Anda di halaman 1dari 4

Model-model Yang Berkaitan Dengan Gaya Pembelajaran

1. Model Gaya Pembelajaran Honey & Mumford


Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila manusia
boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk pemahaman, kesedaran,
kemahiran. Kecenderungan ini termasuklah kecenderungan untuk memiliki pengalaman
semasa mempelajari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan
untuk membuat kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi.
Selain itu, Honey & Mumford menekankan gaya pembelajaran didefinisikan sebagai
penerangan ke atas sikap dan individu yang mengamalkannya. Oleh itu, sikap dan tingkah
laku akan menentukan jenis gaya pembelajaran seseorang murid.
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4
kumpulan iaitu:
1. Aktivis 3. Teoris
2. Reflektif 4. pragmatis
Murid yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis merupakan murid yang mempunyai
sikap ingin mencuba sesuatu yang baru dan kehidupan mereka adalah penuh dengan aktiviti
yang mencabar supaya dapat memberi pengalaman yang baru kepada mereka. Selain itu,
jenis murid ini mudah membuat sesuatu tanpa memikir panjang kerana mereka tidak akan
mengambil kira kesan pada sesuatu perkara. Murid jenis ini dapat bekerja dengan berdikari
kerana mereka tidak perlu dorongan daripada orang lain. Pada keseluruhannya, murid jenis
ini merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering
tertumpu pada persekitaran diri sendiri.
Di samping itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif berminat dalam
mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian, memikir dan membuat refleksi
kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran. Murid yang reflektif akan sentiasa mengimbas
kembali terhadap keputusan yang belum diambil ataupun telah diambil. Sikap mereka tidak
terburu-buru untuk membuat keputusan dan mereka suka mencari hakikat yang sebenar.
Selain itu, mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan dengan
pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut. Biasanya, mereka akan kerja
dengan sistematik iaitu langkah demi langkah supaya mengelakkan membuat kesilapan.
Persepsi dan pengamatan mereka agak tajam dan sensitif. Dengan itu, mereka sering
melibatkan diri dalam mata pelajaran Sains yang membuat kesimpulan berdasarkan
pemerhatian sendiri dan pemerhatian orang lain.
Murid yang mempunyai gaya pembelajaran teoris sentiasa memiliki fikiran yang
rasional dan logikal. Mereka mudah terangsang dengan teori dan model dan sistem pemikiran
yang praktikal atau menerima unsur logik. Selain itu, mereka merupakan golongan yang
kurang kreatif dan suka membentuk hipotesis daan mengkaji fenomena yang berlaku di
persekitaran mereka. Pada keseluruhannya, mereka akan sentiasa menggunakan teori untuk
membuat kesimpulan serta lebih mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti, analisis ,
kenyataan atau idea yang wujud.
Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis memiliki fikiran yang rasional
dan logikal terhadap pembelajaran mereka. Mereka hanya pentingkan bukti dan hakikat yang
dapat dilihat oleh mereka sendiri. Perbandingan dengan perkara lain juga sering dibuat
supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling tepat. Selain itu, mereka gemar mencuba
idea , teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi yang
sebenar. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan otak
kanak yang mementingkan logikal.
2. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn
Mengikut Dunn & Dunn (1981), gaya pembelajaran merujuk kepada keadaan di mana
murid-murid belajar dengan cara yang paling optima. Mengikut Dunn (2000), ramai orang
mempunyai kaedah unik untuk mempelajari sesuatu. Menurut Dunn & Dunn lagi, adalah
penting untuk bukan sahaja untuk mengenal pasti tingkah laku individu tetapi juga untuk
mengkaji kecenderungan seseorang itu terhadap pembelajaran. ( Dunn, Thies dan Honigsfeld,
2001).
Menurut Dunn &Dunn, gaya pembelajaran murid telah dipengaruhi oleh beberapa faktor
iaitu:
a) Persekitaran
b) Emosi
c) Sosiologi
d) Fizikal
e) Psikologi
Faktor persekitaran langsung seperti bunyi, cahaya, suhu dan reka bentuk semasa
pembelajaran amat mempengaruhi pembelajaran seseorang murid. Ada sesetengah murid
lebih suka belajar di tempat yang sunyi dan tiada bunyi bising, tetapi ada murid yang suka
memasang radio sementara mereka membaca buku. Contoh yang lain seperti, ada murid yang
suka tempat yang cerah dan suhu yang tinggi untuk pembelajaran yang berkesan pada
mereka, namun ada murid yang tidak suka tempat cerah, tetapi mereka inginkan tempat yang
gelap dan sejuk untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Reka bentuk seseorang
individu juga amat berpengaruh gaya pembelajaran individu itu sendiri. Sebagai contohnya,
murid yang mempunyai personaliti introvert adalah berbeza dengan murid yang extrovert.
Murid yang mempunyai cirri introvert lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih formal
dan memerlukan satu tempat khas yang ada meja dan kerusi untuk mereka. Manakala murid
yang extrovert lebih suka belajar di tempat yang lebih tidak formal seperti di atas lantai, di
taman bunga dan sebagainya.
Dengan ini, suasana persekitaran yang berbeza akan melahirkan gaya pembelajaran
yang berbeza. Oleh itu, setiap individu mempunyai rutin pembelajaran yang berbeza. Sebagai
seorang pendidik, tidak boleh memaksa murid-murid menerima cara pembelajaran yang
tertentu sahaja.
Faktor yang kedua adalah emosi sendiri murid tersebut. Sebagai contohnya,motivasi,
usaha, tanggungjawab dan keperluan untuk struktur dan fleksibiliti. Motivasi seseorang yang
merupakan daya penggerak utama yang menjamin kejayaan seseorang. Motivasi dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi instrinsik. Motivasi
ekstrinsik adalah motivasi yang dipaksa atau didesak untuk mendapatkan ganjaran atau
markah yang tinggi manakala motivasi instinsik adalah motivasi yang lebih kepada dorongan
dalaman seperti keperluan, sikap dan emosi yang semula jadi yang menyebabkan mereka
turut serta dalam proses pembelajaran. Di samping itu, struktur adalah suatu peraturan yang
spesifik yang digunakan untuk melaksanakan tugasan atau kerja. Arahan guru yang jelas dan
berstruktur amat penting kepada pelajar dalam proses pembelajaran tetapi ada murid yang
suka gaya pembelajaran yang bebas. Oleh itu, sebagai seorang guru harus memberi perhatian
kepada murid yang mempunyai pelbagai jenis struktur pembelajaran. Sementara itu, ada
murid yang berasa dirinya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembelajaran maka
murid tersebut akan berusaha dan sentiasa melaksanakan tugas dengan baik. Tetapi ada
sesetengah murid yang berasa tanggungjawab mereka bukan di pembelajaran, maka mereka
akan mengabaikan pembelajaran mereka begitu sahaja.
Faktor sosiologi dipengaruhi oleh diri sendiri,pasangan, rakan sebaya, pasukan dan
lain-lain. Terdapat murid yang suka bersendirian dan belajar dengan sendiri tanpa bergaul
dengan orang lain. Mereka percaya bahawa lebih mampu belajar tanpa gangguan orang lain.
Selain itu, ada juga murid yang suka belajar dengan berpasangan. Hal ini kerana mereka rasa
lebih suka belajar dengan kehadiran kawan baiknya yang dapar berinteraksi dua
hala. Sementara itu, belajar dalam kumpulan juga merupakan gaya pembelajaran yang amat
popular dan digalakkan kerana murid-murid akan lebih bermanfaat dalam memberi
idea. Bagi faktor orang dewasa pula, banyak dipraktik di sekolah atau di rumah. Murid-
murid lebih cenderung menanya soalan yang mereka tidak faham kepada orang dewasa. Oleh
itu, gaya pembelajaran ini juga amat berkesan bagi murid-murid dalam proses pembelajaran.
Faktor fizikal seperti persepsi pancaindera, makanan dan minuman,waktu atau
tempoh belajar dan pergerakan. Seseorang itu akan menggunakan kesemua pancaindera
dalam proses mengingati maklumat. Sebagai contohnya, melalui auditif, dapat membantu
murid mengeluarkan bunyi untuk mendengar dan mengingati semasa proses pembelajaran.
Visual pula membolehkan murid belajar melalui pengamatan kepada asosiasi visual yang
kuat dan cenderung untuk melihat gambar yang menarik. Taktual adalah melalui sentuhan
semasa pembelajaran, dengan menggunakan cara ini murid akan mudah mengingati apa yang
dibelajari. Seterusnya adalah kinestetik yang belajar melalui hasil kerja dan pengerakan.
Selain itu, terdapat murid yang makan dan minum sementara mereka belajar atau membuat
kerja. Ini dapar mengurangkan tekanan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Faktor yang seterusnya adalah tempoh belajar seseorang murid. Terdapat murid yang hanya
dapat belajar dan memberi fokus pada waktu pagi sahaja dan ada yang dapat memberi
perhatian pada waktu perdananya sendiri. Oleh itu, waktu pembelajaran yang agak berbeza
bagi setiap murid. Ada murid yang gemar melakukan pergerakan setelah seketika untuk
belajar. Oleh itu, waktu rehat menjadi keperluan kepada murid-murid untuk merehat dan
melakukan pergerakan supaya fokus dapat diberi kepada pembelajaran yang seterusnya.
Faktor yang terakhir adalah faktor psikologi yang menekankan reflektif dan impulsif ,
global dan analitikal. Murid yang mengamalkan gaya pembelajaran impulsif suka belajar
dengan cepar dan tidak suka membuat sebarangan persediaan awal manakala murid yang
bersifat reflektif adalah lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu dan akan memikir dengan
lebih mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Di samping itu, murid
jenis analitikal suka belajar dalam persekitaran yang cerah dan lebih formal manakala murid
jenis global lebih suka belajar dalam persekitaran yang suram dan duduk secara tidak formal
seperti di atas sofa dan lantai.

Anda mungkin juga menyukai