Anda di halaman 1dari 2

SCCG3143 – KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

SOALAN BAB 2

1. Apakah input-input yang perlu dipertimbangkan dalam penjanaan strategi audien?


2. Mengapakah faktor budaya dan persekitaran komunikasi penting dalam menjana
strategi komunikasi kepengurusan?

JAWAPAN

1. Apakah input-input yang perlu dipertimbangkan dalam penjanaan strategi audien?


 Terdiri daripada mereka yang berinteraksi dengan anda. Contohnya, siapa yang
berinteraksi dengan komunikator.
 Memainkan peranan penting dalam menentukan objektif dan keperluan
maklumat yang hendak disampaikan
 Komunikator perlu mengambil kira semua aspek latar belakang audien.
Contohnya pengetahuan, minat, kepercayaan, budaya, gender, status dan
sosioekonomi
 Keperluan informasi dan pengetahuan sedia ada dikalangan audien sangat
penting bagi memudahkan komunikator merancang mesej dan saluran yang
akan digunakan. Contohnya, komunikasi secara lisan lebih memdahkan audien
untuk memahami mesej yang ingin disampaikan.
 Faktor perasaan audien penting bagi memastikan pengurus komunikator dapat
mengatur strategi yang sesuai untuk menyampaikan mesej dan mendekati
mereka. Contohnya, audien berasa selesa dengan cara komunikasi lisan dan
komunikator haruslah bijak dalam menyampaikan mesej tersebut.
 Teknik pemujukan yang tepat memudahkan pengurus komunikator mendekati
dan mengubah pemikiran serta tingkah laku audien-pekerja. Contoh ganjaran
kenaikan gaji, pangkat, cuti mahupun bonus.
2. Mengapakah faktor budaya dan persekitaran komunikasi penting dalam menjana
strategi komunikasi kepengurusan?

 Persekitaran budaya berupaya memberi kesan kepada proses komunikasi.


Sebagai contoh, perbezaan budaya boleh mengakibatkan mesej yang ingin
disampikan tidak difahami sepenuhnya oleh audien.
 Jika ciri-ciri komunikator dan audien boleh menyebabkan gangguan dalaman,.
Contohnya, elemen persekitaran budaya berupaya mewujudkan gangguan
luaran.
 Kepelbagaian latar budaya menuntut kepada kepelbagaian strategi komunikasi.
Contohnya, komunikator haruslah bijak dalam mengenalpasti dan menyesuaikan
elemen budaya audien serta emempelbagaikan teknik komunikasi agar mesej
yang disampaikan jelas dan mudah difahami.
 Faktor budaya boleh mempengaruhi strategi audien khususnya berkaitan dengan
teknik persuasive dan pembinaan hubungan di antara komunikator dengan
audien berbeza budaya

Anda mungkin juga menyukai