Anda di halaman 1dari 6

ISU : Malaysia Komited Kongsi Falsafah Pendidikan TVET

Artikel yang ditulis oleh Mohd Azrone Sarabatin dan Ahmad Suhael Adnan keluaran
Berita Harian pada 4 Ogos 2015 ini mengulas tentang usaha sama negara Malaysia untuk
berkongsi falsafah pendidikan TVET dengan negara yang lain di rantau asia pasifik ini. Saya
diberi tugasan untuk membuat refleksi berkenaan tajuk yang telah dipilih berdasarkan isu
terkini pengurusan tvet. Pengolahan refleksi ini dibantu dengan menggunakan kaedah 5W1H
( what, where, who, why, when & how ). Secara umumnya artikel ini menjelaskan pendidikan
TVET ini semakin mendapat tempat dalam industri dan negara-negara luar berlumba-lumba
untuk melahirkan tenaga mahir dari pendidikan TVET.
Berbantukan kaedah 5W1H ini, isi yang pertama yang ingin saya huraikan adalah apa
yang terjadi mengenai pengurusan TVET (what). Pengeluaran tenaga mahir melalui
pendidikan TVET ini merancakkan lagi sektor-sektor perindustrian di Malaysia, sehubungan
itu negara ini dapat berdiri setanding dengan negara-negara yang membangun. Di rantau Asia
Pasifik ini, Malaysia antara negara yang berada di barisan hadapan dapam bidang Pendidikan
serta Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) dimana negara kecil yang sedang membangun
ini begitu komited untuk membantu negara yang lain mengembang dan memperkukuhkan
falsafah pendidikan teknikal berkenaan. Pada pandangan saya perbezaan falsafah pendidikan
TVET sebenarnya jauh berbez dengan falsafah pendidikan akademik baik dari segi struktur,
sistem, hasil kerana program TVET ini bermatlamat mengenai sasaran pasaran, pembinaan
modan insan yang bernilai budaya tinggi dalam usahanya.
Semenjak dahulu bidang TVET ini dipandang sebagai pendidikan kelas kedua atau
pendidikan pilihan terkahir dan bukannya yang benar-benar diminati tetapi kini ianya dapat
membuka mata banyak pihak tentang kelebihan dan keistimewaan bidang teknikal ini. Oleh
itu pada pihak berwajib falsafah pendidikan dalam TVET tidak seharusnya statik yang hanya
menerima kesan globalisasi masa kini, tetapi mestilah menyediakan kelestarian dengan
membina keupayaan generasi akan datang untuk menyesuaikan diri dan berupaya mengatasi
masalah dengan persekitaran mereka. Tambahan kelestarian pembangunan insan selain
memberi tumpuan kemahiran dan kecekapan pada individu, kesedaran pada masayrakat, sikap
dan nilai, ianya juga memerlukan penglibatan secara berkesan di peringkat tempatan, nasional
dan antarabangsa.

Seterusnya untuk isi yang kedua iaitu where, perkembangan pendidikan TVET perlu
disemai dan diangkat sebagai pendidikan kelas pertama dan pendidikan ini perlu diberi
peluang kepada semua masyarakat. Justeru Malaysia mampu muncul sebagai negara
berteknologi tinggi dengan masyarakat atau generasi akan datang yang berkemahiran serta
memelihara kualiti hidup yang berteraskan minda masyarakat kelas pertama. Malah seperti
digariskan melalui Wawasan 2020, tidak mustahil Malaysia juga berupaya menjadi negara
perindustrian sepenuhnya jika pelajar pada hari ini mengambil manfaat daripada pelan
pendidikan negara yang telah dirangka rapi oleh kerajaan dan tiada perubahan besar yang
dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi. Bagi memperkasakan pendidikan
TVET ini, kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) menerapkan pendidikan
kemahiran secara holistik bagi pelajar lepasan sekolah rendah, sekolah menengah atas,
institusi pengajian tinggi sehingga pasaran pekerjaan. Dalam tempoh tersebut, banyak
perubahan telah berlaku khususnya yang berkaitan dengan pendidikan teknikal dan
vokasional. Kita boleh lihat dengan penjenamaan semula sekolah menengah vokasional dinaik
taraf kepada kolej vokasional. Hal ini dilihat sebagai satu langkah untuk memperkasa
pendidikan TVET dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti kursus yang
ditawarkan.
Seterusnya pada peringkat pengajian tinggi awam pula, kerajaan Malaysia telah
menyediakan empat buah universiti awam yang berstatus universiti teknikal iaitu Universiti
Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti
Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussien Onn (UTHM). Universiti awam teknikal
ini diwujudkan bertujuan memberikan ruang yang khusus kepada pelajar lulusan teknikal
pada peringkat sekolah menengah untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat pengajian
tinggi sama ada ke peringkat Diploma dan Ijazah. Laluan pembelajaran ini memberikan
pilihan kepada pelajar dan remaja untuk terlibat dalam bidang teknikal dengan laluan
pendidikan yang tersusun.
Kemudian isi selanjutnya adalah tentang who iaitu pada siapa pendidikan TVET ini
perlu diberi. Pendapat pendidikan TVET ini adalah terbuka untuk semua dan bukannya hanya
sekadar pelajar yang tercicir dalam akademik semata-mata. Bahkan ada sahaja pelajar yang
cemerlang dalam akademik tetapi mahu ceburi bidang yang berkaitan kemahiran dan teknikal.
Sesetengahnya memandang bidang teknikal ini sebagai satu langkah untuk berjaya dan boleh
bekerja sendiri kelak. Hal ini sekaligus mengikis perasaan atau pandangan orang ramai kerja
di sektor teknikal dan kemahiran ini adalah tidak lumayan. Jika seseorang tersebut

mempunyai kepakaran tertentu, mereka boleh menjana pendapatan dengan sendiri dengan erti
kata lain mereka dapat hidup mewah berbanding individu yang makan gaji.
Pada peringkat awalnya pada tahun 1980-an, pendidikan teknikal dan vokasional di
Malaysia diperkenalkan dan hanya diberi peluang kepada pelajar yang tercicir dalam
akademik arus perdana. Sebagai pilihan keduanya, bagi mengatasi masalah keciciran pelajar
dalam pembelajaran para pelajar ini telah diberi peluang untuk mengikuti pendidikan
berteraskan TVET. Melalui cara sebegini juga dapat mengurangkan gejala pengangguran
kerana setiap tenaga mahir yang dilahirkan ini amat mendapat tempat dalam sektor
perindustrian baik awam atau swasta. Kini pendidikan TVET terbuka kepada semua malah
dengan penjenamaan semula sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional telah
membuka peluang besar kepada para pelajar teknikal untuk menikmati manfaat
perkembangan pendidikan ini.
Selain itu, antara isu yang boleh diketengahkan adalah why. Dalam konteks ini
mengapa Malaysia begitu komited untuk berkongsi falsafah pendididikan TVET adalah
kerana ingin membantu negara ASEAN yang lain untuk sama-sama membangun dan
seterusnya menempa nama sebagai negara anjung ilmu. Sebagai negara Islam juga Malaysia
bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu dan kepakaran yang ada, oleh itu negara lain tidak
akan teragak-agak untuk berkongsi kepakaran lain dengan negara ini. Malah dengan
kerjasama antara negara membantu perkembangan tamadun manusia yang lebih berilmu dan
mempunyai daya fikir yang kreatif. Bahkan juga rakyat dan generasi akan datang dari negara
ini mampu setanding berdiri di arena antarabangsa dalam bidang perindustrian yang diceburi.
Tidak mustahil juga negara maju seperti Amerika Syarikat, Rusia dan lain-lain meminta
bantuan dari anak muda Malaysia mengenai kepakaran tertentu.
Menurut Menteri Pendidikan sendiri, Datuk Seri Madzie Khalid (2015), TVET di
Malaysia adalah antara komponen penting di Asia Pasifik dimana ianya memberi peluang
kepada golongan pertengahan untuk mendapatkan akses pendidikan lebih bermutu. Pada masa
kini dengan pendidikanlah dapat mengubah kehidupan seseorang dengan mempunyai masa
depan yang cerah. Malah dengan kemahiran yang dimiliki, tidak mustahil graduan lepasan
dari pendidikan TVET ini akan menganggur dan peratusan yang mendapat tempat dalam
pasaran kerja adalah tinggi. Malah pihak industri berebut-rebut untuk mendapatkan tenaga
mahir keluaran institusi TVET sendiri. Mereka percaya graduan yang dihasilkan bermutu
tinggi dengan pembelajaran dan pengajaran mereka lebih banyak praktikal dan amali. Oleh itu

graduan ini sebenarnya telah didedahkan dengan keadaan tempat kerja yang sebenar malah
tidak kekok lagi jika diambil bekerja. Seterusnya perkara ini menguntungkan pihak industri
yakni pihak mereka tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan untuk mengadakan kursus
kemahiran tambahan kepada pekerja baru.
Bagi isi yang seterusnya adalah when dimana Malaysia menerusi Perutbuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kini
sedang giat berkongsi falsafah pendidikan TVET dalam kalangan 48 negara Asia Pasifik. Hal
ini adalah suatu yang positif untuk negara ini dikenali sebagan gerbang ilmu dan negara ini
selalu dijadikan rujukan mengenai pendidikan TVET ini. Selain itu, perkongsian ini boleh
dijadikan sebagai platform terbaik kepada negara anggota untuk berkongsi diea, falsafah dan
pandangan bagi mengukuh serta membangunkan TVET setanding dengan pendidikan arus
perdana.
Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
(PPPM-PT) sendiri, kerajaan masih memberikan tumpuan yang khusus terhadap
pembangunan pendidikan TVET. Kita boleh lihat tumpuan terhadap TVET ini selari dengan
hasrat yang tercatat dalam Wawasan 2020 sebagaiman yang telah direncana oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara pencipta
teknologi, bukan hanya sebagai negara pengguna teknologi. Kemudian ciri ini merupakan
asas pembentukan negara maju sepenuhnya, iaitu bilangan pekerja mahir dan separa mahir
yang cukup dalam pasaran pekerjaan.
Akhir sekali adalah how, dimana proses untuk Malaysia berkongsi ilmu dan
kemahiran yang ada dengan negara ASEAN. Justeru negara ini perlu memberi keutamaan
kepada bidang pendidikan teknikal dan menyeneraikan dalam pendidikan arus perdana bagi
memastikan belia pada masa kini dilengkapi kemahiran yang boleh memberi keistimewaan
kepada mererka untuk memperoleh kerja kelak. Jika para belia ini tidak berminat untuk
bekerja dalam sektor industri atau bergantung dalam mana-mana organisasi, mereka boleh
menjadikan kemahiran tersebut sebagai pekerjaan sendiri dan tidak terlalu bergantung kepada
kerja yang hanya makan gaji. Malah dengan cara ini dapat meningkatkan persaingan
perniagaan yang diceburi oleh graduan.
TVET memberikan penekanan kepada pendidikan berkonsep sepanjang hayat, iaitu
pendidikan berterusan tanpa had umur pembelajaran tertentu. Sebagai remaja, peluang
mengikuti pengajian yang berkaitan dengan TVET mampu membentuk kemahiran tertentu

yang bersesuaian dengan keperluan semasa dalam pasaran pekerjaan. Pendidikan berasaskan
TVET ini bukan sahaja berhasrat melahirkan bilangan pekerja mahir yang terlatih, tetapi
mampu mencipta pekerjaan sendiri berbekalkan kemahiran yang diperoleh. Perkara ini akan
mengurangkan kebergantungan pada kerja makan gaji.
Pada masa yang sama juga dalam keadaan menghadapi ketandusan sumber alam dan
seruan penghijauan bumi, perlu juga diberi penekanan supaya institusi masa kini benar-benar
melahirkan modal insan yang seimbang dan juga dapat menjurus ke arah melahirkan graduan
yang mendekati alam sejagat dengan nilai kreativit dan inovasi yang tinggi seiring dengan
pengoptimaan sumber alam.

LAPORAN INDIVIDU
Isu : ISU : Malaysia Komited Kongsi Falsafah Pendidikan TVET

KOD KURSUS

BBP 20302

NAMA KURSUS

KEPIMPINAN DAN PENYELIAAN

FAKULTI

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL &


VOKASIONAL (FPTV)

NAMA PELAJAR

MOHAMAD AMEERUDDIN BIN ROSLI


(DB130112)

SEKSYEN

NAMA PENSYARAH

DR WAN HANIM NADRAH BT WAN MUDA

TARIKH HANTAR

28 APRIL 2016

MARKAH
TUGASAN

Anda mungkin juga menyukai