Anda di halaman 1dari 1

3.

1 Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi amat penting bagi para mahasiswa untuk
mendapat penerangan tentang sesuatu topik, memperoleh maklumat menerusi temu
bual, berinteraksi dengan rakan-rakan dan lain-lain lagi.
Komunikasi yang berkesan merangkumi:
1. Menunggu giliran untuk bercakap
2. Berkomunikasi dengan sopan
3. Bertentang mata
4. Menggunakan nada suara yang biasa
5. Meminta pertolongan dengan baik

3.2 Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi


Dengan adanya kemahiran berkomunikasi, mahasiswa dapat memperoleh
maklumat dari sumber manusia termasuk pensyarah, rakan sekelas, ahli politik
ataupun ahli pakar. Mahasiswa akan digemari oleh setiap orang dengan kemahiran
berkomunikasinya yang bersopan. Maka, dia lebih mudah untuk mendapat
pertolongan atau maklumat yang diingini apabila perlu.
Selain itu, kemahiran komuikasi juga menggalakkan mahasiswa untuk
menjadi pendengar yang baik serta penutur yang beradap. Hal ini amat penting bagi
mahasiswa kerana aspek ini menandakan budi bicaranya dalam semasa bergaul
dengan orang lain.

3.3 Impak Negatif Sekiranya Kemahiran Berkomunikasi Gagal Dikuasai


Sekiranya kemahiran berkomunikasi ini gagal dikuasai oleh seorang
mahasiswa, lingkungan sosialnya (social circle) akan menjadi kecil. Dia tidak
mendapat kawan yang banyak dan sukar untuk meminta pertolongan daripada
orang lain semasa mengalami kesusahan.
Di samping itu, mahasiswa tersebut juga tidak memperoleh maklumat yang
secukupnya untuk membuat kajian pelajaran. Justeru, dia turut kurang berkeyakinan
diri dalam berinteraski dengan orang lain kerana dia khuatir dia tidak akan diterima
oleh masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai