Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK

PROGRAM DIPLOMA PASCSISWAZAH PENDIDIKAN [PDPP]


AMBILAN JUN 2020
BAHASA MELAYU [SK] (PDBMBR1-2)

E PEMBELAJARAN
EDUP2093: PEDAGOGI

TOPIK 1: KONSEP PEDAGOGI DALAM PENDIDIKAN

1. Jesferina Anak Aking (D21022895, PDBMBR1-2)


2. Alina Senin (D21022867, PDBMBR1-2)
3. Margaret Anak Dana (D21022902, PDBMBR1-2)
NAMA AHLI KUMPULAN :
4. Jasmine Anak Lampas (D21022894, PDBMBR1-2)
5. Andrewson Ading Anak Seman (D21022870,
PDBMBR1-2)

NAMA PENSYARAH : PUAN SITI NOR ROSHASIDAH DERAMAN

TARIKH HANTAR : 13 JUN 2021


Tajuk Perbincangan A:
i. Bincangkan kluster pedagogi
A. Pedagogi Antik
B. Pedagogi Klasik
C. Pedagogi Kontemporari

Dunia pendidikan kebangsaan menghadapi cabaran yang sukar saban hari. Oleh kerana itu,
para guru perlu memilih pendekatan yang sesuai dan terkini dalam menyampaikan maklumat
sesuatu mata pelajaran agar objektif kurikulum yang digariskan dapat dicapai. Guru tidak boleh
lagi memilih pendekatan lama yang membosankan sebaliknya guru haruslah pandai
berasimilasi dan beradaptasi dengan pacuan teknologi yang semakin berkembang.
Pembelajaran hari ini tidak sama dengan pembelajaran pada masa lalu sama ada dari segi
bahan, masa dan cara pembelajaran. Pembelajaran masa kini mampu menlangkaui masa,
tempat dan iklim dunia. Corak pengajaran dan pengajaran ini dikategorikan kepada tiga iaitu:
A. pedagogi antik,
B. pedagogi klasik dan
C. pedagogi kontemporari.

A. Pedagogi Antik
Pedagogi antik berlangsung sepenuhnya dalam bilik darjah. Corak penyampaian
maklumat untuk pedagogi antik bersifat rigid dimana komunikasi berlaku hanya sehala.
Guru bercakap dan murid hanya mendengar dan menelan apa yang diajar oleh guru.
Murid berperanan sebagai penerima setia tanpa memberikan input. Selain itu, murid
juga berperanan sebagai pengikut setia. Murid hanya mengikut apa yang diajarkan oleh
guru. murid juga tidak mempunyai entiti sendiri dan hanya menjadi robot. Menurut Paolo
Freire, pedagogi ini diumpamakan sebagai jenis tabungan dimana guru ada sebagai
penabung dan murid adalah bekas kosong yang perlu diisi. Pedagogi ini sangat mundur
dan tidak boleh dipakai oleh guru pada masa kini.

B. Pedagogi Klasik
Pedagogi ini mempunyai penambahbaikkan dari pedagogi antik. Pembelajaran
berlaku di dalam bilik darjah. Namun begitu, pembelajaran tidak hanya terhad di dalam
bilik darjah. Pembelajaran juga boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sebagai contoh,
Green School Bali di Bali, Indonesia dan Mechai Bamboo School di Thailand
memberikan kebebasan kepada murid mereka untuk meneroka dunia pembelajaran
dimana sahaja mereka berada. Pembelajran itu boleh berlaku walaupun bukan di dalam
bilik darjah. Pedagogi klasik bersifat interaktif. Namun begitu, guru dan pelajar masih
ada peranan spesifik masing-masing. Guru berperanan hanya sebagai pemudah cara.
Peranan pelajar jelas berubah untuk pedagogi ini. Pelajar tidak hanya menelan apa
yang diajar oleh guru semata-mata. Berikut merupakan peranan pelajar dalam
pembelajaran menurut pedagogi klasik:
i. pelajar sebagai pemikir kritis,
ii. pelajar sebagai ahli pasukan kolaboratif,
iii. pelajar sebagai perancang berasaskan projek,
iv. pelajar sebagai pemikir kreatif,
v. pelajar sebagai penyelidik dan
vi. pelajar sebagai penyelenggara pengetahuan.

C. Pedagogi Kontemporari
Pedagogi kontemporari bersifat maju. Pembelajaran tidak hanya berlaku dalam
ruang fizikal malah boleh juga berlaku dalam ruang persekitaran maya. Sebagai contoh,
ketika negara dilanda pendamik Covid-19, pembelajaran secara bersemuka tidak dapat
dijalankan. Maka pembelajaran dilakukan dalam ruang maya seperti Google Meet,
Microsot Team, Skype dan pelbagai lagi platform maya yang boleh digunakan secara
percuma. Alat komunikasi yang digunakan juga banyak dan capaiannya terbuka, boleh
diakses oleh sesiapa dan dimana sahaja selagi adanya jaringan internet. Peranan guru
dan murid juga luwes. Berikut merupakan peranan murid untuk pedagogi kontemporari:
i. pelajar sebagai navigator kendiri,
ii. pelajar sebagai kontraktor social,
iii. pelajar sebagai pengkritik media & pembuat media,
iv. pelajar sebagai pereka yang inovatif dan
v. pelajar sebagai warga yang bersifat global.
Gambar 1: Peta pokok menunjukkan perbezaan ketiga-tiga jenis pedagogi.
Kesimpulannya, guru harus menguasai ilmu pedagogi agar kualiti pengajaran dapat
ditingkatkan dan ilmu yang disampaikan dapat dikuasai oleh murid dengan jayanya. Pedagogi
bukan hanya menyampaikan ilmu kepada pelajar secara tradisional namun boleh berlaku
secara atas talian dengan bantuan pelbagai teknologi baru yang memudahkan proses
penyampaian ilmu. Pedagogi berubah saban hari namun ada yang perlu dikekalkan.
Tajuk Perbincangan B:
ii. Berdasarkan rajah di bawah, bincangkan kepentingan Kompetensi Pembelajaran
Bermakna kepada hubungan guru dan murid.

Pedagogi pembelajaran bermakna menekankan perubahan dalam budaya supaya dapat


menggerakkan kecemerlangan dan ekuiti untuk semua. Penentu utama pembelajaran
bermakna adalah pemerolehan kompetensi baharu. Hal ini untuk meningkatkan penglibatan
murid dalam pembelajaran melalui keindividuan dan kesepunyaan di mana ia menghubungkan
murid dengan dunia sebenar melalui penerapan nilai kerohanian/murni, membina kemahiran,
pengetahuan, keyakinan diri, dan efikasi kendiri melalui inkuiri.
Pedagogi pembelajaran bermakna ialah satu proses untuk mencapai hasil pembelajaran iaitu
kompetensi global 6c. Semasa proses pembelajaran bermakna, pelajar membangunkan
kompetensi global 6c dan dengan memanfaatkan digital, pelajar akan dapat mengembangkan
kompetensi 6c hingga ke peringkat global melalui kapasiti pedagogi. Enam K (atau 6c) merujuk
kepada enam konsep utama yang perlu diterapkan dalam diri murid oleh guru-guru melalui
proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Konsep
yang dimaksudkan ialah karektor pendidikan, kewarganegaraan/komuniti, kolaborasi,
kemahiran berfikir kritikal/ penyelsaian masalah, kreativiti/imaginasi dan komunikasi.
Konsep Enam K pertama ialah karektor pendidikan yang mempraktikan pembelajaran
bermakna, memiliki sifat-sifat seperti kegigihan, ketabahan dan daya tahan serta keupayaan
untuk menjadikan pembelajaran sebagai sebahagian daripada kehidupan seperti seorang yang
pandai membawa diri dalam kehidupan yang mencabar. Dalam kompetensi pembelajaran
bermakna Enam K, karektor pendidikan mempunyai empat sub dimensi iaitu belajar cara
belajar, kecekalan, ketabahan, ketekunan, ketahanan, pemanfaatan digital dan pengaturan diri
serta tanggungjawab intergriti. Contohnya, pelajar kelas pemulihan cenderung mengalami sikap
mudah putus asa dengan cabaran dan masalah yang mereka hadapi. Murid yang mahu
meperbaiki kelemahan diri akan mula menujukkan cirri-ciri kecekalan dan ketabahan tetapi
masih memerlukan sokongan. Justeru guru perlu memberikan sokongan kepada murid tersebut
supaya kebolehpercayaan yang tinggi ada dalam diri mereka untuk skor lulus dalam ujian.
Selain itu, kolaborasi adalah satu konsep yang melibatkan kerjasama oleh beberapa
individu dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan
sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli yang terlibat. Kolaborasi merupakan sikap
saling bergantung dan bersinergi dalam kumpulan dengan kemahiran interpersonal dan
berpasukan yang tinggi seperti pengurusan dinamika kumpulan dan cabaran yang berkesan
dan membuat keputusan bernas bersama. Hal ini murid akan saling belajar dan menyumbang
idea kepada ahli kumpulan. Contohnya pelajar diberikan tugasan berkumpulan berkaitan faktor
penularan covid-19 di negara kita. Setiap kumpulan dikehendaki memberikan idea untuk
melaksanakan cara pembelajaran kolaboratif. Pelajar berbincang mencari idea untuk tugasan
tersebut kemudian berkongsi idea berkaitan faktor penularan covid-19 di negara kita melalui
pembentangan semasa pdp berjalan.
Seterusnya, kewarganegaraan dan komuniti pula merujuk kepada sikap patriotisme
dalam diri iaitu cinta akan negara dan mempunyai identiti nasional. Kewarganegaraan
bermaksud pelajar memiliki pemikiran global, mempertimbangkan isu-isu globalberdasarkan
pemahaman yang mendala, tentang nilai-nilai dan pandangan dunia yang pelbagai, serta
melalui minat dan keupayaan yang tulen untuk menyelesaikan masalah dunia nyata yang rumit
dan memberi kesan kepada kelestarian manusia dan alam sekitar. Contohnya, murid
berbincang dengan rakan berkaitan isu pendidikan. Murid mengambil kira pelbagai sudut
pandangan berbeza dalam memahami isu pendidikan. Hal ini menunjukkan bahawa murid
berminat untuk terlibat secara aktif dalam menyelesaikan tersebut. Murid memahami peranan
mereka dan terlibat secara aktif dalam berfikir tentang tindakan dalam menyelesaikan isu
pendidikan yang telah dibincangkan bersama semasa dalam kelas.
Pemikiran kritis juga menjadi tunjang dalam komponen konsep 6 K. Pemikiran kritis
didefinisikan sebagai analisis yang cermat, dan ketetapan yang berimplikasi pada keputusan
yang objektif dalam menetapkan segi manfaat atau mudharatnya. (Taylor,1965). Konsep
pemikiran kritis ini penting di mana murid ini dapat berfikir dengan tepat dalam proses mencapai
ilmu yang releven dan sahih. Selain itu, melalui pemikiran yang kreatif ini juga, murid mampu
memilih sesuatu keputusan yang masuk akal dan memutuskan apa yang diyakini oleh mereka.
Contohnya, murid diberikan satu set soalan atau pernyataan reflektif yang dapat menguji
pemikiran kritis diri murid. Penyataan ini melibatkan skala sangat tidak setuju, tidak setuju,
setuju dan sangat setuju. Penyataan reflektif yang mengguna skala ini akan menyebabkan
murid berfikir secara kritis dalam membuat keputusan penyataan yang mereka yakini tepat atau
masuk akal. Pemikiran kritis ini sangat penting dalam diri murid untuk membuat sesuatu
keputusan.
Disamping itu, konsep kreativiti dan imaginasi juga merupakan sebahagian daripada
komponen 6K. Konsep turut dikenali sebagai konsep pemikiran kreatif. Konsep pemikiran
kreatif ini sangat berkaitrapat dengan konsep pemikiran kritis. Konsep pemikiran kreatif
didefinisikan sebagai mempunyai kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan seterusnya
mengembangkan satu idea yang baru dan asli (Kamus Dewan, 2000). Dalam konsep ini, kita
dapat melihat tindakan yang dilakukan oleh seseorang murid setelah befikir secara kritis.
Misalnya, dalam penyataan yang mempunyai skala sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan
sangat setuju, murid memilih skala sangat tidak setuju. Maka, murid akan berfikir dengan kreatif
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pemikiran yang kreatif lahir daripada sesuatu
pemasalahan atau penyataan yang tidak dipersetujui oleh murid.
Konsep 6 K yang terakhir ialah komunikasi. Komunikasi bermaksud pemindahan
maklumat dan makna dari satu pihak kepada pihak yang lain. Dalam sesuatu pembelajaran
yang berkesan, penyampaian maklumat yang jelas amat lah penting agar tidak menimbulkan
ralat pada maklumat yang diterima oleh pihak lain. Contohnya, komunikasi yang berkesan
dalam pembelajaran dan pengajaran dapat menyampaikan maklumat kepada murid.
Komunikasi yang berkesan membolehkan kita menimbulkan suasana kelas yang
menyeronokkan, dan mampu menarik perhatian audiens atau murid. Komunikasi yang
berkesan dilihat pada pemilihan intonasi yang bersesuaian dan kosa kata yang mudah difahami
oleh murid.
Kesimpulannya, kompetensi global 6 K dalam pedagogi mampu menggerakkan
kecemerlangan dalam pembelajaran masa kini. Penekanan yang dibuat menjadikan sistem
pembelajaran dalam diri murid dapat menghasilkan mutu pembelajaran yang tinggi. Oleh itu,
pentingnya penerapan konsep-konsep ini dalam pembelajaran sama ada di dalam mahupun
luaran bilik darjah.
Tajuk Perbincangan C:

Pedagogi Pendidikan adalah satu seni pengajaran, kaedah mengajar dan juga ilmu pendidikan
untuk menghasilkan pengajaran yang optimum. Berdasarkan penyataan berikut, berikan hujah
anda bagi menyokong kepentingan ilmu pedagogi kepada pendidik.

DEFINISI PEDAGOGI

Kata pedagogi berasal dari bahasa latin yang bermakna mengajari anak, sementara dalam
bahasa Inggeris istilah pedagogi (pedagogy) digunakan untuk merujuk kepada teori pengajaran,
dimana guru berusaha memahami bahan ajar, mengenal siswa dan menentukkan cara
mengajarnya. Namun demikian, sesuai ataupun seiring dengan kemajuan dunia pendidikan
pada masa kini, konsep pedagogi turut berkembang dan digunakan dalam konteks iaitu
pengajaran di semua peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti. Amalan pedagogi
berdasarkan persediaan pengajaran merupakan antara nilai utama dalam kecekapan guru
dalam permulaan menerusi Standard Guru Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).
Kecekapan guru prasekolah permulaan perlu menekankan ilmu pendidikan prasekolah yang
dapat meningkatkan profesionalisme mereka ketika menjalankan tugas perancangan dengan
lebih berkesan.

Menurut N.S. Rajendran (2001), proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh
beberapa pembolehubah dan satu amalan pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dalam
satu bilik darjah tidak semestinya akan juga berjaya dalam bilik darjah yang lain. Ini kerana, bilik
darjah yang satu lagi tetap berbeza daripada bilik darjah yang sebelumnya dari aspek
kesediaan guru, tahap pencapaian murid, bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan serta waktu mengajar. Justeru itu, pengetahuan dan penguasaan dalam aspek-
aspek pedagogi di kalangan golongan pendidik pastinya akan dapat membantu mereka dalam
menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancangkan seterusnya dapat
mencapai objektif pengajaran yang telah digariskan. Definisi yang lebih tepat adalah pedagogi
ini diertikan sebagai kemahiran mengajar yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam suatu bidang. Untuk memastikan sesi
pengajaran dan pembelajaran tersebut bermakna, seseorang guru perlu memiliki ilmu pedagogi
yang amat baik.
KEPENTINGAN ILMU PEDAGOGI KEPADA PENDIDIK

Seorang guru perlu menguasai pedagogi kerana pedagogi dapat membantu guru dalam
memahami pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Menurut pendapat Edward M.Anthony
(1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait rapat dengan proses pengajaran
dan pembelajaran. Melalui pendapat ini dapat kita rumuskan bahawa pendekatan harus
berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran . Pedagogi memberi satu
pendapat bahawa sesuatu pengajaran itu perlulah dimulakan dengan pengajaran yang mudah
untuk murid-murid dan seterusnya kepada pengajaran yang sukar. Dalam erti kata lain, dari
konkrit ke abstrak iaitu dari senang ke susah.

Selain itu, pedagogi juga memberi kebaikan kepada seseorang guru itu, dan akan
menjadikan guru lebih bersedia dalam menyediakan alat bantuan mengajar yang lebih menarik
dan bermakna. Hamdan et.al. (2004) menyatakan bahawa bagi memastikan setiap objektif
pengajaran guru tercapai, guru perlu menyusun strategi pengajaran terlebih dahulu sebelum
proses P&P dijalankan. Tempoh masa pengajaran mestilah mencukupi dengan jadual masa
yang telah ditetapkan jika guru tersebut telah bersedia dengan kaedah-kaedah, aktiviti-aktiviti
pelajar dan bahan rujukan sebelum proses P&P dijalankan. Melalui pedagogi, seorang guru
boleh mengajar mengikut kaedah guru itu tersendiri, guru juga digalakkan untuk
mempelbagaikan gaya mengajar. Sebagai contoh, guru perlulah menerapkan penggunaan ICT
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, bahan bantu mengajar ini lebih menarik dan
bersesuaian dengan kecenderungan pelajar di abad ke-21 ini.

Sebagai seorang guru yang kreatif, ilmu pedagogi amat penting untuk dikuasai oleh guru
agar guru berupaya untuk menggunakan set induksi yang menarik supaya dapat memulakan
pelajaran yang berjaya mencuit rasa ingin tahu murid, secara amnya. Ia berupaya menjadikan
murid memberi perhatian, bertanyakan soalan, mencuba berinteraksi dengannya, serta
mencetus perbualan dengan guru serta rakan. Set induksi yang menarik dan kreatif boleh
menjadikan murid lebih aktif untuk aktiviti seterusnya. Ia perlu ringkas dalam 5-7 minit sahaja.
Justeru itu, tidak semestinya guru tersebut terus memulakan sesi pengajaran tanpa memberi
bayangan kepada murid-murid tentang apa yang dipelajari pada hari tersebut. Tetapi, sebagai
seorang guru yang mempunyai kemahiran mengajar yang baik, seseorang guru tersebut
mampu menjadikan set induksi tersebut menjadi menarik. Contoh aktiviti yang boleh dibuat
semasa set induksi, iaitu guru menyuruh murid-murid meneka apa yang guru tersebut lakukan.
Hal ini bukan sahaja menyuruh murid-murid untuk meneka, malah membantu murid tersebut
meneka apa yang akan dipelajari pada hari tersebut.

Bukan itu sahaja guru juga akan dapat memperkembangkan lagi potensi pada muridnya.
Dengan mempunyai kemahiran mengajar yang baik, guru mampu meningkatkan lagi
perkembangan pembelajaran murid tersebut, terutama dalam sesebuah matapelajaran.
Sekiranya guru tersebut mempunyai idea yang kreatif dalam mengajar, secara tidak langsung
murid tersebut mempuyai potensi untuk berkembang dalam pengajaran hariannya. Misalnya,
mengajar murid tersebut membuat karangan, pada permulaannya, menyuruh murid tersebut
hanya membina ayat dan setiap hari guru akan menyuruh murid latih tubi sehingga murid
tersebut boleh mengarang karangan sendiri. Hal ini kerana, sebagai seorang guru, tidak
digalakkan untuk terus memberi tajuk karangan, kerana murid perlu belajar langkah demi
langkah.

Seterusnya, pedagogi juga memberi kebaikan kepada guru apabila proses pengajaran
dan pembelajaran dapat melibatkan muridnya secara lebih aktif dalam pelajaran. Hal ini
demikian kerana, guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pedagogi yang mampu
melibatkan murid-murid di dalam kelas tersebut menjadi aktif dalam pelajaran. Rozaiman et al.
(2016) menyatakan guru seharusnya menguasai kaedah pengajaran yang lebih bersistem,
dinamik dan memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat secara aktif. Sebagai contoh,
gaya dan percakapan guru membuatkan muridnnya tertarik dapat mengalihkan perhatian
sepenuhnya kepada cikgu. Apabila murid memberikan perhatian yang penuh, murid akan
menjadi aktif dan peka dengan apa yang cikgu sampaikan dari awal hingga akhir pembelajaran.
Oleh itu, betapa pentingnya ilmu pedagogi bagi seseorang guru untuk melaksanakan
pengajaran yang interaktif untuk memastikan muridnya aktif dalam pembelajaran.

Sebagai kesimpulannya, pengetahuan pedagogi merupakan bekalan dan aset penting


kepada seorang guru dan amat penting untuk difahami dan diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Melalui pengetahuan pedagogi, seorang guru akan
dapat mempelbagaikan cara pengajarannya agar menarik minat pelajar dan juga dapat
menyampaikan isi pelajaran dengan lebih baik. Selain itu, melalui pengetahuan pedagogi juga,
seorang guru akan dapat mengatasi masalah pelajar-pelajar yang kurang berminat untuk
belajar dengan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang boleh digunakan. Maka,
pengetahuan pedagogi ini adalah merupakan asas yang penting untuk guru dalam
melaksanakan tugasnya.
RUJUKAN

EDWARD M. ANTHONY, Approach, Method, and Technique; ELT Journal, Volume XVII, Issue

2, January 1963, Pages 63–67

Hamdan, Hanipah dan Saprin (2004). Teknik Mengajar Dewasa Panduan Untuk Jurulatih.

Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd.

KPM. (2009). Buku panduan program ijazah sarjana muda perguruan dengan kepujian.

Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia.

Michael, F., Joanne. Q., Joanne. M. (2017). Deep Learning: Engage the World Change the

World.

Michael. F., Maria. L. (2014). A Reach Seam: How New Pedagogies Find Deep Learning.

N.S Rajendran (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Kesediaan Guru

Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Fakulti Sains Kognitif Dan

Pembangunan Manusia. Universiti Perguruan Sultan Idris.

Rozaiman Makmun, Zamri Mahamod, Noor Izam Mohd Taib, & A. Rahman Haron. (2016).
Pengetahuan Teknologi Pedagogikal Kandungan Kesusasteraan Melayu: Peranan Guru
Sastera dalam SPN 21. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (2): 85-98.

Anda mungkin juga menyukai