Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus Budaya dan Pembelajaran dengan jayanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah Budaya dan Pembelajaran saya Puan Nor Azah binti Ahmad Safran kerana membimbing saya dalam menyelesaikan tugasan yang telah diberi beberapa minggu lepas. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakanrakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak saya lupakan. Dalam usaha mencari sumber rujukan saya telah merujuk beberapa rujukan yang berlainan seperti buku, risalah dan laman web. Semua maklumat yang saya gunakan adalah berdasarkan kepada sumber rujukan yang betul dan diambil daripada internet dan buku rujukan. Melalui sumber-sumber tersebut saya telah mengolah maklumat tersebut menjadi esei. Esei yang saya sediakan adalah mengikut kehendak soalan. Sesungguhnya tugasan ini memberi kesan positif kepada saya kerana secara tidak langsung saya dapat mempelajari serta mengetahui input-input yang penting melalui kerja kursus ini. Pada akhir kata saya sangat berbesar hati mengucapkan terima kasih kepada semua yang menolong saya menyiapkan kerja kursus ini. Sekian Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai