Anda di halaman 1dari 3

2.

0 Konsep dan Definisi Pintar Cerdas Dan Berbakat

2.1 Pintar Cerdas

Pintar Cerdas merupakan keupayaan umum yang istimewa dalam


kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi serta bermotivasi
tinggi untuk belajar dan berjaya. Kanak-kanak yang pintar cerdas
kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan
pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Pintar
cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual
Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Kamus
dewan mengistilahkan pintar sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas
didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Golant K.S., kanak-kanak
yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi bagi belajar, curiga dan
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta
berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya.

Pintar cerdas sering dikaitkan dengan kebolehan intelek atau


kecerdasan yang tinggi. (Ross, 1993) telah mendefinisikan kanak-kanak
pintar cerdas iaitu gifted and talented adalah kanak-kanak yang dikenal pasti
semasa pra sekolah, sekolah rendah atau menengah yang menunjukkan
prestasi bakat yang cemerlang atau menunjukkan potensi untuk melakukan
pencapaian di tahap yang sangat tinggi apabila dibandingkan dengan kanak-
kanak yang lain yang sebaya umurnya, sama pengalaman atau persekitaran.
Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari segi
intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa,
atau cemerlang dalam bidang akademik yang khusus.

            Kecerdasan seseorang yang pintar cerdas juga diberi maksud


tambahan iaitu lebih kepada satu kebolehan yang matang jika dibandingkan
dengan kebolehan perkembangan (Jane Piirto, 1999). (Sternberg dan
Kaufman,2002) mendefinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang
lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih
keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar
cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah
mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta
meminimumkan kelemahan mereka.

2.2 Berbakat

Pada hakikatnya, konsep pintar cerdas dan berbakat adalah perkara yang
berbeza. Pintar cerdas merujuk kepada kebolehan manakala berbakat adalah
satu domain yang menjadikan manusia menjadi lebih sempurna.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai
kebolehan semula jadi. Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat
merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semula
jadi. Kedua-dua pintar cerdas dan berbakat ini boleh boleh berkembang
secara beberapa bahagian melalui beberapa jenis keghairahan, penamaan,
psikomotor, deria, intelektual, imaginasi, dan emosi (Sternberg R.J., 2004).

(Howard Gardner, 1993), mengganti istilah bakat dengan kecerdasan,


saat mengusung teori kecerdasan jamak atau multiple intelligence yang
cukup banyak dipakai. Sebilangannya ada sembilan kecerdasan atau bakat
yang mungkin dimiliki seseorang, iaitu logikal matematik, linguistik atau
verbal, visual ruang, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis
dan moral atau spiritual. Teori ini menjadi pegangan bahawa setiap orang
memiliki bakat unik yang berbeza-beza. Tiada sesiapa yang boleh
meningkatkan prestasi di luar bakat khusus yang paling menonjol pada
dirinya.

2.3 Kreatif

Dalam Kamus Dewan edisi keempat, kreatif pula bermaksud mempunyai


kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea
baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana
sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka
pelajari. Menurut Lowenfeld (1975) beliau percaya bahawa setiap kanak-
kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi
kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.
Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai
pelajar pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti
secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual
umum, bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif, seni visual dan seni
tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006). Dalam Kamus Dewan edisi
keempat, kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini
bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru
berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari.

Anda mungkin juga menyukai