Anda di halaman 1dari 27

P a g e | 1

1.0 PENGENALAN

Kursus KBC 1013 Pintar Cerdas, Berbakat Dan Kreatif adalah salah satu daripada subjek
khusus bagi Program Pendidikan Khas yang juga merupakan khusus yang baru dalam
pengkhususan yang ada dalam Program Pendidikan Khas. Pada semester ini, para pelajar
yang mengikuti kursus ini ditugaskan untuk menjalankan dan menyiapkan tugasan
berkaitan kajian kes terhadap seseorang yang mempunyai kaitan dengan pintar cerdas,
kreatif dan berbakat. Saya NOORSYAZWAN BIN NOORHISHAM telah mengambil
langkah dengan menjalankan kajian kes keatas koresponden yang mempunyai bakat
dalam seni bagi menjalankan dan menyiapkan kajian kes yang telah diberikan kepada
pelajar yang mengikuti Kursus KBC 1013 Pintar Cerdas, Berbakat Dan Kreatif.
2.0 DEFINISI
Pintar Cerdas
Pintar Cerdas Keupayaan umum yang istimewa dalam kebolehan aptitud, bakat dan
kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya. Pintar Cerdas IQ
tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai sesuatu kemahiran
dengan mudah dan berkesan.
Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi.
Bagaimanapun Ross, 1993 mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas iaitu gifted and
talented adalah kanak-kanak yang dikenalpasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau
menengah yang menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi
untuk melakukan pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan
kanak-kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran.
Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek,
kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang
dalam bidang akademik yang khusus.
Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai manakala
cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya
The Joys and Challenges of Raising a Gifted Childs berpendapat kanak-kanak yang
pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan mempunyai
perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan
P a g e | 2


beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Umum pula mentakrifkan pintar cerdas
sebagai kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh individu. Individu yang dikatakan pintar
cerdas ini mempunyai kebolehan yang luar biasa memahami dan mengadaptasi segala
cabaran persekitaran kepada hidup dan mindanya. Terdapat pelbagai pandangan dan
pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini.
Stanford Binet, 1916, orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali
sebagai The Stanford Binet Test telah menberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk
kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan
baik. Lewis Terman, 1916, pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang
berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Disamping itu, Marland, 1972, telah
mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan
Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, 1972 dalam S.
Deborah, 1988: hal. 277 iaitu:
Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons
who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are
children who require differentiated educational programs and services beyond those
normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to
self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated
achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in
combination General intellectual aptitude, Specific academic aptitude, Creative or
productive thinking, Leadership ability and Visual and performing arts
Dari istilah Persekutuan Amerika Syarikat maksud pintar cerdas yang ditujukan
kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan
pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan
kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang
menggagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari
yang lain atau istimewa yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan
tahap kebolehan mereka. Definisi bagi Negara Kanada, pintar cerdas ditakrifkan sebagai
suatu darjah keupayaan intelektual yang luar biasa yang memerlukan pengalaman
pembelajaran yang berlainan daripada apa yang disediakan di sekolah biasa untuk
memenuhi tahap keupayaan akademik dan potensi mereka.
P a g e | 3


Di England pintar merujuk kepada 5 peratus teratas dari semua populasi sekolah di
dalam bidang lain. Pelajar pintar adalah mereka yang memiliki kebolehan tinggi untuk 1
atau lebih di dalam subjek akademik. Mereka ini, tidak perlu menjadi pintar untuk semua
subjek. Pelajar cerdas pula adalah mereka yang mempunyai kebolehan tinggi dari segi
sukan, muzik, lukisan atau seni persembahan.

Bakat

Bakat adalah kedudukan seseorang yang dengan suatu pendidikan dan latihan
memungkinkannya mencapai kecakapan, pengetahuan dan keterampilan khusus. Dalam
hal ini bakat merupakan interseksi dari faktor bawaan dan pengaruh lingkungan. Jadi
apabila seseorang terlahir dengan suatu bakat khusus, jika dididik dan dilatih, bakat
tersebut dapat berkembang dan dimanfaatkan secara optimal. Sebaliknya jika dibiarkan
saja tanpa pengarahan dan penguatan, bakat itu akan mati dan tak berguna.
Bakat adalah tingkat kemampuan yang tinggi yang berhasil dicapai seseorang dalam
keterampilan tertentu, demikian menurut Tedjasaputra, MS, 2003. Menampilkan bakat
diperlukan motivasi yang kuat disebut minat, iaitu kebebasan seseorang memilih segala
sesuatu yang disukai, disenangi dan ingin dilakukan. Gardner, 1993, mengganti istilah
bakat dengan kecerdasan, saat mengusung teori kecerdasan jamak atau multiple
intelligence yang cukup banyak dipakai.
Sebilangannya ada sembilan kecerdasan atau bakat yang mungkin dimiliki seseorang,
iaitu logical mathematical, linguistic atau verbal, visual spatial, musical, bodily-
kinesthetic, interpersonal, intrapersonal, natural, dan moral atau spiritual. Teori Gardner
ini menjadi pegangan bahawa setiap orang memiliki bakat unik dan berbeza. Orang tidak
dapat dipaksa untuk meningkatkan prestasi di luar bakat khusus yang paling menonjol
pada dirinya.
Talented ialah keadaan seseorang yang berbakat berjaya menempa kecemerlangan
dalam domain-domain bakatnya pada peringkat-peringkat tertentu menurut Gagne, 1998;
Piirto, 1999. Pintar cerdas berpunca dari suatu sifat semulajadi atau tingkahlaku yang ada
P a g e | 4


pada diri seseorang menurut Piirto, 1999. Individu pintar cerdas ialah individu yang
berbakat.
Walau bagaimanapun, seseorang yang berbakat belum pasti akan menjadi seorang
yang pintar cerdas. Banyak faktor yang perlu berperanan sebagai pemangkin
mempengaruhi secara positif laluan seseorang itu daripada berbakat menjadi pintar
cerdas menurut Gagne, 1998; Piirto ,1999. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor
dalaman atau intrapersonal bagi individu terbabit, seperti emosi yang sejahtera dan
konsep kendiri yang positif. Selain itu terdapat faktor persekitaran yang turut berperanan
sebagai pemangkin. Ini merujuk kepada aspek-aspek sokongan di rumah dan di sekolah.
Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu bidang tertentu ialah seorang yang
berbakat dan juga cemerlang dalam bidang tersebut.
Kreatif
Kreatif bermaksud seseorang yang mempunyai kebolehan dalam mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli.

Definisi pintar cerdas dan berbakat dalam konteks pendidikan di Malaysia
Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid pintar cerdas dan berbakat didefinisikan
sebagai murid yang mempunyai keupayaan berprestasi cemerlang disebabkan kebolehan
mereka yang tinggi berbanding dengan murid yang seumur dengannya. Mereka juga
lulus penilaian tahap kecerdasan atau keupayaan yang ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dan mereka memerlukan pendekatan khusus dalam pendidikan.
Justeru pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan seorang pelajar yang terbukti
cemerlang atau seorang yang berpotensi dalam bidang akademik atau dalam bidang-
bidang lain seperti muzik, bahasa, kepimpinan dan lain-lain.



P a g e | 5



3.0 TEORI DAN MODEL

Teori
Teori Bakat Psikososial Teori
Kecerdasan
Kognitif
Teori
Perkembangan
Kecerdasan
Teori
Komprehensif
Overexitability Theory -
Dabrowski
Multiple
Intelligence
Theory ( MI )
Howard
Gardner
Intelligent
Theory - Piaget
Feldhusens
TIDE Model -
Feldhusen
Renzulli Theory -
Renzulli
Triarchic
Theory
Robert
Stenberg
Nonuniversal
Theory -
Feldman
Gagnes
Differentiated
Model of
Giftedness and
Talent - Gagne
Tannenbaums Theory -
Tannenbaum

Teori
Teori
Bakat
Psikososial
Teori
Kecerdasan
Kognitif
Teori
Perkembangan
Kecerdasan
Teori
Komprehensif
P a g e | 6




Model Three Ring Giftedness

Perilaku berbakat mencerminkan interaksi di antara 3 kumpulan asas sifat manusia, di
atas rata-rata kemampuan umum dan khusus, peringkat kualiti komitmen tugas dan
kreativiti yang tinggi. Individu mampu mengembangkan perilaku berbakat ialah mereka:
mempunyai atau mampu mengembangkan komposit ini serangkaian sifat
menerapkan mereka untuk setiap kawasan yang berpotensi umum dan prestasi daerah
P a g e | 7



Lima Faktor Giftedness Tannenbaum's

Tannenbaum yang disebut kurnia kepada fenomena psikososial.
Definisinya merangkumi 5 faktor:
Skala ricih kecerdasan umum
Kemampuan khusus
Faktor- Faktor persekitaran Tidak Intellektif
Kesempatan faktor
P a g e | 8






Tujuh Jenis Kecerdasan.


INTRAPERSONAL:
Anak-anak ini mungkin
malu. Mereka sangat
menyedari perasaan
mereka sendiri dan
motivasi diri.
INTERPERSONAL:
Anak-anak yang menjadi
pemimpin di antara
rakan-rakan mereka,
yang pandai
berkomunikasi dan yang
tampaknya memahami
orang lain 'perasaan dan
motif mempunyai
kecerdasan interpersonal
LINGUISTIK: Anak-
anak dengan kecerdasan
seperti ini menikmati
menulis, membaca,
bercerita atau melakukan
teka-teki silang.
LOGIK-
MATEMATIK: Anak-
anak dengan kecerdasan
logis banyak tertarik
dalam pola-pola, kategori
dan hubungan. Mereka
tertarik pada masalah
aritmatika, strategi
permainan dan
eksperimen.
SPASIAL: Anak-anak
ini berfikir dalam gambar
dan gambar. Mereka
mungkin akan terpesona
dengan labirin atau
jigsaw puzzle, atau
menghabiskan waktu
luang gambar, bangunan
dengan Leggos atau
mengelamun.
KINESTETIK
JASMANI: muat anak-
anak ini pengetahuan
melalui sensasi tubuh.
Mereka sering olahraga,
penari atau baik kerajinan
seperti menjahit atau
woodworking.
SITUS MUZIK:
Anak selalu bernyanyi
atau drum untuk diri
mereka sendiri. Mereka
biasanya cukup sedar
akan suara orang lain
gagal. Anak-anak ini
sering diskriminasi
pendengaran
P a g e | 9




Pakar psikologi, Howard Gardner telah mengenal pasti berbeza seterusnya jenis
kecerdasan dalam Multiple Intelligences Theory iaitu MI Teori dalam buku Frames of
Mind. Melalui Teori MI juga, ia mengajar ibu bapa dan pendidik untuk mencari tanda-
tanda bawaan keadaan cepat dewasa tentang anak-anak dan kemudian untuk
membantu mengembangkan mereka.
Semasa sesi soal jawab dilakukan untuk menanyakan tentang nasihat
bagaimana ibu bapa boleh membesarkan anak-anak yang cemerlang, Gardner
mengatakan bahawa kita tidak seharusnya cuba untuk membuat anak-anak kita baik
seperti yang kita sendiri sudah melakukan kebaikan itu, atau apa yang kita sendiri
telah melakukan perkara yang tidak baik. Gardner menjelaskan bahawa tugas kita
adalah membantu anak-anak kita menjadi apa yang seharusnya mereka jadi, bukan
yang kita fikirkan apa seharusnya dia menjadi. Kebanyakkan ibu bapa merasa sukar
untuk mengikuti kursus ini.











P a g e | 10



4.0 CIRI- CIRI
Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar
cerdas

Pengamatan tinggi

Menyedari sesuatu dengan lebih teliti
berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya
dengannya yang mungkin akan terlepas
pandang
Keinginan untuk tahu tinggi

Ingin mengetahui semua hal seperti objek,
idea, keadaan situasi atau sesuatu acara
Minat mendalam Mungkin akan menfokus sesuatu perkara
yang diminati dalam jangka masa sebulan
atau mungkin setahun serta akan menjadi
terlampau dalam hal tersebut
Menerima infomasi dengan pantas

Selalu diandaikan seperti span,menyerap
segala maklumat dengan cepat dan banyak
Ingatan yang tinggi

Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan
memori yang luas untuk pelbagai topik serta
mampu mengingati semula dengan cepat
Mungkin dapat membaca lebih awal

Kebanyakannya dapat membaca sebelum
umur 5 tahun
Kerap membaca serta meluas

Suka membaca bacaan yang meluas dan
pelbagai subjek serta membaca dengan
pantas
Tatabahasa yang tinggi Memiliki penggunaan tatabahasa yang
canggih serta banyak dan suka menggunakan
perkataan yang baru dan unik
Tahap penumpuan yang lama. Berbanding kanak-kanak normal mereka ini
dapat memberi tumpuan yang lebih lama
dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti
tersebut tidak menggunakan daya pemikiran.
P a g e | 11


Kebolehan menyelesaikan masalah.

Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk
menyelesaikan masalah yang sukar untuk
ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir
yang tinggi.

Suka bertanya dengan lebih teliti. Kebolehan untuk mencipta teori baru
terhadap sesuatu benda yang berlaku.

Keupayaan imaginasi yang tinggi.

Mampu untuk membayangkan sesuatu
samada baik atau buruk dan boleh mencipta
cerita yang bagus serta boleh menyatakan
segala kebimbangannya.

Sangat teliti dan mementingkan
kesempurnaan.

Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah
kecewa bila sesuatu tidak dapat dilakukan
dengan sempurna.

Sangat sensitif dari segi emosi dan
emosi tingkah laku.

Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang
kecil tetapi boleh mengalir air mata apabila
melihat keindahan matahari terbenam atau
mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti
makan daging kerana sangat simpati terhadap
haiwan

Sangat menitikberatkan hal-hal
keadilan.

Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah
bukan sahaja untuk diri sendiri malah untu
orang lain.

Bersemangat dan bertenaga.

Mereka ini kurang tidur berbanding rakan
sebaya mereka tetapi mereka masih mampu
dan mempumyai tenaga untuk meneruskan
kehidupan seharian.

P a g e | 12


Pandai berjenaka.


Mampu mencipta suatu situasi jenaka dan
melakukan jenaka yang mana rakan-rakan
sebayanya langsung tidak memahami.




Ciri-ciri negatif dan cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak pintar cerdas
Permasalah dari segi perkembangan
asynchronous
Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh
memahami secara intelektual
mengenai perkara-perkara abstrak
tetapi tidak mampu menagani
perkara-perkara yang melibatkan
konsep emosi yang mana akan
membawa mereka ke arah
kebimbangan seperti kematian masa
hadapan seksualiti dan isu-isu yang
lain.
Perkembangan fizikal kanak-kanak
pintar cerdas mungkin akan
membataskan perkara atau kerja yang
mereka berupaya menyelesaikannya
melalui gambaran intelek mereka.

Permasalahan dari segi pertuturan
yang kehadapan dan kebolehan
memberi alasan

Kanak-kanak pintar cerdas ini
biasanya bersikap tidak mahu
mengalah dalam apa-apa perkara.
Walaupun begitu mereka tetap kanak-
kanak dan memerlukan disiplin yang
betul sengguh pun mereka itu bijak.

P a g e | 13


Mereka boleh mempengaruhi orang
lain. Ibu bapa dan orang dewasa lain
perlu mangambil berat supaya
mereka tidak menjadi orang yang
mampu mempengaruhi orang lain
kearah keburukkan. Mereka juga
akan cuba bersikap tunjuk pandai
terhadap ibu bapa dan guru.

Permasalahan dari segi sikap teliti dan
kesempurnaan serta masalah emosi
yang sensitif

Sikap kesempurnaan boleh membawa
mereka kepada takut terhadap
kegagalan sehingga mereka menjadi
seorang yang putus asa.
Mereka ini memerlukan data-data
yang lengkap sebelum manjawap
soalan-soalan yang diberikan, mereka
sebenarnya lebih suka mencari
jawapan sendiri kerana mereka malas
untuk bersosial.
Sikap sensitivity dan juga
perkembangan minda mereka mampu
untuk memikirkan hal-hal seperti
peperangan, kebuluran, pencemaran,
ketidak adilan dan keganasan. Jika
mereka terlampau memikirkan isu-isu
ini mereka akan mengalami masalah
introverted dan mungkin menjurus
kearah existential depression.





P a g e | 14


5.0 KAJIAN KES
5.1 Latar Belakang
Nama : NOOR EFFENDI BIN NOORDIN.
Umur : 44 Tahun.
Jantina : Lelaki
Agama : Islam
Status perkahwinan : Sudah Berkahwin
Tarikh lahir : 27 Julai 1966.
Tempat Lahir : Kampung Raja, Besut, Terengganu.
Alamat Kediaman : Lot 311, Jalan Besar Jerteh, Kampung Raja, 22200 Besut,
Terengganu.
Bilangan Adik Beradik :, Merupakan anak yang keempat dalam 12 Orang adik beradik.
Minat : Ukiran Kayu.
Kelebihan : Dapat melukis bunga-bunga ukiran dan mengukir.
Mempunyai Syarikat Ukiran Kayu iaitu House Of Arts di Kampung Raja, Besut,
Terengganu.
Mendapat pembelajaran di peringkat :
Rendah : Sekolah Rendah Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. ( Darjah 1 - 6 )
Menengah : Sekolah Menengah Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. (Tingkatan 1 - 5 )
Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.
( Tingkatan 6 Bawah sahaja )
Maklumat ibu bapa responden :

+





Ibu Bapa
Noordin Bin Mat
Taib
Juru Ukur Tanah
Sudah Meninggal
Dunia
Berasal dari Perak
Rahmah Binti
Yaakub
Sudah Meninggal
Dunia

Suri Rumah
Berasal dari
Terengganu
P a g e | 15


Berikut merupakan maklumat mengenai adik-beradik responden termasuk responden sendiri:
NAMA UMUR SEKOLAH/INSTITUSI/PEKERJAAN
Noorhaiza Bin Noordin. 47 Tahun Pengurus Syarikat Ukiran Bakawali
Group
Noorhisham Bin
Noordin.
46 Tahun Pelukis Pelan
Noor Azhar Bin
Noordin.
45 Tahun Jurutera Petroleum
Noor Effendi Bin
Noordin.
44 Tahun Pengurus Syarikat Ukiran House Of Arts
Nurmala Binti Noordin. 42 Tahun Guru
Nurmahiran Binti
Noordin.
41 Tahun Guru Sandaran
Nurahayu Binti Noordin 40 Tahun Suri Rumah
Noor Fauzan Bin
Noordin.
36 Tahun Pengukir
Noorshahrin Binti
Noordin.
35 Tahun Pengukir
Noor Ikhwan Bin
Noordin.
27 Tahun Pengukir
Noor Hamdan Bin
Noordin.
26 Tahun Bomba Lapangan Terbang
Noor Azmel Bin
Noordin.
24 Tahun Pelajar Politeknik Shah Alam

Responden yang telah saya pilih untuk dijadikan sebagai kajian kes merupakan
seorang yang berbakat dalam seni lukisan dan ukiran. Sejak dibangku sekolah lagi
beliau minat pada seni ukiran. Setiap hari selepas pulang dari sekolah, beliau pasti
akan singgah dibangsal- bangsal yang dijadikan sebagai tempat untuk mengukir. Dari
situ, timbulnya minat dalam seni ukiran.

P a g e | 16


Beliau hanya meneruskan pengajian di sekolah sehingga Tingkatan 6 bawah di
Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau tidak
meneruskan pengajian sehingga Tingkatan 6 Atas kerana beliau ingin memasuki
bengkel- bengkel ukiran bagi mempelajari dengan lebih mendalam lagi.
Beliau telah mempelajari ukiran daripada guru- guru ukiran. Beliau mengikuti
pelbagai jenis kursus dan terpaksa berulang alik ke tempat-tempat yang mempunyai
guru dalam seni ukiran. Akhirnya, beliau dapat memiliki sebuah syarikat ukiran
sendiri iaitu House Of Arts. Sehingga sekarang syarikat beliau masih lagi maju
dengan pasaran dalam negeri mahupun luar negeri.

5.2 Faktor-Faktor Pemilihan Responden
Mempunyai bakat yang tersendiri dalam bidang seni.
Menggunakan seni sebagai punca rezeki.
Mengolah lukisan kepada ukiran.
Mempunyai hasil kerja yang halus.
Mempunyai sebuah syarikat ukiran kayu sendiri.










P a g e | 17


Checklist
Visual Arts
This section has 13 questions. Mark your answers in your booklet. Follow the
instructions for each question

1. How much do you agree with each of the following statements? Fill in one oval on each line.
Agree Not sure Disagree

a. I like to look at art. A B C
b. I like to do artwork. A B C
c. I think I have talent for art. A B C
d. People tell me I am a good artist. A B C
e. I like to show my artwork to other people. A B C

GO

2. When you have art in school, how often does your teacher have you do the following things? Fill in
one oval on each line.
Every day Once a Week Once a Month Never or hardly ever

a. Paint or draw A B C D

b. Choose your own art project A B C D

c. Work in a pair or a group on an art project
A B C D

d. Talk with others about your artwork or that of other students
A B C D

e. Write about your artwork A B C D


f. Look at videotapes, filmstrips, slides, or television programs about art
A B C D
P a g e | 18




g. Work with a hand drawing, camera, computer, or photocopier to make artwork
A B C D

3. How often does your teacher have you show your artwork in an exhibit?
A Once or twice a month
B Once or twice a year
C Never or hardly ever

4. In school, do you ever illustrate your work in other subjects?
A Yes
B No

5. Do either you or your teacher save your artwork in a portfolio?
A Yes
B No

6. In the school, how many times did you go with your class to an artmuseum, gallery, or exhibit?
A None
B 1 or 2 times
C 3 or more times

7. When you are not in school, do you ever do the following things on your own, not in connection
with schoolwork? Fill in one oval on each line.
Yes No
a. Go to an art museum or exhibit A B
b. Take art classes A B
c. Make artwork A B
d. Exhibit your artwork A B
e. Enter an art competition A B
f. Look at or read a book about art A B
g. Watch a videotape or television program about art A B
h. Talk with your family or friends about art A B
i. Visit an artists studio A B

P a g e | 19


ULASAN SENARAI SEMAK.
Soalan Jawapan Huraian
I like to look at art.
Setuju Ini menunjukkan Responden
menyatakan beliau memang
suka melihat seni.
I like to do artwork.
Setuju Responden suka melakukan
kerja yang berseni.
I think I have talent for art.
Setuju Responden merasakan
bahawa beliau mempunyai
bakat dalam seni.
People tell me I am a good
artist.
Tidak Pasti Responden tidak pasti
bahawa orang lain
memberitahu beliau yang
bahawa bliau bagus dalam
seni.
I like to show my artwork to
other people.
Tidak Setuju Responden tidak bersetuju
yang bahawa beliau suka
menunjukkan hasil kerjanya
kepada orang lain untuk
tujuan menunjuk-nunjuk,
tetapi hanya untuk
dipamerkan dan dijual sahaja.
Paint or draw
Setiap hari. Responden melukis dan
mewarna setiap hari.
Choose your own art project.
Setuju Responden suka memilih
projek seni sendiri
Work in a pair or a group on an
art project.
Setiap hari Responden menyatakan
beliau melakukan kerja
secara berkumpulan setiap
hari.
P a g e | 20


Write about your artwork.
Tidak pernah Responden tidak pernah
menulis apa-apa tentang
seni untuk dibukukan.
Work with a hand drawing,
camera, computer, or
photocopier to make artwork
Setiap hari Responden menyatakan
bahawa beliau melakukan
kerja berkaitan lukisan seni
ukiran setiap hari.
Make artwork
Setiap hari Responden membuat kerja
yang berkaitan seni ukiran
setiap hari.
Take art classes
Setiap minggu Responden menyatakan
beliau akan pergi mencari
guru ukiran kayu setiap
hujung minggu.
Look at or read a book about
art
Setiap minggu Responden suka melihat
buku yang berkaitan dengan
senio ukiran kayu, beliau
akan membeli dan
mebacanya.
Watch a videotape or
television program about art
Setiap bulan Responden suka melihat
program televisyen setiap
minggu yang berkaitan
dengan jenis kayu, ini kerana
jenis kayu amat penting
dalam ukiran kayu.
Talk with your family or
friends about art
Setiap hari Responden selalu setiap hari
berbicara tentang seni
ukiran kayu dengan
keluarga dan kawan-kawan
beliau.


P a g e | 21


6.0 PENDEKATAN MODEL.
Saya telah mengambil model daripada Gagne sebagai pendekatan, yang mengatakan bakat ini
datangnya daripada faktor genetik dan juga persekitaran. Ini kerana berdasarkan pemerhatian
saya, responden mempunyai bakat berdasarkan genetik keluarga yang kebanyakan adik
beradik beliau mempunyai bakat yang sama.
Selain itu juga, responden juga mula meminati seni dalam ukiran kayu apabila beliau
mula mendekati bengkel-bengkel ukiran kayu yang terdapat berhampiran dengan rumah
beliau. Beliau akan pergi ke bengkel-bengkel ukiran kayu apabila beliau pulang dari sekolah.
Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan beliau dapat mengasah bakat yang telah
dimiliki.

7.0 KESIMPULAN
Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah saya lakukan terhadap responden saya,
ternyata bahawa beliau seorang yang berjiwa seni. Beliau merupakan seorang yang berbakat
dan kreatif dalam menghasilkan ukiran kayu. Menurut beliau, hasil ukiran beliau sudah
banyak yang dipasarkan di dalam negara. Ini terbukti yang seseorang pintar cerdas adalah
satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu seseorang pintar cerdas
bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian yang besar kepada
Negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak diberi perhatian,
dikhuatiri potensi dan bakat seseorang pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat
berkembang. Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan
mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar.
Personaliti terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu
difahami oleh guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang
ada tentu dapat memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada
mereka.
Selain guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam usaha melahir dan
mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan yang
membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah
satu kemahiran yang perlu diterapkan oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang
P a g e | 22


sekeluarga. Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan
keperluan yang perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas.





















P a g e | 23


8.0 RUJUKAN

Dabrowski, K. (1967). The theory of positive disintegration. Mensa Research Journal.
327. New York: Brooklyn.
Gardner, H. (1993). Creating Minds: An anatomy of creativity seen through the lives
of Freud, Einstein, Picasso, Stravinsky, Eliot, Graham, and Gandhi. New York: Basic
Books.
Gagne, F. (1995). From giftedness to talent: a developmental model and its impact on
the language of the field. Roeper Review, 18, 103-111.
Golant, Susan K. (1991). The joys and challenges of raising a gifted child. New
York: Prentice Hall. BERLIN WTRBRY WTRFRD.

Terman, Lewis and M. Oden (1925) Studies of Genius: Mental and physical traits of a
thousand gifted children. Stanford, CA: Stanford University Press.

Piirto, J. (1999). Talented adults and children: Their development and education (3rd
ed.). Waco, TX,: Prufrock Press.

Marland, S. P. (1972). Education of the gifted and talented. (2 Vols.). Report to
congress of the United States Commissioner of Education. Washington, DC: US
Government Printing Office. (Government Documents, Y4.L 11/2: G36).
Renzulli, J. S. (2002). Expanding the conception of giftedness to include co-cognitive
traits and to promote social capital. Phi Delta Kappan, 84 (1), 35-38.
Renzulli, J. S. (1977). The enrichment triad model: A guide for developing programs
for the gifted and talented. Mansfield Center, CT: Creative Learning Press.
Renzulli, J. S. (2002). Emerging conceptions of giftedness: Building a bridge to the
new century. Exceptionality, 10(2), 67-75.
Renzulli, J. (Ed.). (2004). Identification of students for gifted and talented
programs.Thousand Oaks, California: Corwin Press
Ross P. (Ed.). (1993). National excellence: A case for developing America's talent.
Washington DC: U.S. Department of Education.
Binet, A. (1916). The development of intelligence in children. Baltimore, MD:
Williams and Wilkins.
Tannenbaum, A. J. (1983). Gifted children: Psychological and educational
perspectives.New York: Macmillan.
P a g e | 24


Tannenbaum, A.J. (2000). A history of giftedness in school and society. In K.A.
Heller, F.J. Mnks, R.J. Sternberg & R.F. Subotnik (Eds.) International Handbook of
Giftedness and Talent (2nd ed., pp. 23-53). Oxford: Pergamon.





















P a g e | 25







P a g e | 26





P a g e | 27

Anda mungkin juga menyukai