Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG JURU

14100 SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG.

KERTAS KERJA
PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
PERINGKAT SEKOLAH
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG JURU
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE 60
TAHUN 2017

TARIKH DAN HARI:


8 OGOS 2017

TEMA:
'NEGARAKU SEHATI SEJIWA'

TEMPAT PROGRAM:
DEWAN SJK (T) LADANG JURU

PENYELARAS PROGRAM:
PN UMA VENI A/P GOPAL

PENGANJUR PROGRAM:

SJKT LADANG JURU

DENGAN KERJASAMA:

GURU BESAR
SJK (T) LADANG JURU
1.0 PENGENALAN
Hari kemerdekaan negara yang di sambut setiap tahun mempunyai kebaikan
dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran
negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan
negara ini. Sambutan hari tersebut hendaklah disambut agar generasi muda
yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan
menghayati hari kemerdekaan. 'Negaraku Sehati Sejiwa' dipilih sebagai tema
sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 tahun ini yang akan diadakan di SJKT
Ladang Juru pada 8 Ogos 2017. Bagi memenuhi keperluan ini, pihak
pengurusan sekolah, akan melaksanakan program Kemerdekaan 2017.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program pelancaran bulan kemerdekaan ini adalah bagi


memupuk semangat cinta akan tanah air, dan menonjolkan bakat serta diharap
dapat mengeratkan silaturahim di kalangan murid dan juga guru- guru. Malah,
program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep
dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara dan perjuangan pelbagai pihak
yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan dianjurkan
dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-
murid SJKT Ladang Juru secara menyeluruh.

3.0 OBJEKTIF

i. Menyemai semangat 1 Malaysia.


ii. Menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan berganding bahu
berdisiplin dan bekerjasama dan mempunyai semangat patriotik dan cinta
akan negara.
iii. Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan.
iv. Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan Negara.
v. Mencungkil bakat murid.
vi. Mewujudkan komitmen dan daya saing murid.
vii. Menguji pengetahuan am murid.
viii. Membantu murid meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan
audien.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Penyertaan adalah di kalangan guru, murid pra sekolah, murid Tahap 1 dan 2
Sjkt Ladang Juru.

5.0 TARIKH
Pelancaran bulan kemerdekaan ini akan diadakan di SJKT Ladang Juru pada
8 Ogos 2017

6.0 AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT : EN MUNIANDY A/L S.TANIMALAI


GURU BESAR SJKT LADANG JURU
PENGERUSI : EN KUMARAVELLO A/L K.SUBRAMANIAN
PENOLONG KANAN KOKO
NAIB PENGERUSI I : PN RENUKA A/P SUPRAMANIAM
PENOLONG KANAN
NAIB PENGERUSI II : PN KALYANI A/P NARAYANASAMY
PENOLONG KANAN HEM
PENYELARAS PROJEK : UMAVENI A/P GOPAL
SETIAUSAHA : CIK SHANMUGAPRIYAH A/P LINGAM
BENDAHARI : CIK ASWINI A/P DEVENDREN

AJK PROTOKOL : CIK SEMBAGAVALLY A/P SUBRAMANIAM

AJK BANNER : CIK TENALAGI A/P M.MAHANDRAN

AJK BUKU PROGRAM : PN MANJULAH A/P MANICKAM

AJK TEKNIKAL : EN SUTAANANTHAN A/L SUBRAMANIAM

AJK DOKUMENTASI : PN SITI NUR LIYANA BINTI YUSOFF


AJK CENDERAHATI : PN VIGNESWERY A/P THANGARAJ

GIMIK : PN KRISHNAVENI A/P SANNASY

7.0 JADUAL PELAKSANA

BIL AKTIVITI MASA

1 Nyanyian Lagu Negaraku dan Aku 7.45 pagi - 8.00 pagi


Negaraku
2 Ucapan Guru Besar dan Penyelaras projek 8.00 pagi - 8.30 pagi

3 Gimik (Perasmian Bulan Kemerdekaan) 8.30 pagi - 8.45 pagi

4 Perarakan Merdeka 8.45 pagi - 9.00 pagi

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Sumbangan dari PIBG
BIL PERBELANJAAN JUMLAH

1. Banner RM 72.00

1 x RM 72.00 = RM 72.00

2. Party Popper RM 6.20

2 x RM 3.10 = RM 6.20

3. Riben RM 1.70

1 X RM 1.70 = RM 1.70
JUMLAH RM 79.90
9.0 PENUTUP
Program pelancaran bulan kemerdekaan SJKT Ladang Juru ini memerlukan
kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan
pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah
yang positif. Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan lagi semangat
patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.
(SHANMUGAPRIYAH A/P LINGAM) (PN UMA VENI A/P GOPAL)
Setiausaha, Penyelaras Program
Program Pelancaran bulan
Kemerdekaan 2017

Disahkan oleh,

..

(EN MUNIANDY A/L TANIMALAI)


Guru Besar SJKT Ladang Juru

Anda mungkin juga menyukai