Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Kajian kes kaunseling ini dilakukan pada seorang pelajar yang bernama Hasrul yang
sedang belajar di Tingkatan Lima. Hasrul merupakan seorang pelajar yang cemerlang
dalam akademik tetapi prestasinya menurun sejak Tingkatan Tiga kerana dia sebagai
anak sulung terpaksa menjaga ibunya yang lumpuh dan adik-adiknya yang kecil
sedangkan ayahnya sentiasa sibuk dengan kerjanya. Semenjak itu, Hasrul mula
beremosi tidak terkawal dan mudah marah dengan mencabut rambut sendiri. Emosi
Hasrul bertambah serius apabila isteri ayah Hasrul yang kedua meninggal dunia. Hal
ini kerana Hasrul perlu memikul tanggungjawabnya sebagai anak sulung lagi untuk
melayan tiga orang adik-beradik isteri ayah yang kedua. Hasrul mula menunjukkan
ketidakpuasan kepada ketiga-tiga adik-beradiknya kerana beranggapan kehadiran
mereka mengganggu kebebasan hidupnya. Hasrul juga pernah bergaduh dengan
ayahnya tetapi tidak membawa kebaikan untuk Hasrul dan Hasrul menjadi kurang
berinteraksi dengan ayahnya. Segala perasaan yang terpendam dalam hati Hasrul
hanya diluahkan kepada ibu kandungnya dan Hasrul berpendapat bahawa dia
kehilangan hala tuju dalam kehidupan hariannya. Saya berpandangan bahawa Teori
Psikoanalisis yang diutarakan oleh Sigmund Freud bersesuaian untuk kes Hasrul.

2.0 PENJELASAN KONSEP


Menurut Frued (1965) dalam teori psikoanalisisnya, personaliti manusia adalah
dipengaruhi oleh kesan kesedaran dalam diri seseorang. Frued telah mengutarakan
Teori Topografikal iaitu terdapat tiga tahap kesedaran, iaitu sedar, prasedar, dan
bawah sedar berdasarkan konsep iceberg dalam pemikiran manusia. Tahap sedar
tergolong dalam segala aspek tingkah laku, tindakan, perasaan yang dapat disedari
oleh seseorang. Misalnya, berlari, makan dan minum. Manakala tahap prasedar pula
tergolong dari keadaan pemikiran yang berkaitan dengan perasaan. Contohnya
perasaan lapar, panas dan sejuk. Tahap bawah sedar pula merupakan tahap yang
paling penting kerana tahap ini akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Sumari
(2014) menyatakan bahawa semua naluri dan keinginan manusia akan membentuk
keperibadiannya seperti seks, makanan dan kuasa.

Beliau juga membahagikan struktur personaliti kepada tiga jenis unsur iaitu Id,
Ego dan Superego. Pembentukan personaliti adalah berdasarkan persaingan antara
ketiga-tiga unsur kuasa ini. Ketiga-tiga proses ini berinteraksi antara satu sama lain
bagi menghasilkan sesuatu tingkah laku oleh seseorang individu (Corey, 2005). Id
ialah keinginan memenuhi kehendak asas dan Ego merupakan keperluan untuk akur
dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat manakala Superego adalah

1
keinginan seseorang untuk hidup dengan kod moral mengikut pandangan sendiri.
Awang (1987) berpendapat bahawa kebimbangan kemungkinan wujud dalam interaksi
ketiga-tiga struktur personaliti ini.
Ketiga-tiga kuasa dalaman ini bertindak dalam zon yang dipanggil unconscious
iaitu tidak sedar. Dalam menyelesaikan permasalahan dalam zon unconscious ini,
Freud telah mengenal pasti strategi yang dipanggil defence mechanisms (mekanisma
helah bela diri) yang merupakan suatu usaha untuk mempertahankan sebarang
tindakan yang telah dilakukan oleh individu.
Mohamed (2005) menjelaskan mekanisme bela diri wujud bagi menjaga
pembentukan ego dalam pengalaman seseorang individu. Apabila ego tidak dapat
disesuaikan dengan keadaan sekeliling, seseorang individu akan menggunakan
mekanisme bela diri. Antara jenis mekanisma helah bela diri adalah sublimasi. Secara
ringkasnya, sublimasi adalah cara yang mana seseorang menyalurkan kekecewaan,
kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat. Sebagai
contoh, seseorang yang mempunyai perasaan agresif yang tinggi mungkin memilih
untuk bermain bola sepak atau menumbuk beg tinju.
Pindah gantian agresif pula adalah memindahkan perasaan yang kurang
manis daripada sesuatu objek kepada objek yang menerimanya. Misalnya, abang
bergaduh dengan adik dan menyalahkan adiknya kerana memulakan pergaduhan itu.
Projeksi adalah membalikkan konflik atau kelemahan dalam dirinya kepada
orang lain. Contohnya, pelajar yang gagal dalam peperiksaan menyalahkan
kegagalannya kerana kesalahan soalan peperiksaan.

3.0 RASIONAL
Teori psikoanalisis dipilih untuk diaplikasikan dalam kes ini kerana teori ini
merupakan teori terawal yang membantu ahli-ahli psikologi dan kaunselor untuk
memahami tentang personaliti manusia. Bermula dari teori yang dibangunkan oleh
Frued ini, pemikir-pemikir lain dalam bidang psikologi mula mencari kemungkinan-
kemungkinan lain yang menyumbang kepada pembentukan personaliti manusia.
Dengan itu bidang psikologi semakin berkembang pesat dengan tercetusnya teori
psikoanalisis yang dipelopori oleh Frued. Teori ini menumpukan kepada elemen
pemikiran bawah sedar yang adakalanya kurang diambil kira sebagai memainkan
peranan penting dalam hidup seseorang. Banyak tindakan manusia yang adakalanya
tidak dapat difahami telah dapat dijelaskan oleh Frued melalui kaedah analisis
transferens analisis mimpi dan hipnosis. Ini telah membuka lembaran baru kepada

2
dunia penyembuhan psikologi kerana individu adakalanya bergerak atas kehendak
naluri dan bukannya dengan pemikiran rasional semata-mata.
Teori psikoanalisis ini juga merupakan yang pertama membincangkan tentang
pengaruh pengalaman zaman kanak-kanak terhadap pembentukan personaliti
individu. Ia menumpukan kepada betapa pentingnya hubungan antara ibu bapa
dengan anak di peringkat awal, justeru itu menjurus kepada pengajian kontempori
tentang perkembangan kanak-kanak.
Teori psikoanalisis membincangkan tentang jenis-jenis mekanisme bela diri
yang akan wujud apabila ego seseorang berasa terancam dan tugasnya adalah
mengawal keadaan. Mekanisme bela diri memudahkan kaunselor untuk memahami
sebab-sebab keengganan klien memberi kerjasama untuk meneruskan sesi
kaunseling. Hal ini kerana klien akan mengalami halangan untuk meneruskan terapi
apabila diminta untuk melaksanakan perkaitan bebas, mengingati semula kisah
lampau atau mimpi. Kaunselor boleh membuat persediaan awak untuk mengalihkan
mekanisme helah bela diri untuk membantu klien mencapai celik akal. Hal ini penting
kerana sesi kaunseling kemungkinan besar dihentikan kerana tidak mendapat
kerjasama daripada klien.

4.0 PERKAITAN TEORI


Dalam kes ini dapat diperlihatkan dalam hubungan Hasrul yang kurang mesra
dengan mereka. Hasrul juga mengalihkan kemarahannya kepada ayahnya dengan
bergaduh dan kurang bercakap dengannya. Dalam teori psikonanalisis yang dipelopori
oleh Sigmund Frued, struktur pemikiran manusia dibahagikan kepada tiga iaitu sedar,
spara sedar dan bawah sedar. Dalam kes ini, Hasrul berada dalam tahap sedar.
Contohnya, Hasrul sedar bahawa ibunya telah jatuh sakit dan lumpuh manakala
ayahnya pula sentiasa sibuk dengan pekerjaan sehingga tidak mempunyai masa
untuk menjaga ibunya. Oleh itu, Hasrul mengetahui dirinya sebagai anak sulung
bertanggungjawab menjaga ibunya dan adik-adiknya. Hal ini menyebabkan prestasi
akademiknya merosot kerana Hasrul tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
membuat ulangkaji sedangkan dia perlu menjaga keluarganya.
Manakala dalam tahap prasedar dalam pemikiran Hasrul, kebarangkalian
besar perasaan benci telah wujud dalam minda separa sedarnya kerana Hasrul
beranggap bahawa kenapa dia yang perlu menjaga ibu dan adik-adiknya sedangkan
ayahnya yang sibuk tidak membantunya. Perasaan ketidakadilan timbul kerana Hasrul
beranggapan bahawa ibu dan adik-adiknya yang menyebabkan prestasi akademik
merosot kerana mengorbankan masa ulangkajinya untuk melayan mereka. Pemikiran
dalam tahap bawah sedar Hasrul berasa tidak adil kenapa dia adalah anak sulung dan

3
adik-adiknya yang kecil tidak perlu menanggung bebanan yang berat itu. Pemikiran ini
mempengaruhi tingkah lakunya seperti emosinya tidak terkawal dan cepat marah
secara tidak langsung. Oleh itu, apabila Hasrul berasa marah dia akan mencabut
rambut sendiri sebagai saluran untuk melepaskan kemarahan.
Struktur personaliti mempunyai Id, ego dan superego. Hasrul mempunyai
superego iaitu menunaikan tanggungjawabnya sebagai anak sulung untuk menjaga
ibu dan adik-adiknya. Tetapi Hasrul mempunyai Idnya iaitu mempunyai kebebasan
hidupnya. Dia tidak ingin mengorbankan masanya semata-mata untuk keluarga sahaja
tetapi masa peribadi untuknya membuat ulang kaji. Apabila isteri ayahnya yang kedua
meninggal dunia, bebanan untuk menjaga adik-adiknya terletak pada bahu Hasrul lagi.
Superego Hasrul menahan Idnya dengan jangka masa yang lama sehingga Idnya
memberontak.
Oleh itu, Hasrul menggunakan mekanisme helah bela diri pindah gantian iaitu
sublimasi. Contohnya ibu Hasrul menjadi menjadi tempat untuk Hasrul meluahkan
segala perasaan yang terpendam dalam hatinya. Hasrul memindahkan perasaan
negatif yang dihadapi dalam kehidupan kepada seseorang yang sudi menerimanya
iaitu ibunya. Mekanisme helah bela diri yang seterusnya adalah pindah gantian
berbentuk negatif dipanggil displaced aggression. Hasrul memindahkan perasaan
ketidakpuasan terhadap kehadiran ibu tiri dan adik-adik yang menggangu
kebebasannya kepada mereka. Ketidakpuasan

5.0 PENUTUP
Daripada teori Sigmund Frued, saya mendapati teori Pskoanalisis amat bersesuaian
dengan kes Hasrul. Hal ini demikian kerana teori ini dapat menganalisis pemikiran
bawah sedar klien dan mampu membawa minda bawah sedar klien kepada sedar
supaya klien mampu menyedari masalahnya yang sebenarnya. Sipon (2011) juga
menyatakan bahawa teori ini sesuai untuk membantu klien mengalami celik akal
melalui penstrukturan perwatakan individu dalam proses kaunseling.

4
Rujukan

Awang, A. (1987). Teori dan Amalan Psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Corey, G. (2005). Theory and practice of counseling and psychotherapy. Ed. ke-7. USA:
Brook/Cole Publishing Company.

E, K. (1991). Teori-teori Kepribadian. Bandung: Eresco.

Frued, S. (1965). New Introductory Lectures on Psychoanalysis. New York: W. Nortan. .

John, D. &. (2012). Introduction to Psychology: Active Learning Through Modules Twelve
Edition. United States: Wadsworth Cengage Learning.

Mohamed, O. (2005). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan Dalam Kaunseling. Serdang:


Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sipon, S. (2011). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Sumari, M. (2014). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

5
6

Anda mungkin juga menyukai