Anda di halaman 1dari 17

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN 1

1.0 PENGENALAN 2

2.0 DEFINISI PSIKOLOGI PENDIDIKAN 2

3.0 LATAR BELAKANG SOSIAL 3

4.0 SENARIO MASALAH PEMBELAJARAN 5

5.0 Huraian Lain Teori Pembelajaran Dan Teori Perkembanagan 5

5.1 Teori Perkembangan Dunn dan Dunn 5

5.2 Teori Perkembangan Bandura 6

5.3 Teori Perkembangan Konstruktivisme 7

6.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN 8

6.1 Implikasi Teori Perkembangan Dunn Dan Dunn 8

6.2 Implikasi Teori Perkembangan Robert Havighurst 9

6.3 Implikasi Teori Perkembangan Bronfenbrenner 11

6.4 Implikasi Teori Pelaziman Klasik 13

KESIMPULAN 14

RUJUKAN 15
1.0 PENGENALAN

Peranan guru masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja memainkan peranan
utama sebagai penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar, malahan
bertanggungjawab menyuburkan minat, memperkembangkan bakat dan kebolehan
para pelajar. Guru juga merupakan sumber untuk membina daya pemikiran yang
analitikal, kritikal dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka selaras
dengan hala tuju sistem pendidikan.

Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam terhadap kepelbagaian


murid yang wujud bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan
juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama,
latar belakang keluarga, sosio ekonomi dan gaya pembelajaran murid itu sendiri.
Kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya
dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar
belakang budaya setiap orang murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih
berkesan.

2.0 DEFINISI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Psikologi berasal dari perkataan tamaddun Greek purba „psyche‟ dan „logos‟.
„Psyche‟ bermaksud jiwa atau minda. „Logos‟ bermaksud kajian mengenai sesuatu
(kajian mengenai pemikiran atau jiwa yang dapat mempengaruhi sikap dan pelakuan
organisme). Psikologi merupakan satu kajian mengenai sesuatu yg memberi kesan
kepada jiwa seseorang. “Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya
berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan
seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat
manusia”.

Pendidikan bermaksud satu proses menyampai dan menimba pengetahuan


untuk membangunkan daya intelek dan keyakinan diri manusia. Oleh hal yang
demikian, akan meningkatkan kematangan untuk memberikan pendapat dan berhujah
semasa menjalani kehidupan sebenar. Oleh itu, secara ringkasnya pendidikan

2
memberi maksud segala pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera memberi
kesan kepada pemikiran manusia. Maklumat yang diterima secara berstruktur akan
membentuk fizikal dan tingkah laku manusia. Pengetahuan, kemahiran dan nilai
murni akan diwarisi dari generasi ke generasi dalam proses membangunkan
ketamadunan negara bangsa secara berterusan.

3.0 LATAR BELAKANG SOSIAL

Faktor Ibu Bapa Pengaruh persekitaran sosial yang paling awal diterima oleh
seseorang manusia sudah tentulah daripada ibu bapa sebagaimana hadis Nabi saw
yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:

“Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah
(bersih daripada sebarang dosa), maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan
anak itu sama ada sebagai seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi”.

Faktor Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri.


Al-Nawawi (2003) dalam menjelaskan maksud hadis ini berpendapat, hadis ini
menjelaskan setiap kanak-kanak yang dilahirkan itu secara fitrahnya adalah
cenderung kepada kehendak-kehendak Islam, atau tauhid (Hijazi 1992). Pengaruh
kedua ibu bapa atau salah seorang daripadanya adalah penting untuk memastikan
kecenderungan itu berterusan atau sebaliknya. Kebanyakan ibu bapa mempunyai 20
tahun yang diberi perhatian untuk mensosialisasikan anak-anak (Zakaria Stapa,
Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf 2012). Walau bagaimanapun, gaya
keibubapaan membentuk personaliti anak-anak, oleh itu adalah penting bagi ibu bapa
untuk mengambil bahagian dalam proses pembelajaran mereka. Ibu bapa juga harus
menunjukkan contoh sikap ini kepada anak-anak dan membimbing kelakuan mereka.
Ibu bapa juga bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan pembentukan
konsep diri yang positif di kalangan anak-anak (Zaleha Sulaiman 1995).

Perkara ini digambarkan oleh Rogers et al. (2009) yang mendapati bahawa
tekanan akademik daripada bapa akan mengakibatkan prestasi akademik yang rendah,
tetapi galakan dan sokongan ibu akan meningkatkan prestasi pelajar. Ibu mempunyai
nilai-nilai keibuan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dan ini membantu
3
tumbesaran anak-anak yang sihat (Kamarul Azmi dan Siti Fauziyani, 2007). Dalam
orientasi keagamaan juga, sikap keperempuanan seorang ibu, seperti menyerah diri,
aman dan memahami menjadikan mereka ahli ibadah yang baik (Flere, 2007).

Faktor Rakan Sebaya Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh
yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che
Noraini, 2005). Di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar
persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak
sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan
dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai
sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah
penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek,
sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang
rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap
optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan
santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

Seterusnya adalah faktor dari guru itu sendiri. Peranan guru sebagai pendidik
adalah besar dalam pendidikan akhlak. Guru bukan sahaja berperanan sebagai
murabbi, malah guru mempunyai hubungan langsung dengan murid dalam pendidikan
akhlak dan dalam proses menyemai nilai-nilai spiritual (Muhammad Faisal Ashaari &
Zulkepli Abd Ghani, 2006). Guru-guru disiplin juga memainkan peranan yang penting
dalam menangani masalah akhlak pelajar di mana latihan perlu diberi agar mereka
dapat menangani masalah ini dengan lebih baik (Karuppaya, 2007). Guru perlu
mendidik pelajar dan memberi panduan kepada mereka untuk mempraktikkan akhlak
yang baik, bukan sekadar memberi penekanan kepada 'membuat perkara yang betul'
(Kristjansson, 2010).

Terdapat juga peranan masyarakat yang menjadi jiran-jiran di mana mereka


juga memainkan pernanan dalam pendidikan akhlak remaja. Oleh itu, pusat keagaam
menjadi tumpuan dalam pendidikan ini. Pusat keagaamaan di kawasan kejiranan
memperuntukan kawasan di mana anak-anak dapat bertemu dan bersosial dengan
masyarakat setempat. Pusat keagaaman komuniti juga memberi ruang kepada mereka
untuk mempraktikkan dan menyemai sikap yang baik. Seandainya perkara ini tidak

4
diambil berat oleh semua lapisan masyarakat, maka perkara-perkara yang dapat
mempengaruhi masalah soasial, disiplin dan perkembangan pelajar mungkin berlaku.

4.0 SENARIO MASALAH PEMBELAJARAN

Saya sebagai seorang guru yang bertugas di sekolah KAFA An-Nur PPR Kg.
Muhibbah telah melakukan pemerhatian didalam kelas mengenai tingkah laku pelajar
ketika proses pengajaran dijalankan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan,
masalah utama yang dihadapi adalah terdapat pelajar yang tidak memberi tumpuan
yang sepenuhnya ketika proses pengajaran dilakukan. Terdapat pelajar yang bermain,
bersembang dan tidak memberi penumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Masalah ini bukanlah mengganggu dari pihak guru sahaja, bahkan
masalah ini membelenggu pelajar lain. ini kerana pelajar yang bermasalah
mengganggu konsentrasi pelajar lain. Masalah ini telah menyebabkan prestasi para
pelajar menurun daripada pencapaiannya yang sebenar.

Oleh sebab demikian, masalah yang berlaku ini perlu ditangani oleh guru
dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Pelajar yang tidak memberikan
penumpuan mampu mempengaruhi keputusannya dan kawan-kawannya yang lain
berdasarkan sikap dan tingkah laku pelajar tersebut. Menurut Salleh (2005),
ketidakupayaan pelajar dalam menguasai pengetahuan secara berterusan dan
memahami topik-topik yang telah dipelajari adalah disebabkan oleh proses
pembelajaran yang tidak melibatkan pelajar secara aktif. Mereka lebih gemar
membuat bising atau melakukan kerja lain yang mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran.

5.0 Huraian Lain Teori Pembelajaran Dan Teori Perkembanagan

5.1 Teori Perkembangan Dunn dan Dunn

Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa kajian yang dijalankan oleh
beliau sejak seabad yang lalu mendapati bahawa strategi belajar bagi seseorang sangat
berbeza di antara satu sama lain. Dunn dan Dunn (1978) mendapati gaya
pembelajaran gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada 5 kategori iaitu (1)

5
Persekitaran, (2) Emosional, (3) Sosiologikal, (4) Fizikal dan (5) Psikologikal. Beliau
mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang disesuaikan dengan strategi
pembelajaran seseorang pelajar dapat mempertingkatkan pencapaian akademik
seseorang pelajar dan membawa individu mencapai ke tahap yang lebih cemerlang.
Strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan jurusan atau kehendak kursus yang
diambil juga akan memberi kesan positif kepada pencapaian akademik. Masalah
pembelajaran berlaku terdiri daripada 5 kategori tersebut. Kategori-kategori ini adalah
peranan utama dalam berlakunya permasalahan dan kemajuan pelajar.

Menurut teori Dunn (1984), gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar
mendapatkan dan mengekalkan maklumat atau kemahiran, tidak kira bagaimana
proses tersebut diperihalkan, ia adalah berbeza bagi setiap orang. Gaya pembelajaran
bergantung kepada ciri-ciri biologi dan perkembangan sahsiah seseorang dan ia
dipengaruhi oleh persekitaran, emosi, pengaruh sosial serta perasaan individu (Dunn,
1984). Hubungkait masalah pembelajaran yang dialami oleh pelajar terbabit dengan
teori Dunn ini. ini kerana, gaya pembelajaran pelajar di pengaruhi oleh persekitaran,
emosi dan pengaruh sosial pelajar itu sendiri. Perkara-perkara tersebut adalah perkara
yang penting dalam mempengaruhi proses perkembangan dan pelajaran pelajar.
Kesannya, sama ada sesuatu proses pengajaran efektif dan bermanfaat atau sebaliknya
adalah dipengaruhi oleh cara atau gaya pembelajaran pelajar yang berbeza dan
pelbagai.

Menurut Dunn dan Dunn (1978) lagi, setelah beliau menganalisis kajian lain
dan membuat kesimpulan bahawa tindakan mengenal pasti pelajar menerusi gaya
pembelajaran mereka, boleh membantu pelajar-pelajar mencapai skor yang tinggi
dalam ujian, mempunyai sikap yang lebih baik dan lebih efisien serta memudahkan
para guru melaksanakan pengajaran mereka. Tambahan pula, pengetahuan tentang
gaya pembelajaran seseorang pelajar akan memberi kelebihan kepada guru untuk
mengajar dan menguji pelajar mereka berlandaskan gaya pembelajaran pelajar-pelajar
tersebut.

5.2 Teori Perkembangan Bandura

Teori pembelajaran sosial yang telah diperkembangkan oleh Albert Bandura


(1977) cuba menghuraikan mengapa seseorang melakukan sesuatu tindakan. Bandura

6
mengatakan bahawa sesuatu tindakan itu merupakan hasil interaksi antara ketiga-tiga
faktor iaitu manusia, persekitaran dan tabiat manusia. Tidak satupun dari tiga faktor
ini boleh dikatakan sebagai penentu kepada sesuatu tindakan secara berasingan.
Walau bagaimanapun, Bandura (1977) berpendapat bahawa walaupun wujud interaksi
antara tiga komponen ini, namun sebahagian daripada komponen ini mungkin lebih
berpengaruh dari yang lain pada masa tertentu bagi menghasilkan sesuatu tindakan.

Berdasarkan kepada teori Bandura ini, dapat dilihat bahawa mengapa pelajar
tidak memberi penumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta kerap
membuat bising dan bermain. Teori ini bertepatan dengan situasi yang terjadi di
sekolah saya dalam proses pembelajaran. Ini keran, pelajar melakukan sesuatu
tindakan yang menyebabkan kurang penumpuan atau lebih memberi penumpuan
kepada perkara yang tidak sepatutnya seperti membuat bising dan bermain.

5.3 Teori Perkembangan Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan


atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam
proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan
sedia ada untuk membina pengetahuan baru (Kementerian Pendidikan Malaysia
2001).

Brooks & Brooks (1993) mendefinisikan teori konstruktivisme dengan


menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis
pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka
membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan
idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna
kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat
supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan
menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan
lebih baik.

Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan


berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada

7
situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan
intelektual yang sedia wujud (Briner, M 1999)

6.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN

6.1 Implikasi Teori Perkembangan Dunn Dan Dunn

Andaian yang boleh diberi adalah pengaruh perekitaran dan emosional pelajar
menyebabkan pelajar tidak memberi penumpuan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

Implikasi pengajaran yang boleh digambarkan adalah, antara gaya


pembelajaran yang ada ialah Dunn dan Dunn. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan
bahawa beliau mendapati strategi belajar bagi seseorang sangat berbeza di antara satu
sama lain. Gaya pembelajaran ini boleh dikategorikan kepada lima kategori iaitu
persekitaran, emosional, sosiologikal, fizikal dan psikologikal. Beliau mendapati
bahawa kaedah, sumber dan program yang disesuaikan dengan strategi pembelajaran
seseorang pelajar dapat mempertingkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar
dan membawa pelajar mencapai ke tahap yang lebih cemerlang. Berdasarkan teori
Dunn dan Dunn ini, para pendidik boleh mewujudkan persekitaran yang lebih
kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidik juga perlulah
mengetahui emosi para pelajar dengan meneliti pergerakan dan perkembangan
mereka.

Contoh yang dapat diberi adalah pelbagai cara untuk mengatasi masalah yang
dialami oleh pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Permulaanya guru
mestilah mengetahui dan mengambil maklum berkenaan sejarah latar belakang pelajar
yang bermasalah tersebut. Maka, perlulah guru memikirkan alternatif dan mengambil
inisiatif untuk lebih memberi perhatian dan mendekatkan diri kepada pelajar
bermasalah tersebut. Ini kerana, pelajar tersebut akan rasa dihargai dan guru mestilah
selalu memberi pujian dan galakkan atas segala perbuatan dan usaha yang dilakukan
oleh pelajar tersebut. Menurut Che Ahmad (2016), guru kurang memberi peluang
kepada mereka dalam mengambil alih tanggungjawab dalam menjalankan
pembelajaran kendiri di samping guru mengawal dan memantau pembelajaran dalam

8
bilik darjah. Guru perlu memberi perhatian yang secukupnya dan berilah tugas-tugas
penting kepada mereka agar mereka lebih berfikir secara kritis dan tidak menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas menjadi bosan dan menghilangkan
tumpuan pelajar. Pelajar akan cepan hilang tumpuan sekiranya proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dengan cara satu hala sahaja.

Menurut Piaget (1970) pula, beliau memandang permainan sebagai aktiviti


pengukuhan untuk tingkah lakuyang boleh dipelajari. Walaupun permainan dan
pembelajaran adalah aktiviti yang berbeza, namun yang pasti permainan mampu
memudahkan cara pembelajaran. Hal ini demikian kerana, melalui bermain, secara
tidak langsung memberi peluang kepada kanak-kanak untukmemperoleh pengalaman
baru serta dapat diadaptasikan ke dalam struktur kognitif mereka. Piaget percaya
bahawa perkembangan kanak-kanak berlaku melalui transformasi pemikiran yang
proses berterusan ( Bobby Ojose 2008).

6.2 Implikasi Teori Perkembangan Robert Havighurst

Andaian yang boleh diberikan berdasarkan teori perkembangan Robert Havighurst


adalah faktor persekitaran yang memberi penekanan kepada masalah kewangan
keluarga.

Implikasi pelajaran yang boleh diberikan adalah guru menekankan nilai-nilai


semnagt untuk belajar dan menuntut ilmu walaupun didalam keadaan yang sederhana.
Ini kerana memlalui proses ceramah dan kaunseling dapat membantu meningkatkan
semangat pelajar dalam terus memberi tumpuan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh sebab lain, guru juga boleh berbincang dengan pihak sekolah atau
yang bertanggungjawab dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
pelajar tersebut.

Contohnya, Pencapaian akademik adalah satu aspek persekolahan yang tidak


dapat dipisahkan dari kehidupan pelajar. Bagaimananpun pencapaian akademik
pelajar adalah berbeza-beza kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Latar belakang
pelajar adalah faktor yang sering disebut sebagai pengaruh utama kepada perbezaan
dalam pencapaian akademik. Kajian-kajian menunjukkan bahawa pencapaian

9
akademik bukan sahaja dipengaruhi oleh masalah kewangan yang dihadapi oleh
pelajar tetapi juga budaya yang melengkungi keluarga dan masyarakat yang
melengkungi kehidupan pelajar-pelajar. Beliau berpendapat perkembangan kanak-
kanak amat dipengaruhi oleh persekitarannya.

Ini bermakna perkembangan personalitinya juga turut dipengaruhi oleh nilai-


nilai, norma-norma serta budaya masyarakat dan persekitarannya menurut beliau lagi
faktor biologi, sosial dan psikologi juga mempengaruhi perkembangan seseorang
individu. Selain itu, Robert Havighurst juga memperkenalkan konsep tugas-tugas
perkembangan. Tugas-tugas perkembangan merujuk kepada satu-satu tugas yang lahir
pada satu-satu masa yang lahir dalam hidup individu tersebut. Kejayaan dalam
mencapai tugas ini akan memberikan kegembiraan kepada individu tersebut manakala
kegagalan akan membawa kesedihan dan kesusahan dalam melaksanakan tugas-tugas
yang selanjutnya.

Robert Havighurst menyatakan dalam setiap tugas perkembangan, seseorang


akan dapat melakukan fungsi pada satu masa yang ditetapkan mengikut satu norma
atau set nilai yang tertentu. Maksudnya di sini kanak-kanak mempunyai tahap
perkembangan yang berbeza. Terdapat kanak-kanak yang dapat menyerap dengan
cepat input-input yang diberikan oleh guru dan ada juga murid-murid yang lambat
menerima. Oleh itu, guru berperanan dalam membahagikan murid-murid kepada
beberapa kumpulan mengikut tahap perkembangan masing-masing. Murid-murid
perlu membina sikap terhadap diri yang sempurna seperti sikap terhadap penjagaan
diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang normal pada peringkat sekolah
rendah. Dalam hal ini guru perlulah memahami fungsi sosiometri di dalam bilik
darjah agar murid-murid dapat membina sikap kendiri yang positif. Contohnya,
keadaan bilik yang bersih dan ceria akan menarik minat murid untuk terus belajar dan
tidak akan berasa bosan sepanjang pembelajaran dilaksanakan. Pada peringkat umur 6
– 12 tahun, kanak-kanak akan mulai belajar bertolak ansur dengan rakan sebaya dan
mulai membina jalinan persahabatan. Di sini guru berperanan dalam menerangkan
konsep fungsi dan peranan rakan sebaya dalam kehidupan anak-anak tersebut untuk
memastikan rakan yang dipilih itu membawa ke arah kebaikan ataupun keburukan
murid.

10
6.3 Implikasi Teori Perkembangan Bronfenbrenner

Andaian yang boleh diberikan berdasarkan teori Bronfenbrener adalah berasaskan


persekitaran pelajar. Brofenbrener mengatakan kekeluargaan dan persekitaran boleh
mengganggu perkembangan pelajar dari sudut emosi.

Implikasi yang boleh digambarkan adalah guru mengetahui latar belakang


pelajar yang bermasalah. Dari mana datangnya pelajar dari sudut latar belakang
kekeluargaan dan persekitaran yang menyebabkan pelajar menghadapi masalah dalam
memberi penumpuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan teori
ini, guru dapat memberi perhatian yang baik dan dapat membantu dengan sedaya
upaya pelajar yang bermasalah serta dapat meningkatkan keyakinan pelajar.

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori


perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke
atas perkembangan individu. Bronfenbrenner menyatakan faktor biologi dan faktor
persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seseorang dari
segi fizikal, psikologi dan kognitif. Teori ini menjelaskan bahawa perkembangan
seseorang individu dipengaruhi oleh interaksi dua hala antara seseorang individu
tersebut dengan sistem persekitaran dan antara satu sistem persekitaran dengan sistem
persekitaran yang lain. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan
bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam
persekitaran dengankanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-
kanak dengan persekitarankanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori
ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-kanak yang merupakan individu
yang berada dalam ruang lingkup mikro.

Teori Ekologi yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner (1979) merupakan


teori yang sesuai untuk memahami bagaimana persekitaran yang melingkungi
kehidupan kanak-kanak mempengaruhi perkembangan psikologi kanak-kanak. Teori
yang diasaskan oleh Bronfenbrenner menekankan pengaruh persekitaran terhadap
perkembangan manusia. Oleh itu, melalui teori ini persekitaran ekologi manusia
berdasarkan hubungannya dengan konteks, iaitu individu itu berada dan berinteraksi
menjadi fokus utama.

11
Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979) yang melihat hubungan timbal balas
keluarga dan persekitaran terdekat kanak-kanak yang lain, iaitu rakan, guru dan jiran
dalam mempengaruhi hubungan kanak-kanak dengan persekitaran tersebut sekali gus
mempengaruhi perkembangan psikologi kanak-kanak. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa mesosistem merupakan interaksi antara keluarga dengan sekolah seperti
interaksi ibu bapa dengan pihak sekolah dan guru dan ibu bapa dengan rakan
(Bronfenbrenner, 1979). Contohnya, penglibatan ibu bapa dalam aktivti kanak-kanak
di sekolah akan memberi impak yang dapat membantu memajukan akademik dan
tingkah laku kanak-kanak. Interaksi lain seperti ibu bapa dengan jiran juga
mempengaruhi perkembangan psikologi kanak-kanak. Selain itu, keadaan di rumah
juga mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak di sekolah. Jika perkara yang tidak
baik berlaku di rumah atau pun di sekolah dibiarkan akan meninggalkan kesan negatif
kepada perkembangan psikologi kanak-kanak terbabit. Namun apabila keadaan ini
berlaku dan orang sekeliling yang turut terlibat dalam kehidupan seharian kanak-
kanak memainkan peranan dengan baik, kanak-kanak dapat menghadapi situasi
tersebut. Hal ini kerana reaksi yang diberikan negatif akan memberikan impak negatif
dan menganggu emosi mereka sekali gus menjejaskan pelajaran dan kehidupan
seharian mereka.

Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner, guru


boleh memanfaatkan pelbagai teknik pembelajaran dan lebih belajar memahami
pelajar dan persekitaran yang dilalui oleh mereka. Kesediaan mental dan fizikal
pelajar untuk mempelajarisuatu pembelajaran di dalam kelas bergantung kepada
keadaan persekitaran yang telah dansedang mempengaruhi pelajar. Persekitaran dan
latar belakang keluarga yang berbeza juga menjadi faktor kepada penerimaan pelajar
terhadap suatu mata pelajaran yang diajarkan di bilik darjah.

Oleh yang demikian, guru-guru harus menaik taraf cara pengajaran dengan
menggunakanteknologi dengan cara menitikberatkan prinsip dan kriteria pemilihan
bahan untuk aktiviti yangakan dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran literasi bahasa.

12
6.4 Implikasi Teori Pelaziman Klasik

Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan
ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh
Pavlov dan Watson melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little
Albert dan eksperimen ke atas anjing. Eksperimen-eksperimen tersebut secara
ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada
awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut,
penghapusan akan dijalankan.

Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua- dua tokoh tersebut, dapatlah
digunakan oleh para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi
teori tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah :

 gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam proses
pengajaran) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik. Selain daripada itu juga,
ia perlu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid- murid untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, jika seorang
guru ingin mengajarkan perkataan “bola” kepada murid, pastikan murid
mampu menyebut perkataan tersebut terlebih dahulu apabila ditunjukkan sebiji
bola kearahnya. Kemudian, tunjukkan kad perkataan bola disertakan dengan
sebiji bola untuk mendapat gerak balas murid tersebut. Aktiviti tersebut
diulang beberapa kali sehinggalah murid mampu menyebut perkataan buku
apabila ditunjukkan kad perkataan kepadanya.

 Guru perlu memberikan latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan


terlazim dengan gerak balas terlazim. Contohnya, memberikan penyelesaian
masalah matematik dengan kerap kali. Seterusnya, gunakan peneguhan
sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan
fenomena proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi
memotivasikan murid semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika
sebelum ini guru memberikan gula- gula, pada suatu hari guru memberikan
pensel sebagai peneguhan. Malah, guru perlu membantu murid memulihkan
ingatan dengan memberikan masa rehat yang cukup sehingga segala gangguan
pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

13
 Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan
melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja.
Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru
meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai
kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari. Kaitan antara rangsangan dengan gerak
balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan
dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Dalam
pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini
bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran,
tingkah laku itu mungkin terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta merta juga
dapat membantu seorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

KESIMPULAN

Masyarakat maklum berkenaan dengan permasalahan yang wujud dalam kalangan


pelajar. Dapat kita simpulkan bahawa pelbagai permasalahan yang wujud berkaitan
dengan perkembangan dan pembelajaran pelajar di sekolah. Terdapat pelajar yang
dengan masalah disiplinnya, masalah pembelajarannya dan lain-lain. Oleh itu, sebagai
pendidik, haruslah pelbagaikan teknik-teknik pengajaran yang berkesan untuk
diterapkan kepada pelajar agar pelajar lebih mudah memahami dan pelajar seronok
dengan persekitaran pembelajaran. Pendidik juga boleh mengaplikasikan teori-teori
perkembangan dan pelajaran yang ada didalam proses pengajaran disekolah. Ini
kerana, teori-teori berkenaan sesuai dengan msalah-masalah yang tertentu dan dapat
mengembalikan minat pelajar dalam menuntut ilmu. Di samping itu, pendidik dapat
melatih para pelajar dengan teknik yang berkesan daripada teori-teori tersebut. Oleh
itu, perkaitan dan hubungkait diantara teori perkembangan dan pembelajaran dalam
pembelajaran dapat memberi impak yang besar dan positif kepada pelajar dalam
melahirkan pelajar yang intelek dari segi jasmani dan rohani.

14
RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri Zuria Mahmud Safani Bari. 2005. Permasalahan Pelajar-pelajar
Fakir Miskin di Daerah Sabak Bernam. Jurnal Pendidikan.

Bandura, A. 1997. Social learning theory. New Jersey: Prentice-Hall.

Bobby Ojose. 2008. Applying Piaget’s Theory of Cognitive Development to


Mathematics Instruction. The Mathematics Educator.

Bronfenbrenner, U. 1977. Toward an Experimental Ecology of Human Development.


New York: Cornell University.

Bronfenbrenner, U. 1979. The Ecology of human development. Experiments by


nature and design. Cambridge, MA: Harvard University Press.

Brooks,J.G. & Brooks,M.G. 1993. In Search Of Understanding: The Case For


Constructivist Classrooms. Alexandria, VA:Association for Supervision and
Curriculum Development (ASCD).

Che Ahmad, C. N., Shaharim, S. A., & Yahaya, A. 2016. Kesesuaian persekitaran
pembelajaran, interaksi guru-pelajar, komitmen belajar dan keselesaan
pembelajaran dalam kalangan pelajar Biologi. Jurnal Pendidikan Sains dan
Matematik Malaysia. JPSMM – UPSI.

Dunn, R., & Dunn, K. 1978. Teaching students through their individual learning
styles. Reston, VA: Reston.

Flere, S. 2007. Gender and Religious Orientation. Social Compass, Florez, I.R.
2011. Developing Young Children's Self-regulation through Everyday
Experience.

Kamarul Azmi Jasmi & Siti Fauziyani Md. Saleh @ Masrom. 2007. Pendidikan dan
Pembangunan Keluarga Cemerlang. Skudai Johor: Penerbit UTM.

Kamarul Azmi Jasmi, Khairunnisa A Shukor, & Ahmad Firdaus Mohd Noor. 2013.
Masalah Sosial Dalam Kalangan Pelajar Dan Peranan Pensyarah
Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (Social Issues Among

15
Students And Lecturers Role Of Islamic Education In Teach-Ing And
Learning). Faculty Of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia

Karuppaya, S. 2007. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kemerosotan Disiplin Di


Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Johor. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Pembelajaran Secara Konstruktivisme.


Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Muhammad Faisal Ashaari & Zulkepli Abd Ghani. 2006. Islam di Alam Siber:
Pengalaman Malaysia dan Prospek Modal Insan Masa Depan. Prosiding
Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan,

Piaget, J. 1970. Science of education and the psychology of the child. New York:
Viking.

Piaget, J. 1977. Epistemology and psychology of functions. Dordrecht, Netherlands:


D. Reidel Publishing Company

Rogers, M.A., Theule, J., Ryan, B.A., Adams, G.R. & Keating, L. 2009. Parental
Involvement in Academic Achievement: Evidence for Mediating Process.
Canadian. Journal of School Psychology, 24(34).

Rohayati binti Junaidi, Tengku Intan Marlina binti Tengku Mohd Ali, Madiawati binti
Mamat @ Mustaffa. 2018. Mesosistem dalam novel kanak-kanak terpilih
(mesosystem in a selected children’s novel). Jurnal Pengajian Melayu
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Roshiza Binti Abdul Wahab. 2015. Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar
Kurang Upaya Tumpuan Dan Hiperaktif (Adhd). Universiti Sains Malaysia.

Salhah Abdullah & Sapora Sipon. 2014. Psikologi Pendidikan. Program


Pensiswazahan Guru. Universiti Sains Islam Malaysia.

Salleh, R. A.Bakar, A & Abdul Raffar, R. 2005. Keberkesanan Pembelajaran


Koperatif Dalam Meningkatkan Penguasaan Pelajar Hayat Terhadap Isi
Kandungan Mata Pelajaran Biologi Serta Mempengaruhi Pencapaian
Pelajar. Jurnal Penyelidikan Pendidikan.

16
Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. 2012. Faktor
Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri (Social
Environmental Factors And Their Relation To Identity Formation). Jurnal
Hadhari Special Edition. Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia

Zaleha Sulaiman. 1995. Pengurusan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah


Menengah di Luar Bandar: Kes Empat Buah Sekolah Menengah di Negeri
Kedah Darul Aman. Tesis Sarjana. Kedah: Universiti Utara Malaysia.

17

Anda mungkin juga menyukai