Anda di halaman 1dari 4

Konsep kendiri merujuk kepada kesepaduan antara idea, perasaan dan sikap yang dipercayai oleh

seseorang terhadap dirinya. Konsep kendiri juga boleh membawa maksud satu cara kita melihat dan
menerangkan diri kita sendiri. Konsep kendiri biasanya dibahagikan kepada dua, iaitu konsep kendiri
positif adan konsep kendiri negative. Kajian menunjukkan konsep kendiri mempunyai hubungan
dengan prestasi akademik.

Untuk membantu membina konsep kendiri yang positif di kalangan murid, guru boleh membantu
murid membini identiti jaya. Dalam membina identiti jaya, guru harus menonjolkan kekuatan
sesorang murid bukan menonjolkan kelemahannya dan melabelkannya dengan label-lebel yang
tertentu misalnya bodoh, lembab, debab dan lain-lain. Dengan menonjolkan kekeuatan dan
mengenali potensi seseorang memudahkan guru membina identiti jaya di kalangan murid. Sebagai
contoh, pengetahuan mengenai kecerdasan pelbagai membolehkan guru membantu pelajar
cemerlang dalam ruang dan kecerdasan yang dimiliki. Sesorang murid iitu mungkin kurang bagus
dalam matematik tetapi hebat dari segi bermain kerana memiliki kecerdasan kinestetik yan tinggi.
Dengan pemupukan /grooming yang betul pelajar dapat membina konsep kendiri yang positif kerana
dia percaya dirinya turut memiliki kekuatan-kekuatan tertentu setanding dengan orang lain. Amalan
membanding-banding pencapaian antara pelajar walaupun bertujuan baik tetapi jika tidak teliti ada
kalanya boleh menimbulkan kesan negatif yang membentuk konsep kendiri yang negatif. Oleh itu
penting bagi guru untuk membantu pelajar membina konsep kendiri yang positif kerana konsep
kendiri yang positif mempunyai hubungan dengan prestasi akademik dan aspek-aspek lain dalam
kehidupan.

Jawapan-jawapan lain

· Menggunakan terapi imageri untuk membina imej positif. Khususnya bagi pelajar yang konsep
kendirinya negatif, misalnya menanggap dirinya lemah, tidak berdaya atau dipulaukan boleh dibantu
melalui terapi seumpama ini. Pelajar yang merasa tidak berdaya boleh diminta mengimejkan diri
dengan imej yang gagah, berkeupayaan dan berkeyakinan. Kajian menunjukkan terapi seumpama
ini menyumbang kepada pembinaan konsep kendiri.

· Role –play/Main peranan/Simulasi. Melalui aktiviti ini pelajar dengan konsep kendiri yang
negatif boleh diberikan peranan/watak yang sesuai untuk menjadikan dirinya lebih positif.
Khususnya bagi murid di peringkat rendah, pemberian peranan atau watak sebagai polis atau
hakim boleh membantu meningkatkan konsep kendiri.

· MemberI khidmat bimbingan dan kaunseling. Kaunseling bertujuan membantu seseorang


mengenali diri dan dunianya. Dengan cara ini seseorang itu dapat mengenali kekuatan dan
kelemahan diri dan seterusnya meningkatkan coping skills.

· Penerapan nilai murni dan konsep redha. Konsep redha penting dalam mewujudkan
penerimaan terhadap diri. Perspektif Islam melihat setiap sesuatu ada hikmahnya.

· Hargai dan terima murid atas usahanya dan pencapaiannya secara jujur.
· Bantu pelajar membina matmat yang jelas, realistic dan boleh dicapai

· Wujudkan kelompok sokongan e.g buddy support untuk membolehkan pelajar saling
membantu bukan memperlekeh kelemahan orang lain.

· Guru perlu membina personal kualiti seperti yang ditegaskan oleh Rogers; penerimaan tanpa
syarat, tulen, empati, tidak melabel, mesra dan nilai-nilai murni yang lain.

· Membina pernyataan positif dalam diri murid

· Melayan murid sebagai individu yang unik.

) Teori Perkembangan Jean Piaget

Perkembangan kognitif dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sensorimotor (lahir hingga 2
tahun), pra operasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke
atas). Peringkat Operasi Formal Berlaku pada kanak-kanak yang berumur 11 tahun dan ke atas

Boleh melakukan proses mental ke atas idea-idea .Membuat jangkaan atau andaian berdasarkan
fakta. Boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. Berfikir secara
abstrak,sistematik dan boleh membuat hipotesis. Tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka
sendiri. Susah menerima pandangan dan pendapat orang lain

Pada peringkat operasi formal, kanak–kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea–
idea dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Pemikiran mereka tidak lagi terikat
kepada bahan–bahan konkrit. Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat
hipotesis. Kanak –kanak pada peringkat ini boleh mengkaji masalah–masalah abstrak secara
sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Antara ciri– ciri pemikiran formal
adalah berfikir secara abstrak. Kanak–kanak boleh berfikir secara abstrak seperti menyelesaikan
masalah–masalah matematik di mana perwakilan abstrak. Mereka juga boleh berfikir secara
sistematik untuk memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. Selain itu, mereka juga boleh
membuat hipotesis dan mencari alternatif peneyelesaian masalah. Mereka boleh menakul secra
induktif dan deduktif. Penaakulan deduktif bermaksud pemikiran daripada yang am kepada yang
khusus. Melalui fakta–fakta yang dipelajari seperti keperluan asas tumbuhan untuk membuat
makanan, kanak–kanak boleh memberi contoh keadaan–keadaan yang memungkinkan tumbuhan
hidup dengan subur. Manakala pemikiran induktif ialah berfikir aspek yang khusus kepada aspek
generalisasi yang lebih luas. Dengan mengkaji kesan pencemaran alam sekarang mereka boleh
membuat hipotesis tentang apa yang akan terjadi kepada bandar- bandar besar yang mengalami
pencemaran teruk pada 10 tahun akan datang. Kebolehan mereka memikirkan penyelesaian–
penyelesaian yang mungkin secara induktif atau deduktif memungkinkan kereka membuat kajian
dan menggunakan pemikiran saintifik.

Guru bolehlah menggunakan bahan yang konkrit untuk mengillustrasikan konsep yang lebih
kompleks. Penggunaan bahan 3D, model, carta rajah, pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan
kepada pengajaran yang lebih kompleks.

Guru mestilah memberi peluang kepada pelajar menyelesaikan masalah dengan sendiri
Bimbing pelajar untuk membuat andaian–andaian penyelesaian dan membuat hipotesis. Dengan
pendedahan yang diberikan pada peringkat sebelum ini, beri lebih banyak peluang untuk pelajar
menyelesaikan masalah dengan sendiri

Bimbing pelajar untuk membuat andaian–andaian penyelesaian.

Galakkan pemikiran secra kristis dan kreatif

Beri peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah serta memberi sebab kepada
penyelesaian yang dikemukakan

Suruh pelajar bentangkan idea dan kritik idea yang dikemukan

Kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat dengan fakta–fakta. Biarkan pelajar meneroka
dan mangkaji sendiri konsep tersebut

Terima pendapat pelajar dan bimbing pelajar untuk belajar menerima pendapat orang lain

Jelaskan mana-mana peringkat perkembangan sosio-emosi seseorang kanak-


kanak dan cabaran yang dihadapinya pada setiap peringkat perkembangan
tersebut. 6 – baligh

Mempelajari kemahiran asas dan kerjasama dengan orang lain

Identiti lawan kekeliruan

Peringkat perkembangan kanak-kanak adalah hasil daripada pengaruh proses-proses biologi,


kognitif dan sosio-emosi -Peringkat awal remaja iaitu individu berusia antara 12 hingga 15 tahun :
Pada peringkat ini, mereka sensitif terhadap paras rupa dan perubahan fizikal yang dialami. Mereka
boleh berfikir secara abstrak, logikal dan sistematik.

) Berdasarkan pernyataan di atas, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan


fizikal kanak-kanak?

Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor
persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa
kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka
diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan
fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada
pandai atau tidak pandai.

Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan
kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan
individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.

Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur


institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan
dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah,
makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan
kadar perkembangannya. Misalnya :
ü Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan
mengalami perkembangan emosi yang sihat.

ü Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya


dengan sempurna.

ü Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi,
tingkah laku dan emosi dengan sempurna

apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-


kanak?

Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari
perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan
sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap
optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan
menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.

Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang melingkunginya, seperti


rumah dan sekolah Masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan
masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam aspek sosio-emosi,
personaliti dan mental. Misalnya:

ü Perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu.

ü Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidup serta tingkah laku manusia.

ü Masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat
seperti bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai
kerohanian yang sempurna.

ü Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang


mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai
kejiwaan.

ü Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang
beriman.

Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi


yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat
yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio,
televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada
sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya.
Sebaliknya, kanak- kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan,
kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai