Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

_________________________________

KERTAS KERJA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


PERINGKAT SEKOLAH
TAHUN 2023

ANJURAN BERSAMA:

UNIT PENTADBIRAN KOKURIKULUM,


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
PANITIA SEJARAH & PANITIA SENI/MUZIK

TEMPAT:
SJKC SUNGAI KLAU
PENDAHULUAN
Panitia Sejarah akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim SJKC
Sungai Klau bagi tahun 2023. Justeru, pihak Panitia akan mengambil inisiatif mengadakan aktiviti
sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-
aktiviti yang melibatkan semua Tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan Pra Sekolah. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan adalah diharap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-
murid. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid
selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan
kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SJKC Sungai Klau.

MATLAMAT
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi
memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid dan guru-guru SJKC Sungai Klau serta
meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan Negara
dan perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Selain itu, pertandingan
dianjuran dalam peringkat sekolah supaya dapat mencungkil bakat terpendam murid-murid SJKC
Sungai Klau secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi murid yang
mampu mengharumkan nama baik SJKC Sungai Klau di peringkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

TUJUAN
Tujuan utama diadakan aktiviti ini adalah untuk menerapkan nilai kepada diri pelajar untuk
cintakan Negara di samping menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya.

RASIONAL
Penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah sesuai dan menepati saranan
Kementerian Pendidikan Malaysia supaya murid mengetahui sejarah negara seterusnya memupuk
semangat petriotisme. Di samping itu memenuhi program yang telah dirancang di dalam takwim
SJKC Sungai Klau.

OBJEKTIF
-Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.
-Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab
kepada sekolah dan negara.
-Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat
membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
-Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin.
-Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan
yang mereka kecapi selama ini.
-Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan
ini.
-Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih atas jasa-jasa
mereka.
-Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema sambutan
kemerdekaan.

NAMA PROGRAM
Sayangi Malaysiaku

TEMA PROGRAM
Keluarga Malaysia Teguh Bersama

TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh Sambutan Bulan Kemerdekaan : 15/08/2023 – 16/09/2023
Tarikh Pertandingan Mereka Cipta : 04/08/2023 – 21/08/2023
Tarikh Pertandingan Mewarna Poster : 24/08/2023

FORMAT PELAKSANAAN
Bulan Kemerdekaan tahun ini disambut mulai 15/08/2023 hingga 16/09/2023. Sempena bulan
kemerdekaan, beberapa aktiviti dianjur bersama oleh Unit Pentadbiran Kokurikulum, Unit
Bimbingan Dan Kaunseling, Panitia Sejarah & Panitia Seni/Muzik. Antara aktiviti yang akan
dijalankan adalah Mengibarkan Jalur Gemilang, Nyanyian Lagu-lagu Patriotik, Pertandingan Reka
Cipta, Pertandingan Mewarna Poster dan Kuiz Hari Kemerdekaan.

SASARAN
Murid-murid Pra – Tahun 6

AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi : Pn Tan Siow Yan
Naib Pengerusi : Pn Chang Wai Yan En Tham Sai Hong
Setiausaha : En Ti Yee San
Pengacara Majlis : Pn Chong Lee Chin
Buku Program : Cik Hong Yie Peng
Siaraya / LCD / Skrin : En Shum Wai Keong
Penyediaan Lagu : Pn Phang Lee Kwan
Perhiasan Pentas : En Sum Weng Choy Pn Lee Siew May
Penyampaian Hadiah : Pn Leong Xin Yee Pn Chan Poh Har
Penyelaras Pertandingan : Pn Low Phooi Shim Pn Siti Norlida
Pembaca Perutusan : En Salam
Jurukamera/Laporan : Cik Yong Jing Yee
Pengibar bendera : Pekerja Swasta

TENTATIF SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN (24/08/2023)


08.00 am : Pertandingan Mewarna Poster sempena Hari Kemerdekaan
10.30 am : Majlis bermula
 Nyanyian lagu negeri
 Nyanyian lagu Negaraku
 Nyanyian lagu patriotik
 Keranamu
 Jalur Gemilang
 Keluarga Malaysia Teguh Bersama
11.00 am : Ucapan Guru Besar
Bacaan Perutusan
12.00 pm : Pengumuman Keputusan Pertandingan Mewarna Poster dan Mereka Cipta.

*Semua aktiviti pertandingan dijalankan dalam kelas.


*Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dijalankan di dewan sekolah.
*Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan pada 24 Ogos 2023.

ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PENDAPATAN
Bil. Perkara RM
2. Kewangan Sekolah (PM/PI) 325.00
Jumlah 325.00

ANGGARAN BELANJAWAN
Bil. Perkara Kuantiti RM
1. Hadiah Mewarna Poster (Pra -Tahap 2) 35xRM5.00 175.00
2. Hadiah Mereka Cipta Sempena Hari 30xRM5.00 150.00
Kemerdekaan (Tahap 1&2 )
Jumlah RM325.00

PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan SJKC Sungai Klau ini
memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid
secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang postif. Program ini diharapkan dapat
mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya kekitaan di kalangan pelajar sekolah ini. Warga
SJKC Sungai Klau dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di samping
memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia.

Disediakan oleh, Diluluskan/ Tidak Diluluskan oleh,

...................................... ................................
(EN TI YEE SAN ) ( PN TAN SIOW YAN )
GPK KOKURIKULUM GURU BESAR
SJKC SUNGAI KLAU SJKC SUNGAI KLAU
27630 RAUB, 27630 RAUB,
PAHANG. PAHANG.

ULASAN:
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai