Anda di halaman 1dari 2

3.

0 Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan

Sepanjang masa menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di


Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Perbadanan, Sungai Petani, saya telah
menggunakan pelbagai instrumen pengumpulan data untuk melaksanakan aktiviti dan
tugasan yang dirancangkan sebelum itu. Antaranya termasuk pemerhatian, senarai
semak, temu bual dengan warga-warga sekolah serta soal selidik dengan murid-murid
sekolah.

3.1 Pemerhatian

Sebelum saya bertemu bual dengan warga-warga sekolah, saya telah banyak
mengaplikasikan instrumen pemerhatian untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
terhadap sekolah tersebut. Saya telah membuat pemerhatian terhadap pelbagai aspek
seperti infrastruktur dan kemudahan yang telah disediakan di kawasan sekolah, urusan
pentadbiran sekolah, waktu pembelajaran dan pengajaran guru-guru, aktiviti dan
program yang dianjurkan serta lain-lain lagi.

3.2 Senarai Semak

Instrumen kedua yang telah saya gunakan dalam tugasan PBS ini adalah
senarai semak. Senarai semak ini adalah untuk memudahkan saya menyemak semula
dan mengenalpasti apa yang perlu saya buat dalam tugasan tersebut. Dengan adanya
senarai semak ini, kerja permerhatian saya akan menjadi lebih berkesan kerana setiap
kriteria telah disenaraikan terlebih dahulu. Instrumen ini dapat mengelakkan keadaan
kelam kabut semasa menjalankan tugasan.

SENARAI SEMAK
TUGASAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
EDUP 3073 NOMBOR DAN OPERASI
BIL PERKARA Ada Tiada CATATAN
(/) (X)
1. Kesilapan ketara yang dilakukan - Menyediakan
oleh murid semasa menjawab lembaran kerja
soalan. - Mengadakan
1.1 Kelas tahun 4 (35 murid) suatu ujian untuk
menganalisis
kesilapan yang
dilakukan oleh
murid

3.3 Temu Bual

Setelah menjalankan pemerhatian di kawasan sekolah, saya berasa keliru dan


menghadapi beberapa masalah yang berkenaan. Oleh itu, saya menggunakan
instrumen ketiga, iaitu temu bual dengan warga-warga sekolah untuk mendapatkan
pendedahan yang lebih mendalam terhadap persoalan sekolah tersebut. Antara warga
sekolah yang telah saya adakan temu bual termasuk guru besar, guru-guru kanan,
guru-guru mata pelajaran, kakitangan sekolah dan juga murid-murid sekolah.
Kebanyakan soalan yang dikemukakan telah mampu diselesaikan selepas temu bual
dengan pihak yang berkenaan.

3.4 Soal Selidik

Selain temu bual dengan warga sekolah, saya juga mengadakan soal selidik
dengan para murid untuk mendapatkan respon terhadap sekolah mereka. Soal selidik
ini dijalankan adalah membezakan murid-murid dari segi fikiran, gaya pembelajaran,
potensi dan sebagainya. Borang soal selidik yang telah saya sediakan merangkumi
soalan-soalan yang mudah difahami dan disertai dengan pilihan jawapan. Intrumen ini
adalah sesuai untuk digunakan terhadap murid-murid kerana pendekatan ini adalah
lebih terus-terang dan mudah bagi murid yang bersekolah rendah untuk memberi
respon.

Anda mungkin juga menyukai