Anda di halaman 1dari 13

SCCG 3143

KEMAHIRAN KOMUNIKASI KEPENGURUSAN

TUGASAN KUMPULAN

NAMA PENSYARAH:
DR ROMLAH BINTI RAMLI

DISEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA NO MATRIK

1 MOHD HAIR BIN SHAINI 267484

2 FAHADA BINTI SHUIB 267091

3 MOHD ZAINODIN BIN ROHIM 267219

4 FATIN NABIHAH BINTI ABD AZIZ 265302

TARIKH SERAHAN
24 SEPTEMBER 2022
1.0 PENGENALAN
Dalam kehidupan masa kini, komunikasi amat penting dalam menyantuni sesuatu
matlamat hidup. Komunikasi merupakan ramuan utama dalam menyumbang kepada tingkah
laku manusia. Ia melibatkan aktiviti penyampaian maklumat melalui pertukaran fikiran, mesej
atau maklumat seperti pertuturan, visual, isyarat, penulisan atau tingkah laku (Prashant,
2000). Komunikasi juga adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara sedar, disengaja serta
sesuai dengan tujuan atau keinginan dari pelakunya. Komunikasi menuntut adanya kerjasama
dari pelaku yang terlibat kegiatan komunikasi akan berlangsung baik apabila pihak-pihak yang
berkomunikasi (dua orang atau lebih) turut serta terlibat dan mempunyai perhatian yang
sama terhadap topik yang disampaikan. Proses komunikasi yang melibatkan perundingan juga
pada kebiasaannya akan berlaku sama ada ianya dalam konteks yang formal mahupun tidak
formal. Perundingan merupakan satu proses komunikasi antara dua atau lebih pihak yang
mempunyai matlamat yang bercanggah dan berusaha untuk mencari penyelesaian yang lebih
baik kepada permasalahan mereka hadapi berbanding daripada apa yang mereka boleh dapat
secara bersendirian (Putnam & Roloff, 1992). Perundingan juga merupakan suatu kaedah
dimana suatu perbezaan yang berlaku dari sudut keperluan dan kehendak dengan orang yang
berbeza dan merangkumi tujuan yang tertentu dapat diselesaikan tanpa berlaku sebarang
konflik.
Komunikasi kepengurusan merupakan elemen yang sangat penting dalam
pelaksanaan keseluruhan tugas yang melibatkan penyampaian perkhidmatan atau
pembekalan. Hubungan di antara pengurus dan individu menerusi sikap, moral, kepuasan dan
memenuhi tuntutan serta menyelaras, merancang dan mengawal operasi organisasi melalui
pengurusan (McPhee & Zaug, 2000). Komunikasi kepengurusan juga boleh mengakibatkan
berlakunya impak negatif antaranya adalah pergaduhan dan pertikaian yang akan
mengakibatkan kepada kehancuran sesebuah organisasi. Oleh hal yang demikian, komunikasi
kepengurusan sangat penting bagi semua organisasi termasuklah Majlis Perbandaran Taiping
(MPT) yang mana pada setiap ketika menggunakan penghantar maklumat dengan
berkomunikasi. Setiap komunikasi yang berlaku mempunyai adalah bertujuan menyampaikan
maklumat bagi kelancaran tugas yang dilaksanakan. Setiap arahan dan peraturan yang
digunapakai juga merupakan komunikasi di antara pengurus dengan kakitangan di dalam
organisasi Majlis Perbandaran Taiping. Komunikasi yang berlaku juga akan membolehkan
kakitangan MPT menyampaikan maklumat yang tepat kepada masyarakat umum.

1
2.0 LATAR BELAKANG MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

Struktur pentadbiran sesebuah negara sama ada dalam sistem komunis, sistem
demokrasi dan sebagainya, kita dapat mengkalsifikasikan bahawa sistem pentadbiran
kerajaan di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu Kerajaan Pusat (Central
Government), Kerajaan Negeri (State Government) dan Kerajaan Tempatan (Local
Government). Dalam membincangkan tentang PBT, seringkali timbul kekeliruan antara
penggunaan perkataan ‘Kerajaan Tempatan’ dan ‘Penguasa Tempatan’. Kerajaan Tempatan
adalah satu cara pentadbiran sesebuah negara di peringkat kawalan iaitu melalui Pentadbiran
Daerah menerusi Pegawai Daerah, jabatan, agensi dan unit-unit yang terdapat dalam sistem
pentadbiran Kerajaan Tempatan.

Mengikut perkara 4, Senarai 4 Perlembagaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan


(PBT), di luar Wilayah Persekutuan adalah tanggungjawab Kerajaan Negeri (Perlembagaan
Persekutuan, 1998). Perkara 95A Perlembagaan Persekutuan pula menetapkan bahawa
Majlis Negeri bagi PBT ditubuhkan untuk mengkoordinasikan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) yang terdiri daripada Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Secara
umumnya, dapatlah didefinisikan PBT adalah merupakan institusi pemerintahan yang
berkuasa di peringkat kawalan dalam sesuatu tempat atau daerah kecil dengan kuasa yang
tertentu. PBT juga melaksanakan tugasan untuk kebajikan dan kesejahteraan masyarakat di
kawasan tersebut. Di Malaysia, unit-unit Kerajaan Tempatan yang terlibat dengan kerja-kerja
ini ialah Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 haribulan September 1979


mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Keluasan kawasan MPT ialah 186.46
kilometer persegi adalah gabungan daripada lapan (8) Lembaga Pengurusan Kerajaan
Tempatan. Pada dasarnya bidang tugas Majlis Perbandaran Taiping adalah melibatkan
perancangan dalam mencorakkan pembangunan masa depan kawasan dan memberi
perkhidmatan pembandaran untuk memenuhi keperluan asas semasa penduduk di kawasan
MPT. Pentadbiran MPT sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang
diamanahkan secara cekap dan berkesan. Sejajar dengan itu, Majlis Perbandaran Taiping
(MPT) akan sentiasa berusaha untuk memberikan dan melaksanakan perkhidmatan-
perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, keharmonian, kepuasan dan keselesaan
penduduk dan pengunjung.
2
3.0 OBJEKTIF PROGRAM PENINGKATAN AMALAN KOMUNIKASI

Merujuk kepada gerak kerja yang perlu dilaksanakan oleh setiap organisasi,
komunikasi adalah merupakan suatu elemen yang mempunyai pengaruh yang sangat besar.
Hal ini kerana, komunikasi yang berkesan akan meyumbang kepada tercapainya setiap visi,
misi dan objektif bagi setiap organisasi. Pengurusan tertinggi dan pasukan jabatan Majlis
perbandaran Taiping saling menjalinkan perhubungan dan berkomunikasi untuk memenuhi
keperluan perkhidmatan kepada masyarakat umum. Objektif bagi program peningkatan
amalan komunikasi yang perlu diketangahkan oleh Majlis Perbandaran Taiping adalah seperti
yang berikut:-

a. Memastikan komunikasi dua hala diamalkan dalam organisasi


Objektif pertama pelaksanaan program peningkatan amalan komunikasi MPT
adalah untuk memastikan pihak pengurusan MPT mengamalkan dan mengaplikasikan
komunikasi dua hala secara strategik dan berkesan. Hal ini demikian kerana, kemahiran
interaksi dua hala adalah penting bagi pihak pengurusan untuk memastikan pengiriman
maklumat disampaikan kepada kakitangan dapat diterima dengan jelas dan ianya
mudah difahami serta dapat dilaksanakan dengan mudah dan berkesan. Malah
kerjasama dan pandangan yang dilontarkan diantara ketua jabatan dan kakitangan
adalah antara faktor penting untuk diperhalusi dalam pelaksanaan perancangan
sesuatu gerak kerja mahupun mencapai sesuatu keputusan. Jelaslah, komunikasi dalam
organisasi MPT adalah penting bagi memastikan perhubungan baik diantara pihak
atasan dan pihak bawahan. Perkongsian maklumat bersama kakitangan yang
dilaksanakan melalui mesyuarat bulanan jabatan dapat mewujudkan perhubungan
formal dan perhubungan sosial secara seimbang malah komunikasi yang berterusan dan
kerjasama yang erat antara kakitangan MPT mampu mewujudkan persekitara kerja
tanpa tekanan, selamat dan kondusif.

3
b. Memastikan penggunaan saluran komunikasi yang tepat
Objektif kedua pelaksanaan program peningkatan amalan komunikasi MPT
adalah untuk memastikan penggunaan saluran komunikasi yang betul dan tepat dalam
penyampaian maklumat kepada keseluruhan warga kerja. Terdapat pelbagai saluran
komunikasi yang boleh digunakan dalam organisasi antaranya adalah media bercetak.
Media bercetak adalah antara medium yang dilaksanakan di Majlis Perbandaran Taiping
dalam menyalurkan maklumat berkaitan hala tuju organisasi. Menurut Rhenald Khazali
(1992), media cetak adalah merupakan suatu media yang statis dan mengutamakan
pesan-pesan visual, media ini terdiri dari lembaran dengan sejumlah kata, gambar atau
foto, dalam tata warna dan halaman putih. Saluran kedua adalah yang melibatkan
komunikasi bersemuka. Saluran ini dianggap antara kaedah yang berkesan dalam
penyampaian maklumat berkaitan organisasi di mana ianya akan memberikan
pemahaman secara terus melalui mesej yang disampaikan dan akan membolehkan
warga kerja memberi pandangan, komen dan maklum balas. Saluran ini biasanya
dilaksanakan melalui perhimpunan koprat atau perjumpaan bulanan jabatan. Saluran
yang ketiga yang difikirkan perlu adalah melalui teknologi maklumat. Laman web,
aplikasi whatsapp, telegram, facebook juga merupakan antara teknologi atau saluran
yang digunakan untuk menyebarkan segala maklumat yang berkaitan gerak kerja di
MPT.

c. Memastikan kemahiran berkomunikasi di tahap tertinggi


Objektif ketiga pelaksanaan program adalah untuk memastikan wujudnya
peningkatan tahap kemahiran berkomunikasi dalam organisasi. Pelaksanaan program
ini juga adalah bagi mengenalpasti serta meningkatkan kecekapan penyampaian
perkhidmatan perbandaran melalui kemahiran komunikasi bagi setiap warga kerja yang
melaksanakan tugas di MPT. Tahap kepuasan pekerja, peningkatan prestasi kerja serta
komitmen yang tinggi dikalangan warga kerja MPT adalah kesan dari berlakunya
komunikasi yang baik. Pihak pengurusan tertinggi tidak terkecuali dalam pelaksanaan
komunikasi yang baik di mana setiap arahan yang diberikan melalui kemahiran
komunikasi yang tinggi akan menyumbang kepada pemahaman di kalangan warga kerja
dan ianya akan dilaksanakan dengan jayanya. Antara kaedah yang dilaksanakan melalui
program ini adalah dengan membangunkan kemahiran di kalangan kakitangan dengan

4
memberikan komitmen terhadap etika komunikasi. Etika ini dirasakan perlu dalam
mewujudkan hubungan baik di antara pengurusan tertinggi dengan kakitangan
disamping masyarakat umum yang berurusan dengan pihak MPT. Pelaksanaan
komunikasi beretika akan dapat mewujudkan suasana kerja yang harmoni di samping
maklumat yang ingin disampaikan akan jelas dan mudah difahami serta melancarkan
urusan pentadbiran di MPT. Diantara etika yang di laksanakan melalui program ini
adalah melalui etika komunikasi tempat kerja, etika komunikasi interpersonal dan etika
komunikasi pemimpin. Melalui etika tempat kerja yang dicadangkan pelaksanaannya
adalah dengan penggunaan e-mel, telefon, faks dan surat rasmi. Keseluhan alat
komunikasi ini perlu digunakan dengan baik dalam proses komunikasi di MPT. Manakala
etika komunikasi interpersonal pula adalah dengan meningkatkan sikap positif antara
kakitangan, memberi gambaran yang tepat dan bersikap jujur dalam sesuatu hal. Etika
komunikasi pemimpin pula menjelaskan tentang betapa pentingnya sikap menghormati
kakitangan serta orang awam yang berurusan dengan pihak Majlis.

4.0 ANALISIS SWOT

Analisis SWOT merupakan identifikasi berbagai faktor secara sistematik bagi


merumuskan strategi perusahaan (Fredi Rangkuti, 2004). Setiap organisasi akan
menggunakan analisis SWOT dalam merencana dan menyusun atur perancangan yang
sistematik bagi mencapai visi, misi dan objektif organisasi. Pelaksanaannya adalah meliputi
pelan jangka pendek dan panjang. Di samping itu juga, analisis SWOT berfungsi dalam
mengetahui situasi sesebuah organisasi dan ianya akan merencana kaedah bagi
menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi tersebut.

4.1 Strenght (Kekuatan)


Kekuatan adalah suatu kelebihan yang dimiliki oleh sesebuah organisasi yang
mana ianya dapat digunakan untuk mengecilkan kelemahan sedia ada. Majlis
Perbandaran Taiping mempunyai kelebihan dalam komunikasi iaitu komunikasi
menegak dan mendatar. Komunikasi menegak yang diamalkan di Majlis Perbandaran
Taiping merupakan arahan semasa kepada semua kakitangan samada bagi kumpulan
pentadbir mahupun pelaksana. MPT merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang
menyediakan perkhidmatan perbandaran kepada masyarakat di seluruh daerah

5
pentadbirannya. Dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan
perbandaran, setiap kakitangan perlu mematuhi arahan semasa. Sehubungan dengan
itu, komunikasi pegawai atasan perlulah efektif dalam memastikan setiap warga kerja
MPT melaksanakannya dengan cekap dan berkesan.
Komunikasi mendatar pula adalah berkaitan warga kerja di dalam jabatan di
MPT. Mempunyai 8 jabatan dan 5 bahagian adalah merupakan stuktur pentadbiran
dimana keseluruhannya adalah berpaksikan dibawah seliaan Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Taiping. Komunikasi mendatar yang melibatkan jabatan dan bahagian ini
pada kebiasaannya berbentuk formal dan informal. Setiap jabatan dan bahagian
mempunyai fungsi tersendiri dalam menyampaikan perkhidmatan perbandaran.
Penyampaian maklumat kepada setiap warga kerja dalam jabatan dan bahagian akan
diberikan melalui mesyuarat yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang
berkualiti kepada masyarakat. Komunikasi ini menjadi salah satu kekuatan kepada
pihak Majlis dalam menyampaikan perkhidmatan dengan seminimum kesilapan.

4.2 Weakness (Kelemahan)


Kelemahan adalah merupakan antara salah satu asbab bagi sesebuah
organisasi tidak mencapai hala tuju yang diinginkan. Hal ini terbukti di mana ianya
berlaku dalam organisasi Majlis Perbandaran Taiping. Kelemahan dari sudut
komunikasi dikesan dimana setiap arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tidak
dilaksanakan sebaiknya diperingkat pelaksana. Kelemahan dari sudut pengaturan
gerak kerja serta tidak menerima pandangan dari kakitangan bawahan antara
kelemahan yang dikesan berlaku di Majlis Perbandaran Taiping. Dalam masa yang
sama, kelemahan yang berlaku adalah dari pihak bawahan juga dimana kaedah
perkongsian pendapat yang kurang berkesan dilihat sebagai kesan berlakunya
kelemahan dalam organisasi. Oleh yang demikian, pihak pengurusan dan pelaksana
seharusnya mewujudkan komunikasi dua hala demi mencapai hala tuju organisasi dan
ianya tidak menjadi sebagai satu kelemahan terhadap sesebuah organisasi.

6
4.3 Opportunities (Peluang)
Dalam mencapai kejayaan dalam setiap perancangan organisasi, peluang yang
hadir demi kebaikan harus di lunaskan sebaiknya. Di Majlis perbandaran Taiping,
peningkatan peluang untuk menambahbaik keberkesanan penyampaian
perkhidmatan adalah dengan bekerjasama dan mengadakan hubungan baik dengan
pihak media. Pihak media mempunyai liputan luas dalam menyampaikan setiap
perjalanan perkhidmatan yang disampaikan oleh pihak Majlis. Hal ini membuka
peluang kepada MPT untuk terus menyalurkan maklumat melalui kerjasama dengan
pihak media berkaitan perjalanan dan perkhidmatan yang diberikan. Disamping itu
juga, pihak MPT berpeluang untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan
berdasarkan komen balas dari orang awam melalui media.

4.4 Treats (Ancaman)


Ancaman adalah merupakan elemen negatif bagi setiap organisasi yang
berwawasan dalam mencapai objektif sebenar yang diinginkan. Terdapat pelbagai
ancaman yang berlaku dalam organisasi Majlis Perbandaran Taiping. Namun begitu
ancaman yang sering berlaku dari sudut komunikasi dalaman. Keadaan ini dilihat
sebagai ancaman kepada MPT kerana ianya bertitik tolak kepada penstrukturan gerak
kerja diperingkat dalaman. Komunikasi yang kurang berkesan akan mengakibatkan
kegagalan dalam penyampaian perkhidmatan dan ianya akan memberikan kesan
terhadap masyarakat dimana perkhidmatan yang diberikan tidak sempurna dan tidak
memenuhi kehendak penduduk. Keadaan ini akan mengakibatkan perspektif yang
buruk dan kuasa ‘viral’ akan mula diterjemahkan melalui media. Ancaman ini dapat
diatasi sekiranya komunikasi diperingkat dalaman lebih teratur dan berkesan.

5.0 PERMASALAHAN KOMUNIKASI


Permasalahan yang berlaku dalam organisasi Majlis perbandaran Taiping telah
dikenalpasti dan disenaraikan dalam menentukan kaedah penyelesaian. Namun begitu
permasalahan ini perlu diteliti sebelum ianya mendatangkan kesan buruk terhadap
organisasi. Antara permasalahan komunikasi yang berlaku di Majlis Perbandaran Taiping
diantaranya adalah:-

7
5.1 Arahan tugas yang kurang jelas / sukar difahami

Permasalahan kerap kali berlaku dalam sesebuah organisasi yang melibatkan


komunikasi di antara pengurusan tertinggi dengan kakitangan bawahan adalah
melibatkan arahan tugas yang kurang jelas atau sukar difahami. Di Majlis Perbandaran
Taiping, pengurusan tertinggi adalah bertanggungjawab dalam memberikan arahan
dan penugasan kepada setiap Jabatan, bahagian atau Unit. Justeru itu, komunikasi
adalah berperanan penting dalam menentukan keseluruhan penugasan diterima oleh
setiap kakitangan. Setiap penugasan yang diberikan adalah melalui kaedah penulisan
iaitu surat, memo, e-mail dan sebagainya. Melalui gaya dan kemahiran komunikasi
yang diterapkan oleh pemimpin yang kurang berkesan juga akan menjadi salah satu
punca kegagalan dalam berkomunikasi. Disamping itu, pemimpin yang mempunyai
kelemahan dari sudut kemahiran interpersional dalam memberi arahan kepada
kakitangan antara perkara yang akan mengundang kepada kegagalan komunikasi
dalam organisasi. Kaedah komunikasi yang sesuai adalah antara elemen yang perlu
diterapkan oleh kepimpinan bagi kelancaran setiap arahan dan ianya akan diterima
baik di setiap pelusuk kakitangan agar tindakan dalam pelaksanaan tugas menjadi
lebih kemas dan teratur.

5.2 Kesukaran penggunaan teknologi terkini

Kecekapan dalam menggunakan teknologi komunikasi yang serba canggih


merupakan antara perkara yang perlu diberi penekanan supaya setiap perancangan
yang telah diatur dapat difahami seterusnya ianya tidak akan menimbulkan sebarang
permasalahan di dalam pelaksanannya. Teknologi komunikasi merupakan perkara
yang sentiasa diberi keutamaan dalam pelaksanaan perkhidmatan di Majlis
Perbandaran Taiping. Setiap perkhidmatan yang perlu diberikan, seharusnya di
salurkan maklumat terhadap penduduk tempatan agar ianya dapat diterima
sepenuhnya. Kegagalan serta kesukaran dalam penggunaan teknologi terkini
berkemungkinan maklumat yang ingin disalurkan kepada penduduk tempatan tidak
mencapai objektifnya. Kesediaan dalam penggunaan teknologi terkini juga merupakan
tunjang kepada kecekapan pengurusan Majlis Perbandaran Taiping. Justeru itu,
penggunaan teknologi terkini dalam berkomunikasi antaranya penggunaan media
sosial adalah perkara yang perlu diberi penekanan kerana pada masa kini pelbagai
8
maklumat dapat dikongsikan dengan pantas melalui media sosial. Pendekatan dalam
penggunaan teknologi terkini harus diberi perhatian agar perkhidmatan Majlis
Perbandaran Taiping berada pada tahap yang sangat memuaskan terhadap penduduk
tempatan.

5.3 kelemahan dalam kemahiran mencerap

Setiap cabang perkhidmatan perbandaran yang telah disenaraikan adalah


merupakan suatu perkara yang harus dipertanggungjawabkan ke atas setiap
kakitangan di Majlis Perbandaran Taiping. Keseluruhan arahan atau perintah yang
diberikan oleh pihak pentadbir adalah mempunyai matlamat yang tersendiri dan ianya
perlu dicerap sebaiknya dalam menyantuni masyarakat umum. Namun yang menjadi
isu ialah dimana ada segelintir yang masih lemah dalam menjadi pencerap yang baik
terhadap arahan dan cuba bertindak dengan membelakangkan arahan yang
dikeluarkan oleh pihak atasan. Hal ini menyulitkan perjalanan pentadbiran serta
mewujudkan suasana tidak harmoni dalam organisasi. Seterusnya menjejaskan imej
pihak pengurusan tertinggi dan Majlis Perbandaran Taiping turut tercemar. Hal ini
dikhuatiri dapat mengeruhkan hubungan dalam organisasi antara pergurusan
tertinggi dengan pengurusan bawahan yang akan mengakibat berlakunya masalah
komunikasi dalam Majlis Perbandaran Taiping itu sendiri.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


Setiap permasalahan yang wujud dalam sesebuah organisasi, harus ada jalan
penyelesaiannyanya andai mahukan kejayaan yang berterusan. Hal ini perlu diterjemahkan
melalui kaedah/cadangan penambahbaikan berkaitan kelemahan yang telahpun dikenalpasti.
Di antara cadangan penambahbaikan tersebut merangkumi:-
6.1 Perundingan
Perundingan adalah cadangan pertama yang harus di implimentasi dalam
organisasi yang besar seperti Majlis Perbandaran Taiping. Hal ini kerana perundingan
yang dilaksanakan akan sedikit sebanyak membantu proses pelaksanaan tugas
dilapangan seterusnya akan memberikan kepuasan kepada penerima iaitu masyarakat
umum. Komunikasi dua hala juga adalah perlu diterapkan diperingkat pengurusan
mahupun diperingkat bawahan. Andai kegagalan dalam berkomunikasi berlaku, maka
setiap perancangan yang telah di atur tidak akan menemui jalan kejayaan. Komunikasi
9
yang selalu diterapkan di Majlis Perbandaran Taiping adalah komunikasi lisan dan
bersurat. Kaedah ini merupakan asas kepada komunikasi di Majlis Perbandaran
Taiping.

6.2 Latihan
Penggunaan teknologi terkini yang serba canggih diseluruh pelusuk negara
yang merangkumi gerak kerja disegenap organisasi merupakan suatu kemajuan yang
perlu seiring dengan matlamat sesebuah organisasi. Cadangan kedua melalui Pelan
Operasi Latihan yang telah direncana akan dapat membantu memberi latihan kepada
setiap warga kerja Majlis Perbandaran Taiping dalam mempelajari tentang teknologi
terkini yang digunakan untuk berkomunikasi. Setiap warga kerja MPT sewajarnya
diberikan pendedahan dan latihan demi memenuhi kehendak masa kini dimana setiap
saluran komunikasi adalah melalui teknologi terkini antaranya seperti penggunaan
media sosial. Kejayaan MPT dalam menyalurkan maklumat melalui penggunaan media
sosial akan dapat membantu kelancaran gerak kerja disamping memberikan nilai
tambah berkaitan perspektif yang berbeza masyarakat umum terhadap pihak
berkuasa tempatan.

6.3 Pengetahuan
Majlis Perbandaran Taiping sentiasa mengamalkan komunikasi organisasi yang
cekap dan efisien dalam mengambil tindakan terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan
berlandas Standard Operating Prosedur (SOP) serta pekeliling yang ditetapkan. Antara
ketetapan yang harus dipatuhi bagi setiap kakitangan di MPT adalah berkaitan
Pekeliling Perkhidmatan Awam. Pekeliling ini jelas menyatakan bahawa setiap individu
dalam seluruh agensi awam harus memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada
majikannya. Arahan pihak pengurusan tertinggi perlu dipatuhi dan dilaksanakan
dengan cekap dan secepat mungkin oleh pengurusan bawahan bagi menyelesaikan
serta melicinkan perjalanan tugas dalam memberi perkhidmatan terbaik terhadap
mesyarakat tempatan. MPT harus senantiasa memberikan seberapa banyak
pengetahuan tentang gerak kerja yang telah direncana agar keseluruhan matlamat
akan dicapai dengan jayanya.

10
7.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, pihak Pengurusan Majlis Perbandaran Taiping perlu meneruskan
usaha-usaha untuk memperkasakan lagi sistem komunikasi organisasi dalam usaha untuk
menyediakan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat berlandaskan dengan misi dan
matlamatnya iaitu untuk memberikan perkhidmatan perbandaran dan pembangunan kepada
penduduk setempat. Sehubungan dengan itu, program peningkatan amalan komunikasi
organisasi yang cekap dan berkesan adalah perlu untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Pada zaman dimana masyarakat sudah mula lantang dalam permintaan terhadap
perkhidmatan yang lebih berkesan, Majlis Perbandaran Taiping sentiasa perlu memastikan
kesampaian perkhidmatan berkenaan kepada mereka. Segala usaha ke arah meningkatkan
pendapatan dan hasil Majlis Perbandaran Taiping dijangka akan dapat meningkatkan prestasi
perkhidmatan perbandaran demi kesejahteraan penduduk tempatan.
Secara keseluruhannya, tugasan yang dijalankan ini adalah bagi menerangkan tentang
strategi program peningkatan amalan komunikasi organisasi. Daripada program yang
dilaksanakan juga mendapati bahawa Majlis Perbandaran Taiping masih lagi mengalami
masalah dalam penyedian Pelan Pembangunan komunikasi di Majlis Perbandaran Taiping.
Perkara ini berlaku ataranya disebabkan kekurangan pengetahuan dari segi Perancangan
Jangka Masa Panjang. Namun demikian, usaha-usaha yang dijalankan oleh Majlis
Perbandaran Taiping terutama dalam meneruskan program ini mampu mengurangkan
masalah yang mungkin berlaku. Sistem komunikasi organisasi yang berkesan adalah menjadi
penentu ke arah peningkatan tahap kualiti perkhimatan seiring dengan slogan ‘MPT
Cemerlang Sepanjang Masa’.

11
8.0 RUJUKAN

Ahmad Shariffuddin Bin Kassim. 2022. Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran
Taiping, Perak, Temubual, 08 Ogos.

McPhee & Zaug (2000). The communicative constitution of organizations: a framework for
explanation. Electronic Journal of Communication / La Revue Electronique de
Communication, 10 (1–2), 1–16.

Portal Majlis Perbandaran Taiping (2022).


http://www.mptaiping.gov.my

Prashant, P. (2000). Communication, Meaning, and luterpretation. Journal of Linguisties and


Philosophy. 23:185-212

Putnam L. L., Roloff M. E. (1992), Communication and Negotiation, Newbury Park

Rangkuti, Freddy. 2004. Manajemen Persediaan Aplikasi di Bidang Bisnis. Jakarta : PT. Raja
Grafindo Persada

Rhenald Khazali (1992). Manajemen Periklanan, Konsep dan Aplikasinya di Indonesia, PT.
Pustaka Utama Grafiti, Jakarta,. h. 99

12

Anda mungkin juga menyukai