Anda di halaman 1dari 12

Tugasan 4 (a) - Konsep idea / teori Hubungan di Antara Gaya Pembelajaran

Dengan Pencapaian Akedemik Pelajar dan kepentingannya dalam pelaksanaan


pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Setelah melakukan beberapa penelitian dan rujukan jurnal mengenai tajuk


yang telah dipilih di bawah tajuk 4 iaitu Personaliti dan Perbezaan Individu kami
telah membuat keputusan untuk mengulas serta menganalisis jurnal yang bertajuk
hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar serta
kepentingan terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Menurut jurnal kajian yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk
mengetahui adakah terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan
pencapaian akademik pelajar. Disamping itu , kajian jurnal ini juga adalah untuk
mengenalpasti gaya pembelajaran yang manakah diberi tumpuan atau keutamaan
oleh pelajar serta adakah terdapat hubungan diantara faktor keluarga , pengajaran
guru dan rakan sebaya dengan gaya pembelajaran mereka.

Gaya bererti sikap, kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri
seseorang. Pembelajaran pula bererti berusaha (berlatih dan sebagainya) untuk
mendapat sesuatu (kepandaian dan lain-lain) (Kamus Dewan, 2005). Menurut
Subahir (1992) dalam Lee (2001), gaya pembelajaran (learning style) merujuk
kepada cara seseorang individu menerima, mengumpul, memproses, mengingat
dan menerangkan semula maklumat dan menghubungkannya dengan alam
sekitar.

Gaya pembelajaran juga bermaksud cara seseorang menerima dan


memproses maklumat dalam pelbagai cara yang berbeza-beza. Menurut Sheal
(1994) pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang membawa kepada
perubahan tingkah laku. Kebijaksanaan bukan satu elemen yang statik tetapi adalah
satu system dinamik, terbuka dan sentiasa berkembang sepanjang hayat.
Menurut Honey dan Mumford (1992) , pembelajaran telah berlaku apabila
manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk
pemahaman, kesedaran dan kemahiran. Menurut Hargreaves (1996) pula ,
pembelajaran sebenarnya tiada hubungan dengan penambahan pengetahuan ,
mengingat semula apa yang dipelajari sebaliknya pembelajaran berkaitan dengan
kefahaman prinsip-prinsip

Perbezaan individu membawa kepada perbezaan personaliti dan seterusnya


dapat mencerminkan gaya pembelajaran seseorang individu tersebut. Oleh itu, gaya
pembelajaran telah dikenal pasti sebagai faktor yang memberi sumbangan yang
besar di dalam pencapaian akademik individu. Ini menunjukkan bahawa kajian dan
perbincangan mengenai tajuk ini penting sebagai panduan para guru sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Bukan itu sahaja, secara umumnya , gaya pembelajaran di antara pelajar


adalah tidak sama. Begitu juga dengan hasil pencapaian yang diperoleh oleh
mereka. Masalah untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran yang bersesuaian dan
berkesan banyak berlaku di kalangan pelajar . Kebanyakan daripada mereka tidak
menyedari tentang gaya pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam
proses pembelajaran. Dengan mengetahui gaya pembelajaran yang sebenar
diamalkan secara langsung akan dapat membantu para pelajar untuk menyusun
strategi yang berkesan dalam proses pembelajaran mereka.

Gaya pembelajaran seseorang mula terbentuk sedari peringkat awal kanak-


kanak lagi. Selepas itu, individu tersebut akan terus-terusan mengamalkan cara dan
amalan gaya pembelajaran tersebut. Gaya pembelajaran seseorang itu mugkin
dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu .
Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn ini telah dicipta oleh Dr. Rita Dunn
dan Dr. Kenneth Dunn. Menurut Dunn dan Dunn (1978) , elemen –elemen yang
mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar adalah seperti persekitaran, emosi,
sosiologi ,fisiologi dan psikologi.

Rangsangan Persekitaran

Apa yang dikategorikan sebagai rangsangan persekitaran merangkumi


empat unsur utama iaitu cahaya, bunyi, suhu, dan reka bentuk tempat belajar. Kadar
terangnya cahaya menjadi faktor penting yang boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran. Walaupun kebanyakan dari kita selesa belajar dengan kadar
pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga ada di antara kita yang lebih
suka belajar dalam suasana yang malap. Begitu juga dengan unsur bunyi yang
mampu menghasilkan gaya pembelajaran yang beranika jenis. Misalnya terdapat
murid yang suka belajar dengan diiringi alunan muzik, atau tidak kisah jika belajar
dengan pelbagai bunyi yang terhasil di persekitaran, namun ada juga dikalangan
murid yang hanya boleh memberi tumpuan terhadap pembelajaran dalam suasana
yang sunyi tanpa sebarang bunyi.

Unsur suhu seperti yang dinyatakan oleh Dunn dan Dunn, turut boleh
mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang. Suhu yang sejuk dan nyaman
dikatakan dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Ramai murid yang
tidak suka atau tidak selesa belajar dalam keadaan cuaca yang panas tanpa kipas
atau alat penghawa dingin.Manakala unsur reka bentuk tempat belajar pula boleh
mempengaruhi gaya pembelajaran melalui susun atur kerusi dan meja dalam bilik
darjah sama ada selesa ataupun tidak. Susunatur yang selesa boleh
mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Tempat duduk yang selesa boleh
mengurangkan keletihan murid sepanjang tempoh pembelajaran.
Rangsangan Emosi

Rangsangan emosi mempunyai perkaitan yang rapat dengan perasaan


seseorang. Elemen yang terkandung dalam rangsangan emosi temasuklah motivasi,
keazaman, sikaptanggungjawab, dan juga struktur. Elemen motivasi boleh
dibahagikan kepada motivasi intrinsik dan juga motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik
merupakan sesuatu yang datang dari dalam diri murid itu sendiri. Seseorang yang
mempunyai motivasi intrinsik yang kuat boleh belajar dengan inisiatif sendiri tanpa
mengharapkan orang lain. Manakala pelajar yang mempunyai motivasi ekstrinsik
hanya akan belajar apabila disuruh atau diarahkan oleh orang lain.

Rangsangan Sosial

Rangsangan sosial diwakili oleh unsur-unsur kendiri, pasangan, rakan


sebaya,pasukan, guru, dan pelbagai cara. Unsur kendiri merujuk kepada seseorang
yang suka belajar bersendirian, manakala, unsur pasangan pula melibatkan gaya
pembelajaran secara berpasangan. Bagi murid yang hanya suka belajar dengan
rakan sebaya sahaja, mereka memperlihatkan kewujudan unsur rakan sebaya.
Begitu juga dengan unsur pasukan, di mana seseorang murid itu selesa belajar
secara berpasukan. Terdapat juga di kalangan murid yang gemar berbincang
dengan guru dan tidak kurang di kalangan murid yang boleh belajar dalam mana-
mana unsur seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Rangsangan Fizikal

Ramai penyelidik berpendapat bahawa apabila pelajar diajar mengikut


kecenderungan gaya pembelajaran masing-masing, pencapaian akademik mereka
akan meningkat secara signifikan. Disebabkan itu, Dunn, et al. (1990), berpendapat
adalah tidak patut sekiranya satu-satu gaya pembelajaran seperti belajar secara
berkumpulan dipaksa ke atas semua pelajar. Ini kerana langkah sedemikian boleh
menjejaskan pencapaian pelajar yang mempunyai kecenderungan yang tinggi
terhadap gaya yang lain. Selain pembelajaran dari segi akademik, kajian lain
menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam sikap dan perlakuan pelajar apabila
gaya pengajaran guru dipadankan dengan gaya pembelajaran pelajar. (Brown,
1978; Cafferty, 1980; Della Valle, 1984; Dunn, 1980; Krimsky, 1982;Murrain, 1983;
Pizzo, 1981 dan Shea, 1983). Semasa ditemubual tentang gaya pembelajaran,
Dunn (1990) berpendapat bahawa pelajar dengan tahap akademik yang berlainan
boleh menunjukkan peningkatan.

Secara ringkasnya, model pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) ini dapat
diringkaskan dalam jadual 1 di bawah.

Jadual 1

Stimulus Unsur Ciri

Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar


Bunyi
belakang seperti muzik

Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat


Cahaya
yang kurang cahaya
Alam
Sekitar Suka belajar di tempat yang sejuk atau di tempat
Suhu
yang panas

Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan


Pola meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring
atau duduk di lantai

Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu


Emosi Motivasi
dirangsang oleh guru
Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh
Ketabahan
belajar dalam masa yang pendek

Tanggung- Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu


jawab bimbingan oleh guru

Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka


Struktur belajar sekiranya lebih masa diberi untuk sesuatu
mata pelajaran atau perkara

Sendiri Suka belajar dengan sendiri

Pasangan Suka berlajar secara pasangan

Rakan Suka belajar dengan rakan sebaya


sebaya
Sosiologi
Pasukan Suka belajar dalam pasukan

Guru Suka belajar dengan guru di sebelahnya

Pelbagai Boleh belajar dengan mana cara tersebut di atas


cara

Suka belajar dengan benda atau pengalaman


Persepsi
maujud atau dengan perkara abstrak

Suka atau tidak suka makan dan minum semasa


Makan
belajar
Fizikal

Suka belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu


Waktu
yang sesuai atau pada bila-bila masa

Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar

Global atau Pelajar global suka belajar secara menyeluruh;


Psikologi Analitik pelajar analitik suka belajar mengikut urutan dan
membuat analisis
Otak Kiri Pelajar yang lebih memproses maklumat di otak kiri
atau Otak suka belajar bahagian-bahagian, bahasa, dan
Kasnan membuat pengiraan dan analisis; pelajar yang lebih
memproses maklumat di otak kanan suka belajar
secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis,
membuat gerakan dan mencipta sesuatu

Impulsif Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan


atau manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum
Reflektif bertindak

Dengan panduan yang telah digariskan dalam model pembelajaran ini,


seharusnya model ini dapat memberi panduan kepada guru untuk mengenal pasti
jenis dan gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap pelajarnya. Oleh itu ,
model ini dapat membntu guru dari segi persediaan alat bantu mengajar (ABM )
yang bersesuaian agar gaya penyampaian guru dapat diterima dengan baik oleh
pelajar Sebagai contoh, kajian menunjukkan ada sebahagian pelajar akan belajar
dengan lebih berkesan apabila adanya muzik (Meng , 1997). Jadi guru perlulah
kreatif dalam proses P&P untuk menghubungjalinkan pembelajaran dan muzik
tersebut. Penggabungan aplikasi budaya berfikir dan budaya teknologi khususnya
multimedia seperti muzik mampu mewujudkan persekitaran P & P yang lebih
menarik dan berkesan (DickW. Dan Reiser R.A, 1998).

Model pembelajaran ini penting kerana jika seseorang guru itu dapat
mengenalpasti gaya pembelajaran anak-anak muridnya itu, guru tersebut dapat
membuat persediaan mengajar yang lebih baik melalaui kaedah dan teknik yang
bersesuaian dangn murid tersebut. Model ini juga telah memudahkan para guru
untuk melihat gaya pembelajaran seseorang individu itu dan seterusnya dapat
mengatur strategi dan kaedah P&P yang sesuai untuk mereka.
Sebagai contoh , guru tersebut mendapati bahawa pelajar tersebut menyukai
dan lebih selesa dengan gaya pembelajaran yang suka akan belajar bersama
dengan rakan sebaya, kumpulan atau pasukan yang merujuk kepada pembelajaran
secara kumpulan, guru tersebut disarankan menyediakan aktiviti selingan (aktiviti
kumpulan ) yang berkaitan selepas atau sebelum aktiviti P&P itu berlangsung.

Disamping dapat mengenalpasti dan mewujudkan gaya pembelajaran di


kalangan pelajar , gaya pengajaran guru juga memainkan peranan yang penting di
dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh yang
sedemikian , dengan adanya kepelbagaian dan persamaan di antara pengajaran
guru dan pembelajaran pelajar , maka penyampaian sesuatu ilmu itu dikatakan lebih
berkesan dan seterusnya dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap apa
yang dipelajari.

Model Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford

Menurut Honey dan Mumford (1992) gaya pembelajaran didefinisikan sebagai


penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya. Honey
dan Mumford (1992) membahagikan gaya pembelajaran kepada 4 kumpulan iaitu
aktivis, reflektif ,teoris dan pragmatis.

Pembelajaran Aktivis

Menurut Honey dan Mumford (1992), seseorang yang memiliki gaya


pembelajaran Aktivis suka melibatkan diri secara aktif dan agresif dalam aktiviti
pembelajarannya. Golongan pelajar ini biasanya mempunyai sikap tidak sabar dan
tergesa-gesa. Ini adalah kerana perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap perkara-
perkara baru. Mereka juga gemar mencari pengalaman baru, sentiasa bersemangat,
berfikiran terbuka, mempunyai motivasi diri yang kuat dan sentiasa mengambil
inisiatif untuk menyelesaikan masalah dengan sendiri. Pelajar dalam golongan ini
cenderung melakukan sesuatu sebelum memikirkan kesan dan akibatnya.

Mereka akan berusaha memenuhi masa harian mereka dengan membuat


pelbagai aktiviti. Selain itu, pelajar dalam golongan ini suka melibatkan diri dalam
kerja-kerja amali, sukan dan aktiviti kokurikulum. Kehidupan mereka adalah aktif dan
sentiasa dipenuhi dengan aktiviti . Mereka berminat kepada pengalaman baru, yang
mencabar tetapi mere mudah berasa bosan terhadap peraturan yang terperinci.
Individu ini biasanya bertindak dahulu sebelum mempertimbangkan kesannya.

Mereka kebiasannyanya menyelesaikan masalah melalui kaedah


sumbangsaran. Golongan pelajar ini tidak memerlukan dorongan daripada orang
lain. Mereka lebih selesa untuuk mengambil tindakan atas inisiatif sendiri. Individu
aktivis merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang
dilakukan sering tertumpu kepada persekitaran dirinya sendiri. Individu yang
mempunyai gaya pembelajaran ini mempunyai fikiran terbuka dan mengambil tahu
akan perkembangan terbaru dalam pembelajaran serta persekitarannya.

Gaya Pembelajaran Reflektif

Honey dan Mumford (1992) mengelaskan pelajar yang memiliki gaya


pembelajaran Reflektif lebih suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri
terhadap apa yang ada di persekitaran Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati,
menyoal siasat, mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan kemahiran
berfikir. Pelajar dalam golongan ini mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, suka mentafsir dan menilai sesuatu perkara dari pelbagai sudut pandangan,
prinsip, keputusan atau projek, membuat refleksi kendiri, sentiasa berhati-hati,
memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti serta mendalam sebelum membuat
sebarang kesimpulan, belajar dan membuat kerja secara sistematik.
Gaya Pembelajaran Teoris

Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran bersifat teoris gemar


menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan terhadap sesuatu
perkara. Pelajar kumpulan ini mengintegrasikan hasil-hasil pemerhatian dalam satu
susunan logik serta memikirkan sesuatu masalah mengikut langkah-Iangkah yang
tertentu dan bersifat logik. Mereka ini lebih berdisiplin, memiliki objektif kendiri,
berfikiran rasional dim logik, kurang kreatifkerana menitikberatkan penggunaan otak
kiri, gemar mencari sebab serta akibat sesuatu perkara yang berlaku dan berminat
mengkaji fenomena-fenomena yang berlaku dalam alam sekitar (Honey dan
Mumford, 1992).

Pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih menekankan aspek


teori dalam pembelajaran mereka. Bagi memahami sesuatu konsep yang
mendalam, pelajar jenis ini kebiasaannya tidak mengalami sebarang masalah
kerana teori adalah merupakan elemen yang bersesuaian dengan gaya
pembelajaran mereka. Menurut Julie (1995), pelajar yang mengamalkan gaya
pembelajaran ini mempunyai kekuatan apabila berada dalam keadaan situasi
bermatlamat, teransang dengan model, konsep, teori dan sistem apabila diminta
untuk memahami dan mengambil bahagian dalam situasi yang kompleks.

Di samping itu, dalam menjalankan ujikaji, pelajar jenis ini juga gemar
membuat dan menguji hipotesis seterusnya membuat kesimpulan berdasarkan bukti
yang diperolehi. Kenyataan ini disokong oleh Honey dan Mumford (1992), yang
menyatakan golongan pelajar yang mengamalkan gaya pembelajaran ini lebih
menggunakan pemikiran yang rasional dan logik.
Gaya Pembelajaran Pragmatis

Honey dan Mumford (1992) menyatakan pelajar yang bersifat pragmatis lebih
praktikal dan mementingkan kebenaran daripada teori, hukum atau prinsip yang
sedia ada. Mereka mengutamakan aplikasi teori, hukum atau prinsip yang sedia ada
dalam situasi sebenar, dan berusaha sedaya upaya merealisasikan idea, teori atau
sesuatu teknik. Selain itu, mereka juga lebih bersifat ekspesif daripada kreatif serta
suka membuat perbandingan. Pelajar dalam gaya pembelajaran pragmatis suka
menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

Shahbuddin dan Rohizani (2004) turut menyokong pemyataan tersebut yang


juga menyatakan bahawa pelajar jenis ini adalah bersikap lebih praktikal berbanding
pelajar lain dalam pembelajaran yang diikuti. Mereka dikatakan gemar mencuba
idea, teori dan teknik yang pelbagai dalam pembelajan.

Penulis menggunakan gaya pembelajaran yang telah dibangunkan oleh


Honey dan Mumford ini adalah kerana ia didapati merangkumi pergerakan manusia
di antara empat gaya pembelajaran yang berbeza-beza .

Didapati bahawa keempat-empat gaya pembelajaran ini bersesuaian


dengan kitaran pembelajaran dimana pelajar mempunyai pengalaman,
menggambarkan pengalaman sedia ada dan mengaplikasikan teori ke dalam
praktikal untuk melihat apa yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai