Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Pintar cerdas merujuk kepada istilah “Gifted” iaitu pintar cerdas yang merujuk kepada
individu yang mempunyai tahap kecerdasan akademik yang tinggi. Pintar Cerdas merupakan
individu yang mempunyai keupayaan yang istimewa, mempunyai bakat dan kreativiti yang
tinggi. Selain itu, individu pintar cerdas juga merupakan individu yang mempunyai motivasi
tinggi untuk belajar dan berjaya. Individu pintar cerdas kebiasaannya mempunyai IQ yang
tinggi serta mudah memahami pengajaran dan pembelajaran. Individu tersebut juga mampu
menguasai sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan. Kamus dewan mengistilahkan
pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal.

Menurut Golant K. S. pula, pintar cerdas ialah individu yang menunjukkan minat yang
tinggi untuk belajar, mempunyai curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat terhadap
persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.
Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau kecerdasan yang tinggi. Menurut
Ross (1993), pula beliau mendefinisikan individu pintar cerdas iaitu “gifted and talented”
adalah individu yang dikenal pasti semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang
menunjukkan prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan
pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan individu yang lain yang
sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran. Individu pintar cerdas akan
menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki
keupayaan kepimpinan yang luar biasa, atau cemerlang dalam bidang akademik.

Sternberg dan Kaufman pula mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang
lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang
menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti
kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai
menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka. Jane Piirto (1999)
pula, berpendapat pintar cerdas ialah kecerdasan seseorang yang pintar cerdas yang diberi
maksud tambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan dengan
kebolehan perkembangan.

Pintar cerdas dan berbakat adalah sesuatu perkara yang berbeza. Pintar cerdas merujuk
kepada kebolehan manakala berbakat adalah satu domain yang menjadikan manusia menjadi
lebih sempurna. Menurut Sternberg R.J. (2004), Kedua-dua pintar cerdas dan berbakat ini
boleh boleh berkembang secara beberapa bahagian melalui beberapa jenis keghairahan,
penamaan, psikomotor, deria, intelektual, imaginasi, dan emosi. Seseorang individu yang
pintar cerdas tidak semsestinya mempunyai bakat. Contohnya individu mempunyai
kecemerlangan dalam bidang akademik tetapi tidak mempunyai bakat dalam bidang sukan.
Berbakat kebiasaannya sejak lahir telah mempunyai bakat terhadap sesuatu bidang tersebut
ataupun telah diasuh atau dipupuk sejak kecil sehingga mencapai kebolehan yang maksium
dalam bidang tersebut.

Dalam Kamus Dewan edisi keempat, kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan
mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna
individu yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu
yang mereka pelajari. Menurut Lowenfeld (1975), beliau percaya bahawa setiap individu
dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar
meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Seterusnya menurut Bob Algonzine dan Jim
Ysseldyke (2006), telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajar
pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyai
bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademik
ataupun kreatif dalam bidang seni visual dan seni tari.

Kreatif merupakan seseorang individu yang mempunyai kreativiti terhadap sesuatu


perkara. Setiap individu mempunyai kreativiti masing-masing tetapi individu pintar cerdas
kebiasaaannya mempunyai pemikiran kreatif di luar kotak yang sukar untuk difahami dan
dirungkai oleh individu lain yang sebaya umur dengannya.
KESIMPULAN

Walaupun golongan pintar cerdas dan berbakat hanya sebilangan kecil ataupun
merupakan golongan minoriti dalam dunia, mereka perlu dititikberatkan seperti individu lain.
Golongan ini perlu diberi peluang dan ruang atau membuka jalan kepada mereka dalam
mengembangkan dan menyumbangkan ilmu semulajadi serta bakat yang diperoleh untuk
memberikan faedah kepada masyarakat dalam dan luar negara.

Selain itu, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam membantu
golongan pintar cerdas dalam mengetengahkan ilmu dan bakat semulajadi seperti pihak
kerajaan dalam menambahbaik pusat untuk golongan pintar cerdas untuk menjalankan program
seperti program Permata Pintar Negara. Pihak masyarakat pula, perlu berfikiran terbuka dalam
menerima pandangan yang berlainan dari golongan pintar cerdas kerana cara golongan ni
berfikir tidak sama seperti golongan lain berfikir. Masyarakat perlu menerima perspektif cara
golongan ini berfikir walaupun agak sukar difahami kerana telah disekat oleh pemikiran sedar
sahaja.

Bagi individu yang pintar cerdas mereka perlu mencari jalan untuk menyerlahkan diri
mereka dalam bidang atau sesuatu bakat yang dimiliki. Mereka hendaklah berasa beruntung
atau bersyukur kerana dikurniakan kepintaran dan kecerdasan yang tidak dimiliki oleh individu
lain dan seharusnya melakukan sesuatu untu menonjolkan diri dalam membantu menambah
ilmu dunia walaupun tanpa bantun dari mana-mana pihak sekalipun.

Anda mungkin juga menyukai