Anda di halaman 1dari 2

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa syukur yang teramat ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurnia serta izin dan hidayatNya, saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan

dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu, selama 8 minggu bermula pada bulan April dan

berakhir pada bulan Mei 2014. Sekalung penghargaan saya tujukan juga kepada semua pihak

yang menjayakan tugasan yang telah diberikan ini secara langsung mahupun secara tidak

langsung. Tugasan ini berjaya disiapkan dengan lengkap dan teratur melalui bantuan serta

bimbingan mereka yang terlibat.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak

terhingga kepada Cik Nor Asma binti Daud selaku guru Prinsip Perakaunan saya yang banyak

membantu dan membimbing saya sepanjang proses menyiapkan Kerja Kursus Prinsip

Perakaunan saya ini. Beliau juga tidak pernah jemu memberi nasihat serta berkongsi ilmu

sehingga tugasan yang saya lakukan berjaya disiapakan dengan sempurna dan lengkap.

Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalas jasa baik beliau.

Ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu

Hamzu bin Md Yusoff dan Nor Anita binti Ab. Rahman. Terima kasih atas segala bantuan dan

dorongan mereka terutamanya dalam aspek kewangan serta sokongan moral kepada saya dalam

proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bimbingan dan sokongan mereka maka tidak mungkin

dapat saya siapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada rakan- rakan saya iaitu, Nurulain Nabilah binti

Hamzu dan Nik Nurul Najwa Atikah binti Nik Mustapha kerana sudi membantu serta memberi

pendapat dalam usaha saya menyiapkan kerja kursus ini. Mereka juga banyak menyumbang

idea-idea bernas kepada saya. Tidak ketinggalan juga kepada kawan- kawan saya yang terlibat

secara tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Anda mungkin juga menyukai