DISEDIAKAN OLEH
OPSYEN PENSYARAH
: CHAI AI YUN
: PENDIDIKAN PEMULIHAN (SJKC) : EN. AHMAD FAHMY BIN MOHD ARSHAD
DEFINISI NILAI
Matlamat dan tindakan yang dilaksanakan oleh seseorang ditentukan oleh nilai. Merupakan sesuatu yang dianggap baik.
Sesuatu yang dipegang teguh oleh individu/ masyarakat. Nilai merupakan satu prinsip/garis panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan.
Istilah nilai diguna dalam pelbagai cara dan kadang-kadang wujud dalam keadaan bertentangan.
~Clyde Kluckhohn~
Suatu standard yang agak berkenalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan.
Nilai ialah suatu konsep nyata atau tersirat yang dapat membezakan seseorang individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi perkara yang diingini. Keadaan ini akan mempengaruhi kefahaman yang sedia ada dan tingkah laku pada akhirnya.
~George Lundberg~
Semua objek mempunyai nilai dan manusia bertindak terhadap objekitu supaya dapat mengekalkannya atau menambah hak kepunyaan individu.
~Robert Part~
Sebarang objek yang mulia dihargai maka ia bernilai.
~Howard Becker~
Nilai adalah sebarang objek yang digunakan untuk sebarang keperluan
~Stuart C. Dodd~
Nilai ialah suatu tekanankeperluanatau sebarang objek yang dikehendaki atau dipilih oleh orang dalam suatu masa yang sama.
FUNGSI NILAI
Nilai sebagai piawai yang konsisten dalam tindakan manusia. Nilai sebagai panduan menyelesaikan konflik moral manusia. Nilai sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu dan masyarakat.
TUJUAN NILAI
Menanamkan semangat cintakan nilai-nilai suci. Menghormati kebaikan dan membenci keburukan. Menghapuskan sikap yang negatif dalam menjalankan tugas-tugas. Menghasilkan perkhidmatan yang bemutu. Melatih diri dengan disiplin. Menjalankan amanah dengan dedikasi.
KEPENTINGAN NILAI
Pembangunan seimbang Mengekal tamadun manusia Mengekalkan keamanan Menyempurnakan peribadi manusia
SUMBER-SUMBER NILAI
Agama Budaya Pendidikan
Keluarga
Masyarakat Persekitaran
JENIS-JENIS NILAI
Nilai Intrinsik Nilai Instrumental (Nilai Ekstrinsik) Nilai Subjektif
Nilai Objektif
Nilai Relatif Nilai Mutlak (Nilai Absolute)
NILAI INTRINSIK
Nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir. Merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih sayang, keadilan dan sebagainya. Kualiti yang diterima atau ditolak sematamata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya.
NILAI SUBJEKTIF
Nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara. Adalah berasal daripada dunia dalaman individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu.
Berperanan dapat membayangkan perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.
NILAI OBJEKTIF
Nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang.
Berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya.
NILAI RELATIF
Nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat masyarakat.
Nilai relatif ialah arbitrari (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan.
Boleh berubah mengikut masa.
RUJUKAN
http://www.slideshare.net/ladahitam12/konsep -asas-nilai http://amelan2013.blogspot.com/2013/06/kon sep-asas-nilai.html http://www.slideshare.net/chikatobby/jenisjenis-nilai http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/nilaisubjektif-objektif-instrumental.html