Anda di halaman 1dari 10

PENULISAN ESEI 1

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau secara akronimnya PBS adalah salah satu
cabang pembentukan kaedah Pengajaran dan Pemudah Cara (PdPc) disamping menilai
perkembangan dan kemajuan murid secara holistik malah ini menunjukkan setiap sekolah
berfungsi memainkan peranan sebagai pusat pentaksiran dalam perkembangan pelajar.
Pentaksiran ini bersifat holistik dengan penilaian dari aspek kognitif, afektif iaitu keberkesanan
dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan.
Bagaimana pula dengan guru? Guru merupakan aset penting dalam menggerakkan PBS
kerana kesemua tahap kemenjadian murid dianalisis oleh guru mereka sendiri. Guru membuat
keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui pelbagai teknik dan bentuk
pentaksiran bermula secara formal sehinggalah kepada yang kurang formal. Namun, wujud
juga cabaran yang harus ditempuhi oleh guru sepanjang pelaksanaan pentaksiran ini sama ada
secara dalaman ataupun luaran demi memenuhi matlamat Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS). Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru sepanjang pelaksanaan PBS
tersebut?

Antara cabaran yang dihadapi oleh guru termasuklah kekangan masa. Hal ini kerana
pelaksanaan pentaksiran ini memaksa guru untuk berkorban masa terutama dalam menaakul
segala perkembangan murid khususnya dalam aspek keperibadian murid, kurikulum dan
kokurikulum. Secara amnya waktu guru di sekolah adalah sekitar tujuh pagi sehing pukul empat
petang tetapi kini guru terpaksa mewajibkan diri menghadiri kokurikulum malah berkorban masa
dalam melaksanakan kelas tambahan khususnya pada waktu malam. Guru-guru terpaksa
mengehadkan waktu bersama keluarga dan ini bakal mengakibatkan kerapuhan hubungan
dalam rumah tangga disamping meranapkan institusi kekeluargaan. Malah, pelaksanaan sistem
ini semestinya mengundang kepada kurangnya hasil produktiviti yang cemerlang dalam
kalangan guru kerana guru dipaksa melakukan kerja 24 jam sehari seperti robot. Mereka
mungkin mendapatkan purata rehat sekitar empat hingga enam jam seminggu dan dapat
dibuktikan apabila kebanyakan guru sekarang sering ke hospital atas faktor penyakit yang
berpunca daripada tekanan.
Selain itu, antara cabaran lain yang terpaksa dirempuh termasuklah dalam penyediaan
pelbagai instrumen oleh pihak sekolah atau pihak berwajib kepada guru dalam melaksanakan
pentaksiran ini. Sistem PBS menyatakan instrumen yang diwujudkan di dalam pentaksiran ini
adalah seperti instrumen berkaitan pemerhatian, persembahan, projek, produk, amali, tugasan
bertulis, ujian bertulis dan pelbagai lagi (Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), 2014
m/s 10). Atas faktor kegawatan ekonomi yang melanda negara kita belakangan ini, penyediaan
instrumen oleh pihak sekolah sedikit tergendala hinggakan kebanyakan guru terpaksa
berkorban dari segi kewangan dalam menyediakan instrumen secara sendiri. Hal ini kerana
faktor pengeluaran wang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sedikit perlahan dan kadang-
kadang bertangguh dan ini menyebabkan guru mencari kaedah alternatif lain dengan
menyediakannya sendiri. Sebagai contoh, kebanyakan guru terpaksa menggunakan kertas
sendiri dalam mencetak soalan untuk pelajar malah ada yang terpaksa membeli alatan sendiri
untuk murid dalam melakukan sesuatu projek. Guru menghadapi sedikit kesukaran atas faktor
gaji yang khusus untuk keluarga dan diri mereka sendiri malah penyediaan alatan oleh mereka
ini mungkin menyusahkan guru itu sendiri.

Di samping itu, dasar pelaksanaan sistem PBS atas talian (online) iaitu dalam Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) didapati meningkatkan tahap kerisauan
dan seterusnya meningkatkan bebanan tugas guru di sekolah amnya. Guru perlu merekod
setiap instrumen yang dijalankan di sekolah. Minimum satu ujian dijalankan bagi setiap mata
pelajaran untuk seminggu dan guru perlu memasukkan rekod pentaksiran secara rutin setiap
minggu. Masalah yang timbul adalah guru tiada panduan penggunaan sistem yang digunakan.
Guru terpaksa memahirkan diri menggunakan sistem dan membuat kemasukan rekod secara
sendiri. Guru juga menghadapi masalah akibat capaian internet yang lemah serta kesesakan
sistem yang berlaku hampir setiap waktu. Adakalanya guru terpaksa bangun awal pagi semata-
mata untuk memasukkan rekod pentaksiran dalam SPPBS. Ekoran kesesakan sistem atas
talian, guru sering memasukkan rekod pentaksiran di rumah dan ini mengganggu masa
berkualiti guru bersama keluarga masing-masing. Capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) sering tergendala dan sukar diakses oleh guru adalah
disebabkan bilangan pengguna mencecah 40,000 orang dalam satu-satu masa (Utusan Online,
7 November 2012). Pihak Kementerian juga diarah kaji PBS secara menyeluruh atas faktor
guru sukar masukkan maklumat pengkalan data (Berita Harian, 12 Februari 2014).

Malah, sistem PBS ini turut membebankan guru dan pihak sekolah khususnya dalam
menyediakan, menyelenggara fail termasuklah sistem fail yang pelbagai. Setiap orang murid
akan mempunyai satu fail perkembangan. Sebagai andaian iaitu sekiranya jumlah murid tahun
dua sekolah tersebut seramai 150 orang, maka 150 fail perlu diwujudkan dan ditambah pula
dengan satu fail showcase bagi setiap kelas dan fail peribadi setiap guru khusus untuk setiap
mata pelajaran yang diajar. Sistem ini memaksa pihak sekolah menyediakan ruangan yang
besar bagi penyimpanan fail yang bertambah seiring dengan pertambahan bilangan pelajar.
Bagi guru, mereka juga menempuh masalah dalam memasukkan eviden ke dalam setiap fail
perkembangan murid. Sebagai contohnya bagi guru yang mengajar 3 kelas seminggu dengan
purata 40 orang murid setiap kelas, maka guru mesti memasukan eviden sebanyak 120 unit
dalam 120 fail yang berbeza setiap minggu. Begitu banyak masa yang terpaksa digunakan guru
dalam penyimpanan maklumat-maklumat ke dalam fail-fail murid. Bebanan tugas serta
kekangan masa terpaksa dilalui kini oleh guru dan ini kian bertambah setiap minggu.
Penyelenggaraan ini sangatlah tidak praktikal dan kurang rasional ekoran jangkamasa yang
digunakan dalam menguruskan fail itu boleh digunakan untuk persediaan tugas pengajaran
serta rancangan pengurusan harian (RPH) di dalam kelas.

Sebagai tambahan, faktor penerimaan ibu bapa tentang konsep dan penerimaan
pelaksanaan sistem PBS ini juga sedikit sebanyak menimbulkan permasalahan dan kerisauan
kepada guru. Hal ini disebabkan guru mendapat rungutan dan komen negatif ibu bapa berkaitan
kemajuan dan kedudukan pencapaian anak-anak di sekolah. Mereka menganggap
pembelajaran tanpa peperiksaan (pelaksanaan PBS) boleh menimbulkan kesan negatif
terhadap fokus dan matlamat murid-murid di sekolah. Selain guru, para ibu bapa juga perlu
diberikan pemahaman yang jelas mengenai perlaksanaan PBS agar tidak timbul kecelaruan
dengan membuat tanggapan negatif terhadap sistem pembelajaran baharu itu (Utusan Online,
22 Oktober 2012). Pandangan negatif ini ditambah dengan ketiadaan kerjasama daripada pihak
masyarakat umumnya ibu bapa membuatkan guru merasa tertekan dengan perlaksanaan
sistem ini ekoran kurangnya sokongan moral pihak luar (ibu bapa) terhadap anak-anak dalam
pelaksanaan PBS ini. Malah, sewaktu Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) juga jelas
dapat dilihat ibu bapa kurang menunjukkan sokongan dengan guru-guru khususnya bila
diutarakan usul PBS ini. Hal ini mungkin disebabkan ketidakpercayaan ibu bapa kepada guru
kerana bagi mereka mampukah seorang guru mentafsir pelajar yang ramai dalam sesebuah
kelas.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai cabaran yang ditempuh oleh guru-guru khususnya


dalam mendidik anak bangsa. PBS mungkin menyusahkan guru tetapi sistem ini mungkin boleh
dibaikpulih dan meringankan beban guru kelak. Diharapkan pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia berusaha dalam menjamin kebajikan guru-guru supaya mereka dapat mengimbangi
diri mereka bukan sahaja untuk sekolah, malah untuk masyarakat, bangsa dan negara
disamping menelusuri pendidikan sepanjang hayat. PBS juga diharapkan dapat membentuk
pelajar yang tergolong dalam golongan minda kelas pertama dan membantu negara “berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah” dengan negara lain khususnya jiran kita iaitu Singapura yang
taraf pendidikannya dianggap masyhur seantero dunia. Hal ini kerana, sekolah yang diurus
dengan berkesan akan membantu perkembangan murid-murid secara holistik dan harmonis
dan seterusya dapat menerapkan nilai-nilai murni dan keperibadian yang utuh dalam kalangan
pelajar bagi melahirkan masyarakat yang bermoral, beretika, dan serba boleh dalam
menyumbang kepada kemajuan negara seperti yang telah dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005).

Bibliografi
Abd Rahim (2003). Falsafah Budaya Dalam Bidang Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit U.M.

Hajah Noresah Bt. Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –


2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. (2012). Direktori Pembelajaran Sepanjang Hayat


Peringkat Nasional 2012/2013. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Lembaga Peperiksaan. (2014). Informasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Michael D. Tovey And Diane R. Lawlor (2008). Training in Australia. Australia: Pearson –
Education Australia.

Mohamed Rashid Navi Bax dan Mohd Nasir Abu Hassan (2003). Lifelong Learning in Malaysia.
International policy seminar co-organised by IIEP, UNESCO and KRIVET.

Noriati A. Rashid dan rakan-rakan, (2010). Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa.
Selangor: Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Buku panduan pengajaran dan pembelajaran nilai
merentas kurikulum KBSR I KBSM. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka Sdn. Bhd.

Berita Harian, (2014). “Kementerian juga diarah kaji PBS secara menyeluruh”, 12 Februari
2014.
Berita Harian, (2007). “Guru perlu menjadi pelopor kepada penghayatan pendidikan sepanjang
hayat”, 16 Mei 2007.

Utusan Online. (2012). “Ramai pengguna punca capaian SPPBS terganggu”, 7 November
2012.

Utusan Online. (2012). “Guru perlu fahami Pentaksiran Berasaskan Sekolah”, 22 Oktober
2012.

Mohd. Zohadie Bardaie (2002). Majlis Pelancaran Pelan Strategi UPM 2001 – 2010, Etika Kerja
UPM dan Anugerah Fellowship Naib Canselor.
www.upm.edu.my/website/koleksi_ucapan/2002

Cheah Ui Hock & Lim Chap Sam. (2010). Disseminating and Popularising Lesson Study in
Malaysia and Southeast Asia. APEID Hiroshima Seminar “Current Status and Issues on
Lesson Study in Asia and the Pacific Region.

Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, (2010). Guru dan cabaran
semasa, Selangor: Penerbitan Multimedia. Laman Sesawang
eprints.uthm.edu.my/2713/1/22._PKPGB_2008_2.pdf www.mohe.gov.my/psptn/index

Mohd Junaeddy. (2014, Mei 17). Guru Cemerlang. Blogspot. Diperolehi pada Mac 2017
daripada http://kitpembangunansahsiah2014.blogspot.my/
Akmal Azmee. (2014, Mac 27). Ciri-Ciri Guru Cemerlang dari Aspek Personaliti dan Sahsiah.
UPSI. Diperolehi pada Mac 2017 daripada
http://kkdupsi2014.blogspot.my/2014/03/ciri-ciri-guru-cemerlang-dari-aspek.html

Guru. (2010, Januari 20). Personaliti Guru. Blogspot. Diperolehi pada Mac 2017 daripada
http://logik-guru.blogspot.my/2010/01/guru-professional.html

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


Isi kandungan i
Tugasan 1: Penulisan esei 1 1-5

Tugasan 2: Penulisan esei 2 6 - 10

Rujukan 11 - 12
Lampiran

i
TUGASAN 1
(ESEI – CABARAN GURU
DALAM PELAKSANAAN
PBS)

TUGASAN 2
(ESEI – SEJAUH MANA PBS
MEMBANTU GURU DALAM
MELAKSANAKAN PENBELAJARAN
SEPANJANG HAYAT)
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai