Anda di halaman 1dari 4

Pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21 berbeza dengan pendidikan masa lampau.

Guru-guru kini perlu berhadapan dengan murid-murid yang lebih bijak dan bermaklumat. Justeru
itu, pemahaman guru terhadap teori-teori pembelajaran sangat penting untuk perkembangan
potensi murid yang optimum. Antara teori-teori pembelajaran iaitu teori pembelajaran
Konstruktivisme adalah terdiri daripada dua mazhab teori konstuktivisme individu yang dipelopori
oleh Jean Piaget (1896-1980) dan teori konstruktivisme sosial yang dipelopori oleh Lev Vygotsky
(1896-1935). Menurut Piaget (1952), teori konstruktivisme individu adalah keupayaan seseorang
mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat iaitu melibatkan proses
asimilasi dan akomodasi untuk membina pengetahuan yang dikenali sebagai skema. Manakala
teori konstruktivisme sosial adalah perkembangan pengetahuan seseorang berlaku dengan
bantuan dan bimbingan verbal orang lain (Vygotsky, 1978). Konstruktivisme ialah teori
pembelajaran yang melihat murid sebagai pembina pengetahuan dan bukan sebagai penerima
pengetahuan. Secara ringkasnya, teori konstruktivisme mendatangkan implikasi terhadap
pengajaran efektif guru di bilik darjah.

Antara kesan-kesan Teori Konstruktivisme adalah guru akan merancang dan


melaksanakan strategi-strategi pengajarannya. Menurut Zamri Mahamod (2015),
kepelbagaian pelajar di dalam bilik darjah memerlukan guru merancang strategi, kaedah atau
pendekatan pengajaran agar sesuai dengan tahap kecerdasan dan keupayaan pelajar dalam
menerima isi pembelajaran pada hari itu. Oleh itu, guru perlu merancang strategi pengajaran
yang efektif iaitu menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran berasaskan
projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk
mengendalikan pembelajaran kendiri mereka. Guru juga menerapkan simulasi, main peranan
atau lakonan dalam strategi pengajaran supaya murid mempunyai interaksi dalam pembelajaran.
Hal ini demikian kerana Bond (2001) menyatakan bahawa murid akan menjadi lebih aktif dalam
perbincangan. Kaedah pengajaran seperti Zon Perkembangan Terdekat (ZPD) dan teknik
scaffolding juga perlu diterapkan untuk mewujudkan perkongsian idea dan melatih murid-murid
berfikir secara aras tinggi. Tegasnya, pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan
berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pelajaran
dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid (Salleh, 2007).

Implikasi yang seterusnya adalah guru harus menggalakkan pembelajaran


berpusatkan murid dalam proses pengajaran dan pemudah cara. Menurut Amaljaya (2009),
aktiviti yang dijalankan mengikut strategi pemusatan murid menjadikan murid lebih memberi fokus
dalam proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlu menyediakan aktiviti-aktiviti untuk murid

1
melibatkan diri secara aktif untuk membina pengetahuan melalui pengalaman sendiri, interaksi
sosial dan persekitaran. Pengajaran ini lebih banyak melibatkan murid manakala guru hanya
menjadi fasilitator untuk membimbing murid. Pengajaran guru seharian perlulah bijak untuk
mengawal setiap pergerakan murid. Antara contoh lain pengajaran berkonsepkan
konstruktivisme ialah guru membentuk beberapa kumpulan di dalam kumpulan dan memberikan
aktiviti untuk mereka melaksanakan dengan menggunakan cara penyelesaian mereka sendiri.
Contohnya semasa melakukan eksperimen di dalam makmal Sains, mereka dibahagikan kepada
beberapa kumpulan untuk membuat pemerhatian dan kajian. Mereka akan bersama-sama
berbincang dan membuat hipotesis berdasarkan prosedur pemikiran mereka. Pendek kata,
pengajaran guru yang efektif perlulah berpusatkan kepada murid dalam bilik darjah.

Selain itu, teori konstruktivisme mendatangkan kesan kepada guru untuk memberikan
peluang untuk murid meneroka pengetahuan sendiri. Nik Azis (1997) menerangkan bahawa
konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa
manusia membina pengetahuan sendiri. Pengetahuan seseorang individu bukan suatu maklumat
atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar tetapi adalah hasil daripada aktiviti yang
dilakukan oleh individu tersebut. Misalnya dalam pengajaran mata pelajaran Sains, murid-murid
diminta untuk menanam kacang hijau dan mengkaji proses tumbesarannya. Murid-murid akan
membuat pemerhatian dari peringkat ke peringkat untuk melihat bagaimana keadaan kacang
hijau membesar dalam keadaan suhu atau keadaan tempat yang berbeza. Hal ini menunjukkan
bahawa penyiasatan dan kajian yang dilakukan akan dapat memberikan murid-murid kefahaman
tentang cara dan sebab kejadian atau sesuatu bentuk kajian yang dibuat. Dalam kes ini, murid
belajar berdasarkan pemikiran mereka sendiri dengan sedikit bantuan dan tunjuk ajar daripada
gurunya. Hal ini akan dapat meningkatkan keupayaan berfikir kanak-kanak dan jelaslah bahawa
guru harus memberi peluang untuk murid membina pengetahuan sendiri berdasarkan konsep
konstruktivisme.

Di samping itu, guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaan yang
menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Keller (2005)
mendapati penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) merupakan salah satu ciri pengajaran yang
berkesan dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar. Hal ini menyokong bahawa guru harus
menyediakan BBM serta contoh yang boleh membantu pelajar membuat perkaitan dan membina
pemahaman baharu tentang pembelajaran tersebut. Sebagai contoh semasa pengajaran cerita
kanak-kanak, guru boleh membuat alat bantu seperti pentas boneka untuk memberikan

2
kefahaman kepada murid-murid. Murid-murid sendiri memainkan cerita dengan menggerakkan
patung boneka berdasarkan cerita yang mereka pelajari. Guru juga boleh mengaitkan nilai cerita
kanak-kanak dengan kehidupan sebenar dengan mengemukakan contoh-contoh situasi.
Keberkesanan pengajaran guru akan meningkat sekiranya guru menyediakan BBM dan contoh
yang dapat mengaitkan isi pelajaran dengan situasi sebenar.

Sebagai kesimpulannya, teori konstruktivisme telah mendatangkan implikasi positif


terhadap pengajaran efektif guru di bilik darjah. Pemahaman guru terhadap teori konstruktivisme
dapat meningkatkan perkembangan potensi murid secara optimum kerana guru akan
mengaplikasi strategi-strategi pengajaran yang berkesan berdasarkan konsep teori tersebut.
Sebagai kesan, pengajaran guru yang bersifat aktif, dinamik dan berpusatkan murid akan
menghasilkan pelajar yang membina konsep dan pengetahuan baharu berasaskan pengalaman-
pengalaman yang mereka perolehi.

(804 patah perkataan)

3
Rujukan

Amaljaya. (2009, May 6). Teaching Strategies. Retrieved from Info Pendidik Guru: Info Pendidik
Guru: http://amaljaya.com/guru/2009/05/06/teaching-strategies/
Fox, B. &. (2001). Applying The Rasch Model: Fundamental Measurement In The Human
Sciences. Mahwah NJ: Lawrence Erlbaum Associates.
Keller, C. &. (2005). “I said that?” How to improve your instructional behavior in just five minutes
per day through data-based self-evaluation. Teaching Exceptional Children, 37, 4: 36-39.
Noriati, B. P. (2009). Murid dan Alam Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Pa, N. A. (1997). Pembentukan Model Pengajaran Matematik berlandaskan Konstruktivisme
Radikal. Science and Mathematics Education, 11 , 27 – 36 .
Piaget, J. (1952). The Origins of Intelligence in Children. New York: International University Press.
Salleh, M. J. (2007). Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang. Guru
Efektif dan Peranan Guru dalam Mencapai Objektif Persekolahan Sekolah Rendah:
Perspektif Guru Besar .
Shahabuddin Hashim, D. Y. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Sulaiman, E. (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Skudai, Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia.
Vygotsky, L. (1978). Mind in society: The Development of Higher Psychological Processes.
Cambridge: MA: Harvard University Press.
Zamri Mahamod, R. A. (2015). Kepelbagaian pelajar dan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai