Anda di halaman 1dari 3

Soalan: Bincangkan bagaimana model TIP dapat diimplementasikan sebagai panduan pembinaan

bahan pengajaran.

Teknologi memainkan peranan penting dalam pembelajaran pelajar (Russell, Lucas, &
McRobbie, 2003). Kelancaran proses pengajaran berhubung kait dengan keberkesanan bahan
pengajaran yang disediakan. Penggunaan teknologi dapat memacu pembelajaran koperatif,
meningkatkan integrasi kurikulum, mempelbagaikan strategi gaya pembelajaran dan
mengukuhkan perhubungan masyarakat (Whitehead, Jensen, & Boschee, 2003). Model
Technology Integration Planning (TIP) oleh Roblyer (2006) memberi pendekatan umum kepada
guru untuk menangani cabaran mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran. Lima fasa model
TIP dapat diimplementasikan sebagai panduan dalam pembinaan bahan pengajaran.

Fasa pertama, mengenal pasti kelebihan relatif. Dalam fasa ini, guru perlu mengenal pasti
masalah pembelajaran, menganalisis punca permasalahan dan menganalisis aras teknologi yang
digunakan untuk bahan pengajaran. Menganalisis aras teknologi perlu difokuskan kepada tiga
aspek iaitu, (i) kelebihan teknologi yang akan digunakan berbanding teknologi lain, (ii) medium
teknologi yang sesuai sama ada teks, grafik, animasi, audio atau video, dan (iii) maklumat yang
sepadan dengan keupayaan pelajar yang akan memproses maklumat tersebut.

Fasa kedua, menentukan objektif dan penilaian. Penentuan objektif pengajaran dapat
dibuat berpandukan huraian sukatan pelajaran. Objektif pengajaran tersebut mestilah meliputi
aspek kandungan maklumat, aras kemahiran pelajar dan penilaian tingkah laku pelajar. Guru
perlu mengenal pasti medium terbaik untuk digunakan semasa membuat penilaian selepas
pembelajaran.

Fasa ketiga, mereka bentuk strategi pengintegrasian. Guru harus memahami bahawa
strategi pengajaran mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran. Oleh itu, guru perlu
memikirkan kaedah pengajaran terbaik yang diperlukan, bagaimana pengintegrasian teknologi
dapat menyokong kaedah tersebut dan pemahaman secukupnya dari pelajar untuk memanfaatkan
teknologi yang digunakan ketika proses membina bahan pengajaran.

Fasa keempat, menyediakan persekitaran pengajaran. Bahan pengajaran yang dibina


mestilah mengambil kira setiap elemen persekitaran semasa pengajaran.

, & Boschee, 2003). Model Technology Integration Planning (TIP) oleh Roblyer (2006)
memberi pendekatan umum kepada guru untuk menangani cabaran mengintegrasikan teknologi
dalam pengajaran. Lima fasa model TIP dapat diimplementasikan sebagai panduan dalam
pembinaan bahan pengajaran.

Fasa pertama, mengenal pasti kelebihan relatif. Dalam fasa ini, guru perlu mengenal pasti
masalah pembelajaran, menganalisis punca permasalahan dan menganalisis aras teknologi yang
digunakan untuk bahan pengajaran. Menganalisis aras teknologi perlu difokuskan kepada tiga
aspek iaitu, (i) kelebihan teknologi yang akan digunakan berbanding teknologi lain, (ii) medium
teknologi yang sesuai sama ada teks, grafik, animasi, audio atau video, dan (iii) maklumat yang
sepadan dengan keupayaan pelajar yang akan memproses maklumat tersebut.

Fasa kedua, menentukan objektif dan penilaian. Penentuan objektif pengajaran dapat
dibuat berpandukan huraian sukatan pelajaran. Objektif pengajaran tersebut mestilah meliputi
aspek kandungan maklumat, aras kemahiran pelajar dan penilaian tingkah laku pelajar. Guru
perlu mengenal pasti medium terbaik untuk digunakan semasa membuat penilaian selepas
pembelajaran.

Fasa ketiga, mereka bentuk strategi pengintegrasian. Guru harus memahami bahawa
strategi pengajaran mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran. Oleh itu, guru perlu
memikirkan kaedah pengajaran terbaik yang diperlukan, bagaimana pengintegrasian teknologi
dapat menyokong kaedah tersebut dan pemahaman secukupnya dari pelajar untuk memanfaatkan
teknologi yang digunakan ketika proses membina bahan pengajaran.

Fasa keempat, menyediakan persekitaran pengajaran. Bahan pengajaran yang dibina


mestilah mengambil kira setiap elemen persekitaran semasa pengajaran.

Fasa kelima, penilaian dan semakan strategi integrasi. Guru perlu menilai sama ada bahan
pengajaran dapat dimanfaatkan sebaik mungkin atau kesesuaiannya terhad kepada kumpulan
pelajar dan persekitaran pengajaran tertentu sahaja. Kesesuaian teknologi dengan strategi
pengajaran juga perlu diambil kira.

Kesimpulannya, lima fasa model Technology Integration Planning (TIP) dapat


diimplementasikan dalam pembinaan bahan pengajaran dengan memenuhi syarat
pengintegrasian teknologi.
Frasa 2: Fasa 3:
membuat strategi reka
keputusan bentuk dan
Frasa 1: mengenai integrasi Frasa 5:
objektif dan
tentukan penilaian menilai dan
kelabihan menyemak
relatif strategi
Fasa 4:
menyediakan
intergrasi
persekitaran
pengajaran

Rujukan

Whitehead, B., Jensen, D., & Boschee, F. (2003). Planning for technology: A guide for school
administrators, technology coordinators, and curriculum leaders. Thousand Oaks: Corwin
Press.

Roblyer, M.D. (2006). Integrating Educational Technology into Teaching. New Jersey: Pearson
Education Inc.

Russell, D. W., Lucas, K. B., & McRobbie, C. J. (2003). The role of the microcomputer-based
laboratory display in supporting the construction of new understandings in
kinematics. Research in Science Education, 33(2), 217-243.

Faculty of Art, Computing and Creative Industry. (tt). “Perancangan dan Perlaksanaan
Pengintegrasikan Teknologi Dalam Pendidikan”. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai