Anda di halaman 1dari 6

KANDUNGAN

1,0 PENGENALAN.......................................................................................................................2
2.0 ANALISIS TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF..............................................................2
2.1 Teori Pembelajaran Penemuan Jerome Bruner (1915-2016)..................................2
2.2 Implikasi Teori Pembelajaran Penemuan Jerome Bruner terhadap P&P............3
2.3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.........................................................................3
3.0 ANALISIS MODEL PENGAJARAN.....................................................................................4
3.1 Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat...............................................................4
3.2 Implikasi Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat terhadap P&P..................4
3.3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.........................................................................5
4.0 RUMUSAN...............................................................................................................................5
RUJUKAN...........................................................................................................................................6

1
1,0 PENGENALAN
Menurut Driscoll (2005), pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan dalam perlakuan
manusia (Driscoll, 2005). Hal ini kerana murid berupaya untuk melakukan tindakan sebelum
peluang untuk menunjukkan perlakuan yang baru dikuasai.

Menurut Slavin (1997), pembelajaran ialah perubahan tingkah laku individu


disebabkan oleh pengalaman. Selain itu, pembelajaran berlaku apabila pengalaman
menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku
seseorang (Hill, 2002). Untuk pembelajaran berlaku, perubahan ini harus disebabkan oleh
pengalaman iaitu interaksi antara seseorang dengan persekitaran.

Pengajaran pula merupakan suatu proses pengendalian urusan bagi membolehkan


pelajar mengetahui atau menyempurnakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan sendiri
sebelum itu (Kamarudin, 1993). Dalam menuntut ilmu, pelajar memrlukan tunjuk ajar
seseorang guru. Secara amnya, pengajaran adalah proses berorientasikan matlamat yang
dirancang terlebih dahulu.

Justeru, penulisan akademik ini akan dihuraikan berkaitan tentang satu teori
pembelajaran dan satu model pengajaran. Seterusnya, implikasi teori dan model pengajaran
terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan diperjelaskan. Akhir sekali,
penulisan ini akan menelitikan tentang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan pendekatan, strategi dan kaedah pengajaran masa kini berdasarkan teori
pembelajaran dan model pengajaran yang dipilih.

2.0 ANALISIS TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF


2.1 Teori Pembelajaran Penemuan Jerome Bruner (1915-2016)
Konsep melalui proses pengkategorian adalah menjadi tunjang dalam teori ini. Menurut
Bruner dalam Noriati A. Rashid (2017), pembelajaran konsep, pengamatan dan proses
membuat keputusan memerlukan pengkategorian. Pembelajaran konsep merujuk kepada
membezakan dan mengkategori perkara yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Jadi, ciri-ciri
persamaan dan perbezaan dianalisis sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Kaedah dalam teori ini ialah kaedah penemuuan. Kaedah ini melibatkan situasi
penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh murid. Murid perlu mengaitkan pengalaman
lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan maklumat baharu yang sedang
dipelajari. Selain itu, proses inkuiri memerlukan murid untuk meninjau masalah, meneliti
pelbagai alternatif dan datam embuat hipotesis dan menguji hipotesis sebelum membuat

2
sesuatu rumusan. Melalui metodologi ini, pembelajaran aktif berlaku dalam kalangan murid
dalam usaha untuk memecahkan sesuatu permasalahan.

2.2 Implikasi Teori Pembelajaran Penemuan Jerome Bruner terhadap P&P


Menurut Shahabuddin Hashim (2007), pembelajaran pertemuan menggalakkan
perkembangan intelek iaitu sebagai asas perkembangan kognitif. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa keupayaan kognitif adalah menjadi aspek terpenting dalam penyelesaian sesuatu
masalah. Justeru, pelajar disarankan untuk berfikir secara logik dan membuat keputusan
berdasarkan maklumat yang diperoleh agar pemprosesan maklumat berlaku secara analitis
dan intuitif hasil daripada pengalaman yang dilalui.

Selain itu, guru perlu menyediakan peluang kepada murid untuk meneroka,
memegang dan merasa sesuatu elemen pengajaran berasaskan sesuatu yang konkrit.
Pengalaman seperti ini di samping penglibatan aktif daripada murid mewujudkan proses
pembelajaran yang bermakna dan bermutu. Bagi murid di tahap satu, gambar dan objek
perlu digunakan bagi memudahkan pembentukan konsep.

2.3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Menelusuri abad ke-21, kaedah pengajaran dalam bilik bilik darjah memerlukan tatacara
yang terkini dan menarik. Kaedah pengajaran yang sesuai ialah Pembelajaran Berasaskan
Masalah. Menurut Barrows (1996), Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem-Based
Learning (PBL) ialah satu amalan kaedah pengajaran abad ke-21 yang berpusatkan murid.
Hal ini kerana murid dapat belajar sesuatu topik melalui pengalaman merungkai dan
menyelesaikan masalah dengan pemikiran aktif.

Pendekatan yang ditekankan dalam kaedah ini ialah secara induktif iaitu guru
membantu murid menguasai konsep berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang
diperoleh. Justeru, aktiviti yang boleh dilaksanakan berlandaskan kaedah ini ialah
perbincangan dalam kumpulan. Aktiviti ini membantu murid membina dan memanfaatkan
ilmu pengetahuan secara fleksibel, kemahiran berkolaboratif, dan motivasi intrinsik sebagai
ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki pada abad ke-21 ini.

Contohnya, pembelajaran tentang Golongan Kata Nama dalam Bahasa Melayu.


Guru membahagikan murid kepada 4 orang dalam satu kumpulan. Tajuk Golongan Kata
Nama menjadi permasalahan dalam kalangan murid untuk diselesaikan. Masalah ini
merupakan alat untuk memperkembangkan proses kognitif murid. Setelah perbincangan,

3
murid akhirnya dapat membuat kesimpulan dengan mengkategorikan Golongan Kata Nama
kepada tiga iaitu Kata Nama Khas, Kata Nama Am dan Kata Ganti Nama.

3.0 ANALISIS MODEL PENGAJARAN


3.1 Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat
Jika diteiti, model pengajaran ini menerapkan pengajaran yang berpaksikan kajian Bruner.
Pengajaran Pemprosesan Maklumat direkabentuk untuk meningkatkan kecekapan murid
dalam mempelajari sesuatu dan seterusnya mengembangkan konsep-konsep. Menurut
Choong (2009), matlamat pengajaran konsep adalah untuk membantu murid memperoleh
pemahaman matapelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan asas untuk pemikiran
tahap tinggi. Justeru, pengajaran konsep menunjukkan cara-cara persembahan maklumat
yang berkesan bagi pelbagai jenis tajuk pada setiap perkembangan murid. Pengajaran ini
terdiri daripada inkuiri dan ekspositori.

Kaedah inkuiri merujuk kepada murid melibatkan diri dalam proses penaakulan bagi
mengasahkan kemahiran-kemahiran menyoal dan membuat kesimpulan serta membina dan
seterusnya menguji konsep dan hipotesis. Selain itu, kaedah pengajaran ekspositori pula
berkisar tentang cara individu mempelajari banyak bahan yang bermakna daripada
pelajaran verbal atau teks. Menurut Ausubel (1968), faktor yang paling penting
mempengaruhi pembelajaran bermakna ialah apa-apa yang telah diketahui oleh murid yang
sudah mengetahui. Proses utama dalam pembelajaran ini ialah subsumpsi iaitu
menggabungkan maklumat baharu ke dalam maklumat sedia ada dengan membuat
perkaitan antara idea baharu dengan idea yang sedia ada.

3.2 Implikasi Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat terhadap P&P


Antara implikasinya ialah guru perlu mengajar sesuatu kemahiran mengikut urutan
(rangkaianmotor). Hal ini kerana dengan mengajarkan sesuatu kemahiran mengikut urutan
adalah memudahkan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran. Contohnya, dalam
kemahiran bahasa, guru akan mengajarkan kemahiran lisan terlebih dahulu kerana
kemahiran ini merupakan kemahiran yang lebih rendah berbanding kemahiran membaca
dan seterusnya kemahiran menulis yang lebih tinggi.

Selain itu, guru perlu membimbing murid membezakan ciri-ciri penting. Bimbingan
guru ini penting bagi mengelakkan murid membuat kesilapan ketika membezakan sesuatu
ciri penting. Apabila guru membimbing murid, guru perlulah membuat penerangan terlebih
dahulu bagi memastikan murid faham apa ciri penting tersebut.

4
Akhir sekali, melalui model ini guru dapat membimbing murid mengenal pasti ciri-ciri
khusus untuk membina konsep dan hukum. Hal ini kerana apabila murid telah dibimbing
oleh guru mengenal pasti ciri khusus maka murid akan dapat membina konsep atau rumus.
Contohnya, guru memberikan beberapa ciri khusus seperti bersisik, berekor, bersirip dan
berenang di dalam air kepada murid. Kemudian, murid akan dapat membina konsep bahawa
ciri tersebut merupakan ciri seekor ikan.

3.3 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


Pendekatan pengajaran yang digunakan ialah deduktif dan induktif. Menurut Seaton (2010),
pendekatan deduktif merupakan satu pembelajaran yang murid akan bermula dengan
hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Kaedah pengajaran yang akan
dilaksanakan ialah melalui kaedah bercerita. Secara ringkasnya, guru akan mengemukakan
satu konsep dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk
memperjelas kefahaman murid. Akhir sekali, murid akan diberi peluang untuk bercerita di
hadapan kelas bagi mengukuhkan kefahaman yang dipelajari.

Contoh dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru akan mengemukakan peraturan-


peraturan tatabahasa. Kemudian, guru memberikan contoh-contohdengan menonjolkan
struktur tatabahasa. Akhir sekali, murid akan bercerita kepada khalayak agar segala
pemahaman murid dapat dimantapkan serta guru boleh memperbetulkan kesalahan murid
tentang konsep tatabahasa. Pemilihan aktiviti bercerita adalah yang terbaik kerana aktiviti ini
dilakukan secara santai dan murid tidak merasakan tekanan sekali gus dapat meningkatkan
tahap kognitif dalam pembelajaran.

4.0 RUMUSAN
Konklusinya, teori pembelajaran adalah penting bagi membantu guru memilih strategi dan
membantu murid secara optimum. Tahap perkembangan kognitif adalah amat penting bagi
membantu perkembangan potensi individu dari semasa ke semasa. Hal ini kerana insan
yang pintar merupakan harapan kepada pembangunan negara.

Di samping itu, model pengajaran merujuk kerangka yang merangkumi keadaan


kandungan, strategi serta iklim sosial bilik darjah yang baik dan optimum dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang sempurna untuk murid. Justeru, strategi pengajaran yang
baik yang mengikut kaedah pengajaran masa kini serta membantu murid dapat menguasai
pembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran.

5
RUJUKAN
Abd. Ghafar M. D. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ausubel, D. P., Novak, J. D., & Hanesian, H. (1968). Educational psychology: A cognitive
view.
Barrows, H. S. (1996). Problem-Based Learning in Medicine and Beyond: A Brief Over View,
dalam L. Wilkerson & W. H. Gij Selaers (eds), Bringing Problem-Based Learning to
Higher Education: Theory and Practice, (hal 3-12). San Francisco: Jossey-Bass.
Choong, L. K. (2009). Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan. Kuala Lumpur: KUMPULAN BUDIMAN SDN. BHD.
Driscoll, M. P. (2005). Psychology of Learning for Instruction (edisi ketiga). Boston: Pearson
Education Ltd.
Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran: Asas Pedagogi. Johor Bahru: Universiti
Teknologi Malaysia.
Hill, W.F. (2002). Learning: A Survey of Psychological Interpretation (edisi ketujuh). Allyn
and Bacon, Baston, MA.
Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). Guru Efektif dan Peranan Guru Dalam Mencapai Objektif
Persekolahan Sekolah Rendah: Perspektif Guru Besar: Seminar Penyelidikan Institut
Perguruan Batu Lintang.
Noriati A. Rashid, Boon, P. Y. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Seaton, E. K. (2010). The influence of cognitive development and perceived racial
discrimination on the psychological well-being of African American youth. Journal of
Youth and Adolescence, 39(6), 694-703.
Shahbuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2007). PSIKOLOGI PENDIDIKAN.
Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Slavin, R. E. (1997). Educational Psychology, Theory and Practice. 5th Edition. Boston: Allyn
& Bacon.

Anda mungkin juga menyukai