Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT

SEKOLAH SJKT LADANG JUASSEH TAHUN 2017

Panitia Sejarah telah menjalankan empat aktiviti bagi sempena bulan kemerdakaan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah menghias kelas, membuat bendera panjang, Quiz
dan Pertandingan Mewarna bendera Malaysia panjang . Aktiviti ini telah dilaksanakan
selama sebulan, iaitu dari 16 Ogos hingga 10 September 2017 .

Aktiviti membuat bendera panjang dijalankan bersama dengan panitia Seni pada hari 9
Ogos 2017. Semua guru dan murid melibatkan diri dalam aktiviti ini. Semua warga sekolah
memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Di samping itu, murid berasa seronok dan aktif
semasa menjalankan aktiviti ini . Secara tidak langsung, ini mewujudkan suasana harmoni
dan mengeratkan silaturrahim diantara seluruh warga sekolah tanpa mengira darjat mahupun
pangkat.

Aktitviti kedua juga dijalankan bersama panitia Seni yang telah dilaksanakan adalah
pertandingan menghias kelas dengan menggunakan bahan kitar semula bertemakan Kemerdekaan.
Murid diberi masa selama seminggu untuk menghias kelas masing-masing. Semua guru kelas dan
murid mengambil inisiatif yang tinggi untuk menghias kelas masing-masing dengan pelbagai idea
yang kreatif dan inovatif.

Aktiviti Quiz dijalankan untuk murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Semua murid yang terlibat
berusaha menjawab soalan-soalan sejarah.3 orang murid dari setiap kelas dipilih sebagai pemenang.

Perbelanjaan ditanggung olah pihak sekolah dan hadiah diberikan kepada semua
pemenang. Senarai murid yang berjaya dalam aktiviti-aktiviti disertakan bersama laporan ini.

Setelah melaksanakan program seupama ini, dapat melihat keberkesanan program ini dapat
mencapai objektif dan matlamat program. Program ini dapat melahirkan generasi yang cinta
pada negara. Di samping itu, meningkatkan minat murid dalam bidang kesenian. Ucapan
tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga yang terlibat di dalam
menjayakan aktiviti ini.

Laporan Disediakan oleh : Laporan Disahkan oleh ,

_______________________ ________________________
Pn.Kanthimathi A/P Sithambaram Jayathi A/P Subramaniam,
Ketua Panitia Sejarah Guru Besar,
SJKT Ldg Juasseh. SJKT Ldg Juasseh.
LAMPIRAN A

MAJLIS PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN


UCAPAN PERASMIAN OLEH GURU BESAR PN.S.JAYATHI

NYANYIAN LAGU-LAGU PATRIOTIK DAN KIBARAN BENDERA


Guru bersama murid membuat bendera panjang Malaysia.

Guru Besar menilai keceriaan kelas.


SEK. JEN. KEB. (TAMIL) LADANG JUASSEH

LAPORAN SAMBUTAN
BULAN
KEMERDEKAAN DAN
MINGGU PANITIA
SEJARAH
TARIKH :
16 OGOS HINGGA 10 SEPTEMBER 2017

TEMA :
NEGARAKU.. SEHATI.. SEJIWA

PERASMIAN :
PN.JAYATHI A/P SUBRAMANIAM
( GURU BESAR SJKT LADANG JUASSEH)

Anda mungkin juga menyukai