Anda di halaman 1dari 31

Model-model pengajaran

Diantara model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah Model Ekspositori, Model Pemprosesan Maklumat dan Model Inkuiri. Model model pengajaran yang lain seperti Model Resepsi, Model proses, Model komunikasi, Model Interaksi, Model pembentukan Konsep dan Model Penyelesaian Masalah.

1. Model Ekspositori

Eskposotori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid dalam kelas. Kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita, demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu. Dalam model ekspositori ini,guru memberi penerangan terlebih dahulu dan murid mendengar dengan teliti hingga mereka memahami dan mengingatinya atau merekodkan isi pentingnya dalam buku rekod mereka. Guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep,

fakta,hukum,prinsip atau teorem matematik.Dari segi implikasi sesuai untuk peringkat perkembangan. Guru juga mendapat manfaat dari segi menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana dengan kaedah ini guru dapat terus menyampaikan semua maklumat tentang konsep dalam masa yang lebih singkat dan murid-murid hanya duduk diam dan mendengar sahaja.

Contoh :- Model Resepsi Ansubel (David P.Ansubel 1961). the presenting of teaching based on the learning material which are logically and systematically arranged in its final form, would enable students to intergrate them with their previous knowledge by means of their own initiative, so as to acquire new knowledge more effectively.

Cara-cara penyampaian dengan menggunakan model ekspositori adalah dihuraikan seperti berikut: Menerang menginterprestasi dan menghuraikian idea daripada buku teks Menerang sambil mendemon cara melukis atau melukis atau membina bentuk-bentuk goemetri Menerangkan langkah-langkah penyelesaian masalah berdasarksan

kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari Menerangkan sesuatu konsep dengan alat bantu mengajar

Pengenalan dan penerangan isi-isi pembelajaran

Murid murid mengingat dan merekod isi penting

Murid murid mendengar penerangan

2. Model Resepsi ( Teori Pembelajaran Resepsi : Ausubel)

David P. Ausubel, seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat adalah orang yang pertama mengemukakan teori pembelajaran yang mengutamakan resepsi yang bermakna. Beliau menyarankan pembelajaran resepsi adalah lebih baik dan berkesan daripada pembelajaran inkuri dan penemuan yang dicadangkan oleh Bruner. pembelajaran bermakna ialah satu proses dimana pelajar sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan pembelajaran dipelajari adalah berguna untuknya. Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan untuk menghafal sahaja, hasil pembelajaranya akan berupa hafalan dan tidak bermakna.

Di dalam terbitan Arithmetic Teacher Februari 1968, Ausubel menghuraikan perbezaan diantara pembelajaran resepsi dengan pembelajaran penemuan. dalam pembelajaran resepsi maklumat terancang yang lengkap diberikan kepada pelajar. Pelajar hanya menyerapkan maklumat itu kedalam struktur kognitifnya sahaja. Dalam pembekajaran penemuan, maklumat yang hendak dipelajari tidak diberikan dan pelajar diikehendaki mencari maklumat itu sendiri. Selepas penemuan, pelajar seperti pmebelaajarn resepsi menyerapkan makluamt yang ditemui kedalam struktur kognitifnya.

Pembelajaran

(melalui)

Resepsi

Penemuan

Bermakna

Hafalan

Bermakna

Hafalan

Teori pembelajaran Ausubel

2 pra syarat bagi pembelajaran resepsi yang bermakna iaitu: Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkanya dengan pelajaran baru

Faktor faktor yang menganggu pembelajaran bermakna. Peringkat perkembangan pelajar masih rendah untuk memahami konsep yang lebih tinggi atau kompleks. Kekurangan motivasi yang dapat mendorong pelajar supaya pelajar konsep dengan cara yang bermakna. Stretagi hafalan yang akan memberi kesan pembelajaran yang tidak bermakna.

Stretagi pembelajaran Resepsi yang bermakna. Pengelola awal Bentuk pernyataan hukum, konsep, perbincangan atau aktiviti lain yang diperkenalkan dengan secara keseluruhan kepada pelajar dalam peringkat permulaan. Tujuannya adalah untuk menggerakkan struktur-struktur kognitif pelajar yang sedia ada supaya bahan baru ini dapat diintegrasikan dengan konsep yang sedia ada. Perhubungan Konsep Menjamin pembelajaran bermakna itu wujud dan guru berperanan untuk menolong pelajarnya untuk menghubungkait struktur kognitif yang sedia ada dengan konsep baru yang akan diajarkan. Setiap konsep baru hendaklah dikaitkan dengan konsep atau prinsip yang telah sedia ada dalam struktur kognitif pelajar.

Pembezaan Progresif Persembahan terancang daripada umum kepada ciri ciri spesifik dan terperinci. Misalnya untuk mengajar sisi empat, guru harus memperkenalkan konsep sisi empat kemudian memperkenalkan ciri-ciri spesifik sisiempat seperti sudut dan sisi yang terdapat dalam sisi empat tepat, segi empat sama sisi, rombus dan sebagainya.

Penyesuaian Secara Intergarasi. Implikasi daripada prnisip penyesuaian secara intergrasi ialah bahan baru yang akan dipelajari harus diubahsuai dan diintergrasikan dengan maklumat yang telah dipelajari dahulu atau proses pengajaran dana bahanbahan baru harus diubahsuai supaya mudah diintergrasikan dengan bahan-bahan sedia ada dalam struktur kognitif pelajar.

3. Model Proses pengajaran

A. Model Pengajaran Robert Glazer Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Menurut model ini, proses pengajaran bermula daripada penentuan objektif pengajaran yang sesuai. Objektif pengajaran ini menerangkan kehendak hasil pencapaian yang dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar selepas proses pengajaran berlaku. Hasil pencapaian objektif pengajaran ialah merujuk kepada perubahan tingkah laku, pemerolehan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pengetahuan sedia ada merujuk kepada kebolehan intelek,aras motivasi, penentu-penentu sosial serta budaya pelajar. Robert Glaser menghuraikan pengetahuan sedia ada sebagai tingkah laku kemasukan dalam proses pengajaran. Guru menggunakan pengetahuan sedia ada pelajar untuk menentukan objektif pengajaran mengajarnya. yang sesuai serta merancang dan melaksanakan rancangan

Kompenan ketiga dalam Model Pengajaran Glaser ialah kaedah mengajar. Ia merujuk kepada satu siri pengajaran yang sistematik dan berlandaskan teori pengajaran-pembelajaran, misalnya kaedah penyelesaian masalah, kaedah

demonstrasi, kaedah projek, kaedah bercerita dan sebagainya. Pemilihan kaedah pengajaran berdasarkan pengetahuan sedia ada murid agar objektif pengajaran akan dapat dicapai. Komponen keempat dalam Model Pengajaran Glaser ialah penilaian. Penilaian merujuk kepada penaksiran hasil pencapaian terhadap segala proses pengajaran yang telah dilakukan. Penaksiran ini meliputi penilaian objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada serta kaedah mengajar. Cara menilai biasanya terdiri daripada aktiviti soal jawab, pemerhatian, ujian formal atau tidak formal. Hasil penilaian ini akan memberi maklum balas yang membolehkan guru mengesan kelebihan dan kelemahan aktiviti pengajaran yang dilaksanakan. Seterusnya ia membolehkan guru mengubahsuai rancangan dan kaedah mengajar demi meningkatkan proses pengajaran ketahap yang lebih berkesan.

B. Model Proses Pengajaran Le Francois Le Francois (1992) mentafsirkan pengajaran sebagai proses yang merangkumi tiga peringkat, iaitu peringkat sebelum pengajaran, semasa pengajaran, dan selepas pengajaran. Peringkat satu iaitu sebelum pengajaran. Dalam proses ini penentuan objektif dan maklumat dilakukan, menentukan kesediaan pelajar,menentukan stretagi pengajaran dan menilai semula stretagi yang dibuat. Dalam peringkat iaitu semasa pengajaran, stretagi dan prosedur pengajaran dilaksanakan. Dalam peringkat ketiga iaitu selepas pengajaran, penilaian semula keberkesanan stretagi pengajar,

menetukan semula kesediaan pelajar dan mengubahsuai proses tersebut jika untuk penyesuaian dan penambahbaikan.

4. Model Komunikasi ( Model Wilbur Schramm)

A. Model Schramm I Model komunikasi Schramm pada asasnya dikembangkan daripada Model Shannon dan Weaver. Schramm dalam bukunya How Communication Works (1954) mengemukakan 3 model komunikasi. Mengikut Schramm I, proses komunikasi

bermula dengan ransangan dikenali sumber, kemudian dienkod, iaitu mentafsir sumber yang hendak disampaikan, diikuti dengan menghantar mesej itu dalam bentuk isyarat, sama ada secara lisan atau bukan lisan. Selepas mesej itu diterima oleh orang, maksudnya akan ditafsirkan atau didekod dengan serta merta dan disalurkan kedstinasinya, iaitu orang yang menerima mesej itu.

B. Model Schramm II Model Schramm II adalah lanjutan daripada Model Schramm I. Didalam model kedua, Schramm mengaikant proses komunikasi dengan bidang pengalaman orang yang menyampai mesej dan orang yang menerimanya. Mengikut Schramm, proses komunikasi yang berkesan hanya boleh berlaku apabila bahagian bidang pengalaman bertindih antara 2 pihak, iaitu diantara sumber dengan destinasi. Ini adalah kerana ransangan dienkod dan mesej dienkod adalah berdasarkan bidang pengalaman masing-masing. Komunokasi berkesan hanya boleh berlaku apabila sumber dienkod adalah sama bidang pengalaman dengan mesej didekod oleh si penerima.keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat begantung kepada pelajaran yang disampaikan oleh guru. Samada ditafsir dengan tepat oleh murid-

muridnya.komunikasi yang berkesan ini hanya boleh berlaku didalam pengalaman yang berttindih diantara guru dan murid.

C. Model Schramm III Model ini dikembangkan daripada model pertama dan kedua. Di dalam model ini scramm menghuraikankomunikasi sebagai interaksi antara 2 pihak iaitu kedua-dua pihak memainkan peranan penting sebagai penyampai mesej dan penerimany

Model pengajaran pemprosesan maklumat.

1. Teori Pemprosesan Maklumat R.M. Gagne Robert M.Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for instruction (1975) mengemukakan teori mengenai bagaimana manusia menempuhi. Mengikut teorinya, rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam saraf melalui deria- deria manusia. Maklumat in akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka ingatan jangka panjang, dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Pengalaman yang disimpan di dalam stor ingatan panjang adalah penting untuk dikaitkan dengan pengalaman baru bagi memudahkan pembelajaran baru berlaku. Teori ini menjelaskan bagaimana maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran diperolehi.
Persekitaran

Ransangan ransangan

Pelaksanaan

Rakaman deria

Penggerak tindak balas

Stor ingatan jangka pendek.

Stor ingatan jangka panjang

Fasa-fasa proses pembelajaran menurut teori Gagne. Fasa motivasi Jangkaan Fasa pertamayang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya manusia belajar didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi motivasi tidaa akan bermakna dan berkesan. Manusia belajar kerana motif tertentu dan motivasi berindak sebagai tindakan yang menimbulkan motifnya bagi menggalakkan pelajar berusaha untuk belajar. Fasa kefahaman Pemerhatian Simpanan Persepsi Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan ransangan dan tepat dan relevan. Seseorang akan menumpukan pemerhatian terhadap sesuatu ransangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan ransangan ransangan melalui deria. Pemilihan dan membezakan ransangan-ransangan merujuk kepada tindakan seseorang memilih persepsi yang sesuai dan menolak persepsi tidak relevan. Misalnya semasa belajar dibilik darjah, seseorang murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakan sedarjah. Fasa Perolehan Pengekodan Simpanan Awal Apabila seseorang itu berjaya memilih ransangan yang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka ransangan itu akan dibawa oleh sistem saraf kedalam stor ingatan jangka pendek, kemudian ransangan tersebut didekod dengan sesuatu cara yang ringkas dan tersendiri, seperti merekodkan isi isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan. Fasa Penahanan Penyimpanan Stor Ingatan Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhannya akan disalurkan dan disimpan dalam stpr ingatan jangka panjang. Kod-kod yang di simpan dalam stor ingatan jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu

menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperolehi dengan cara yang sistematik. Fasa Ingatan Kembali Mengingat Kembali Mencari Fasa ingatan kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Isyarat-isyarat dari rangsangan luaran atau motif dalaman akan menggerakkan seseorang individu berusaha mengingat kembali maklumat atau pengalaman yang diperolehi untuk

menghasilkan tindak balas yang sepadan dengan isyarat rangsangan yang dihadapinya. Misalnya, seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawap soalan guru. Sejauh mana kecepatan dan ketepatan maklumat yang disimpan dalam stor ingatan panjang supaya dapat diingat kembali bergantung kepada sistem penyimpanannya. Biasanya, maklumat yang disusun secara sistematik dan tepat boleh diingati kembali dengan lebih cepat dan mudah. Fasa Generalisasi Pindahan Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama. Misalnya, seorang murid telah mengatahui bentuk segiempat tepat, segiempat sama sisi, rombus, segiempat selari, trapezium yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisiempat. Fasa Prestasi Gerak balas Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat rangsangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas dengan menjawap soalan guru secara lisan.

Fasa Maklum balas Peneguhan Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Misalnya, seorang murid yang dapat memberi jawapan dengan tepat diberikan pulian oleh guru. Dengan adanya fasa maklum balas ini, murid yang mendapat pujian atau peneguhan bukan sahaja memahami sejauh mana tahap prestasi yang ditunjukkannya tetapi juga akan berusaha terus untuk meningkatkan prestasinya pada masa hadapan. Mengikut Model Proses Pembelajaran Gagne (1974), setiap fasa dalam proses pembelajaran mempunyai tindakan dalaman ataupun luaran yang terdiri dan mempengaruhi fasa yang berikutnya. Rajah 7.9 di halaman berikut mengilustrasikan secara ringkas fasa-fasa proses pembelajaran dengan tindakan-tindakan yang berkenaan

Lapan jenis Pembelajaran Untuk Memperolehi Maklumat Pada tahun 1977,Gagne cuba menghuraikan lapan jenis pembelajaran daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang kompleks: i. Pembelajaran Melalui isyarat pembelajaran yang berbentuk primitif. Contohnya: Manusia melalui pengalaman,mempelajari isyarat asap seperti kebakaran. ii. Pembelajaran dirancang stimuli-tindak balas Menghubungkaitkan tindak stimuli yang

dan

dirangsangkan

dengan

balas

individu.

Contoh:Guru menunjukkan sesuatu benda konkrit,murid menyebut namanya.

iii.

Pembelajaran Melalui Rantaian Merujuk kepada pelbagai hubungkait daripada pembelajaran stimuli-tindak balas selepasnya.

Contohnya:Membuat ayat dengan menghubungkaitkan perkataan-perkataan . iv. Pembelajaran Melalui Asosiasi Verbal Merupakan bentuk asas

pembelajaran bahasa. Contohnya:Mengaitkan nama orang dengan alamatnya. v. Pembelajaran Melalui Pelbagai Pembezaan.

Merujuk kepada pembelajaran untuk memilih satu sahaja tindak balas terhadap pelbagai rangsangan. Contohnya:Sebutan e dan e,murid akan menggunakan satu sahaja sebutan seperti semak,bela. vi. Pembelajaran konsep Merujuk kepada pembelajaran membentuk konsep dengan perwakilan simbol berdasarkan cirri-ciri yang sama.

Contohnya:Beg,buah-buahan,buku. vii. Pembelajaran prinsip. Merujuk kepada pembelajaran perkaitan dua atau lebih konsep yang telah dipelajari.

Contohnya:Air mengalir ke tempat yang lebih rendah. viii. Pembelajaran penyelesaian masalah Merupakan pembelajaran melalui proses berfikir,iaitu memikir dan cara penyelesaian yang masalah telah dengan dipelajari.

menggunakan

konsep

prinsip

Contohnya:Menyelesaikan masalah matematik.

Teori Pengajaran-Pembelajaran Pembentukan Konsep : Bruner Bruner (1973 menggunakan perkataan pengkategorisasi sebagai pembentukan konsep, iaitu membuat kategori dengan membezakan pekara-pekara atau bendabenda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama masing-masing. Maka konsep ialah pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu tanggapan, gagasan atau idea. Pengertian atau pendapat ini merujuk kepada idea spesifik tentang sesuatu perkara, peristiwa, fenomena benda atau gambar yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Penanggapan adalah berkaitan rapat dengan pengamatan. Proses

pengamatan bermula daripada rangsangan luar yang ditanggap oleh mana-mana organ deria manusia, kemudian dihantar ke otak yang akan berusaha mentafsir maklumat yang diterima dengan cara mengkategori maklumat berdasarkan ciri-ciri khususnya. Konsep yang dibentuk adalah hasil daripada proses pengkategorisasi tersebut. Rajah 7.10 berikut mengilustrasikan secara ringkas proses pembentukan konsep melalui proses pengamatan.

Rangsangan Luar

Organ Deria

Otak

Konsep

pekara, peristiwa, finomena, benda, ataupun gambar

melihat, mendengar, menyentuh, menghidu, ataupun merasa

menganalisi, mentafsir, menginterpretasi ataupun merumus

pengertian, pendapat, tanggapan, gagasan, ataupun idea

Mengikut Bruner, fungsi konsep utama ialah menyusun maklumat kepada ciri-ciri umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan tujuan memudahkan pengurusan keadaan yang beraneka ragam dengan lebih mudah ringkas, di samping lebih mudah memahami, mempelajari serta mengingatinya. Sebagai contoh, haiwanhaiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khususnya seperti haiwan bertulang belakang ( iaitu ikan, mamalia, feptila, amfibia, dan burung), dan haiean yang tidak bertulang belakang (iaitu siput, sotong, serangga, labah-labah dan halipan). Cara pengkategorisasi ini akan membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi.

Model Taba Model pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut; menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan, menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya, membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya, dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

Sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui 4 peringkat utama,iaitu: 1) Peringkat penyusunan data Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan perbezaannya. 2) Peringkat membentuk konsep Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan cirri-ciri cirri-ciri persamaan dan

persamaan supaya menjadi kategori tertentu. 3) Peringkat membentuk hokum Membuat kesimpulan atau generalisasi ke atas hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibentuk dalam peringkat 2. 4) Peringkat aplikasi Penggunaan generalisasi atau kesimpulan dalam situasi baru.

Model Inkuiri

Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang

dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan. i. Model Inkuiri Sains (Model Dewey) digunakan untuk mengkaji prinsip,fenomena dan cirri-ciri unsur sains. Berlandaskan kepada 5 langkah:

MENGENAL PASTI MASALAH

MENGENAL PASTI MASALAH

MENGENAL PASTI MASALAH

MENGENAL PASTI MASALAH

MENGENAL PASTI MASALAH

Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan mengenal pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah. Peringkat mencari maklumat melibatkan aktiviti mengumpul bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Peringkat membuat hipotesis merujuk kepada cadangan strategi dan cara menyelesaikan masalah. Peringkat menguji hipotesis merupakan proses pelaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian, manakala peringkat menilai dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian dan membuat rumusan terhadap teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses penyelesaian masalah.

ii.

Model Inkuiri Sosial Model inkuiri sosial yang digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemasyarakatan dan kemanusiaan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian, temubual atau soal selidik. Model inkuiri sosial menegaskan proses interaksi sosial. Model ini merangkumi enam langkah seperti berikut :

Proses kajian berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian,temubual atau soal selidik. Merangkumi 6 langkah:

PEMBENTUKAN MASALAH OLEH GURU > PEMBENTUKAN HIPOTESIS OLEH MURID > MEMBERI DEFINISI KEPADA HIPOTESIS > PERBINCANGAN KESAHAN HIPOTESIS > MENCARI SOKONGAN UNTUK HIPOTESIS > MEMBUAT

KESIMPULAN ATAU RUMUSAN

iii.

Inkuiri Suchman

Berlandaskan andaian bahawa strategi strategi yang digunakan oleh ahli sains boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran

sekolah,khasnya mata pelajaran sains. Langkah-langkah model inkuiri suchman Guru menentukan dan mengemukakan masalah untuk diselesaikan. Guru menerangkan proses inkuiri untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Pelajar-pelajar dibimbing membuat hipotesis dengan mengumpul data yang berkaitan. Pelajar-pelajar menggunakan data untuk menguji hipotesis dengan tujuan membuat teori yang berkaitan. Pelajar-pelajar berbincang dan membuat rumusan tentang peraturan atau syarat yang berkaitan dengan teori yang telah dibentuk. Guru dan pelajar bersama berbincang menilai proses inkuiri yang dijalankan dengan tujuan membaiki kelemahan penyelesaian yang telah didapati dahulu.

IV - Model inkuiri juris prudential Model ini digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti Belajar Sains adalah lebih berguna daripada belajar Satera. Proses inkuiri ini adalah berdasarkan kepada aktiviti perdebatan. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,terdapat dua jenis teknik inkuiri, iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid-murid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringat sekolah rendah dan sekolah menegah rendah. Dlam inkuiri terbuka, murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid sediri. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah menegah atas dan peringkat lebih tinggi.

Model Latihan Terus Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model ini juga dikenali sebagai Model Latihan dan Model Pengajaran Aktif. Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan berprosedur ( procedural knowledge ) yang memerlukan sama ada kemahiran asas atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula

Model interaksi (Model pengajaran Sim) Sim mengemukakan model pengajarannya denagn melibatkan interaksi di antara lima komponen seperti Rajah 7.7 berikut :
Objektif Guru Murid

Isi

Rajah 7.7 : Model Pengajaran Sim

Mengikut Sim, proses pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara guru dan murid, dengan objektif dan isi pelajaran dalam sesuatu persekitaran (alam belajar) tertentu. Dalam model pengajarannya, Sim menghuraikan persekitaran sebagai alam belajar, iaitu keadaan dan organisasi tempat murid, termasuk aspek kedudukan sosioemosi dan budaya murud-murid yang diajar. Beliau berpendapat keberkesanan sesuatu proses pengajaran bergantung kepada kebijaksanaan seseorang guru menentukan objektif dan isi pelajaran yang berkaitan dengan komponen

persekitarannya, serta kecekapan menggunakan teknik mengajar yang sesuai untuk melaksanakan proses pengajaran melalui interaksi di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam persekitarannya. Mengikut Sim, interaksi dalam proses pengajaran boleh berlaku di antara guru dan murid dengan satu, atau dua,atau tiga komponen yang lain. Semasa interaksi berlaku, salah satu komponen akan menjadi fokus, iaitu komponen utama yang dititikberatkan dalam proses pengajaran. Misalnya :

a) Interaksi di antara guru, murid dan objektif, apabila objektif menjadi fokus.

Objektif

Guru

Murid

Di antara yang perlu dipertimbangkan dan interaksi ini ialah : Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru harus berdasarkan kebolehan mental dan fizikal murid-murid. Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru boleh dicapai oleh murid dalam masa pembelajaran yang diperuntukan. Objektif pelajaran yang ditentukan oleh guru adalah eksplisit, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dilihat dengan jelas selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

b) Interaksi di antara guru, murid, dan isi pelajaran, apabila isi pelajaran menjadi fokusnya.
Isi Pelajaran

Guru

Murid

Pekara-pekara yang perlu dipertimbangkan dalam interaksi ini ialah : Isi pelajaran yang ditentukan oleh guru hendaklah sesuai dengan kebolehan dan minat murid-murid. Isi pelajaran yang dirancangkan oleh guru hendaklah sistematik supaya muridmurid mmudah mengikutinya. Isi pelajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah mengikut kaedah mengajar dan strategi pengajaran yang sesuai supaya murid dapat memperolehinya dengan berkesan seta bermakna.

c) Interaksi di antara guru,murid dan persekitaran apabila persekitaran menjadi fokusnya.

Persekitaran

Guru

Murid

Dalam interaksi ini, perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ialah : Keadaan tempat belajar yang dikelolakan oleh guru harus sesuai dengan perkembangan intelek, emosi, rohani dan sosial murid-murid. Alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru haruslah dapt dilihat dengan jelas, mudah difahami dan boleh digunakan oleh murid dalam pelajaran. Kemudahan-kemudahan di tempat belajar haruslah dapat memperkaya proses pengajaran.

Model Behavioral Pembelajaran Penguasaan (Mastery Learning) Pembelajaran Penguasaan adalah juga dikenali sebagaia Pembelajaran Masteri. Perkataan masteri berasal daripada Bahasa Inggeris yang mempunyai erti seperti kehandalan, kepandaian ataupun menguasai sesuatu kemahiran dengan cekap dan lengkap, Berdasarkan huraian ini, pembelajaran masteri boleh diertikan sebagai kehandalan penguasaan pembelajaran seperti menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cekap dan lengkap. Oleh itu, pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang penting untuk memastikan pelajar dapat menguasai apa yang diajar adalah berkesan dan mencapai objektif pelajaran yang ditentukan dengan memuaskan. Tujuan pembelajaran masteri ialah mendapat maklum balas terhadap pembelajaran dan membuat pengubahsuaian untuk meningkatkan

keberkesanannya, serta memberi bantuan dan masa yang diperlukan kepada pelajar

yang berkenaan, demi membolehkan kebanyakan mereka dapat mencapai objektif pelajaran yang ditentukan. Idea pembelajaran masteri ini adalah dicadangkan oleh B.S. Bloom, seorang pakar pendidikan di Amerika Syarikat pada hujung 1960`an. Idea ini adalah berasal daripada John Bisell Carooll yang telah menjalankan kajian tentang model pembelajaran di peringkat sekolah. Mengikut kajian B. S. Bloom, perbezaan pencapaian pelajar adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor berikut : Kemahiran asas yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu topik pelajaran. Kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Kebolehan memahami pengajaran guru. Daya usaha pembelajaran yang berterusan. Masa pembelajaran yang diperuntukan.

C. S. Bloom berpendapat, sekiranya pelajar dapat memahami objektif pelajaran dengan tepat dan jelas, memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengusai pembelajaran yang berkenaan, sedia

menggunakan masa dan mempunyai hasrat untuk mencapai kemajuan, serta pengajar yang dapat memberi bantuan dan masa pembelajaran yang mencukupi, di samping diberikan aktiviti pemulihan berdasarkan penggunaan maklum balas dengan berkesan, kebanyakan mereka pasti akan dapat menyempurnakan tugas pembelajaran dengan memperolehi pencapaian yang memuaskan. Ringkas kata, penggunaan pendekatan pembelajaran masteri ialah berlandaskan kepercayaan bahawa semua pelajar boleh menguasai sesuatu kemahiran atau pekara yang diajar dengan cekap dan lengkap, sekiranya ada pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta masa yang mencukupi.

Model Projek Diperkenalkan oleh Professor William Kilpatrick (1871-1965). Menekan konsep pembelajaran murid untuk menambah minat ketika melaksanakan aktiviti pembelajaran yang dirancang. Menyarankan bahawa murid-murid belajar melalui aktiviti permainan,kerja praktik,kajian luar dan lawatan.

Terdapat banyak model yang telah wujud demi meningkatkan kualiti dan keberkesanan dan penyampaian di dalam sesi pengaaran dan pembelajaran. Diantara kepentingan para golongan pendidik menguasai model-model pengajaran ini ialah murid akan mengambil bahagian yang aktif dalam pembelajaran, makanya wujudnya pembelajaran yang mampu meransang perkembangan murid-murid dalam pembelajaran kerana proses seprti menganalisis data, menyemak hipotesis dan membuat refleksi terhadap pembentukan ilmu yang timbul. Contoh model yang memerlukam murid melibatkan diri dalam menguji konsep dan hipotesis ialah model pemprosesan maklumat dan model inkuiri. Selain itu, ada sesetengah model menjadikan objektif pelajaran sesuatu yang harus ditentukan secara eksplisit dan mengikut kebolehan murid-murid. Isi pelajaran juga harus dipilih berdasarkan objektif pelajaran dan dirancang dengan sistematik dengan kaedah yang sesuai. Disamping itu bahan yang dipilih seharusnya sesuai dengan kebolehan murid-murid serta sesuai dengan masa yang diperuntukkan dalam proses pengajaran. Unsur-unsur persekitaran juga sesuai agar keberkesanan proses pengajaran dapat dicapai secara optimum. Seperti yang diketahui, pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Pada masa sekarang, beberapa modelpengajaran yang berlandaskan proses pengajaran telah dikaji dan dibina oleh pakar-pakar pendidik dengan tujuan untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan. Dalam soalan satu, sudah diterangkan definisi model pengajaran dan beberapa contoh model-model pengajaran yang sering kali diamalkan dalam bilik darjah ialah Model Ekspositori, Model Pemprosesan Maklumat, Model Inkuiri dan beberapa model pengajaran lain yang berkaitan. Oleh kerana pengajaran yang berkaitan rapat dengan pembelajaran, banyak teori pembelajaran telah diubahsuai menjadi model pengajaran masing-masing. Semasa proses pernacangan pelajaran, perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan seperti penyusunan data, pembentukkan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit kepada abstrak. Di dalam proses pembelajaran,

teknik meningkatkan daya pemikiran pelajaran adalah untuk memperoleh dan menguasai generalisasi atau prinsip yang abstrak. Dengan ini pelajar-pelajar akan melibatkan diri secara aktif sekiranya diberi peluang, guru seharusnya memberikan mereka peluang dalam bercakap dan biarka mereka sedar tentang konsep yang diajar. Mereka belajar sendiri melalui pengalaman mereka di dalam kelas. Sesungguhnya, guru yang baik adalah guru yang membuat refleksi atau kesimpulan di akhir pengajaranya dan sentiasa membuat ulangan tentang tajuk di daam sesuatu subjek sehinggalah pelajar menjadi mahir dalam menerima ilmu pengetahuan walau di manapun dia berada. Terdapat juga model yang digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan. Guru boleh menghuraikan konsep secara lisan agar guru dapat menjimatkan masa ketika menyampaikan pelajaran kerana sesi pengaajran dan pembelajaran tidak diganggu dengan aktiviti soal menyoal. Penguasaan model pengajaran ini juga dapat mewujudkan kesediaan belajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas yakni suasana pembelajaran yang kondusif untuk menaraik minat pelajar. Malahan penguasaan ini juga menyebatikan kemahiran berfikir dengan mengadakan aktiviti perbincangan dan sumbangsaran. Keberkesanan aktiviti pengajaran hanya akan berlaku dan amat bergatung kepada kebolehan murid mentafsir mesej guru yang disampaikan. Ini bermakna komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku apabila guru menyampaikam pelajaran dengan cara yang mudah difahami oleh murid atau berdasarkan

kebolehan murid yang berkenaan. Sehubungan itu, komunikasi berkesan akan wujud apabila guru menggunakan suara yang lantang dan perkataan-perkataan yang boleh difahami oleh murid serta tahap isi pelajaran yang sepadan. Guru-guru juga membentuk sesuatu konsep, prinsip atau teori dengan jelas dan terperinci. Guru seharusnya membimbing dan membetulkan aktiviti-aktiviti pelajar yang terpesong daripada objektif pengajaran dengan menggalakan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dengan guru memainkan

peranan sebagai pemudah cara yang berkesan serta memberikan ulasan dan penilaian terhadap hasil inkuiri pelajar.

Anda mungkin juga menyukai