Anda di halaman 1dari 9

Analisis dari segi pendekatan

Antara pendekatan yang saya aplikasikan di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
tersebut adalah Pendekatan Tematik, Pendekatan Masteri, Pendekatan Induktif,
Pendekatan Konstruktivisme dan Pendekatan Kontekstual. Pendekatan Tematik telah saya
aplikasikan dalam bahagian set induksi. Tema bagi RPH yang dihasilkan adalah percutian.
Pembelajaran tematik merupakan pendekatan pembelajaran untuk mengadakan hubungan
yang erat dan serasi antara berbagai aspek yang mempengaruhi murid dalam proses
belajar. Oleh karena itu pendekatan tematik sering juga disebut pendekatan terpadu
(integrated).
Pendekatan tematik dalam pembelajaran dianggap perlu sebab ia memiliki korelasi yang
yang sangat tinggi sebab dalam dunia nyata, menunjukkan adanya keterpaduan dan bahwa
peserta didik ternyata lebih baik bial belajar menghubung-hubungkan berbagai fakat yang
ada.
Pendekatan tematik merupakan suatu pendekatan pembelajaran yang menyatukan berbagai
rangkaian pengalaman belajar, sehingga terjadi saling berhubungan antara satu dengan
yang lainnya, dan berpusat pada sebuah pokok persoalan. Pendekatan ini dadasari oleh
psikologi Gestalt yang menyatakan bahwa keseluruhan/keterpaduan itu lebih berarti
daripada bagian-bagiannya. Hal tersebut disebabkan adanya sinergistik efek ((efek
keterpaduan) yang ditimbulkan sebagai hasil keterpaduan tersebut.
Pelaksanaan pendekatan tematik secara optimal perlu ditunjang oleh kondisi sekolah,
sebagai berikut:
1. Pendidik mesti berpartisipasi dalam sebuah tim serta mempunyai tnggung jawab
untuk menyukseskan tujuan itu.
2. Pendidik harus mempunyai kemampuan untuk mengembangkan program
pembelajaran tematis pada jadwal yang telah ditentukan.
3. Peralatan yang diperlukan untuk pelaksanaan pendekatan tematik harus tersedia,
baik di lingkungan sekolah maupun pinjaman dari luar.
4. Pelaksanaan pendekatan tematik harus ada dalam struktur sekolah, sehingga
pendidik dapat menggunakan bebagai sarana sekolah yang diperlukan.
Pembelajaran dengan pendekatan tematik sangat menuntut kreatifitas guru dalam memilih
dan mengembangkan tema pembelajran, serta menyorotinya dari barbagai aspek. Demikian
halnya dalam mengembangkan ilustrasi dan contoh-contoh yang menarik dalam
pembelajaran. Jika pendekatan tematik yang dilakukan oleh seorang guru, maka guru harus
memiliki pemahaman yang luas tentang tema yang pilih dalam kaitannya denganberbagai
mata pelajaran. Sedangkan pembelajaran yang dilakukan oleh beberapa orang guru
menuntut kekom-pakan dalma membentuk pemahaman, kompetensi, dan pribadi peserta
didik. Tema yang dipilih hendaknya diangat dari lingkungan kehidupan peserta didik, agar
pembelajaran menjadi hidup, dan tidak menjemukan.
Pendekatan kedua yang diaplikasikan di dalam RPH tersebut adalah Pendekatan Masteri.
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus
kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran
masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran
mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
Pembelajaran Masteri (Hunter 1991) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan
berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri
dimulakan dengan penentuan hasil pembelajaran, dan diikuti dengan pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan
semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan kadar
kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat penilaian, murid yang
telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan bagi murid yang belum
menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.
Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu Dilaksanakan oleh guru
. Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut:

Carta : Carta Pembelajaran Masteri
Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru.
Antaranya:
kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
kemudahan yang ada
masa yang diperuntukan
Dengan mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat merancang
kaedah pengajaran yang juga berbeza dan pelbagai bagi memudahkan murid menguasai
ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk kepada kadar penerimaan dan kesanggupan,
murid akan dapat menguasai ilmu pada kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru
seharusnya mengenali murid mereka.

Pendekatan ketiga yang diaplikasikan adalah Pendekatan Induktif. Pendekatan
induktif bermula dariapada spesifik kepada umum . Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson
(1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke
arah sesuatu generalisasi. Pendekatan Induktif melibatkan pengumpulan dan pentafsiran
maklumat-maklumat yang kemudiannya setiap maklumat ini akan berubah kepada
kesimpulan. Murid dibimbing oleh guru bagaimana untuk berfikir, mengkaji, mengenalpasti
seterusnya mentafsir maklumat untuk membuat generalisasi/kesimpulan. Pengajaran dan
pembelajaran melibatkan seseorang guru boleh membanu pelajar menguasai konsep atau
generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh. Selain dalam
matapelajaran Bahasa Melayu, matapelajaran lain juga menggunakan pendekatan ini iaitu
seperti matapelajaran Matematik dan Sains banyak menggunakan pendekatan induktif.

Menurut B.Seaton(1982), pembelajaran melalui pendekatan ini disamakan dengan
seorang murid mengalami proses mental yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk
memperoleh satu kesimpulan. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah
menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
adalah sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan
oleh guru. Setiap guru boleh menggunakan gambar, video ataupun hasil karya dalam
penyampaian maklumat kepada murid-murid. Murid-murid juga digalakkan mengemukakan
contoh-contoh yang diketahui oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Selain itu, soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat
kesimpulan. Soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan contoh-contoh yang telah
dipertunjukkan kepada murid-murid. Sebagai contoh, Bagaimanakah anda menghadapi
situasi banjir di rumah?. Seterusnya, guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk
memerhati dan menganalisis contor agar generalisasi dapat dibuat. Untuk lebih
memudahkan murid menguasai peraturan-peraturan umum yang diperoleh daripada fakta
ataupun contoh khusus, guru perlulah merancang aktiviti berkisar daripada contoh yang
telah diberikan.
Pendekatan keempat yang diaplikasikan di dalam RPH adalah Pendekatan Konstruktivisme.
Konstruktivisme adalah suatu proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda seseorang murid. Konstruktivisme juga merupakan satu
kepercayaan bahawa pembelajaran bermula daripada pengetahuan dan pengalaman yang
tersimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid.

Ilmu pengetahuan sebenarnya tidaklah boleh dipindahkan daripada guru kepada murid
seperti memindahkan barang dari satu bekas kebekas yang lain. Seseorang murid itu perlu
membina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran
berlaku daripada hasil usaha murid itu sendiri dan tidak mungkin berlaku dimana seseorang
guru itu boleh belajar untuk muridnya. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang
wujud secara terasing dalam persekitaran tetapi realiti yang diketahui oleh murid adalah
realiti yang dia bina sendiri. Sesungguhnya murid telah pun mempunyai satu set idea dan
pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Dalam proses membantu murid membina atau menerima sesuatu idea atau konsep baru,
guru perlulah mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka atau apa yang
dikatakan sebagai pengetahuan sedia ada murid. Apabila maklumat baru telah dapat
disesuaikan dan diterima untuk dijadikan pegangan kuat mereka, barulah suatu kerangka
baru tentang sesuatu Iimu Pengetahuan itu dapat dibina. Proses inilah yang dinamakan
sebagai Konstruktivisme.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang
hampir semua pekara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan
miskonsepsi ini dibiarkan atau tidak diperbetulkan dengan baik, kefahaman dan pegangan
asal mereka itu akan tetap kekal.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik
yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun
atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan
penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan kelima yang diaplikassikan di dalam RPH adalah Pendekatan Konstektual.
Dalam pendekatan kontekstual kita dapat membuat variasi dalam pembelajaran dan hasil
belajar yang diharapkan dapat dicapai secara optimal. Agar pendekatan pembelajaran tidak
kaku harus menggunakan pendekatan yang sesuai, artinya memilih pendekatan disesuaikan
dengan kebutuhan materi ajar yang dituangkan dalam perencanaan pembelajaran.
Depdiknas (2002:5) menyatakan pembelajaran kontekstual (Contextual Teaching and
Learning) sebagai konsep belajar yang membantu guru mengaitkan antara materi yang
diajarkan dengan situasi dunia nyata siswa dan mendorong siswa membuat hubungan
antara pengetahuan yang dimilikinya dengan penerapannya dalam kehidupan mereka
sehari-hari, dengan melibatkan tujuh komponen, yakni kontruktivisme (Constuctivism),
bertanya (Questioning), menemukan (Inquiri), masyarakat belajar (Learning
Community),permodelan (Modeling), Refleksi (Reflection), penilaian sebenarnya (Authentic
Assessment).
Pendekatan kontekstual menurut Amri (2010;21) iaitu merupakan cara belajar yang
membantu semua guru mempraktikkan dan mengaitkan antara isi pelajaran yang diajar
dengan situasi yang ada di alami murid.
Pendekatan kontekstual adalah sebuah pembelajaran yang terfokus dalam melibatkan siswa
aktif memperoleh informasi yang dilaksanakan dengan mengenalkan mereka pada
lingkungan serta terlibat secara langsung dalam proses pembelajarannya. Jadi dalam
pembelajaran ini guru lebih aktif memberikan strategi pembelajaran daripada informasi
pembelajaran.





Analisis dari segi kaedah

Antara kaedah yang saya aplikasikan di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
tersebut adalah Kaedah Oral-Aural, Kaedah Bahasa Komuniti, Kaedah Tatabahasa
Terjemahan dan Kaedah Natural. Kaedah oral-aural atau kaedah dengar tutur ini
menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan
sebutan lisan. Latih tubi dan dialog dijalankan dengan memberi perhatian kepada
intonasinya yang betul.Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur
jati bahasa itu.

Latih tubi boleh dijalankan dengan menggunakan bahan pandang dengar yang
lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal dan disediakan dengan sistematik.
Sistem tatabahasa yang diberi kepada murid diperkenalkan secara induktif dan dengan
pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada
awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Setelah menguasai bacaan, murid
diberi latihan dengan aktiviti menulis secara terkawal sebelum memulakan penulisan bebas.

Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini lebih mengutamakan kemahiran
mendengar dan bertutur. Oleh itu murid ditekankan kepada aspek mendengar dan
kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi
yang betul.

Kaedah pengajaran kedua iaitu Kaedah Bahasa Komuniti. Kaedah ini diasaskan oleh
Charles A.Curran. Kaedah ini menggunakan teknik psikologi dalam kaunseling dalam
pengajaran bahasa. Kaedah ini juga berasaskan teori interaksi dan berpegang kepada
prinsip pengajaran bahasa pertama dan pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses
perolehan bahasa kanak-kanak. Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak kanak
melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah
merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komuniti (ketepatan
penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya )

Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak
menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan
makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa pelajar
mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbangsaran,
wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang
diajar.

Struktur bahasa dapat dikuasai oleh murid-murid dengan cara yang lebih berkesan
sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Murid juga dapat menguasai makna
sesuatu bahasa yang diungkapkan dan dapat menguasai huraian unsur-unsur bahasa
dalam teks dan wacana .

Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih
tubi unsur-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan
unsur-unsur tatabahasa yang dilatih tubi..Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi digunakan
bagi melatih murid-murid menguasai unsur-unsur bahasa dalam pra akktiviti. Kaedah ini
mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah.

Kaedah pengajaran ketiga iaitu Kaedah Tatabahsa Terjemahan. Kaedah Tatabahasa
Terjemahan (Kaedah Nahu Terjemahan) yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Kaedah
NahuTradisional dipelopori oleh Panini yang berasal dari India. Menurut teori ini, bahasa
ialah ucapan, buah fikiran dan perasaan manusia dengan teratur serta menggunakan alat
untuk membunyikan suara.ia juga sangat mementingkan bahasa tulisan. Penutur juga
adalah diwajibkan mematuhi peraturan dan sebarang kesilapan yang dilakukan dianggap
sebagai kesalahan. Pengajaran pula banyak tertumpu kepada nahu terjemahan.

Kaedah Tatabahasa Terjemahan ini dimulakan dengan peraturan-peraturan,
perbendaharaan kata bersendirian, paradigma dan terjemahan-terjemahan perbendaharaan
kata dibahagikan ke dalam senarai perkataan-perkataan untuk dihafaz. Penyebutan boleh
jadi tidak diajar atau terhad kepada pengenalan-pengenalan sahaja, rumus-rumus
tatabahasa dihafaz sebagai unit-unit yang biasanya mengandungi ayat-ayat.

Guru memberi penerangan kepada murid berhubung undang-undang kemudiannya
memberi misalan dan undang-undang nahu ini perlu dihafalkan oleh murid. Untuk itu juga
murid-murid diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.

Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan
makna dalam bahasa kedua. Murid-murid pula kemudiannya disuruh membuat ayat-ayat
dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarkan undang-undang yang
telah dipelajari. Murid murid juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada
bahasa asing atau bahasa kedua ke bahasa ibuanda atau sebaliknya.

Kaedah pengajaran keempat yang diaplikasikan di dalam RPH ini adalah Kaedah Natural.
Kaedah ini diasaskan oleh Tracy Terell 1977.Diantara tokoh-tokoh natural lain yang terkenal
ialah Gouin,Montaige, dan L.Sauver .Buku yang berkaitan dengan kaedah ini diterbitkan
pada tahun 1978 oleh Terell dan Stephen Krashen bertajuk The Natural Approach. Kaedah
ini dianggap sebagai kaedah tradisi dalam pengajaran bahasa.
Kamarudin Hj. Husin(1997) memberi pandangan bahawa kaedah natural merupakan salah
satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah natural ini
menekankan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif melalui penguasaan
berperingkat.
Berdasarkan pandangan Mok Soon Sang(2004), dalam bukunya, Pedagogi untuk
Pengajaran dan Pembelajaran, beliau menyatakan dalam kaedah ini, terdapat beberapa
aspek yang harus dipertimbangkan. Dalam pembelajaran dan pengajaran, kaedah natural
bermula pada tahap mudah dengan bertanya murid tentang apa yang ada di sekitar mereka
atau daripada gambar mudah. Selain itu, pelajar didedahkan dengan aktiviti bahasa secara
bebas seperti berbual dengan rakan sebaya, menunjukkan gambar dan sebagainya.
Kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembangkan keupayaan bahasa
iaitu pertama penguasaan dan kedua pembelajaran .Penguasaan merupakan cara semula
jadi yang terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa, Pertama mereka
merujuk kepada cara-cara yang tidak disedari yang melibatkan perkembangan melalui
pemahaman dan penggunaan bahasa untuk tujuan komunikasi yang bermakna .
Manakala pembelajaran bahasa melibatkan peraturan-peraturan secara sedar tentang
bahasa diperkembangkan dan berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas tentang
bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuk lisan .Dalam
konteks ini, pengajaran formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlaku dan
pembetulan kesalahan dapat diatasi dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari.
Matlamat Pendekatan Natural ialah kelas diasaskan kepada tugasan yang dapat
memenuhi keperluan murid Guru menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan
bahasa sasaran dengan berkesan. Sebaik baik tajuk yang dipilih hendaklah yang
membolehkan murid menghubungkan maklumat dalam kalangan mereka. Dalam
menentukan matlamat komunikasi murid tidak perlu menguasai bentuk dan struktur ayat.
Tetapi diharap dapat berurusan dengan sesuatu set topik tertentu dalam situasi yang
diberikan.




Analisis dari segi teknik

Antara teknik pengajaran yang saya aplikasikan di dalam Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) tersebut adalah Teknik Latih Tubi. Teknik latih tubi bertujuan untuk menyediakan
latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik
supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat
apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus
yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu
dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja
penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan
sebagainya). Kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan.
Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi
murid khas bermasalah pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya
konsentrasi murid, pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti:
mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu,
iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan
dengan kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan
dengan kumpulan atau individu yang lain yang terlibat.
bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara
memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi,
cara penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan
akibat penggunaan peralatan dan sebagainya.
Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi
ini selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting dalam
mengajar murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.

Teknik kedua adalah Teknik Soal Jawab. Teknik paling lama dan popular digunakan
dalam pendidikan. Teknik ini berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid
secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan
dengan isi pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.

Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :
- untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
-untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis
-untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di
samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.


Teknik ketiga adalah Teknik Perbincangan. Teknik ini didefinisikan sebagai suatu
aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya adalah untuk
melatih murid-murid meluahkan perasaan dan pendapat dengan bernas. Teknik ini adalah satu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan yang dilakukan oleh murid-murid
dengan penyeliaan dan kawalan seorang guru. Terdapat beberapa langkah dalam menjalankan
teknik ini :

1- Guru menarik perhatian murid-murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
2- Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan melantik seorang
ketua.
3- Guru memberi tugas kepada setiap kumpulan. Mereka perlu berbincang sesama mereka
dan semasa perbincangan berjalan, guru sentiasa memantau perbincangan tersebut supaya
terarah.
4- Guru meminta laporan daripada setiap kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai