Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH

AMBILAN JUN 2020


SEMESTER 1

TUGASAN :
PENULISAN PERSEDIAAN PENGAJARAN

Nama Pelajar : NUR FARIHAH BINTI ZAHIDI


Angka Giliran : 2020312400147
No. Kad Pengenalan : 941222-02-5794
Kumpulan /Unit : PDPP PI5-0620
Kod Kursus : EDUP 2093
Nama Kursus : PEDAGOGI
Nama Pensyarah : ENCIK HARRY ANAK THOMBAS
Tarikh Hantar : 1.11.2020

Pengakuan Pelajar

Saya sudah membaca dan


dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah

Tandatangan :

Nama: Nur Farihah binti Zahidi

Tarikh : 14.10.2020
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

SENARAI KANDUNGAN ........................................................................................................ii

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.................................................................................1


PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

1.0

PENGENALAN..............................................................................................................6

2.0 ASPEK PENDEKATAN PEDAGOGI KONTEMPORARI..............................................6

3.0 ASPEK STRATEGI PEDAGOGI KONTEMPORARI....................................................7

4.0 ASPEK KAEDAH PEDAGOGI KONTEMPORARI.......................................................7

5.0 ASPEK TEKNIK PEDAGOGI KONTEMPORARI.........................................................8

6.0 PEMBELAJARAN BERMAKNA PEDAGOGI KONTEMPORARI..................................9

7.0 KESIMPULAN..................................................................................................................9

ii
Rancangan Pengajaran Harian

Pendidikan Islam Tahun: 4

1. Mata Pelajaran Pendidikan Islam (Adab)


2. Kelas Tahun 4 Merah
3. Tarikh/Hari 27 Safar 1442H /15 Oktober 2020/ Khamis
4. Masa (11.00-12.00 Tengahari) 60 minit
5. Bilangan pelajar 18 Orang (lelaki : 8, perempuan :10)
6. Tajuk Rahmati Perjalananku
7. Pengetahuan sedia ada Murid-murid telah mengetahui adab menaiki kenderaan

8. Standard Kandungan 6.4 Memahami dan mengamalkan konsep asas adab menaiki kenderaan
9. Standard Pembelajaran 6.4.1 Melakukan simulasi adab menaiki kenderaan.
5.3.1 Membaca dan menghafaz doa menaiki kenderaan.
5.3.2 Menjelaskan perkara yang perlu dielakkan semasa menaiki kenderaan.
Objektif Pembelajaran Selepas proses pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Menyebut tiga adab menaiki kenderan dengan betul.
2. Membaca doa menaiki kenderaan dengan betul.
3. Menyatakn perkara yang perlu dielakkan semasa menaiki kenderaan
selepas aktiviti sumbang saran

Kemahiran berfikir Menyatakan perkara yang perlu dielakkan semasa menaiki kenderaan

Gabungjalin Adab membaca doa.

1
Penyerapan Pendidikan seni visual
Penerapan nilai Khusyu’ ketika membaca doa, fokus ketika guru memberi arahan
E.M.K 1. Keusahawanan : Murid bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk
menghasilkankerja berkumpulan
2. Teknologi maklumat dan komunikasi: Powerpoint

Penilaian PdP 1. Lisan: Murid menyebut tiga adab menaiki kenderaan


2. Bertulis : Lembaran kerja
Bahan bantu belajar 1. Komputer (slaid)
2. Gunting
3. Gam
4. Kad
5. Kertas

2
Langkah Isi kandungan Aktiviti P&P Catatan

Pendahuluan Bacaan doa


1. Murid diminta untuk membaca doa Penerapan nilai:
2 minit bersama-sama - Adab membaca doa
- Khusyuk
- Tawakal

Set Induksi Soal Jawab : - Guru mempamerkan patung kereta


dan patung kereta api. Kaedah:
5 minit  Apakah yang ada pada tangan - Murid bersoal jawab dengan guru. - Soal Jawab
saya ini? - Jawapan murid dikaitkan dengan - Sumbang saran
 Bagaimana bunyi sebuah kereta? tajuk pembelajaran hari ini
 Bagaimanakah bunyi sebuah Bahan bantu mengajar
kereta api?
 Apakah persamaan kereta dan - Patung kereta dan
kereta api? patung kereta api
 Apakah yang akan kita pelajari
hari ini?
“ Adab menaiki kenderaan”
Penerapan nilai:
- Fokus mendengar
arahan guru

3
Langkah 1 - Guru menyebut adab menaiki
Adab menaiki kenderaan kenderaan
1. Berbaris Kaedah:
16 minit - Murid diminta untuk melakukan
2. Mulakn langkah dengan kaki kanan - Simulasi
simulasi ketika berada dalam
3. Jangan berebut-rebut kenderaan
4. Membaca doa menaiki kenderaan Penerapan Nilai:
- Murid menyenaraikan adab yang
- - Tekun dan gigih untuk
telah disebut oleh guru
mencapai kejayaan
- Murid menyebut adab menaiki
kenderaan.
- Murid yang berjaya menyebut adab
menaiki kenderaan dengan betul
diberikan markah

Langkah 2 Doa menaiki kenderaan - Setiap kumpulan diberikan potongan –


Bismillahirrahmanirrahim potongan doa menaiki kenderaan Kaedah:
17 minit - Setiap kumpulan diminta untuk - Menyusun semula
menyusun potongan doa. Penerapan nilai:
- Murid membaca doa menaiki - Kerjasama antara ahli
kenderaan bersama-sama kumpulan
- Kumpulan yang terpantas diberikan
markah

4
Langkah 3 Perkara yang perlu dielakkan semasa
Rumusan hari ini 1. Guru merumuskan pembelajaran Penerapan niai
menaiki kenderaan Kaedah:
-hariMurid
ini. diminta untuk menggunting -Adab berguru
17 minit 1. Membuat bising di dalam kenderaan
kertas
2. Guruperkara yang perlu
menasihati agar - Mendengar
dielakkan
murid Menggunting danguru
arahan
2. Membuang sampah dari kenderaan menampal
semasa menaiki
mengamalkan kenderaan
adab menaiki kenderaan
3. Menyusahkan orang lain -di rumah
Murid diminta untuk menampal
Penerapan Nilai:
4. Lalai daripada mengingati Allah kertas yang telah digunting pada kad
- - Kerjasama antara ahli
yang telah disediakan
kumpulan
- Murid diminta untuk membaca
jawapan
- Guru memperbetulkan kesalahan
murid jika ada
- Kumpulan yang berjaya diberikan
markah

Penutup
3 minit

5
6
1.0 PENGENALAN

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran. Rancangan
pengajaran harian juga merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, rancangan
pengajaran harian ini merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin
pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. 
Sebelum merancang dan melaksanakan P&P, seseorang guru perlulah mengkaji dan
mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam dan memilih kemahiran-kemahiran dan isi
pelajaran yang sesuai. Selain itu, guru juga perlu merancang pengajarannya dan
menentukan strategi P&P yang hendak digunakan. Selepas itu, guru akan menyediakan
bahan bantu pengajaran dan seterusnya menyediakan penilaian. Rancangan pengajaran
harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya dapat melaksanakan
semua yang dirancang secara sistematik dan teratur.

2.0 ASPEK PENDEKATAN PEDAGOGI KONTEMPORARI

Terdapat beberapa pendekatan yang saya aplikasikan di dalam Rancangan Pengajaran


Harian (RPH) tersebut iaitu pendekatan konstruktivisme dan pendekatan induktif.
Konstruktivisme adalah suatu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda seseorang murid. Konstruktivisme juga merupakan satu
kepercayaan  bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman murid
yang sedia ada. Contohnya, murid telah mengetahui adab-adab menaiki kenderaan pada
sesi pembelajaran yang lepas.

Pendekatan seterusnya yang saya gunakan ialah pendekatan induktif. Sebelum memulakan
pengajaran dan pembelajaran, guru akan menyediakan contoh yang sesuai untuk murid
membuat rumusan. Contohnya penggunaan patung kereta dan kereta api semasa set
induksi. Murid akan dibimbing melalui aktiviti penyoalan supaya mereka dapat membuat
kesimpulan sendiri. Selain itu, aktiviti murid semasa proses pembelajaran turut
dipelbagaikan seperti aktiviti simulasi dan aktiviti potong dan tampal.

7
3.0 ASPEK STRATEGI PEDAGOGI KONTEMPORARI

Strategi pengajaran boleh kita fahami sebagai satu kebijaksanaan memilih pendekatan,
kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai objektif pmbelajaran. Strategi pengajaran
dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan,
penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Melalui proses ini, beberapa kemahiran
seperti adab membaca doa dan adab menaiki kenderaan dapat dikuasai serentak.
Penyerapan pula mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan
lain-lain.Dalam RPH saya mengandungi penyerapan subjek Pendidikan Seni Visual. Melalui
penggayaan pula, saya menyediakan permainan, dan bahan-bahan aktiviti untuk diberikan
kepada murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran bagi topik tersebut.

Selain itu, saya menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. Ini
adalah kerana, salah satu ciri utama KSSR adalah pelajar menjadi pemain utama dalam
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif
dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar
meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak
sebagai fasilitator.Sebagai contohnya, saya mengaplikasikan teknik soal jawab dan aktiviti
berkumpulan kepada murid supaya murid dapat memainkan peranan masing-masing secara
aktif semasa proses tersebut. Selain itu, saya juga menggunakan strategi berpusatkan
masalah. Strategi ini dilaksanakan dengan peranan guru sebagai pembimbing. Strategi
penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar
mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping
memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman dan meningkatkan
kemahiran.Dalam RPH ini, murid diberikan tugasan secara berkumpulan untuk
menyelesaikan masalah dengan menyusun semula potongn doa menaiki kenderaan. Proses
ini memerlukan murid menganalisis masalah dan menyelesaikannya.

4.0 ASPEK KAEDAH PEDAGOGI KONTEMPORARI

Antara kaedah yang saya aplikasikan di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
tersebut adalah Kaedah Oral-Aural dan Kaedah Natural. Kaedah  oral-aural  atau kaedah
dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara  ajukan. Kaedah ini
bermula dengan sebutan lisan. Pelajar membaca doa menaiki kenderaan bersama-sama.
Dengan itu, pelajar berpeluang meniru dan menghafaz doa menaiki kenderaan dengan
betul. Selain itu, saya turut mnggunakan kaedah natural. Dalam pembelajaran dan
pengajaran, kaedah natural bermula pada tahap mudah dengan bertanya murid tentang apa

8
yang ada di sekitar mereka atau daripada gambar mudah atau objek. Contohnya, guru
menunjukkan patung kereta dan patung kereta api den bertanya kepada murid, ‘’apakah
yang ada pada tangan saya ini?’’ dan ‘’apakah yang akan kita pelajari hari ini?’’ lalu pelajar
menjawab, “adab menaiki kenderaan”.

Menerusi bahagian set induksi, kaedah terus turut diaplikasikan yang mana dalam langkah
ini guru berbual dan bersoal jawab dengan murid mengenai kenderan. Berdasarkan soalan
yang diajukan, murid-murid akan menjawab berdasarkan pengalaman mereka. Oleh yang
demikian, kaedah terus lebih praktikal untuk digunakan dalam aktiviti ini. Dalam langkah dua
turut menggunakan kaedah terus yang mana murid diminta membaca doa menaiki
kenderaan. Sebelum membaca, murid perlu menyusun potongan doa. Berdasarkan aktiviti
ini jelas, murid berhubungan secara langsung antara perkataan dengan ayat dengan fikiran
atau sebaliknya. Disamping itu, kaedah ini juga mewujudkan perasaan ingin tahu murid
melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

5.0 ASPEK TEKNIK PEDAGOGI KONTEMPORARI

Antara teknik pengajaran yang saya aplikasikan di dalam Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) tersebut adalah teknik soal jawab. Teknik ini merupakan teknik yang paling lama dan
popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru
dengan murid-murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru
mengemukakan soalan berkaitan dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak
balas yang sewajarnya.Misalnya, saya bertanyakan soalan mudah dalam set induksi untuk
untuk menggalakkan murid berfikir secara aktif sebelum memulakan pembelajaran.

Teknik yang kedua pula ialah teknik simulasi. Teknik ini memberi peluang kepada murid
mengalami sendiri sesuatu situasi yang berkait dengan isi pembelajaran dan seterusnya
dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid
untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Menerusi langkah 1, murid diminta
untuk melakukan simulasi ketika berada dalam kenderaan dan selepas itu, murid
menyenaraikan adab-adab menaiki kenderaan yang telah disebut oleh guru yang
diaplikasikan dalam simulasi sebentar tadi.

Selain itu, teknik projek juga turut diaplikasikan di dalam RPH tersebut. Melalui teknik ini,
pelajar mengalami dan membuat sendiri sesuatu kemahiran dengan tujuan menarik minat
murid dan menghasilkan kefahaman yang mendalam. Menerusi langkah tiga, murid diminta
untuk menggunting kertas perkara yang perlu dielakkan semasa menaiki kenderaan

9
Kemudian, murid perlu menampal kertas yang telah digunting pada kad yang telah
disediakan dengan betul.

6.0 PEMBELAJARAN BERMAKNA PEDAGOGI KONTEMPORARI

Pedagogi pembelajaran bermakna adalah keinginan untuk mengubah bentuk pendidikan


bagi menyediakan pelajar yang lebih baik untuk dunia persekitaran mereka.. Sesuatu
pembelajaran itu bukan hanya menerangkan tentang fakta tetapi murid-murid boleh
mentafsirkan fakta yang telah mereka pelajari kepada reality. Apabila kita berbincang
tentang nilai, murid-murid itu sendiri boleh menterjemahkannya dan mengaitkannya dengan
tindakan serta mengaplikasinya dalam kehidupan seharian. Antara kompetensi
pembelajaran bermakna yang terdapat dalam RPH ini ialah pemikiran kritis,
sahsiah,kolaboratif dan komunikasi. Bagi pemikiran kritis, murid dapat menilai dan
mengenalpasti maklumat yang disampaikan oleh guru dan membina ilmu yang bermakna
melalui kolaboratif. Di dalam aspek kolaboratif, murid dapat bertukar dan berkongsi idea
atau pendapat semasa perbincangan. Mereka bekerjasama dalam mencari maklumat dan
seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial,emosi dan silang budaya. Selain itu, murid
juga dapat melatih kemahiran komunikasi masing-masing menerusi aktiviti yang dirangka di
dalam RPH. Mereka dapat menyampaikan maklumat dengan mudah dan jelas kepada
rakan-rakan serta guru dan meningkatkan pemahaman mengenai seseuatu perkara yang
baharu.

7.0 KESIMPULAN

Penyediaan sesuatu RPH perlu dirancang selari dengan objektf yang ingin dicapai. Aktviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang juga didasari kepada kurikulum yang terkini
dan mempunyai kepelbagaian pendekatan, kaedah, strategi dan juga teknik . Hal ini adalah
kerana, pemilihan tersebut akan memberi impak kepada pencapaian objektif pengajaran
yang akan diterima selepas sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Rancangan
yang sistematik sudah tentu dapat membantu murid mencapai tahap penguasaan dengan
lebih berkesan.

10

Anda mungkin juga menyukai