Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah dan
kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus dengan jayanya.Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Institusi Pendidikan Guru Darulaman kerana memberi peluang
kepada saya untuk menghasikan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti
perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan dengan
tajuk tugasan saya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Suzana binti Sanusi yang telah
banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi
sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Di samping
itu, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memberi kepercayaan kepada
saya dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan serta
dorongan dan wang ringgit dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan
dorongan kalian mungkin saya tidak dapat menghasilkan tugasan ini dengan sempurna.
Selain itu,jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan bertukar-tukar idea dalam membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan saya disamping dapat menjadi bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Saya juga berharap agar
dengan adanya kerja kursus ini, saya dapat membentuk diri menjadi lebih berdisiplin dan
berfikir secara rasional dan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul.

Anda mungkin juga menyukai