Anda di halaman 1dari 5

Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak

pintar cerdas

Pengamatan tinggi
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang
sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang

Keinginan untuk tahu tinggi
Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu
acara

Minat mendalam
Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa
sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal
tersebut

Menerima infomasi dengan pantas
Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan
banyak

Ingatan yang tinggi
Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk
pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat

Mungkin dapat membaca lebih awal
Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun

Kerap membaca serta meluas
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca
dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan suka
menggunakan perkataan yang baru dan unik

Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang
lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan
daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang
sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi

Suka bertanya dengan lebih teliti
Kebolehan untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu benda yang berlaku

Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh
mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Minat dalam falsafah dan isu-isu sosial
Sebagai contoh, perjalanan galaksi,masalah-masalah berkaitan populasi
dunia,isu-isu alam sekitar

Sangat sensitif dari segi emosi dan emosi tingkah laku
Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi boleh mengalir air
mata apabila melihat keindahan matahari terbenam atau mendengar lagu
serta sanggup untuk berhenti makan daging kerana sangat simpati terhadap
haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal keadilan
Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja untuk diri sendiri
malah untu orang lain

Bersemangat dan bertenaga
Mereka ini kurang tidur berbanding rakan sebaya mereka tetapi mereka
masih mampu dan mempumyai tenaga untuk meneruskan kehidupan
seharian

Pandai berjenaka
Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan melakukan jenaka yang mana
rakan-rakan sebayanya langsung tidak memahami

Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila sesuatu tidak dapat
dilakukan dengan sempurna

Perkembangan asynchronous
Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial adalah tidak sekata
sebagai contoh kanak-kanak berumur 6 tahun mungkin seperti kanak-kanak
10 tahun inteleknya, kanak-kanak berumur 8 tahun seperti sosialnya dan
kanak-kanak 6 tahun dari segi emosinya





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas

Permasalah dari segi perkembangan asynchronous

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh memahami secara intelektuel
mengenai perkara-perkara abstrak tetapi tidak mampu menagani perkara-
perkara yang melibatkan konsep emosi yang mana akan membawa mereka ke
arah kebimbangan seperti kematian masa hadapan seksualiti dan isu-isu yang
lain

2. Perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas mungkin akan
membataskan perkara atau kerja yang mereka berupaya menyelesaikannya
melalui gambaran intelek mereka.
Sikap teliti dan mementingkan kesempurnaan boleh mendorong mereka
kearah kekecewaan

3. Mereka boleh terlibat sama dalam perbualan orang dewasa seperti isu-isu
global untuk satu minit tetapi selepas itu mereka akan menangis kerana
mainan kegemaran mereka diambil oleh seseorang

Permasalahan dari segi pertuturan yang kehadapan dan kebolehan memberi
alasan

1. Kanak-kanak pintar cerdas ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah
dalam apa-apa perkara. Walaupun begitu mereka tetap kanak-kanak dan
memerlukan disiplin yang betul sengguh pun mereka itu bijak

2. Mereka boleh mempengaruhi orang lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain
perlu mangambil berat supaya mereka tidak menjadi orang yang mampu
mempengaruhi orang lain kearah keburukkan.

3. Mereka juga akan cuba bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru

Permasalahan dari segi sikap teliti dan kesempurnaan serta masalah emosi
yang sensitif

1. Sikap kesempurnaan boleh membawa mereka kepada takut terhadap
kegagalan sehingga mereka menjadi seorang yang putus asa

2. Mereka ini memerlukan data-data yang lengkap sebelum manjawap soalan-
soalan yang diberikan, mereka sebenarnya lebih suka mencari jawapan sendiri
kerana mereka malas untuk bersosial

3. Sikap sensitivity dan juga perkembangan minda mereka mampu untuk
memikirkan hal-hal seperti peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidak
adilan dan keganasan. Jika mereka terlampau memikirkan isu-isu ini mereka
akan mengalami masalah introverted dan mungkin menjurus kearah
existential depression.




2.0 CIRI-CIRI KOGNITIF KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
Penyelidikan intensif oleh saintis sosial di luar negara mendapati bahawa ciri utama
kecerdasan akan mula kelihatan di peringkat pendidikan pra-formal iaitu dari waktu
awal kelahiran hingga umur enam tahun. Perkara ini menyebabkan kebanyakan negara
maju seperti Amerika Syarikat dan Russia, pendidikan pra-formal amat dititikberatkan
dan dijadikan sebagai satu keutamaan bagi negara-negara maju tersebut. Rakyat di
negara itu percaya mereka perlu membuat pelaburan yang banyak dalam pendidikan
pra-formal demi melahirkan lebih ramai kanak-kanak yang pintar, cerdas serta berbakat
besar yang dapat menjadi pelapis kepada kemajuan dan memberi keuntungan kepada
negara dalam melahirkan rakyat yang cemerlang dan pintar. Malah, terdapat tabika dan
tadika di negara berkenaan yang berkepakaran dalam mengenalpasti serta melatih
kanak-kanak pintar cerdas. Terdapat beberapa ciri-ciri kognitif bagi pelajar pintar
cerdas, berbakat dan kreatif. Oleh yang demikian, kanak-kanak pintar cerdas dapat
dikenalpasti melalui ciri-ciri kognitif dalam beberapa bahagian penting tersebut.

Anda mungkin juga menyukai