Anda di halaman 1dari 19

SK BANDAR MERSING

288 JALAN AMINAH, MERSING, JOHOR.

TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH


NORMA BAHARU
TAHUN 2021
PENGURUSAN DAN PENGOPERASIAN SEKOLAH
MODEL 1 : PERSEKOLAHAN 1 SESI
1.1 WAKTU HADIR

•7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari – Tahun 1,2 dan 3


7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari – Tahun 4,5 dan 6
( hadir 10 minit awal sebelum kelas bermula )
•Kehadiran ke sekolah WAJIB.
•Kehadiran diambil pada waktu pertama.
•Tidak boleh lewat.
•Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
•Menghantar dan mengambil anak-anak di pintu pagar
utama sahaja.
• Murid akan berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah mengikut arah anak
panah yang telah disediakan oleh pihak sekolah.
• Pergerakan murid di dalam kawasan sekolah perlu mengikut arah yang
disediakan bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
• Pergerakan murid di dalam kelas juga perlu mengikut arah yang
disediakan.
• Kedudukan meja murid di dalam kelas juga telah disediakan dengan jarak
1 meter di antara murid.
• Pelitup muka WAJIB dipakai sepanjang murid berada di
dalam kawasan sekolah.
( Pelitup muka berfesyen / bergambar tidak dibenarkan )
1.2 WAKTU REHAT
• 9.30 pagi hingga 10.00 pagi - Tahun 1,2 dan 3
• 10.00 pagi hingga 10.30 pagi - Tahun 4,5 dan 6
• Makan di dalam kelas sahaja.
• Digalakkan membawa bekal dari rumah.
• Sekiranya ingin membeli makanan daripada pihak kantin,
pesanan makanan perlulah dibuat dalam GROUP WHATSAPP
kelas anak-anak yang diuruskan oleh guru kelas.
• Membawa wang secukupnya untuk membayar makanan yang telah dipesan.
• Membawa sudu dan garpu sendiri pada setiap hari.
• Membawa plastik dari rumah untuk mengisi sampah atau
bungkusan makanan untuk dibawa pulang.
(Galakan Budaya Lestarikan Alam)
• Bawa air masak secukupnya.
1.3 PERGERAKAN MURID KELUAR
Mod 1 : berkumpul dalam sekolah

•Ibu bapa menyediakan kad imbas yang tertera nama anak dan kelas.
•Waktu balik
 Pra Inspirasi : 11.25 pagi
 Pra Idaman : 11.30 pagi
 Pra Impian : 11.35 pagi

 Tahun 1 : 12.25 t/hari


 Tahun 2 : 12.30 t/hari
 Tahun 3 : 12.35 t/hari

 Tahun 4 : 1.00 petang


 Tahun 5 : 1.05 petang
 Tahun 6 : 1.10 petang
• Murid akan terus keluar menuju ibu bapa yang
menunggu.
• Jika tiada ibu bapa, murid akan menunggu di tempat
yang disediakan mengikut Tahun.
• Ibu bapa berjumpa guru bertugas di pagar dan
menggunakan kad imbasan yang dibawa
• Guru bertugas akan menggunakan pembesar suara untuk
memanggil murid
1.4 KANTIN

• Tempahan makanan perlu ditempah awal sehari


• Tutup tempahan jam 6.00 petang
• Ibu bapa perlu menempah makanan melalui link yang
diberikan dalam group kelas
• 1 set makanan RM 2 tidak termasuk air
• Air RM 1 ( kotak / mineral )
• Murid yang terlibat dalam program Rancangan Makanan
Tambahan (RMT), makanan disediakan pada waktu
rehat
1.5 TIDAK HADIR KESEKOLAH

* Jika tidak hadir ke sekolah hendaklah


i. Memberitahu GURU KELAS atau pihak
sekolah
ii. Surat akuan doktor

* Peringatan pertama, jika tidak hadir 3 hari


berturut-turut.

* Surat amaran jika masih tidak hadir.

* Murid yang tidak mengikuti pendidikan jasmani


hendaklah dibuktikan dengan surat akuan doktor.
1.6 PAKAIAN DAN KETERAMPILAN

• Semua murid hendaklah memakai pakaian seragam yang telah ditetapkan.


Pakaian mestilah bersih dan kemas.
• Semasa Pendidikan Jasmani diwajibkan memakai pakaian sukan.
• Pemakaian tali leher dan lencana adalah WAJIB.
• Bagi bulan pertama persekolahan , murid-murid dibenarkan memakai
pakaian sukan / pendidikan jasmani / KRMJ / putih ke sekolah.
1.7 PAKAIAN PELAJAR LELAKI
• Baju putih berlengan pendek dengan poket di sebelah kiri dan berbutang
putih. Baju hendaklah dimasukkan dalam seluar sepanjang masa.
• Seluar panjang berwarna biru gelap (ditetapkan oleh KPM).
• Kasut kanvas, kasut hitam berstoking hitam / kasut putih berstoking putih.
• Tali pinggang berwarna hitam atau biru tua. (kepala tali pinggang beraneka
bentuk tidak dibenarkan).
• Tanda nama di jahit diatas poket dan lencana dijahit diatas tanda nama.
Lencana sekolah dijahit diatas
tanda nama.

RAYYAN Tanda nama dijahit diatas poket.

Bahagian poket hendaklah


dibiarkan kosong.
1.8 PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
• Baju kurung johor berwarna putih, leher teluk belanga.
• Kain sarung susun tepi, warna biru tua.
• Memakai tudung berbentuk mini telekung berwarna putih, tanpa sulaman
atau renda. Dilipat tepi muka. anak tudung berwarna putih.
• Kasut kanvas, kasut hitam berstoking hitam / kasut putih berstoking putih
• Lencana di jahit disebelah kiri tudung, tanda nama di bawah lencana.
1.9 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI

• Memakai pakaian Pendidikan Jasmani yang ditetapkan oleh guru


Pendidikan Jasmani.
• Dibenarkan memakai pakaian Pendidikan Jasmani sehingga waktu balik.
• Bagi pelajar perempuan, bertudung hitam.
1.10 POTONGAN RAMBUT

• Tidak dibenarkan berambut panjang,istilah berambut panjang :


i. belakang : melebihi garis cuping telinga
ii. depan : rambut menutupi dahi
iii. sebelah : menutupi telinga. Sideburn melebihi
garis tengah hidung.
iv. atas : melebihi 4 inci.
• Rambut berwarna dan berfesyen tidak dibenarkan.
( moon look, skinhead dan sebagainya )
• Tidak boleh menyimpan janggut atau misai.
1.11 TANGGUNGJAWAB IBU BAPA
• Memberi kesedaran kepada anak – anak jagaan tentang penjarakan
fizikal sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan.
• Menasihatkan anak – anak supaya tidak bersalaman atau bersentuhan
antara satu sama lain.
• Menasihatkan anak – anak supaya sentiasa mengamalkan kebersihan
sebelum dan semasa makan.
• Menggalakkan ibu bapa mengambil dan menghantar anak sendiri
• Menyarankan ibu bapa menyediakan makan dan minum dari rumah
• Memastikan anak – anak mengambil sarapan sebelum hadir ke sekolah.
• Menasihatkan anak – anak agar tidak berkongsi makanan dan minuman
dengan murid lain.
• Memastikan anak – anak memakai pelitup separuh muka
semasa ke sekolah.
• Memantau tahap kesihatan anak – anak dan maklum ke
sekolah sekiranya bergejala serta mendapatkan rawatan.
• Tidak menghantar anak – anak sekiranya bergejala.
1.12 LALUAN PERGERAKAN
Terima Kasih
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai