Anda di halaman 1dari 37

TEKNOLOGI PENDIDIKAN ABU KASSIM B.

ALI MUSA
JABATAN TEKNOLOGI
EDUP2112 TEKNOLOGI & MEDIA PENDIDIKANN &
PENGAJARAN MULTIMEDIA
KANDUNGAN
Konsep, peranan dan fungsi rekabentuk pengajaran
Model pengintegrasian teknologi
- Model SAMR (Substitution, Augmentation, Modification dan Redefinition)
- Kerangka TPACK
Penguasaan kandungan, teknologi dan pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran
Model rekabentuk pengajaran dan pembelajaran
- Pembangunan produk
- Pembangunan Pengajaran
- Pembangunan Sistem
Penggunaan model rekabentuk mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran
KONSEP REKABENTUK PENGAJARAN

Rekabentuk Pengajaran
Merupakan satu kaedah merancang secara terperinci untuk
membentuk, melaksana, menilai dan menyelenggara situasi yang
dapat menggalakkan pembelajaran bagi sesuatu unit pembelajaran
(Richey, 1986).
KONSEP REKABENTUK PENGAJARAN

Dick & Reiser (1989):


“Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun,
melaksana dan menilai pengajaran”.
Richey (1986):
“Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk
pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang
boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira
kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran”. 
KONSEP REKABENTUK PENGAJARAN

Reka bentuk pengajaran adalah proses sistematik bagi


menterjemahkan prinsip-prinsip umum suatu pengajaran dan
pembelajaran kepada perancangan bagi menghasilkan bahan
untuk pengajaran dan pembelajaran.
RP juga adalah proses sistematik dalam membangunkan
bahan atau media yang lebih berkesan berdasarkan teori
pembelajaran
Dalam RP aspek teori pembelajaran, model rekabentuk dan
strategi pembelajaran diambil kira.
PERANAN DAN KEPENTINGAN REKABENTUK PENGAJARAN

Meningkatkan pencapaian pelajar.


Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah teratur.
Objektif peng/ pemb mudah dicapai.
Membantu dalam proses membuat keputusan.
Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard
bagi kumpulan yang pelbagai
Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi
sesuatu program yang besar dan luas.
MODEL PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI - MODEL SAMR
MODEL PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI - MODEL SAMR

Model SAMR ialah model empat peringkat yang menjadi panduan


bagi memilih, mengguna dan menilai perngintegrasisn teknologi
dalam persekitaran pendidikan (Puentedura 2013). Dengan
berpandukan model SAMR, pengguna dapat meningkatkan tahap
kefasihan penggunaaan teknlogi dan perisian teknologi moden bagi
membina kemahiran abad ke-21. (Cummings, 2014).
MODEL PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI - MODEL SAMR

Tahap pertama dan kedua dalam model ini, iaitu Substitution dan
Augmentation dikelompokkan dalam kategori penambahbaikan.
Teknologi pada peringkat ini hanya bertujuan bagi menggantikan
atau meningkatkan penggunaan alatan teknologi sedia ada dengan
fitur-fitur tambahan semasa aktiviti pembelajaran.
MODEL PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI - MODEL SAMR

Melalui kedua-dua tahap ini, aktiviti pembelajaran masih boleh


dilaksanakan tanpa kehadiran teknologi tersebut. Walau
bagaimanapun, sekiranya teknologi ini hanya digunakan bagi
menggantikan kaedah pengajaran sedia ada tanpa membawa
perubahan pedagogi, ia tidak akan memberi kesan positif kepada
pelajar (Kim et al., 2013).
MODEL PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI - MODEL SAMR

Tahap Modification dan Redefinition pula dikategorikan sebagai


Transformasi, iaitu merujuk kepada peluang pembelajaran baru
yang tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa wujudnya
kemudahan teknologi (Kirkland, 2014). Modification membolehkan
sesuatu tugasan sedia ada diubahsuai dalam bentuk yang baru,
contohnya tugasan penulisan artikel di blog. Manakala Redefinition
pula merujuk kepada pembentukan satu tugasan baharu yang dapat
dibayangkan sebelum ini, contohnya hasil penulisan
dipersembahkan dalam bentuk video yang dimuatnaik di YouTube
atau dipersembahkan secara augmented reality.
KERANGKA TPACK (TECHNOLOGICAL, PEDAGOGICAL, AND CONTENT KNOWLEDGE )

TPACK merupakan satu kerangka


yang memperkenalkan hubungan
yang kompleks antara ketiga-tiga
pengetahuan iaitu teknologi,
pedagogi dan isi kandungan
(Mishra & Koehler 2006).

Sumber :http//www.tpack.org)
KERANGKA TPACK sambungan

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (TPACK) ialah kerangka yang
dapat mengenal pasti pengetahuan guru-guru yang diperlukan untuk mengajar
dengan berkesan. Kerangka TPACK ini ialah lanjutan daripada idea Shulman
yang mengutarakan konsep Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PCK) pada
tahun 1986.

Mengikut Mishra & Koehler, (2006) pembelajaran di abad ke 21 ini


memerlukan kemahirankemahiran asas yang terbahagi kepada 3 bahagian
utama iaitu :
pengetahuan kandungan
pengetahuan pedagogi
pengetahuan teknologi

13
KERANGKA TPACK sambungan

Tiga komponen asas pengetahuan (teknologi,pedagogi, dan kandungan
merupakan pengetahuan dan pemahaman intuitif pengajaran kandungan
dengan kaedah pedagogi dan teknologi yang sesuai.
Komponen dalam kerangka TPACK :
1. Pedagogical Knowledge (PK) - pengetahuan yang merangkumi proses
mendalam dan amalan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran termasuk
tujuan, nilai dan matlamat. Guru harus memahami:
Bagaimana pelajar belajar
Mengurus bilik darjah
RPH
Penilaian
14
KERANGKA TPACK sambungan

2. Technological Knowledge (TK) - merujuk kepada pengetahuan tentang cara-cara
bagaimana berfikir dan menggunakan teknologi dan sumber. Juga mengenai
pelbagai teknologi, daripada teknologi rendah kepada teknologi tinggi.
3. Pedagogical Content Knowledge (PCK) - merujuk kepada pengetahuan yang
berkait dengan proses mengajar. PCK berbeza bagi isi kandungan yang berbeza
dan ia menyatukan isi kandungan dengan pedagogi dengan matlamat
menghasilkan amalan pengajaran yang terbaik dalam isi kandungan mata
pelajaran berkenaan.
4. Technological Content Knowledge (TCK) – Bagaimana teknologi dan pengaruh
kandungan berinteraksi antara satu sama lain. Guru harus memahami bagaimana
memahami teknologi tertentu yang paling sesuai untuk menangani masalah
pembelajaran.
Ia memberikan kefahaman kepada guru yang menggunakan tekonologi dapat
mengubah cara pelajar berlatih dan memahami konsep dalam sesuatu isi
kandungan mata pelajaran.

15
KERANGKA TPACK
… sambungan

5. Technological Pedagogical Knowledge (TPK) – Pemahaman tentang


proses pdp boleh berubah apabila teknologi tertentu yang digunakan
dalam cara yang tertentu.
Mengetahui pelaksanaan pedagagi dan kekangan alat teknologi dalam
proses pdp.
6. Technological, Pedagogical, Content Knowledge (TPACK) – asas
kepada pengajaran yang berkesan dengan teknologi, memerlukan
pemahaman konsep menggunakan teknologi, teknik pedagogi yang
menggunakan teknologi dengan cara yang membina untuk mengajar
kandungan, mengetahui sebab konsep sukar difahami dan mengetahu
bagaimana teknologi dapat membantu menyelesaikan masalah pelajar.
Guru perlu mempunyai intuisi dan kefahaman tentang persilangan
ketiga-tiga komponen dalam PTPK (PK, TK, CK) dengan mengajar isi
kandungan mata pelajaran menggunakan kaedah dan pedagogi yang
sesuai.
16
PENGUASAAN KANDUNGAN, TEKNOLOGI DAN
PEDAGOGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Technological, Pedagogical, Content Knowledge (TPACK) – asas
kepada pengajaran yang berkesan dengan teknologi, memerlukan
pemahaman konsep menggunakan teknologi, teknik pedagogi yang
menggunakan teknologi dengan cara yang membina untuk mengajar
kandungan, mengetahui sebab konsep sukar difahami dan
mengetahui bagaimana teknologi dapat membantu menyelesaikan
masalah pelajar.
Guru perlu mempunyai intuisi dan kefahaman tentang persilangan
ketiga-tiga komponen dalam PTPK (PK, TK, CK) dengan mengajar
isi kandungan mata pelajaran menggunakan kaedah dan pedagogi
yang sesuai.
17
MODEL REKABENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Langkah-langkah dalam model reka bentuk tidak sama. Namun


sekurang-kurangnya melibatkan 4 fasa kerja yang utama iaitu;
1. Fasa menganalisis keperluan aplikasi
2. Fasa perancangan atau merekabentuk aplikasi
3. Fasa pembangunan aplikasi
4. Fasa penilaian aplikasi

18
MODEL REKABENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Fasa menganalisis keperluan aplikasi.


 Mengenalpasti masalah pengajaran yang ada
 Senaraikan bahan rujukan yang digunakan
 Kenalpasti isi pelajaran yang ingin disampaikan
 Kenalpasti pelajar sasaran
 Kenalpasti objektif pengajaran aplikasi
 Kenalpasti kaedah penyampaian
 Kenalpasti isi kandungan pelajaran
 Kenalpasti persekitaran penggunaan

19
MODEL REKABENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2. Fasa perancangan/mereka bentuk aplikasi


 Pemilihan media yang paling sesuai, (contohnya video, audio, grafik,
gambar dan sebagainya)
 Pemilihan perisian /media yang sesuai
 Dokumen ringkas mengenai bahan/program yang dibangunkan;
 Buat lakaran dalam bentuk carta alir
 Buat lakaran papan cerita/storyboard

20
MODEL REKABENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3. Fasa pembangunan aplikasi


 Memindah kan segala maklumat/bahan yang telah dirancang dalam
bentuk lakaran ke dalam komputer.
 Kumpulkan sumber bahan-bahan yang diperlukan seperti teks, grafik,
gambar, audio, animasi, lukisan 3D dan video kedalam folder-folder
yang berkaitan.
 Peringkat prototaip (menyerupai hasil akhir dan boleh diguna dan
diuji)
 Prototaip tersebut diuji dan dirujuk kepada pakar dalam bidang
tersebut untuk melihat kesesuaian dan keberkesanannya.
 Segala komen/kelemahan diperbaiki semula.
21
MODEL REKABENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

. Fasa pengujian dan penilaian aplikasi


 Guna bahan pengajaran yang telah siap(contoh perisian multimedia)
dan uji kepada sekumpulan pelajar serta buat penilain.
 Terdapat dua jenis penilaian; 1. Penilaian formatif – sepanjang
proses pembangunan bahan multimedia dan 2. Penilaian sumatif-
diuji setelah bahan siap untuk digunakan.
 Antara kaedah penilaian; 1. pemerhatian ke atas pengguna 2. kumpul
data dari latihan, 3. soal-selidik, 4. temubual. 5. ulasan pakar

22
MODEL REKABENTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN-
PEMBANGUNAN PRODUK (MODEL ADDIE )

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset


pada tahun 1987 dan sering menjadi
asas kepada model-model reka bentuk
pengajaran yang lain. Model
ini terdiri daripada lima fasa iaitu:
Analysis
Design
Development
Implementation
Evaluation

23
MODEL ADDIE - ANALYSIS
(ANALISIS)
 Proses mengenal pasti masalah
 Setelah sesuatu masalah dapat dikenal pasti roses analisis akan
dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang
berkaitan atau yang menimbul masalah tersebut. Proses analisis
ini melibatkan berbagai aspek antaranya:
• Analisis terhadap pengguna
• Analisis terhadap persekitaran pembelajaran
• Kenal pasti matlamat pengajaran
MODEL ADDIE - DESIGN
(REKABENTUK)
Proses menentukan cara pembelajaran akan berlaku

Ia menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk,


struktur, pendekatan teori, jenis media dan teknologi
yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses:
- Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.
- Pembinaan item-item untuk ujian
- Pemilihan strategi pengajaran
MODEL ADDIE - DEVELOPMENT
(PEMBANGUNAN)
Proses mengarang dan menghasilkan bahan pengajaran
Peringkat ini melibatkan membina system sebenar dengan
menggunakan semua elemen media dan teknologi yang terpilih
berdasarkan keperluan.
Setiap pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat
beroperasi dengan berkesan
MODEL ADDIE - IMPLEMENTATION
(PELAKSANAAN)
 Proses melaksanakan pengajaran di dalam keadaan sebenar
 Projek multimedia yang disediakan akan diuji kepada pengguna
bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses pembangunan projek
berlaku
 Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia
diserahkan sepenuhnya kepada pengguna
MODEL REKABENTUK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN- PEMBANGUNAN PENGAJARAN
(MODEL ASSURE )
Heinich, Molenda, Russell, Smaldino (1999) telah mengemukakan satu
model yang boleh digunakan oleh guru untuk merancang pengajaran
yang menekankan kepelbagaian gaya pembelajaran murid serta
pendekatan konstruktivisme di mana murid dikehendaki berinteraksi
dengan persekitaran dan bukan bersikap pasif dengan hanya menerima
penerangan dan penjelasan daripada guru
A - Analyze learner (analisis pelajar)
S – State objective (nyatakan objektif)
S – Select method, media and materials (pilih kaedah, media &
bahan
U – Utilize media and materials (gunakan media dan bahan)
R – Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)
E - Evaluate and revise (nilai dan semak)
MODEL ASSURE

Analyze learner (analisis pelajar)


 Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut:
- Ciri-ciri umum pelajar - umur, kumpulan etnik, jantina, tahap
pencapaian, keupayaan fizikal dan sebagainya.
- Pengetahuan/pengalaman sedia
- Gaya belajar - verbal, logikal, visual, kinestetik, berstruktur dan
sebagainya (rujuk Model Kolb, MBTI, Memlethic, VARK, LSP
atau model Gregorc).
- Kecerdasan – rujuk Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner.
MODEL ASSURE

State objective (nyatakan objektif)


 Menyatakan Objektif yang spesifik tentang kebolehan atau pretasi
yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas
mengikuti pelajaran tersebut.
 Objektif eksplisit atau hasil pembelajaran ialah merujuk kepada
hasil yang guru hendak murid mereka capai dan bukan apa yang
guru hendak capai setelah tamat sesuatu pengajaran. Objektif khas
atau hasil pembelajaran dibina berdasarkan kepada
komponen SMART merangkumi tiga bahagian
iaitu tingkahlaku, syarat serta kriteria.
MODEL ASSURE

Select method, media and materials (pilih kaedah, media & bahan

 Memilih kaedah, media dan bahan berdasarkan penggabungan


beberapa faktor berkut:
-Ciri-ciri pelajar (the characteristics of the learners)
-Bentuk objektif (the nature of the objectives)
-Pendekatan pengajaran ( the instructional approach)
-Kekangan situasi pengajaran (the constraints of the instructional
situation)
MODEL ASSURE
 Media yang sesuai dengan kaedah pengajaran, hasil
pembelajaran serta murid. Media yang dipilih boleh dalam
bentuk teks, gambar pegun, video, audio atau komputer
multimedia.
 Bahan-bahan yang dapat membantu murid mencapai objektif
khas secara eksplisit atau dapat menguasai hasil pembelajaran.
Bahan-bahan boleh dibeli dan dibuat penyesuaian atau dibina
oleh guru sendiri. Bahan-bahan boleh jadi dalam bentuk
program perisian tertentu, muzik, pita video, gambar, dan juga
peralatan seperti overhead projector, komputer, pencetak,
pengimbas, televisyen, pemain cakera laser, VCR, dan
sebagainya.
MODEL ASSURE
Utilize media and materials (gunakan media dan bahan)

Setelah membuat pilihan media, peralatan dan bahan bantu, guru akan
mula membina rancangan pelajaran. Guru perlu mencuba peralatan
serta menggunakan bahan-bahan yang telah dibina terlebih dahulu
untuk memastikannya dapat berfungsi dengan baik serta guru benar-
benar tahu menggunakannya sebelum dibawa masuk ke dalam bilik
darjah. Sekiranya menggunakan peralatan elektronik, elakkan daripada
beranggapan peralatan itu sentiasa dalam keadaan baik kerana peralatan
dan perisian yang akan digunakan mungkin tidak dapat berfungsi
dengan baik.
MODEL ASSURE

Require learner participation (dorong penglibatan pelajar)

 Murid dapat belajar dengan baik apabila mereka terlibat sepenuhnya


dalam proses pembelajaran. Guru boleh menggunakan kemahiran
penyoalan, perbincangan, kerja kumpulan, aktiviti perbengkelan, dan
cara-cara lain untuk melibatkan murid secara aktif.

 Bagaimana cara hendak memberikan peluang kepada murid agar


terlibat dalam aktiviti pelajaran yang dirancang sebenarnya
bergantung kepada guru.
MODEL ASSURE
Evaluate and revise (nilai dan semak)

Fasa penilaian pelajaran penting dalam menentukan sama ada elemen-


elemen yang digunakan sangat berkesan atau perlu diubah atau ditukar
ganti dalam pengajaran pada masa akan datang.   Ada masanya sesuatu
perancangan kelihatan baik di atas kertas tetapi apabila dilaksanakan
kepada murid-murid dari kumpulan tertentu didapati kesemuanya tidak
dapat berjalan dengan lancar disebabkan ekspektasi guru itu terlalu
tinggi atau pun terlalu rendah. Strategi pengajaran yang dipilih mungkin
gagal untuk menarik minat murid atau ada kemungkinan guru itu sendiri
gagal melaksanakan strategi tersebut. 
Penggunaan model rekabentuk mengikut keperluan pengajaran dan
pembelajaran

Soalan Perbincangan:

Rancang satu sesi pengajaran dan pembelajaan bidang pengkhususuan


anda dengan lengkap berpandukan model rekabentuk pengajaran dan
pembelajaran

39
SEKIAN

40

Anda mungkin juga menyukai