlamat pelbagai publik yang
berkenaan ( peringkat membuat perancangan ).

iii ) Membentuk, menilai dan menjalankan kefahaman publik. (Kenyataan akhbar, sidang akhbar,
ikhlan, promosi, pameran, rumah terbuka, derma atau apa saja kegiatan lain yang boleh
mendatangkan imej yang baik.

Kod etika ini bertujuan untuk memastikan pengamal-pengamal perhubungan awam meningkatkan
tahap profesionalisme berdasarkan pelaksanaan kerja yang mempunyai ciri-ciri seperti amanah,
menepati janji, benar, ikhlas, adil, sabar, dihormati, bersimapati, yakin dedikasi dan bermoral tinggi.
8.0 KESIMPULAN

Perhubungan awam merupakan komponan penting dalam pengurusan sesebuah organisasi dan ia
dianggap sebagai salah satu fungsi pengurusan moden. Perhubungan awam berfungsi untuk
memantau proses komunikasi antara dua hala antara organisasi dengan publik-publiknya. Di
samping itu, Perhubungan awam juga digunakan sebagai alat untuk menilai dan mengukur tahap
kejayaan dan kegagalan sesuatu proses komunikasi berkenaan. Komunikasi dua-hala bermatlamat
untuk mewujudkan persefahaman di antara organisasi dengan publik di mana melalui proses
komunikasi tersebut pendapat publik dapat dikumpul untuk dijadikan sandaran perencanaan dan
perancangan proses perhubungan awam yang seterusnya.

Proses perhubungan awam yang baik memerlukan usaha pemikiran, perencanaan dan
pengorganisasian yang dinamik dan rasional di kalangan setiap individu ahli organisasi. Bagi tujuan
tersebut setiap individu yang terlibat dalam aktiviti perhubungan awam perlu mempunyai
pengetahuan dan ketrampilan, kejujuran, kewibawaan, kesetiaan dan kesungguhan’ Dapatlah
dirumuskan bahawa etika perhubungan awam akan dapat dihuraikan dengan lebih mendalam
apabila dikaji berdasarkan pendekatan 5W/H
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Etika merupakan teori yang berkaitan dengan tindakan,hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu
tindakan.Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu falsafah moral
yang mengambilkira tindakan atau tingkahlaku manusia. Etika juga merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang
moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Menurut Fletcher (1966), Banner (1968) dan Mabbott (1969) antara lain menyebutkan bahawa etika adalah salah satu
daripada falsafah yang membantu untuk membentuk dan menentukan ciri-ciri perlakuan yang betul. Kamus Webster’s
(1988) mendefinasikan etika sebagai disiplin yang membezakan antara baik dan jahat, betul atau salah, atau
tanggungjawab sosial dan obligasi.

Istilah etika yang berasal daripada perkataan ‘ethics’ yang diambil daripada perkataan ‘ethos’ yang membawa maksud
sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku sesuatu golongan. Etika boleh dibahagikan kepada 2 iaitu Normatik yang
merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan jahat; manakala Metaethic
pula dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan
tingkahlaku baik dan jahat, dan Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis.

Dengan lain perkataan,etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral, terkandung nilai untuk
menjurus ke arah sesuatu matlamat.

Untuk membentuk etika yang baik,tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu perlu ada panduan dan
peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan
berasaskan kepada etika yang ada maka konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan
fungsi sosial seseorang itu.

1.2 Objektif Kajian

Kertas kerja ini menghuraikan dengan lengkap tentang definisi


perhubungan awam di Malaysia berdasarkan 5 W / H.

1.3 Kaedah Kajian

Dalam menyiapkan tugasan yang diberikan ini, saya menggunakan


kaedah rujukan di perpustakaan, pembacaan dari majalah ilmu, melayari
laman web, perbincangan bersama tutor dan juga sesama pelajar yang
belajar mengikuti program ini.
1.4 Batasan Kajian

Kertas kerja ini membataskan kajian kepada definisi konsep etika


perhubungan awam di Malaysia. Kajian adalah mengikut pendekatan 5W/H
iaitu : What, Why, When, Who dan Where serta How dalam perhubungan
awam di Malaysia.

1.5 Definisi Perhubungan Awam

Perhubungan Awam boleh didefinisikan sebagai suatu fungsi pengurusan yang bersifat berterusan dan dirancang iaitu
sesebuah organisasi akan mencari jalan untuk mendapat dan mengekalkan persefahaman, simpati dan sokongan
daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Ini dijalankan dengan cara menilai pendapat awam terhadap organisasi
mereka supaya dapat berhubung dan menyampaikan dasar, polisi dan peraturan-peraturan mereka serta mencapainya
melalui perancangan dan penyelesaian yang lebih lengkap untuk kepentingan bersama.

Berdasarkan beberapa situasi jelas bahawa organisasi perlu berkomunikasi dengan persekitaran. Bagaimana organisasi
berkenaan boleh berkomunikasi? Bagi merealisasikan keadaan tersebut, adalah menjadi tanggungjawab atau tugas
pegawai - pegawai dan pengamal perhubungan awam dalam menyediakan keperluan dan pengurusan komunikasi
berkenaan.

2.0 WHAT ( Apa itu Etika Perhubungan Awam di Malaysia )

Mengikut Kamus Dewan (1984) etik/etika adalah, pertama, “……ilmu berkenaan dasar-dasar akhlak atau moral… “; dan
kedua, “…….suatu sistem dasar-dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan,
dll)….” Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1991) memberikan tafsiran ethic sebagai, pertama; “…system of moral principles
or values, etika…..”; kedua, “…..science that deals with morals, etika…”; dan ketiga, “…..moral rules or principles of
behaviour, etika……”

Jelasnya etika adalah peraturan perlakuan atau prinsip moral yang memberikan panduan kepada sesuatu
tindakan boleh atau sesuai bagi sesuatu keadaan. Bourke (1966) mendefinisikan etika sebagai daya intelek
manusia yang membolehkan mereka menggunakan taakulan untuk menentukan dan membezakan yang ‘baik’ daripada
yang ‘buruk’ bagi perkara berkaitan dengan kehidupan mereka.

2.1 Kod Etika Perhubungan Awam Kerajaan

2.1.1 Kemahiran Profesional

i ) Pegawai Perhubungan Awam haruslah menjadi seorangpengamal komunikasi secara berterusan.

ii ) Menunjukkan tahap kemahiran dan kompetensi profesionalisme yang tinggi dalam perlaksanaan
tugas komunikasi.
iii ) Mempunyai tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidangperhubungan awam dan komunikasi bagi
membina keyakinan yang tinggi di kalangan sasaran organisasi.

iv ) Perlu sentiasa dinamik dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dalam
bidang perhubungan awam dan penguasaan dwibahasa serta s emua pengetahuan yang ada hubung
kait dengan Jabatan atau organisasi yang diwakili.

2.1.2 Penampilan Imej

i ) Menjaga keterampilan imej dan sahsiah rupa diri sebagai seorang perantara atau jurucakap Jabatan/Kementerian.

ii ) Sentiasa mengamalkan nilai-nilai utama dalm konteksprofesionalisme dalam Perhubungan Awam.

2.1.3 Tanggungjawab

i ) Menjaga kepentingan organisasi dalam menentukan pihak- pihak yang terlibat tidak mengambil sebarang
tindakan yang boleh menjejaskan imej jabatan.

ii ) Sentiasa komited dalam menjalankan tugas-tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

2.1.4 Disiplin

i ) Mempunyai disiplin yang tinggi dalam menjalankan tugas supaya profesion perhubungan sentiasa
mendapat perhatian dan sanjungan kumpulan sasar.

ii ) Membina keyakinan dan kepercayaan kumpulan-kumpulan sasar terhadap organisasi.

iii ) Mempunyai integriti yang tinggi supaya tidak mengambilkesempatan peribadi daripada sebarang
peluang yang boleh menjejaskan prestasi Jabatan dan profesion perhubungan awam.

2.1.5 Dedikasi

i ) Komitmen dan ketepatan dalam melaksanakan tugas.

ii ) Sentiasa menepati 'deadline' yang ditetapkan dalampenyampaian maklumat kepada kumpulan


sasar.

iii ) Membuat penilaian dan bertindak pantas ke atas sesuatuperkara yang mempunyai implikasi
terhadap Jabatan danorganisasi.

3.0 WHY ( Kenapa Etika Perhubungan Awam di wujudkan Di Malaysia )


Etika Perhubungan Awam di Negara ini adalah bermatlamat untuk memastikan imej baik. Setiap organisasi sentiasa
terpelihara dan dipertingkatkan melalui persefahaman, penerimaan, kepercayaan, keyakinan dan kerjasama yang
diperolehi berkaitan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti,yang cekap dan berkesan dalam hubungannya dengan
orang ramai”. Tujuan asas etika perhubungan awam adalah untuk mendapatkan sokongan masyarakat atau kumpulan-
kumpulan tertentu terhadap sesebuah organisasi atau sesebuah program.

Sokongan ini akan timbul sekiranya individu atau kumpulan yakin terhadap objektif organisasi/program dan
faedah yang boleh didapati, sama ada oleh individu/masyarakat/negara. Menjadi tugas dan tanggungjawab individu-
individu organisasi untuk memberitahu masyarakat umum tentang aktiviti yang dijalankan oleh organisasi dan individu
bagi membolehkan masyarakat umum membulatkan pandangan dan sikap mereka terhadap organisasi. Dengan
perkataan lain imej organisasi perlu berada di peringkat yang terbaik dan tugas individu dalam organisasi adalah untuk
menjaga dan mengekalkan imej ini.

4.0 WHEN ( Bila Etika Perhubungan Awam Di Malaysia Bermula )

Perhubungan awam telah diamalkan di Malaysia semenjak berakhimya Perang Dunia Kedua. Amalan awal perhubungan
awam di Malaysia ialah dalam sektor kerajaan iaitu apabila Jabatan Publisiti dan Percetakan ditubuhkan oleh British
Military Administration pada tahun 1945. Pada Mac 1946, Jabatan Perhubungan Raya telah ditubuhkan untuk
menggantikan Jabatan Publisiti dan Percetakan. Jabatan Perhubungan Raya dibentuk sejajar dengan matlamat kerajaan
British Military Administration (BMA) untuk menentang penyebaran fahaman komunis atau anti-British di kalangan rakyat
di Tanah Melayu.

Pada peringkat awal tugas penentangan yang dilakukan oleh Jabatan Perhubungan Raya ialah dengan menerbitkan
risalah-risalah dan poster-poster anti komunis serta mendedahkan segala kekejaman komunis terhadap rakyat Tanah
Melayu. Pada tahun 1950, Jabatan Perhubungan Raya telah ditukar namanya menjadi Jabatan Penerangan yang kekal
hingga hari ini. Jabatan Penerangan telah menjalankan usaha perhubungan awam untuk menyatupadukan masyarakat
majmuk yang ada di negara ini disamping menjadi agen penyebar rancangan kerajaan kepada rakyat Malaysia.

4.1 Sejarah kod Etika Perhubugan Awam Kerajaan

Garis Panduan etika perhubungan Awam dan Peningkatan Amalan Perhubungan Awam Kerajaan ini telah diluluskan
oleh Y.Bhg. Dato' Seri Dr. Arshad Hashim, Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan dalam mesyuarat Pegawai-
Pegawai Perhubungan Awam Bil.2/2004 pada 9 September 2004. Satu buku telah diterbitkan kerajaan sebagai panduan
setiap organisasi kerajaan. Buku ini mengandungi Jadual Tugas Pegawai Perhubungan Awam yang telah dibuat semakan
dan pindaan berdasarkan Jadual Tugas Pegawai Perhubungan Awam dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7
Tahun 1982. Buku ini turut menggariskan lima (5) Kod Etika Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan yang terdiri daripada
Kod Etika Khusus dan Kod Etika Umum. Selain itu, norma kerja Bahagian Perhubungan Awam turut digariskan sebagai
satu model dan rujukan untuk penstrukturan setiap unit, cawangan dan bahagian perhubungan awam di setiap
Kementerian/Jabatan.

5.0 WHO ( Siapa Yang Mewujudkan Etika Perhubungan Awam di Malaysia )


Etika perhubungan awam telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia menurut perlembagaan. Setiap peraturan samada
undang-undang dan etika akan diputuskan di Parlimen dan setelah diperkenankan oleh yang diPertuan Agong. Begitu
juga dengan etika perhubungan awam di Malaysia.

Tugas asas Jabatan Penerangan ialah untuk mewujudkan proses pertukaran maklumat dua hala antara
kerajaan dengan rakyat yang melibatkan teknik komunikasi massa dan komunikasi antara perseorangan agar
persefahaman antara dua pihak yang terlibat dapat diharmonikan. Kedua-dua kaedah komunikasi tersebut diperlukan
bagi memastikan tidak berlakunya salah faham dan seterusnya dapat mengukuhkan kewibawaan sumber yang mewakili
kerajaan sebagai sumber yang bertanggungjawab.

Seterusnya perhubungan awam telah dijadikan sebagai satu konsep bagi mencapai objektif kerajaan dalam
memperkenalkan rancangan kerajaan kepada rakyat di Malaysia. Kejayaan usaha perhubungan awam kerajaan melalui
Jabatan Penerangan ini seterusnya telah dijadikan dasar untuk dicontohi oleh organisasi swasta di Malaysia.

6.0 WHERE ( Di Mana Etika Perhubungan Awam diwujudkan )

Etika perhubungan awam telah digubal di Parlimen dan mengikut persetujuan semua ahli Parlimen dalam kerajaan. Etika
yang diputuskan di Parlimen akan diperkenankan oleh yang di Pertuan Agong. Kod-kod etika ini akan dipamerkan kepada
pelanggan di setiap premis dan organisasi,ini bertujuan untuk para pelanggan mengetahui hak untuk menerima dan
mendapat perhidmatan yang terbaik dari organisasi tersebut.

Oleh itu, bolehlah dikatakan etika perhubungan awam adalah penting untuk sesebuah organisasi menentukan
kewujudannya. Fungsi pengamal perhubungan awam pula memestikan organisasi itu bersifat dinamik dan bersedia untuk
berubah mengikut situasi persekitarannya. Untuk memastikan bahawa organisasi mendapat sokongan publiknya, aktiviti
perhubungan awam perlu diwujud secara berterusan. Sehubungan itu organisasi menjadikan etika perhubungan awam
sebagai strategi penyelesaian masalah.

7.0 HOW ( Bagaimana Etika Perhubungan Awam Dapat Membentuk


Sesebuah Organisasi Efisyen)

Setiap profesion mempunyai etika kerja masing-masing. Oleh kerana perhubungan awam merupakan satu profesion,
maka pelaksanaan kerja perhubungan awam tidak terlepas daripada batasan-batasan etika. Matlamat utama setiap etika
kerja diwujudkan bagi setiap profesion adalah semata-mata untuk mengawal dan mempertahankan keunggulan profesion
berkenaan. Dengan adanya Kod etika perhubungan awam,maka perjalanan sesebuah syarikat dan organisasi akan lebih
bergaris panduan. Di Malaysia , kod etika tingkahlaku profesional perhubungan awam telah dirangka oleh Institut
Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) pada tahun 1962, berdasarkan ”Code of Athens”.

Fungsinya adalah untuk mewujudkan iklim kerja yang lebih efisyen dan selesa. Selain itu fungsi Etika
Perhubungan Awam adalah untuk :

i ) Membantu pihak pengurusan dalam mendefinisikan objektif untukkefahaman dan penerimaan publik
terhadap barangan, rancangan,polisi dan tenaga pekerja.
ii ) Melengkapkan objektif ini dengan kepentingan keperluan dan matlamat pelbagai publik yang berkenaan (
peringkat membuat perancangan ).

iii ) Membentuk, menilai dan menjalankan kefahaman publik. (Kenyataan akhbar, sidang akhbar, ikhlan,
promosi, pameran, rumah terbuka, derma atau apa saja kegiatan lain yang boleh mendatangkan imej yang baik.

Kod etika ini bertujuan untuk memastikan pengamal-pengamal perhubungan awam meningkatkan tahap profesionalisme
berdasarkan pelaksanaan kerja yang mempunyai ciri-ciri seperti amanah, menepati janji, benar, ikhlas, adil, sabar,
dihormati, bersimapati, yakin dedikasi dan bermoral tinggi.

8.0 KESIMPULAN

Perhubungan awam merupakan komponan penting dalam pengurusan sesebuah organisasi dan ia dianggap
sebagai salah satu fungsi pengurusan moden. Perhubungan awam berfungsi untuk memantau proses komunikasi antara
dua hala antara organisasi dengan publik-publiknya. Di samping itu, Perhubungan awam juga digunakan sebagai alat
untuk menilai dan mengukur tahap kejayaan dan kegagalan sesuatu proses komunikasi berkenaan. Komunikasi dua-hala
bermatlamat untuk mewujudkan persefahaman di antara organisasi dengan publik di mana melalui proses komunikasi
tersebut pendapat publik dapat dikumpul untuk dijadikan sandaran perencanaan dan perancangan proses perhubungan
awam yang seterusnya.

Proses perhubungan awam yang baik memerlukan usaha pemikiran, perencanaan dan pengorganisasian yang dinamik
dan rasional di kalangan setiap individu ahli organisasi. Bagi tujuan tersebut setiap individu yang terlibat dalam aktiviti
perhubungan awam perlu mempunyai pengetahuan dan ketrampilan, kejujuran, kewibawaan, kesetiaan dan
kesungguhan’ Dapatlah dirumuskan bahawa etika perhubungan awam akan dapat dihuraikan dengan lebih
mendalam apabila dikaji berdasarkan pendekatan 5W/H.

Posted by osmaismailat 7:45 AM

Anda mungkin juga menyukai