Anda di halaman 1dari 10

KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PENDAHULUAN
Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain.Aspek ini
melibatkan penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada
suara. Maka, kemahiran ini dapat dilihat pada diri seseorang dalam sifat kepimpinannya dan
bagaimana beliau membahagi-bahagikan tanggungjawab kepada orang bawahannya.Jadi,
penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu
berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan seharian yang
melibatkan orang lain.Penguasaan yang baik akan kemahiran ini dapat membantu memajukan
kerjaya seseorang.Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti
kemahiran bukan lisan,kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan
serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.

DEFI NI SI & KONSEP KOMUNI KASI
Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna
daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana ini, dalam
sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah,iaitu:
1. Pengirim membentuk idea
2. Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej
3. Mesej akan melalui saluran komunikasi
4. Penerima mendekodkan mesej tersebut
5. Maklum balas dihantar kepada pengirim




Rajah 1:Proses komunikasi


KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Apa sahaja yang anda lakukan pada setiap detik, sama ada disengajakan atau tidak, adalah
sesuatu bentuk komunikasi. Keupayaan indidvidu menguasai tahap berkomunikasi akan memberi
faedah yang maksimum terhadap tahap hubungan kemanusian dan ketuhanan.Kepentingan
berkomunikasi dapat dijelaskan seperti berikut:

1.Kepentingan dari segi hubungan insan(kemasyarakatan)
Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang
memiliki tingkah laku tertentu.Pemahaman dan penetahuan tentang konteks adalah perlu untuk
membantu kita memahami tingkah laku orang lain.Penguasaan dalam perkara ini dapat
mengelakkan kita daripada terus membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya
secar lebih terperinci.Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku
seseorang ialah aspek budaya.Perbezaan budaya sering dilihat sebagai faktor yang dapat
menyukarkan komunikasi di antara dua orang yang datang daripada latar belakang budaya yang
berbeza.Contohnya:


2.Kepentingan dari segi akademik
pelajarwajib menguasai kemahiran komunikasi dari aspek akademik.Kemahiran ini sangat
penting dalam hubungan para guru khususnya apabila berinteraksi dengan mereka untuk
menyiapkan tugasan.Kemahiran interaksi yang baik dengan guru memperlihatkan sikap positif
terhadap tanggungjawab sebagai pelajar,tanda hormat anda kepada guru dan dapat
mencerminkan maruah dan harga diri pelajar yang tinggi.Kemahiran dari segi ini meliputi
pengusaan dari segi penulisan dan lisan.pelajar tidak boleh,contohnya,berinteraksi dengan
menggunakan bahasa slanga atau rojak apabila bercakap dengan guru atau apabila menghubungi
mereka melalui khidmat pesanan ringkas(SMS).
3.Mengeratkan perhubungan
Keupayaan berkomunikasi secara berkesan samada secara lisan atau tanpa lisan akan dapat
mengambarkan tahap hubungan antara individu.

4.Menyampaikan Maklumat, Arahan dan Pesanan
Maklumat, arahan dan pesanan yang tepat hanya akan dapat disampaikan jika amalan
komunikasi berkesan dilaksanakan dalam organisasi, institusi keluarga dan sebarang pertubuhan
yang menggunakan medium komunikasi.

5.Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran keupayaan pelajar mendapatkan semaksimum ilmu
bergantung kepada tahap keupayaan pensyarah dan pelajar menguasai komunikasi berkesan.
Pensyarah harus meningkat penguasaan dalam menyampaikan ilmu manakala pelajar harus
meningkatkan keupayaan menerima ilmu yang maksimum.
6.Menentukan Kekuatan Jati Diri
Ramai negarawan yang mempunyai tahap komunikasi lisan dan tanpa lisan yang berkesan
berjaya menjadi negarawan ulung, seperti Sukarno (menguasai lima bahasa)di Indonesia, Anwar
Ibrahim dan Mahathir Muhamad di Malaysia, Mahatma Gandhi di India dan ramai lagi. Mereka
bukan sahaja mengusai lebih dari satu bahasa tetapi seorang pemidato yang hebat.

7.Luahan Perasaan dan Persepsi
Perasaan manusia boleh digambarkan melalui luahan kata-kata atau gerak badan, penulisan,
lukisan atau lakonan. Seorang kanak-kanak yang merengek bertujuan menarik perhatian ibunya
untuk menghilang rasa dahaga, perasaan kasih sayang juga wujud di antara ibu bapa dan anak-
anak, diantara adik beradik dan diantara pemimpin dan pengikut. Kasih sayang merupakan
komunikasi tersemat di hati, anugerah Ilahi.
Apakah yang boleh dilakukan oleh guru untuk memastikan murid dapat menguasai
kemahiran berkomunikasi dengan selaras dengan kehendak sukatan pelajaran
Antara cadangan yang boleh digunakan untuk meningkatkan komunikasi lisan dalam kalangan
pelajar ialah mengadakan pembentangan dengan lebih kerap. Setiap pelajar atau kumpulan
diwajibkan membuat perbentangan di dalam kelas. Pembentangan yang selalu dilakukan boleh
menghilangkan rasa gugup dan takut seseorang individu atau pelajar di khalayak ramai. Perkara
yang pada mulanya sukar akan menjadi mudah apabila sering dipraktiskan. Oleh itu,
pembentangan dalam kelas dapat membantu meningkatkan komunikasi dalam kalangan pelajar.
Selain itu, pelajar perlu banyak membaca supaya tahu tentang isu-isu semasa dan mahir
tentang topik yang akan dibentangkan. Topik pembentangan yang dibentangkan harus dikuasai
supaya pendengar atau penonton dapat memahami isi yang disampaikan. Semasa proses
pembentangan dilakukan pasti ada soal jawab daripada pendengar atau penonton yang tidak
faham dan inginkan penjelasan yang lebih mendalam tentang topik yang dibentangkan. Keadaan
ini akan mempengaruhi kemahiran komunikasi seseorang individu serta meningkatkan
kelemahan-kelemahan dalam proses komunikasi.
Pelajar juga harus meningkatkan keyakinan diri dan menghindari perasaan malu. Salah
satu caranya dengan meluaskan pergaulan sesama rakan kuliah dan orang-orang yang
berpengalaman. Pelajar akan merasa selesa dan tidak takut salah ketika berkomunikasi.
Tambahan pula, keyakinan diri membantu pelajar supaya tidak mudah gugup di khalayak ramai.
Sebagai contoh, sering bergurau dan bertukar pendapat dengan ahli kumpulan. Jika pelajar itu
mampu mengatasi ejekan dan gurauan dengan ahli kumpulan maka pelajar itu tidak mudah
gugup dan takut dalam komunikasi. Oleh itu, jadikan ejekan rakan sekumpulan sebagai satu
tindakan positif yang dapat meningkatkan kemahiran komunikasi.
Cara yang seterusnya ialah mengadakan seminar tentang pentingnya kemahiran
komunikasi. Setiap pelajar harus sedar dan tahu tentang pentingnya kemahiran komunikasi
dalam kehidupan seharian. Dalam seminar yang diadakan itu, pelajar akan didedahkan dengan
cara-cara berkomunikasi dengan baik serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang
komunikasi. Komunikasi yang berkesan akan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian jika
pelajar dapat menguasai kemahiran komunikasi dengan baik. Oleh itu, pentingnya pendedahan
komunikasi kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dalam komunikasi.
Di samping itu, tekanan dan ekspresi mesti sesuai dengan yang dibicarakan. Modal
berkomunikasi adalah suara. Dengan suara yang berintonasi baik, jelas, dinamik, bertempo yang
tepat dapat memudahkan proses komunikasi. Pelajar dapat menyampaikan setiap isi komunikasi
dengan berkesan kepada pendengar atau penonton. Untuk lebih berkesan, ekspresi muka perlu
ditunjukkan si samping dapat menarik minat audiens.
Bahasa yang digunakan dalam komunikasi hendaklah difahami oleh audiens. Bahasa juga
mempengaruhi kefahaman audiens terhadap apa yang hendak disampaikan. Jangan dipengaruhi
dengan dialek masing-masing. Misalnya, makan jadi makang dalam bahasa Terengganu. Begitu
juga dengan negeri-negeri lain supaya tidak membawa dialek bahasa masing-masing ketika
berkomunikasi di hadapan audiens. Tambahan pula, tidak semua dialek negeri masing-masing di
fahami oleh setiap audiens. Oleh itu, jangan sesekali menggunakan dialek bahasa masing-masing
supaya maklumat yang disampaikan akan diterima dengan mudah.
Pelajar juga harus membiasakan diri dengan mengikuti program yang memerlukan
kemahiran lisan yang baik. Pelajar perlu banyak melibatkan diri mereka dalam aktiviti seperti
pengucapan awam, agar mereka terbiasa bercakap dikhalayak ramai dan ini membantu untuk
meningkatkan keberanian dalam diri seseorang. Apabila mereka terbiasa dalam keadaan ini akan
memudahkan proses komunikasi berlaku dengan berkesan.
Di samping itu, pelajar juga perlu menyertai pertandingan yang melibatkan komunikasi
sama ada komunikasi lisan, komunikasi bukan verbal dan komunikasi bertulis. Misalnya
menyertai pertandingan syarahan, perbahasan, debat dan sebagainya yang akan meningkatkan
lagi kemahiran komunikasi. Manakala contoh bagi komunikasi bertulis ialah penulisan essei,
sajak dan sebagainya. Keyakinan diri serta kemahiran komunikasi akan lebih mantap dengan
menyertai pertandingan-pertandingan yang diadakan. Tambahan pula, buah fikiran seseorang
akan berkembang serta mampu menggunakan daya mengingat dengan lebih baik.
Cadangan yang seterusnya untuk meningkatkan komunikasi dalam kalangan pelajar ialah
melalui perbualan atau dialog. Apabila pelajar sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain
maka keyakinan diri dapat dipertingkatkan. Melalui perbualan atau dialog pelajar akan dapat
idea-idea baru atau maklumat hasil daripada komunikasi yang dilakukan. Dengan itu, pelajar
dapat meyakinkan diri untuk menyampaikan sesuatu tanpa rasa ragu-ragu terhadap penyampaian
yang akan disampaikan. Oleh itu, perbualan atau dialog dalam kalangan pelajar juga dapat
mempengaruhi kemahiran komunikasi pelajar.
Pelajar juga harus menanam minat membaca dalam diri mereka. Membaca buku-buku
ilmiah, sastera dan sebagainya akan mencambah pengetahuan pelajar dengan lebih baik lagi.
Dengan pembacaan tersebut, pelajar akan lebih berpengetahuan dan berani melontarkan idea-
idea, pandangan atau pendapat. Secara tidak langsung, kemahiran pelajar mampu ditingkatkan.
Oleh itu, dapat disimpulkan membaca adalah jambatan ilmu.
Selain itu, pelajar harus mendengar sesuatu perkara dengan baik. Apabila seseorang itu
sedang memberi maklumat, sebagai pendengar atau penerima maklumat seharusnya mendengar
dengan teliti dan memberi perhatian dengan sebaiknya. Sekiranya tidak memberi perhatian,
dikhuatiri maklumat yang disampaikan oleh penyampai tidak sampai. Maka, tumpuan pendengar
atau penerima sangat penting untuk memudahkan proses komunikasi dengan berkesan. Di
samping itu, pelajar hendaklah mencatat perkara-perkara yang penting untuk peringatan sendiri.
Oleh itu, proses komunikasi akan berjalan dengan lancar dan maklumat yang disampaikan dapat
diterima dengan baik.
Setiap pelajar harus melakukan muhasabah diri. Muhasabah diri dapat mempertajamkan
strategi dalam membuat keputusan supaya tidak mudah berputus asa. Banyak melakukan
komunikasi dengan diri sendiri supaya lebih yakin dengan keputusan yang akan diambil. Cara ini
amat penting kerana setiap individu memerlukan kekuatan dari segi emosi serta sistem sokongan
sendiri.
Cara yang seterusnya ialah membuat program komunikasi berasaskan teknologi. Dewasa
ini, teknologi semakin canggih terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Pelbagai kaedah
untuk menyampaikan maklumat melalui dalam talian seperti e-mail, facebook, twitter dan
sebagainya. Sebagai contoh, Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) menggunakan teknologi
ini untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar seperti laman sesawang Sistem Pengurusan
Pengajaran & Pembelajaran Interaktif ( SPIN ) dan laman sesawang Sistem Maklumat Pelajar (
SMP ). Dengan adanya kecanggihan teknologi, pelajar boleh menggunakan teknologi sebagai
wadah komunikasi yang berkesan. Di samping itu, program bulan komunikasi teknologi di laman
sesawang harus diadakan seperti setiap pelajar harus membuat satu bentuk komunikasi yang
berkesan dan yang menang akan diberi penghargaan. Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar dan
dapat meningkatkan tahap komunikasi yang baik dan berkesan dalam kalangan pelajar tahun 1 di
Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ).
Komunikasi yang baik juga dipengaruhi dengan cara penyampaian seseorang individu.
Komunikasi ini juga boleh dikenali sebagai komunikasi bukan verbal atau komunikasi bukan
lisan. Memperbaiki bahasa tubuh dapat membuat perbezaan yang besar ketika berkomunikasi.
Bahasa tubuh yang baik dapat menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki kecekapan, daya
tarikan dan berfikiran positif. Sebagai contoh, jika anda sering tersenyum, anda akn mersakan
lebih bahagia. Jika anda duduk dengan tegap, anda akan merasakan lebih bersemangat. Jika anda
melambat-lambatkan gerakan anda ( tidak terburu-buru ), anda akan merasakan lebih tenang.
Bahasa tubuh yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana cara anda duduk, cara anda berdiri,
cara anda menggunakan kedua tangan dan kaki serta apa yang anda lakukan ketika
berkomunikasi.
Beberapa bahasa tubuh yang perlu diperhatikan ketika berkomunikasi ialah jangan
silangkan kaki dan tangan. Bahasa tubuh ini menunjukkan seseorang itu bersifat tertutup
terhadap orang yang berkomunikasi dan tidak menunjukkan hubungan komunikasi yang baik.
Di samping itu, bahasa tubuh mengangguk ketika komunikasi dilakukan. Mengangguk
menandakan bahawa anda sedang mendengarkan apa yang disampaikan. Mengangguk juga tidak
semestinya anda faham semua apa yang disampaikan. Catatkan apa yang tidak faham dan jangan
menyoal ketika penyampai sedang berbicara. Pastikan penyampai sudah selesai menyampaikan
maklumat dan barulah anda bertanyakan soalanj yang anda tidak faham. Dengan itu, komunikasi
akan nampak lebih baik dan berkesan.
Lakukan interaksi mata semasa komunikasi bukan berlawan menatap mata. Pelajar harus
pandai melakukan interaksi mata pada penyampai kerana ini dapat membuat hubungan
komunikasi menjadi lebih baik. penyampai juga dapat melihat apakah mereka sedang
mendengarkan penyampaian anda atau tidak. Tapi, jangan menatap penyampai terus menerus
kerana akan menyebabkan penyampai merasa gelisah dan takut. Jika anda tidak biasa melakukan
interaksi mata memang akan terasa tidak selesa pada pertama kalinya. Jika sering dilakukan akan
menjadi kebiasaan dan Nampak berlakunya komunikasi antara pentampai dan pendengar.
Pelajar juga perlu menghindari gerakan yang menunjukkan anda gelisah. Jangan terlalu
menonjolkan perbuatan yang dapat menunjukkan yang anda gelisah. Misalnya, menyentuh
muka, menggoyang-goyangkan kaki, mengetuk-ngetuk jari di atas meja dan apa-apa gerakan
yang tidak sepatutnya ditunjukkan. Gerakan-gerakan itu menunjukkan bahawa anda gugup dan
dapat mengganggu suasana komunikasi yang sedang berlaku. Seboleh-bolehnya kawal perasaan
gugup dan gelisah itu. Kebiasaannya perasaan gugup dan gelisah hanya pada permulaan dan
akan hilang bila anda yakin akan apa yang anda lakukan.
Semasa berkomunikasi jangan terlalu serius. Pelajar dinasihatkan jangan terlalu serius
dalam penyampaian maklumat. Berceria serta santai dalam penyampaian. Bukan hanya
penyampai yang ceria dan santai, pendengar juga perlu melakukan perkara yang sama.
Tersenyum bahkan tertawa jika seseorang menceritakan sesuatu yang lucu. Dengan ini akan
menampakkan keberkesanan proses komunikasi yang dilakukan. Maklumat akan mudah diterima
dan mudah difahami jika diselitkan dengan gurauan dalam komunikasi.
Manakala dari segi komunikasi bertulis iaitu komunikasi penulisan pula pelajar perlu
memahami arahan atau tajuk yang diberikan untuk diolah. Komunikasi bertulis terdiri daripada
laporan, surat-menyurat, memorandum, e-mail, dan tulisan ilmiah. Sebagai contoh, mendapat
tugasan untuk membuat sajak kemerdekaan. Pelajar perlu mengaitkan perkara yang berkait
dengan kemerdekaan. Bukan mengaitkan perkara yang tidak berkaitan seperti memasukkan
unsur kartun dalam sajak. Bahasa yang digunakan untuk menulis sajak hendaklah sesuai dengan
tajuk sajak. Misalnya sajak Melayu Mudah Lupa oleh Tun Dr Mahathir Mohammad, 2001. Sajak
ini menyentuh tentang keadaan masyarakat melayu pada masa kini. Dan bagi yang memahami
maksud ini akan nampak maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh Tun Dr Mahathir
Mohammad.
Penulisan juga hendaklah mempunyai gaya bahasa yang baik. Penulisan yang baik ialah
apa yang ditulis itu mudah difahami dan dibaca oleh orang lain. Gaya bahasa yang digunakan
tidak perlu berbunga-bunga asalkan pembaca memahami isi kandungan yang hendak
disampaikan. Penulis atau pelajar juga mesti mempunyai pengetahuan tatabahasa yang baik
untuk menulis sesuatu perkara. Pengolahan gaya bahasa hendaklah menarik dan sesuai dengan
perkara yang hendak ditulis. Dengan itu, komunikasi bertulis akan mudah diterima oleh
pembaca.
Sekiranya penulis ingin menggunakan fakta dalam penulisan, pastikan fakta yang
digunakan itu tepat dan datang dari sumber yang benar. Sekiranya fakta yang diberikan tidak
tepat akan merosakkan penulisan dan pembaca akan mendapat maklumat yang salah. Fakta yang
tidak pasti seboleh-bolehnya dilakukan kajian terhadap perkara tersebut. Jangan mengunakan
fakta yang ragu-ragu dalam penulisan. Pendapat, teori-teori, prinsip, falsafah dan ideologi boleh
dijadikan fakta dalam penulisan.
Laras bahasa penulisan juga memainkan peranan yang penting dalam penulisan. Laras
bahasa boleh beubah-ubah mengikut situasi sama ada dalam situasi formal ataupun bukan
formal. Laras formal mempunyai format tersendiri dan lebih kepada penulisan yang mempunyai
bahasa yang baik. Manakala laras bukan formal lebih kepada bahasa yang tidak tersusun dengan
baik. Menggunakan laras yang tidak sesuai dengan situasi dapat dielakkan dengan kebolehan
penulis membezakan laras formal dan bukan formal.
Pengolahan yang baik dalam penulisan memudahkan maklumat dibaca serta difahami.
Pengolahan melibatkan bahasa dan penggunaannya secara berkesan serta melibatkan format dan
bentuk. Pengolahan yang baik dan sempurna mempunyai kesepaduan, kesinambungan,
ketertiban dan pertalian. Penulisan akan menjadi baik, menarik dan matang sekiranya penulis
memberikan gambaran yang jelas dan menggerakkan rangsangan serta daya berfikir pembaca.
Dari aspek bahasa penulisan pula, bahasa haruslah mudah dibaca, ditelahi dan difahami.
Jangan menggunakan bahasa daerah dari negeri masing-masing kerana tidak semua pembaca
memahaminya. Penulis haruslah peka terhadap bahasa dengan menjaga penggunaan bahasa yang
digunakan agar menarik dan dan mudah dinikmati. Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa
yang berasaskan prinsip-prinsip tatabahasa. Dengan itu, penulisan yang dihasilkan akan nampak
menarik dan isi kandungan penulisan mudah difahami.
Sebagai kesimpulannya, komunikasi akan menjadi tidak sempurna sekiranya terdapat
halangan-halangan dalam berkomunikasi iaitu seorang yang pemarah, orang yang kurang sopan,
orang yang pendiam tetapi menyimpan kemarahannya, orang yang sentiasa mendesak, orang
yang sentiasa mengkritik,orang yang bermulut murai, orang yang suka berbalah dan yang
terakhir ialah orang yang enggan mendengar apa yang ingin disampaikan. Oleh itu, proses
komunikasi mempengaruhi minda, perasaan dan tingkah laku seseorang, kepentingan kemahiran
adalah penting untuk mewujudkan komunikasi yang baik, cuba mengenalpasti punca, halangan
dalam komunikasi untuk melahirkan komunikasi yang baik.

Anda mungkin juga menyukai