Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH

AMBILAN JUN 2020


SEMESTER 1
TUGASAN :
PENULISAN PERSEDIAAN PENGAJARAN

Nama Pelajar : MUHAMAD AMAR NAIM BIN HASSAN


Angka Giliran : 2020312400141
No. Kad Pengenalan : 930325 – 02 – 5785
Kumpulan /Unit : PDPP PI5-0620
Kod Kursus : EDUP 2093
Nama Kursus : PEDAGOGI
Nama Pensyarah : HARRY ANAK TOMBAS
Tarikh Hantar : 1.11.2020
Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah
Tandatangan :
Nama: Muhamad Amar Naim Bin
Hassan
Tarikh : 1.11.2020
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN …………………………..…...1

1.0 PENGENALAN ....................................................................................7

2.0 STERATEGI PEDAGOGI KONTEMPORARI.......................................7

2.1 Strategi Pemusatan Murid ……… .…………………….……..7

2.2 Ciri-ciri Strategi Pemusatan Murid …………………… ..….…7

3.0 KAEDAH PEDAGOGI KONTEMPORARI………………………......…….8

3.1 Kaedah Telus ……………………….……………………….8

3.2 Kaedah Oral-Aural ………………………………….………9

4.0 TEKNIK PEDAGOGI KONTEMPORARI.......................................................10

4.1 Teknik Soal Jawab …………………….…………………..10

4.2 Teknik Berbincang ………………………….…………….10

5.0 PEMBELAJARAN BERMAKNA ………………………..……………..10

6.0 KESIMPULAN …………….………………..…………………..……..…11


Rancangan Pengajaran Harian

Pendidikan Islam Tahun: 4

1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (IBADAH)


2. Kelas
Penyerapan 4 JIngga
3. Tarikh/Hari
Penerapan nilai 30/10/2020
Khusyuk JUMAAT
ketika berdoa,patuh pada arahan,bekerjasama antara satu sama
4. Masa yang lain,berani
(8.30AM-9.30AM) mencuba,bersemangat.
60 minit
E.M.K
5. Bilangan pelajar Murid berkerjasama
30 Orang (lelaki : 18,dan mempunyai
perempuan :12)daya saing untuk menghasilkan kerja
berkumpulan.
6. Tajuk Aurat Dalam Kehidupan (Ibadah)
7. Pengetahuan sedia ada Murid telah mengetahui maksud aurat secara ringkas.
Penilaian PdP 1. Lisan: Bersoal jawab dengan murid.
2. Bertulis : Murid menulis maksud aurat.
8. Standard Kandungan 4.4 Memahami dan mengamalkan konsep asas tuntutan menutup aurat
Bahan bantu belajar 1. Slide sempurna.
dengan
2. Gambar
9. Standard Pembelajaran
4.4..1
3. Menyatakan
Permainan dadupengertian aurat
4. Kertas

Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :


1. Menyebut pengertian aurat dengan betul
2. Menyatakan dalil naqli kewajipan menutup aurat dengan betul
Menyenaraikan aurat lelaki dan perempuan dengan betul selepas
melakukan aktiviti.

Kemahiran berfikir Membanding beza had aurat lelaki dan perempuan.

1
Gabungjalin Al-quran – Bacaan doa belajar
Adab - Adab berdoa dengan betul
Langkah Isi kandungan Aktiviti P&P Catatan

Pendahuluan Bacaan doa


1. Murid diminta untuk membaca doa Penerapan nilai:
2 minit bersama-sama - Adab membaca doa
- Khusyuk
- Tawakal

Set Induksi Gambar menutup aurat dan tidak 1. Guru menunjukkan gambar
menutup aurat. menutup aurat dan tidak menutup Kaedah:
5 minit 1. Apakah yang kamu lihat aurat. - Soal Jawab
dihadapan.? 2. Murid diminta untuk menganalisis Bahan bantu mengajar
2. Apakah perbezaan yang dapat gambar yang telah ditunjuk. - Gambar murid
kamu lihat.? 3. Guru bertanya soalan kepada perempuan
3. Tajuk apakah yang kita pelajari murid.
hari ini.? 4. Guru mengaitkan jawapan murid
Penerapan nilai:
dengan tajuk yang akan dipelajari
- Fokus mendengar
pada hari ini.
soalan guru

2
Langkah 1 1. Guru menayangkan slide
Pengertian aurat Tentang pegertian aurat
Kaedah:
10 minit - Aurat ialah bahagian tubuh yang 2. Guru membaca pegertian aurat
wajib ditutup dan tidak boleh - Penerangan
didedahkan. Dan menerangkan kepada murid.
3. Murid diminta membaca
Bahan bantu :
Pegertian aurat secara beramai-
- Slide
ramai dan individu.
4. Guru memanggil beberapa
Penerapan Nilai:
Orang murid untuk melakukan
- Patuh pada arahan
Aktiviti
5. Murid diminta sekali lagi untuk
membaca pegertian aurat.

Langkah 2 1. Guru membaca dalil naqli


Dalil naqli kewajipan menuntut aurat.
kewajipan menutup aurat dengan Kaedah:
- Penerangan
12 minit jelas
2. Murid mengikut bacaan guru Bahan bantu :
- Slide
dengan betul.
Penerapan nilai:
3. Guru meminta murid untuk
Surah an-nur 24:31 - Berani mencuba
membaca dalil naqli secara
Maksudnya:dan jaganlah mereka
memperlihatkan perhiyasan tubuh beramai-ramai dan individu.
mereka,kecuali yang zahir
4. Guru membetulkan bacaan
daripadanya.
murid.

3
4
Langkah 3 Had aurat lelaki dan perempuan :
LELAKI : Kaedah:
1. Guru menayangkan slide had
14 minit 1. Dari pusat hingga ke lutut.
aurat lelaki dan perempuan. Penerangan
2. Guru menerangkan had aurat
PEREMPUAN : Bahan Bantu :
1. Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak lelaki dan perempuan.
Slide
tangan. 3. Guru bersoal jawab dengan
murid tentang had aurat lelaki Penerapan Nilai:
dan perempuan.
- - focus Mendengar
4. Murid diminta menyebut semula
penerangan guru
had aurat lelaki dan perempuan
dengan betul.

5
Langkah 4 ( Permainan Dadu ) 1. Dalam kumpulan,murid dipminta
untuk duduk dalam bulatan
1. Apakah maksud aurat Kaedah:
besar.
14 minit 2. Had aurat lelaki 2. Guru menerangkan cara-cara Permainan
dan peraturan permainan dadu.
3. Had aurat perempuan
3. Kumpulan pertama menghantar Bahan Bantu :
4. Had aurat lelaki dengan lelaki wakil untuk membaling dadu dan
5. Had aurat lelaki dan perempuan menjawab soalan yang telah Permainan Dadu
disediakan.
6. Had aurat perempuan dengan 4. Kumpulan yang dapat Penerapan Nilai:
perempuan islam memberikan jawapan yang betul
diberikan markah. - Kerjasama antara ahli.
7. Baca dalil naqli. 5. Kumpulan yang tidak dapat
menjawab betul.soalan terbuka
kepada kumpulan lain dan
markah akan diberikan kepada
kumpulan yang menjawab.
6. Aktiviti diteruskan dengan
kumpulan lain sehingga selesai.

Penutup Rumusan pengajaran dan pembelajaran 1. Murid diminta untuk menyebut Penerapan niai
5 minit perkataan /tajuk yang telah Fokus kepada seorang
guru.
dipelajari
2. Guru merumuskan pelajaran
pada hari ini.
3. Guru menasihati murid agar
mengamalkan adab menutup
aurat di rumah.

6
1.0 PENGENALAN

Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan
pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran,
media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup
untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa
menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari
pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan
pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina
bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan
kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan
menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan
media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi
memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum

1.1 STERATEGI PEDAGOGI KONTEMPORARI

2.1 Strategi Pemusatan Murid

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam proses
pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang memandu
murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu. Dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran
murid. Kaedah kumpulan, lawatan, bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu
adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid
terutamanya murid di dalam kelas.

2.2 Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Murid

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang penting sedangkan
peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti
pembelajaran.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.Selain itu ciri
kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka.Strategi

7
pemusatan murid juga lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.Peluang
interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong,
berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah
kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian.Di bawah strategi
pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

3.0 KAEDAH PEDAGOGI KONTEMPORARI

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif
pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah lebih bercorak jangka pendek dan merupakan
usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan
yang dipilih.Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih.Selain itu kaedah pengajaran
dan pembelajaran juga merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang
tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu
objektif pengajaran. 

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diguna kan di dalam rancangan pengajaran harian
Pendidikan islam 4 jingga adalah :

3.1 KAEDAH TELUS :

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun1920-1935. Kaedah
ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan untuk melatih pegawai tentera dan
diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang
berdasarkan psikologi kanak-kanak.

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam yang dibina, kaedah terus merupakan
kaedah pengajaran yang dipilih dalam aktiviti ini. Seperti sedia maklum kaedah terus membantu
penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa murid-murid serta disampaikan melalui empat asas
iaitu  
1. perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau
sebaliknya; 
2. pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang telah sedia ada; 
3. harus timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah
dirancangkan ; dan 
4. pengajaran harus berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda
8
mereka.    
    
Menerusi langkah pertama menggunakan  kaedah terus yang mana murid diminta membaca teks
tentang suasana Aurat Dalam Kehidupan. Setelah selesai membaca, murid yang memegang gambar
atau ayat yang diberi akan kehadapan dan menampal kertas yang telah disediakan. Disini, pemegang
gambar perlu bijak menyuaipadankan gambar yang dipegang mengikut kesesuaian ayat yang
didengar. Berdasarkan aktiviti ini jelas, murid berhubungan secara langsung antara perkataan dengan
benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Disamping, mewujudkan perasaan ingin tahu kanak-
kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

Dalam langkah keempat, kaedah terus diaplikasikan yang mana dalam langkah ini guru berbual dan
bersoal jawab dengan murid mengenai ‘ Aurat dalam kehidupan’ .Kemudian, murid diberi peluang
menceritakan pengetahuan mereka . Antara contoh soalan yang diajukan meliputi :
1. Apakah maksud aurat ?
2. Apakah had aurat lelaki?
3. Apakah had aurat perempuan
4. Apakah had aurat lelaki dan lelaki ?
5. Apakah had aurat lelaki dan perempuan?
Berdasarkan soalan yang diajukan, murid-murid akan menjawab berdasarkan pengalaman mereka.
Oleh yang demikian kaedah terus lebih praktikal untuk digunakan dalam aktiviti ini.

3.2 KAEDAH ORAL-AURAL :

Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat
kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur, Kemahiran menulis dan
Kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca
dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam
bahasa.

Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam yang dibina, kaedah Oral-Aural
merupakan kaedah pengajaran yang dipilih dalam aktiviti ini juga.Dalam langkah yang kedua guru
dapat mengaplikasikan kaedah Oral-Aural antaraya :
1. Guru memperdengarkan  sebutan dalil naqli
2. Murid-murid diminta menyebut dalil naqli yang didengar secara beramai-ramai dan
individu sehingga lancar.
9
3. Akhir sekali  diberikan teks  untuk dibaca oleh murid.
4. Latihan menulis diberikan kepada murid pada sesi akhir pengajaran apabila murid –
murid sudah mahir membaca teksnya.

4.1 TEKNIK PEDAGOGI KONTEMPORARI

Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik
yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar
sesuatu bahagian bahasa tertentu.Teknik juga merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru
bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.
4.1 TEKNIK SOAL JAWAB
teknik yang kerap digunakan oleh guru serta Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-
kanak.Teknik ini juga dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan
menjawab soalan tersebut.Selain itu Teknik soal jawab mempunyai aras kesukaran soalan.Dalam
langkah yang pertama dan keempat rancangan pengajaran Pendidikan islam guru bersoal jawab
Bersama murid mengenai aurat dalam kehidupan.
4.2 TEKNIK BERBINCANG
teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah
penyeliaan dan kawalan guru.Dalam langkah keempat pelajar melakukan aktiviti berkumpulan dan
berbincang mengenai aurat dalam kehidupan.

5.0 PEMBELAJARAN BERMAKNA


Ia dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman sebelumnya. Ia mengandaikan
pengubahsuaian atau cara menyelesaikan skema atau representasi realiti kami, dengan itu
membolehkan pembelajaran mendalam. Ia bukan hanya mengenai data yang dikhafal, tetapi
rangka kerja konsep bagaimana kita melihat dan mentafsirkan realiti di sekeliling kita.
Di dalam rancangan pengajaran Pendidikan islam saya terapkan pembelajaran bermakna dalam
kegiatan belajar mengajar agar murid dapat lebih memaknai apa yang dipelajarinya. Belajar bukan
hanya sekedar transfer ilmu "hafalan" Pelajar diminta untuk membuat analisis mengenai aurat
dalam kehidupan seharian mereka.Pelajar juga diminta mengamalkan apa yang dipelajari dalam
kehidupan kerana belajar adalah sebuah proses dari tidak tahu menjadi tahu dan menerapkan apa
yang diketahuinya dalam kehidupan sehari-hari.

10
6.0 KESIMPULAN

Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat mencapai
kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan
penuh minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka
merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu
dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
tercapai. Oleh yang demikian jelas menunjukkan bahawa rancangan pengajaran harian
Pendidikan islam mengandungi pelbagai elemen-elemen penting yang perlu dijadikan satu
panduan untuk merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran
tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi,
psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan
untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

11

Anda mungkin juga menyukai