Anda di halaman 1dari 2

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran


yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu objektif pengajaran. Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-
tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid (Rahil
Mahyudin et al. 1997) . Terdapat beberapa kaedah yang sering saya gunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran, antaranya:

1) Kaedah Terus

- membabitkan pengajaran perbualan bertujuan untuk memperkenalkan bahasa


kedua kepada murid-murid

- mementingkan pengalaman sedia ada murid dan penglibatan murid secara aktif

-mengutamakan kemahiran mendengar

-murid-murid dihubungkan terus dengan bahasa ibunda yang hendak diajar

- oleh itu, murid dapat berkomunikasi dan bertutur dengan cepat dan lancar

2) Kaedah Ajuk Hafaz

-Kaedah ini adalah kaedah pengajaran dilakukan secara demonstrasi dan


latih tubi. Pengajaran demonstrasi harus berkaitan dengan tatabahasa, pertuturan,
perbendaharaan kata melalui guru bahasa atau penutur jati.

-Tatabahasa diajar secara menghafaz beberapa ayat asas melalui ajukan dan
maknanya diberi dalam ungkapan biasa dalam bahasa ibunda

- Kaedah yang lebih mudah kerana murid hanya belajar melalui hafalan dan
ajukan

3) Kaedah Linguistik

- Kaedah ini adalah merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara


saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa.

-Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi


bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-
lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.

4) Kaedah Oral-Aural 
- Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang
keempat-empat kemahiran bahasa iaitu Kemahiran mendengar, Kemahiran bertutur,
Kemahiran menulis dan Kemahiran membaca.

- Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca


dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui
pengalaman dalam bahasa

- Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti pula dengan cara ajukan.

- Murid mudah menerima pelajaran kerana aktiviti latih tubi

- Murid berpeluang meniru dan menghafaz perkara yang diajarkan oleh guru

5) Kaedah Kod Kognitif

- Merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian kaedah nahu terjemahan

- Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada


kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam sesuatu situasi

- Murid akan lebih mahir dalam bacaan, penulisan kreatif dan mahir dalam
membina ayat menggunakan sistem bahasa yang betul

- merupakan proses menguasai pola-pola fonologi,tatabahasa dan leksikal sesuatu


bahasa kedua secara sedar.

Anda mungkin juga menyukai