Anda di halaman 1dari 15

Hasrat kerajaan untuk membangunkan nilai-nilai moral,

spiritual dan akhlak sememangnya mempunyai banyak


cabaran dan rintangan. Sebagai Insan guru buat penilaian
tentang elemen-elemen yang mencabar terhadap amalan
nilai-nilai murni dalam masyarakat Malaysia
1. Jurang antara generasi (Generation Gap)
• Dalam sesebuah masyarakat yang serba moden,
anak-anak muda mudah dipengaruhi oleh pelbagai
fesyen pakaian dan rambut, muzik, gaya perjalanan
dan sebagainya.

• Perbezaan pandangan dan idea yang wujud di antara


generasi muda dengan generasi tua telah
menimbulkan jurang generasi di antara anak-anak
dengan ibu bapa.
• Contoh 1
Ramli ingin mengikut fesyen rambut rakan-rakannya ataupun
rambut kumpulan popular yang digemari seperti berambut
panjang ala penyanyi rock.

Ayahnya tidak gemar dan meminta dia menggunting rambut


agar panjangnya tidak melebihi kolar baju.

Tambahan lagi, mungkin si ayah ingin mendengar muzik yang


perlahan atau jenis instrumental dan lagu lama tetapi Ramli
lebih meminati lagu berunsur “pop” dan “rock”.
Cara-cara mengatasi masalah jurang
antara generasi
1. Ibu bapa perlu menerangkan kesesuaian pakaian, fesyen rambut
dan sebagainya.
2. Pengetahuan agama dan pegangan moral generasi muda perlu
dipentingkan.
3. Ibu bapa perlu mengenali rakan-rakan anak yang didampingi.
4. Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam permainan yang digemari
anak-anak seperti permainan catur, monopoli, badminton, bola
sepak dan sebagainya.
2. Ekonomi- Jurang Pendapatan
• Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah
menumpukan perhatian untuk membangunkan ekonominya
bagi mewujudkan pembangunan sosial, keseimbangan antara
kaum dan meningkatkan pendapatan rakyat.

• Kesan dari pembangunan yang pesat telah menyebabkan


berlakunya proses urbanisasi, industrilisasi dan penghijrahan
masyarakat dari luar bandar ke bandar.
Contoh 1
• Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa merancang
cara-cara menambahkan pendapatan dengan menjual insurans
nyawa, alat-alat solek, jualan langsung (direct selling), pelbagai
jenis barangan kegunaan rumah dan sebagainya.

• Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak dapat memberikan


asuhan dan didikan sebaik-baiknya kepada anak-anaknya.

• Pengajaran nilai-nilai moral secara langsung terhadap anak-anak


memang tidak dapat dilakukan oleh kedua-dua ibu bapa yang
amat sibuk itu.
• Contoh 2
• Encik Ahmad cuba memaksimumkan keuntungannya dengan
menggunakan beberapa penipuan seperti membekalkan barangan
dengan timbangan berat yang tidak mencukupi, mencampurkan
gred beras yang kurang baik dengan yang baik serta menyorokkan
sesuatu barangan yang dijangka harganya akan naik.
• Dengan ini, Encik Ahmad dikatakan tidak mempunyai sikap belas
kasihan, tidak bertimbang rasa serta tidak jujur.

• Dalam sebuah masyarakat kebendaan, anggota-anggotanya


bersaing untuk memiliki rumah yang lebih besar, jenis kereta yang
lebih besar dan lebih berjenama, dan kerap pergi melancong.
3. ELEMEN DALAM SEKOLAH
• Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari
di sekolah. Ini bermakna individu-individu, kemudahan-kemudahan
dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi seseorang kanak-
kanak.

• Guru juga sangat berpengaruh di sekolah. Gaya penampilan, sikap


kepimpinannya memainkan peranan dalam proses sosialisasi individu.

• Cara pentadbiran sekolah, persekitaran serta budaya sekolah juga


berperanan mempengaruhisosialisasi kanak-kanak atau pelajar.
a) Pentadbir
• Pentadbir yang efektif adalah penting untuk mewujudkan suasana
mendorong pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan.

• Pentadbir hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan amalan


yang mengintegrasikan maklum balas, membuat refleksi dan amalan-
amalan dan tindak balas yang diterima berlandaskan aspek-aspek
berikut:
mengesan kecekapan pentadbiran sekolah.
menilai budaya moral sekolah.
menilai secara moral guru-guru di bawah pentadbirannya.
b) GURU

• Seseorang guru mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri kerana ada


guru yang bersifat autokratik, demokratik dan “laissez-faire”.
• Guru yang autokratik tidak bersedia mendengar pandangan dan pendapat
murid. Murid akan menjadi pasif serta tidak terdorong untuk memberi
pendapat.
• Suasana sosioemosinya yang dipenuhi ketegangan tidak menggalakkan
interaksi guru dan murid.
• Guru yang demokratik memberi kesan yang positif kerana pelajar-pelajar
diberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara terbuka.
• Suasana sosio emosi yang demokratik akan menggalakkan perkembangan
yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial.
• Guru yang “laissez-faire” memberi kebebasan penuh kepada pelajar untuk
memikir dan menyusun aktiviti mereka dan kurang memberi idea dan
inisiatif terhadap aktiviti yang dijalankan. Guru juga tidak menilai tingkah
laku pelajar menyebabkan pengurusan bilik darjah yang longgar dan
suasana pembelajaran dan pengajaran terganggu oleh masalah disiplin.

• Seorang guru yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti ingin membaca


untuk menambah ilmu, berupaya berfikir secara kritis, ingin belajar dan
menitikberatkan pendidikan seumur hidup.

• Guru juga hendaklah mempunyai personaliti yang sesuai dengan profesion


perguruan dan memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku
pelajarnya.
c) Budaya, Iklim dan Fizikal

• Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti ilmu,


insan, moral budaya kerja, budaya komunikasi, budaya
bilik darjah dan budaya kepimpinan.
• faktor utama membentuk budaya sekolah ialah input
sekolah yang berunsurkan sumber iaitu saiz bilik darjah,
nisbah guru-pelajar, pembelajara setiap pelajar, keadaan
bangunan sekolah, bentuk kurikulum, bahan kurikulum,
bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan
fizikal yang lain.
c) Budaya, Iklim dan Fizikal

*Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang terdapat dalam sesebuah sekolah.

*Iklim sekolah sangat penting untuk melahirkan insan yang baik dan dapat
membantu perkembangan pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan
intelek (JERI).

*Aspek yang mempengaruhi iklim sekolah ialah aspek fizikal sekolah, aspek sosial
sekolah dan aspek budaya sekolah.
c) Budaya, Iklim dan Fizikal

• Aspek fizikal sekolah meliputi semua infrastruktur yang terdapat di


kawasan sekolah seperti bangunan, padang, tandas bengkel, makmal,
pusat sumber, kantin dan lain-lain.

• Pengurusan fizikal yang berkesan mempengaruhi pengajaran dan


pembelajaran pelajar dan guru dalam suasana yang tenteram, selesa,
harmoni dan menyeronokkan.

• Keadaan fizikal sesebuah sekolah memainkan peranan penting dalam


mencorakkan tingkah laku pelajar-pelajarnya.

Anda mungkin juga menyukai